Tiba-tiba Astro menaikkan bayaran untuk pakej sukan sebanyak RM12 kononnya kos penyiaran acara sukan di seluruh dunia semakin meningkat.
Yang lebih menakjubkan, Menteri Penerangan Rais Yatim yang siang malam muncul di kaca TV tidak pula berminat untuk membuat sebarang komen samada wajar atau tidak Astro mengenakan caj tambahan ini.
Astro dikawal selia oleh Kementerian Penerangan melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi yang dibawah pantauan Rais.
Rakyat dihidangkan dengan berita gembira dengan 11 hadiah dari Najib Razak sempena 100 hari memerintah Malaysia.
Kemudian "hadiah" ini dirampas semula oleh kerajaan dengan menaikkan tambang teksi.
Sekarang Astro pula "menyeluk poket" rakyat dan mengaut RM12 setiap bulan dari peminat-peminat sukan.
Tidak mungkin kenaikan ini dibuat tanpa pengetahuan Kerajaan, Rais atau Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.
RM12 tidak membawa apa-apa kesan kepada seorang Menteri seperti Rais. Perbelanjaan Rais dan bapak-bapak Menteri lain seharian ditanggung rakyat - baik tol, bil telefon, bil air maupun bil elektrik malahan elaun makan pun rakyat tanggung.
Tapi bagi rakyat RM12 cukup berharga. Kita tunggulah bila Rais nak bersuara kepada Astro bagi pihak rakyat.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=430426 - 100k
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment