KUALA LUMPUR 5 Ogos – Semua UMNO bahagian diingatkan tidak mengguna kaedah kuku besi dalam menguruskan isu perasmian persidangan perwakilan melibatkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, UMNO sebagai parti yang berpengalaman perlu mengambil langkah positif seperti `menarik rambut dalam tepung’ dalam isu tersebut.
Katanya, Muhyiddin dan Mohd. Shafie mempunyai hak sebagai pemimpin tertinggi parti dan adalah tidak wajar sekiranya jemputan terhadap mereka diketepikan.
“Ini tidak demokratik dan tidak memartabatkan nilai dalam perjuangan. Jangan kita lupa Fasal 3 dalam Perlembagaan UMNO berkata, UMNO sebagai parti politik berjuang memperhebatkan kepentingan bangsa dan negara.
“Ini dalam perlembagaan. Ia juga menyebut agar parti ditadbir dengan baik dan adil. Jadi, dalam hal sebegitu, sebaik-baiknya yang dijemput dahulu dibiarkan hadir.
“Takkan pemimpin-pemimpin ini akan mengeluarkan kenyataan yang memecah belah? Kita dengar apa yang keluar dari pandangan mereka, kemudian barulah pimpinan membuat analisis,“ katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM Kampus Gombak di sini.
Sebelum ini beberapa UMNO bahagian antaranya Raub di Pahang dan Sungai Besar di Selangor membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin bagi merasmikan persidangan perwakilan bahagian masing-masing selepas beliau digugurkan daripada Kabinet.
UMNO Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga dikatakan membatalkan jemputan mereka terhadap Mohd. Shafie.
Dalam pada itu, Rais berkata, ini bukan kali pertama UMNO menghadapi masalah seumpama itu kerana sebelum ini, beberapa pemimpin lain pernah digugurkan dari Kabinet termasuk Tan Sri Syed Jaafar Albar, Datuk Seri Harun Idris dan Tan Sri Mohamed Rahmat.
Kata beliau, tidak cukup dengan itu, perkara sama berlaku juga terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5 comments:
Yang membatalkan. Adalah kaki penakut n pembodek...tak layak jd pemimpin....ada cita. Cita nak jd yb lah tu
Yang membatalkan. Adalah kaki penakut n pembodek...tak layak jd pemimpin....ada cita. Cita nak jd yb lah tu
Yang membatalkan adalah penjilat n pembodek tak layak menjadi pemimpin... Untung untung dpt jd calun pru 14...
Yang membatalkan adalah penjilat n pembodek tak layak menjadi pemimpin... Untung untung dpt jd calun pru 14...
Tan Sri Dr Rais Yatim , jawapan kenapa Bahagian menolak atau membatalkan jemputan perasmian yang akan dibuat oleh TSMY atau Dato Shafie Afdal mudah sahaja.
Siapa pun tidak berkuasa atau memegang jawatan Menetri atau Timbalan atau Senator bila melakukan perasmian tentu pastinya tidak dapat memberikan sumbangan atau meluluskan seberang permohonan wajar dari bahagian , jadi sebab itu mereka membatalkan jemputan.
Post a Comment