"Disebabkan konteks di mana kejadian ini berlaku, saya mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat insiden ini secara menyeluruh dan objektif bagi mencari kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada mendiang Teoh. Objektiviti ini juga penting bagi mengelak daripada syak wasangka terhadap SPRM, sekaligus mempertahankan reputasi institusi tersebut.
Tanpa mengira apa pun pegangan politik beliau, kejadian yang menimpa mendiang Teoh wajar dilihat sebagai kehilangan nyawa seorang manusia, dan bukan isu politik. Maka saya menyeru agar semua pihak berfikiran rasional dan tidak cuba menambah kepada spekulasi mengenai isu ini, apatah lagi menunding jari menuduh mana-mana pihak terbabit dalam kematian mendiang Teoh. " - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin - http://www.rembau.net.my/
Ramai antara kita bukan peminat Khairy. Tetapi pandangan beliau mengenai insiden yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock perlu diamati.
Seperti kata Khairy, penubuhan Suruhanjaya DiRaja amat perlu untuk mempertahankan reputasi SPRM.
Mereka yang di pihak kerajaan meminta, mendesak dan merayu agar tuding-menuding jari dihentikan sehingga siasatan polis ke atas kes ini selesai.
Dalam keadaan apapun yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock, SPRM harus bertanggungjawab walaupun sedikit. Beng Hock dibenarkan tidur oleh pegawai SPRM di pejabat mereka dan dengan itu SPRM bertanggungjawab keatas keselamatan beliau.
SPRM ditubuhkan untuk membersihkan negara dari gejala rasuah. Seharusnya SPRM menjadi teladan kepada rakyat negara ini - menjadi contoh kepada setiap rakyat supaya bertanggungjawab.
SPRM juga seharusnya menjadi badan menanam nilai ketelusan dan amanah pada setiap daripada kita.
Teringat kita akan peristiwa melibatkan Louis Caldera, seorang pegawai White House, yang membenarkan pesawat 747 Air Force One untuk membuat penerbangan rendah bagi tujuan publisiti.
Kehadiran pesawat White House di tengah-tengah bandaraya Manhattan menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk tempatan yang bimbang akan berlakunya peristiwa 9/11 untuk kali kedua. Atas rasa bertanggungjawab, Louis meletakkan jawatan.
Budaya akauntabiliti cukup tinggi di Amerika Syarikat. Malangnya ia bukannya satu budaya di Malaysia.
Highland Towers runtuh dan mengorbankan 48 orang dan kesudahannya tiada seorang pun didakwa di mahkamah. http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/1997.htm Kes Kugan entah bila akan selesai.
Kita kini mempunyai Perdana Menteri yang baru. Apa salahnya Perdana Menteri baru ini memulakan satu budaya akauntabiliti di dalam kerajaan.
Najib Razak boleh mulakannya dengan kes Teoh Beng Hock. Walaupun kematian beliau berlaku di Pejabat SPRM di Selangor, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan harus dipertanggungjawabkan.
Terlalu banyak kelemahan dalam cara SPRM melakukan siasatan. Antaranya tiada rakaman video semasa siasatan dan dakwaan saksi didera. (Dakwaan SPRM memanggil saksi "Cina Bodoh" http://www.malaysiakini.com/news/108712)
Ada dua pilihan untuk Ahmad Said iaitu beliau sendiri mengambil rasa tanggungjawab dengan meletakkan jawatan atau Najib sendiri memecat Ahmad Said.
Dan Najib harus menerima nasihat Khairy Jamaluddin iaitu menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bang
saya nak tanya sato soalan. kenape sprm asyik duk hentam orang lain tapi tak buat ape pada khir toyo?
khir toyo kebal beb. najib jaga dia
Kita asyik dengar SPRM siasat orang tu dan orang ni samada ikut atau tidak arahan dari orang atasan.
Saya nak tanya sikit je ...siapa pulak yang siasat SPRM ni. Bersih sangat ke Pengerusi SPRM dan Pengarah Siasatan SPRM ni. Boleh ke dia orang ni buat sesuka hati sampai banyak sangat kes orang yang kena siasat dipukul semasa dalam tahanan. Nampak gayanya, SPRM ni lagi ganas dari PDRM ...
sapa2 yang datang KL atau shah alam dan tak ada tempat bermalam, sprm boleh bagi tempat tidur. atas sofa. tapi sprm tak bertanggungjawab keselamatan anda. jadi kalau tak ada tempat nak tidur, ayuh ke sprm. boleh tidur disana...disana...disana
Post a Comment