Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abu Talib Othman.
Mereka adalah tiga nama besar. Jasa Tun Dr Mahathir terlalu besar buat negara, Tun Hanif, bekas Ketua Polis Negara yang keempat dan juga merupakan Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat (20 tahun) juga berjasa pada negara dan Abu Talib merupakan Peguam Negara yang banyak mencipta nama termasuk mengendalikan kes pembunuhan Dato Taha Talib di mana antara yang menjadi orang kena tuduh ialah bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Mokhtar Hashim yang kemudiannya beri pengampunan DiRaja.
Tetapi tiga nama besar ini tidak membawa apa-apa makna bagi Nazri Aziz yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bagi Nazri, Tun Dr Mahathir, Tun Hanif dan Tan Sri Abu Talib adalah penyangak (crooks). Berikut ialah kenyataan Nazri yang disiarkan oleh New Straits Times dua hari lalu:
"Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the three men were strong government supporters when they were in the government. (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata ketiga-tiga mereka merupakan penyokong kuat kerajaan ketika mereka di dalam kerajaan)
But the moment they left, they became the biggest critics. (Tetapi bila mereka meninggalkan (kerajaan), mereka bertindak sebagai pengkritik utama kerajaan)
We know that dignitaries who have left the government service, they tend to forget. Once they are no longer in the government, they tend to criticise us, the institution and administration that served them. (Kita tahu ada pembesar bila meninggalkan perkhidmatan dalam kerajaan, mereka mudah lupa. Bila mereka tidak lagi di dalam kerajaan, mereka bertindak mengkritik kita, institusi dan pentadbiran yang pernah mereka berkhidmat)
Now, these are all crooks." (Sekarang, mereka ini semuanya penyangak) http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090714-154641.html
Jika Tun Dr Mahathir, Tun Hanif dan Tan Sri Abu Talib penyangak, apa bezanya Nazri Azri. Ini kes penyangak melabelkan orang lain penyangak (Pot calling the kettle black).
Siapa yang tidak tahu cara Nazri mencari makan. Dulu kuat menyokong Anwar Ibrahim. Bila Anwar kena tendang, pusing sokong Mahathir. Bila Mahathir mengundur diri, sokong Pak Lah. Selepas Pak Lah, sekarang Najib Razak pula.
Kenyataan Nazri dua hari lepas hanyalah kenyataan politik dan mainan Nazri untuk menyakinkan Najib bahawa beliau merupakan orang yang paling setia pada Najib dan bersedia untuk menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jasa mereka untuk mempertahankan Najib.
Inilah cara Nazri untuk hidup dalam politik. Bawah Pak Lah pun Menteri, bawah Najib pun Nazri kekal Menteri.
Pemimpin Umno lain bertungkus lumus berkorban wang untuk mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi semata-mata untuk jadi Menteri, Nazri dilantik sebagai Menteri tanpa perlu bertanding sebarang jawatan dalam parti.
Kita semua tahu siapa Nazri. Pelbagai kontroversi dikaitkan dengan beliau. Beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan ada pegawai yang dikaitkan dengan beliau pernah ditangkap BPR.
Kenyataan Nazri dua hari lepas sudah pasti menarik perhatian Najib. Menyerang Dr Mahathir bukanlah cara Najib kerana menyerang bekas Perdana Menteri itu lebih membawa kepada kemudaratan dari kebaikan.
Lihatlah apa yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi. Nazri boleh terus menyerang Dr Mahathir tetapi yang akan merasakan penangannya ialah Najib.
Oleh itu, kita tunggu dan lihat siapa agaknya akan antara mereka ini sebenarnya penyangak.
Wednesday, July 15, 2009
TUN DR MAHATHIR, HANIF OMAR & ABU TALIB OTHMAN PENYANGAK, KATA NAZRI AZIZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
aku dah bosan org umno bergaduh sama umno. budaya lama masih ada lagi dalam kepimpinan dlm pemerintahan najib
Semasa umur Nazri dalam lingkungan awal 20an, beliau dah terlibat dengan rasuah petro card berjumlah 2 juta ringgit.
Petro card entah kemana duit 2 juta lesap.
Nazri makan rsuah bukan sedikit sdr.
Semasa jadi peguam dia adalah peguan yang tidak berjaya. Dimana kah kekayaannya datang?
Nazri penyangak besar.
Anak-anaknya enjoy macam nak gila diLondon denga Ferrarri mereka.
Nazri sudah menyangak dari awal usianya sdr.
Saya sangat bersetuju sebenarnya Nazri akan membawa padah kepada Najib kerana memalu gendang perang dengan Mahathir walaupun Tun sebenarnya yang memanahnya terlebih dahulu apabila menyatakan kecewa kerana Najib masih mengekal perasuah di dalam kabinetnya - tentulah Nazri terasa sebab dia yang makan cili.
Tetapi jangan lupa, Nazri tentu memahami signal Najib untuk bertindak demikian ketika Najib baru sahaja berlepas ke luar negara dan boleh dianggap 'tidak tahu menahu' atau tidak bertanggungjawab atas kenyataan tersebut atau dikatakan sekadar pandangan peribadi Nazri sendiri.
Politik selamat Najib masih berterusan dan tidak ada seorang pun pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin yang menegur Nazri kerana tegur Nazri bererti tegur Najib - siapa yang berani!
bodoh dia ni. itu anak dia tak menjadi. anaknya asyik dengan kehidupan bebas arak dan betina aje.
jelapang,
Budak Nazri nasib baik jadi anak peguam Aziz, budak nakal anak orang berada yang enjoy 100 peratus diluar negara. Bukan pandai sangat.
Saya dan ramai kawan tidak hairan macam mana dia boleh jadi Menteri dalam semua zaman. Itulah perangainya. Kehidupan keluarganya misteri!!pembantu dipejabatnya juga hidup misteri!!
Lagaknya macam orang tak berapa cultured. Dia mana berani bertanding MT, takut kena mandi tapi dia boleh hidup dengan jadi sesumpah!!!
Tapi orang macam inilah yang paling laku dikalangan pemimpin UMNO, kulit muka dia mana ada malu punya!!!
mamat nie bikin kecohla.apehal pulak nak kritik tak boleh...klu takder kritikan tader la pembaikan...panas baran tak abis...jgn buat kecoh.jgn renggangkan semangat ahli yang semakin menguat.tolong ahli yang len jgn berperangai mcm nie.meruntuhkan senang tapi membina susah.Harap semua ahli teguh dan bersatu padu
Post a Comment