Wednesday, August 19, 2009

PERLUKAH ROHAIZAT BERSUMPAH?


Petang tadi Muhyiddin membuat kenyataan berikut:

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Rohaizat Othman supaya memberi kenyataan bersumpah jika perlu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pembatalan lesen guaman sivilnya.

Beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kenyataan sebenar mengenai isu itu.

“Apa pun yang mustahak, kita bagi kenyataan yang betul. Saya telah bagi tahu Rohaizat bahawa kalau perlu beliau akan bagi kenyataan bersumpah untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya supaya tidak ada pihak yang menyelewengkan kenyataan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno mengenai isu ini semakin mengusutkan keadaan.

Persoalannya perlukah Rohaizat Othman, calon Umno di Permatang Pasir, membuat kenyataan bersumpah tanpa mengambil kira kandungan surat yang dihantar oleh Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang kepada Majlis Peguam bertarikh 28 Mac 2008?
(klik pada gambar atas untuk membaca kandungan surat)

Berdasarkan kandungan surat tersebut, responden ialah Rohaizat dan bukan rakan kongsi beliau Yusri Isahak. Jelas sekali kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno seperti Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan Ahmad Maslan memburukkan lagi keadaan untuk Umno.

Majlis Peguam juga dihentam oleh Muhyiddin hari ini. Masalah ini bukan ditimbulkan oleh pembangkang atau Majlis Peguam.

Punca segala masalah ini ialah kegagalan pucuk pimpinan Umno terutamanya di peringkat Perhubungan Pulau Pinang yang dipimpin Zahid dalam memastikan calon Permatang Pasir benar-benar bersih latarbelakangnya.

Peluang Umno di Permatang Pasir cukup malap buat ketika ini. Selain dari latarbelakang calon, umum mengetahui bahawa Umno Permatang Pauh berada dalam keadaan "retak menanti belah".

Umno Permatang Pauh berpecah 4 - satu kumpulan menyokong Ketua Bahagian Jalil Abdul Majid, satu lagi menyokong musuh kuat Jalil, Ariff Shah, segerombolan lagi orang Ustaz Pirdaus Ismail dan selebihnya orang-orang Ahmad Saad.

Sepertimana di pilihanraya kecil yang lain, musuh Umno bukanlah Pas, PKR, DAP atau Pakatan Rakyat.

Musuh Umno ialah musuh yang tidur sebantal dalam satu selimut.

No comments: