Mohd Radzi Salleh, Ahli Dewan Undangan Lunas dan Exco Kerajaan Kedah, sebentar tadi mengumumkan keluar Pakatan Rakyat dan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas.
Lunas dulunya kubu kuat MIC tetapi menjadi milik Parti Keadilan Rakyat selepas Adun MIC Joe Fernandez ditembak mati.
Dalam pilihanraya kecil 2000, Lunas dirampas oleh PKR apabila Saifuddin Nasution Ismail, kini Ahli Parlimen Machang, memenanginya.
Mohd Radzi memenangi DUN Lunas dalam pilihanraya umum 2008. Apa puncanya Mohd Radzi meninggalkan Pakatan?
Mohd Radzi merupakan antara tiga Adun PKR yang menduduki jawatan Exco selepas pilihanraya umum tahun lepas.
Mei lepas riuh-rendah cerita seorang ahli Exco PKR membuat tuntutan perjalanan melampau sehingga mencecah RM34,600 sebulan dan masih dalam siasatan.
Mohd Radzi mungkin mempunyai alasan yang kukuh meninggalkan Pakatan Rakyat dan kita berharap Umno berhati-hati dalam menerima kemasukan sebarang wakil rakyat yang latarbelakangnya menjadi perbualan ramai.
Blog Mohd Radzi: http://pkwr-lunas.blogspot.com/
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam tuan,
Depa dah pikiaq panjang ka no? Tak mau masyuk surga sama Paih ka?
Post a Comment