MAMPUKAH SEORANG MENTERI BESAR MEMILIKI RUMAH INI? (Can an MB afford this house?)
Inilah persoalan yang dilontar oleh akhbar the Star hari ini kepada Khir Toyo. Adun Sekinchan Ng Swee Lim mendakwa mahligai Khir Toyo ini yang juga dikenali sebagai "Istana Bali" ini bernilai RM24 juta. Dakwaan ini disangkal oleh Khir dengan mengatakan ianya bernilai RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman dari HSBC.
Hari ini Swee Lim membuat pertanyaan berikut kepada Khir Toyo.
Soalan Swee Lim: "Khir perlu membayar ansuran sebanyak RM16,000 sebulan untuk pinjaman yang diambil beliau walhal elaun beliau sebagai ketua pembangkang hanyalah lebih kurang RM8,000 sebulan." http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/31585-pakatan-rep-calls-khir-toyos-bluff
Jawapan Khir: "Saya bayar RM15,000 sebulan untuk banglo tersebut. ADUN biasa kini boleh niaga. Ia pendapatan beberapa perniagaan." - SMS yang disebarkan sebentar tadi yang dikatakan dikeluarkan oleh Agenda News.
Sehingga saat ini tiada sepatah pun komen dari pemimpin negara mengenai isu mahligai Khir Toyo mahupun dari Najib Razak atau Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin. Apakah isu Khir Toyo ini menguntungkan Umno?
Beberapa pemimpin Umno termasuk Khir Toyo didakwa melakukan pelbagai salah laku. Kes Disneyland, kes tiket kapalterbang, kes beli apartmen dan sebagainya. Ada dua bekas Menteri juga dituduh rasuah begitu juga dengan seorang Timbalan Menteri.
Malangnya sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil keatas mereka sehingga memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak mahu berubah dan masih ditakuk lama dengan melindungi pemimpin-pemimpin yang terpalit imej mereka.
Di samping itu kita mahukan Khir Toyo perjelaskan kepada rakyat - Apakah "beberapa perniagaan" yang beliau jalankan yang membawa keuntungan sehingga bekas Menteri Besar Selangor itu mampu membayar ansuran mahligai sebanyak RM15,000 sebulan?
Tidak mungkin Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet tidak berminat hendak tahu perniagaan apa yang dijalankan oleh Khir Toyo!
Tidak mungkin Kerajaan tidak berminat hendak menanyakan pada Ketua Pembangkang Selangor ini bagaimana beliau berjaya menjadi pemilik sebuah mahligai Bali yang begitu indah dengan harga RM3.8 juta padahal sebuah rumah semi-D di Kuala Lumpur pun dijual dengan harga tidak kurang dari RM2 juta!
Beberapa hari lagi Najib akan menempuh 100 hari sebagai Perdana Menteri. Tidak berminatkah Najib untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat marhaen ini?
Atau kita masih lagi berada dalam era The Government Knows Best?
HAVE A RELAXING DAY WITH FRIENDS OVER LUNCH OR DINNER
51 minutes ago
1 comment:
Pendapat saya:
1. Mungkin ini semua strategi PR untuk mendapat kelebihan (advantage) di PRK Manek Urai.
2. Inilah padahnya apabila DS Najib memilih atau mengekalkan orang-orang yang mempunyai integriti yang meragukan di dalam Kerajaan/UMNO.
3. DS Najib dan pemimpin atasan nampaknya menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang tidak tegas dan kurang meyakinkan. Kita telah lihat keadaan kucar-kacir masih lagi berlaku seperti di zaman Pak Lah.
Namun saya masih berharap DS Najib akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan. Masa tidak menyebelahinya kerana PRU 13 tinggal hanya lebih kurang 4 tahun saja, dan masa akan berlalu dengan pantas.
Post a Comment