Thursday, August 27, 2015

PECATLAH MUKHRIZ


1 JAM lebih Mukhriz Mahathir di"tazkirahkan" oleh Najib Razak dan Ahmad Bashah Md Hanipah semasa mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star minggu lepas mengenai perlunya Mukhriz mengenang jasa dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Berikutan "tazkirah" tersebut, tersebar khabar angin bahawa Mukhriz akan diPECAT 1 Oktober ini dan digantikan dengan Ahmad Lebai Sudin, yang tewas jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena pada pemilihan 2013.

Pecat Mukhriz MUDAH. 

Sekarang pun Najib boleh PECAT Mukhriz. Hanya perlu satu perenggan kenyataan akhbar sahaja.

Semasa "tazkirah" yang disampaikan Bashah dan Najib kepada Mukhriz, mereka TERLUPA pula mengingati perwakilan bagaimana Umno menang semula di Kedah.

Bashah lupa menyebut bahawa pada ketika itu, apabila nama beliau disebut sebagai calon Menteri Besar, rakyat Kedah bercakap mengenai PENTINGNYA Menteri Besar Kedah yang baru mempunyai kelulusan akademik yang baik.

Najib lupa menyebut bahawa untuk Kedah MENAWAN semula Kedah dari Pas ialah dengan MEMILIH seorang Menteri Besar yang boleh memberi Umno peluang untuk menawan Kedah.

Pada masa itu, bukan Bashah, bukan Ahmad Lebai Sudin, yang mempunyai keupayaan untuk Pas dijatuhkan.

Bangsat kita jika kita katakan Bashah dan Ahmad Lebai Sudin mampu untuk menawan semula Kedah.

Akhirnya Najib memilih Mukhriz. Sebabnya, selain mahu MENGEMBIRAKAN Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib tahu, memilih Mukhriz adalah jalan paling selamat dan akan memudahkan Umno menawan semula Pas.

Bangsat kita jika kita mengatakan Umno menang di Kedah kerana Najib dan kekuatan Umno Kedah.

Kedah diTAWAN SEMULA kerana Tun Mahathir dan Mukhriz.

Kerja Umno menawan semula Kedah mudah kerana Tun Dr Mahathir dan Mukhriz.

Najib tak perlu berkerja kuat. Umno Kedah pun tak perlu bekerja kuat.

Yang bekerja kuat pada PRU 13 ialah Tun Mahathir.

Tun Mahathir mahukan anaknya MENANG. Duit untuk belanja pilihanraya pada masa itu pun bukan masalah bagi Umno Kedah. Ramai towkay yang terhutang budi pada Tun Mahathir "TURUN" membantu termasuk Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Akhirnya Umno menawan Kedah.

Jika hari ini Najib merasakan dia akan menjadi faktor penting pada PRU-14, dan Ahmad Lebai Sudin mempunyai "faktor wow" untuk Kedah kekal di tangan Umno, PECATLAH Mukhriz.

Kuasa di tangan Najib. Ramai sudah dipecat. Timbalan Perdana Menteri dipecat. Peguam Negara dipecat. Tidak ada masalah. Perdana Menteri BERKUASA. Orang yang paling BERKUASA di Malaysia sekarang ini ialah PERDANA MENTERI.

Kata penyokong-penyokong Najib: "Itu hak Perdana Menteri".

Jika benar khabar angin tersebut, 1 Oktober, orang Kedah akan dapat Menteri Besar Baru.

Jika benar, AHMAD LEBAI SUDIN akan berGELAR Menteri Besar.

1 Oktober juga akan menjadi berita GEMBIRA buat Pas Kedah. Lagipun hubungan Presiden Pas dengan Perdana Menteri teramat baik jika dibandingkan hubungan Perdana Menteri sebelum ini dengan Presiden-Presiden Pas sebelum ini.

Kepada pemimpin Umno Kedah yang lain, ingatlah kata-kata Bashah kepada Najib apabila tidak terpilih sebagai Menteri Besar: "Ia okay, tapi kalau ada apa-apa bagi kat sayalah. Jangan lupa saya."

Manalah tau, rezeki lain masih ada. 

11 comments:

Noorhashipah Ali said...

Pecat Mukhriz ??? memang dapat bala arr.. awat ingat letak ahmad lebai sudin dlu n ahmad bashah kedah boleh menang pilihanraya dlu ??? ingat senang nak ambik balik kedah dari PAS ?? Ello PM, kami tau sapa yang layak jadi MB kami bg org kedah. Man pin pun kalah dulu.. Mukriz dah buktikan sepanjang MM jd MB, byk yang dia lakukan demi buktikan yang MM mampu jd yang terBAIK. klau mat bashah ka, hum..KODIANG pun dia tak mai.. cuba tanya MM, berapa kali dia dah turun mai KODIANG ???

Lg skli sy nak habaq kat PM, MM pilihan KAMI ORANG KEDAH. tolong laa jgn kacau MB kami

sapa saya ? saya pengundi DUN kota siputeh Parlimen JERLUN .saya yang pangkah BN untuk MUKHRIZ MAHATHIR !!!!!

Anonymous said...

Pecat Mukhriz sahaja saya pikiaq tak memadai Alang alang nak bersih baik bubar DUN terus . Buat pilihan raya Rakyat pun boleh pilih sapa yang depa bekenan.

Anonymous said...

Sistem pemerintahan negara / negeri kita berasaskan sistem demokrasi.yang mana kuasa memilih pemimpin sama ada pm/mb/ km di tangan rakyat melalui pilihan raya . Kedudukan pemimpin di kerusi jawatan nya selama mana rakyat suka . Jika majoriti rakyat suruh undur maka pemimpin berkenaan kenalah undur tak perlu dipecat . Sebaliknya jika majoriti rakyat tak suruh undur kekal lah pemimpin itu di kerusi jawatan nya sehingga pilihan raya yang baru diadakan . Inilah sistem yang dimaktubkan dalam perlembagaan . Ikut sahaja lah apa yang susah sangat.

Anonymous said...

Pecat si kitol tu, haram jadah punyai orang

Anonymous said...

Bila guruh berdentum dilangit Kedah,maka sang katak mulalah merayu-rayu supaya turun hujan.Inilah fonamina alam.Bagitu juga dengan politik terdeham saja president parti maka katak-katak pun mula mendendang irama?. "Pucuk dicita ulam mendatang".

Anonymous said...

JATUHKAN MUKHRIZ.... UMNO AKAN DIJATUHKAN DI KEDAH.
JATUHKAN MUHYIDIN ....UMNO AKAN GUGUR DI JOHOR.....
TAK CAYA CUBALAH........

Anonymous said...

Najib hanya minta jasanya dikenang. Jasa memberikan jawatan MB kepada Mukhriz. Bagaimana pula jasa Tun? Tun tergutang budi dgn Tun Razak dan ingin membalasnya dengan memberikan ruang dan peluang pada Najib untuk bergelar PM. Apalah sangat nak diungkit2kan soal jasa. Dah macam bebudak pulak kita dengarkan. Yang penting ada kah dengan cara memecat Mukhriz dapat membantu UMNO memenangi pilihanraya nanti?

Anonymous said...

Semasa PRU 13 , BN terkial kiall mencari calon yg sesuai. BN tahu kalau diletak calon dari barisan kepimpinan UMNO yg ada masa itu sudah tentu Kedah akan kalah sekali lagi. Pemilihan Mukhriz adalah penyebab BN menang di Kedah. di kawasan Jerlun angka angka perbandingan PRU 12 dan keputusan PRU13 menunjukkan pengundi mahukan pimpinan UMNO yg baru di Kedah. Kelakuan bangsat PM sekarang akan mengulang sejarah PRU12 . Keadaan akan lebih buruk jika Mukhriz digugurkan. Najib dan kroninya di Kedah mungkin lupa tapi semua pengundi tidak akan lupa. PAS cuma perlu menonjolkan satu watak yg baik, orang muda professional sudah tentu akan mengubah hala sokongan dlm PRU14. BN dan Najib boleh mencuba resepi baru, calun baru.... BN akan angkat bungkus sekali lagi dlm pilihanraya akan datang

muhamad Danial said...

Gali kuboq sendiri la Najib oi...Gerenti Pas menang kedah balik...kalau berani pecat la Dato Muhkriz...itu pun kalau berani...kalau berani bagoih...kita tunggu pru 14...

Anonymous said...

Apakah dia sendiri ada mengenang jasa TDM ?

nizam ahmad said...

Langkah kaki mereka kian menuju lubang yang digalinya mereka sendiri.. :-)