Sunday, July 12, 2009

MUHYIDDIN BERPOLITIK CARA LAMA

Berikut ialah laporan yang dipetik dari Berita Harian Online semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi membuktikan komitmen BN, sebuah jambatan baru akan dibina menggantikan jambatan lama di Kampung Manik Urai Lama, sejurus BN memenangi kawasan itu.

"JKR sudah mentaksirkan kos membina jambatan baru itu nanti adalah sebanyak RM7 juta... Kita (BN) janji jambatan baru itu akan dibina sehari (selepas) kita menang.

"Janji capai kejayaan dulu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini petang tadi.

Jambatan sempit, yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu masa berusia lebih 40 tahun, menimbulkan kesulitan kepada penduduk kerana tiada sebarang tindakan diambil bagi memperbaikinya oleh kerajaan negeri.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090712182336/Article/index_html

Biarlah kita mengingatkan Muhyiddin Yassin bahawa cara beliau berpolitik adalah cara lama. Politik mengugut sudah tidak ada tempat dalam politik negara.

Muhyiddin perlu diingatkan bahawa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang diamanahkan rakyat untuk mentadbir negara. Malangnya kenyataan beliau semalam tidak langsung menggambarkan bahawa cara beliau dan Umno berpolitik sudah berubah.

Muhyiddin tergamak memberitahu pengundi Manik Urai - undi BN kalau mahukan jambatan.

Dengan kata lain, kalau BN kalah, rakyat di Manik Urai terpaksalah terus menggunakan jambatan usang yang sudah berusia 4 dekad.

Siapakah pengundi Manik Urai? Sedarkah Muhyiddin bahawa mereka rata-rata adalah golongan dhaif yang bergantung kepada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata mereka ialah pekebun kecil?

Muhyiddin seharusnya lebih maklum akan taraf kehidupan penduduk Manik Urai kerana beliau berkhemah lebih seminggu berkempen untuk BN.

Dan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri sanggup memberi kata dua kepada golongan ini - kalau hendak jambatan, undi BN. Apalah salahnya rakyat Manik Urai diberi jambatan baru tanpa mengira Umno menang atau kalah dalam pilihanraya kecil ini? Berapalah sangat RM7 juta untuk sebuah jambatan!

Kita perlu ingatkan Muhyiddin bahawa beliau perlu kembali ke Kuala Lumpur dan menghayati semula slogan Rakyat Didahulukan yang diwarwarkan oleh bos beliau Najib Razak.

Tidak menghairankan kalau pengundi terus menolak Umno kalau inilah cara Muhyiddin dan Umno melayan rakyat.

4 comments:

bungaraya said...

Saya tak faham kenapa sdr katakan cara Tan Sri Muhyiddin itu adalah cara dan kaedah poltitik lama. Tan Sri memang berkata benar. Apakah rakyat Manik Urai memilih pembangunan atau memilih untuk masih berada di tahap lama dengan cara berfikir lama. Yang seenangnya dihayun dengan retorik PAS tentang Masuk Syurga mesti terlebih dahulu menyokong PAS. Mana yang cara lama ni? Pendekatan yang dibawaoleh PAS atau UMNO?. Apa cara lama? Kalau rakyat Manik Urai nak kemajuan dan pembangunan dikawasan mereka, mereka mestilah menyokong BN terlebih dahulu. Bukan nak ugut. Tak Timbulpun istilah ugut disitu. Yang timbul ialah jika mereka tidak memberikan kenenangan kepada BN, itu membawa makna bahawa mereka tak nak jambatan baru, yang membawa kesenangan kepada kehidupan seharian mereka.

shahfudin said...

Assalamualaikum

Tolak UMNO tak reti reti lagi masuk Kampung bawak BMW X5 dgn Lexus. Orang kampung menyampah. Orang bandar lagi menyampah. Saya doakan BN kalah.

Sam said...

TS Mohyiden orang lama, jadi politik dia pun cara lama..Jangan nok harapkan barang lama bermain cara baru..

Tuan. Saya cadangkan supaya had umur orang politik setakat 60 tahun jer.. Lepas usia tu pencen.. Jangan dok menyebok-nyebok lagi.. Zalim ker?... Tidak sama sekali demi untuk tunas baru.. Hamba pun boleh bermain politik dan ada harapan jadi yb gak...hahahahaa..

ali said...

sokong bunga raya...