Thursday, September 11, 2014

KETUA PENGARAH FELDA INTAI KELAB BOLASEPAK GLASGOW RANGERS?

SATU lagi kebanggaan negara dan bangsa.

Ketua Pengarah Felda Faizoull Ahmad dirakam oleh akhbar Scotland melawat kelab Glasgow Rangers dan berpotensi untuk menyelamatkan kelab bolasepak tersebut yang sedang dilanda masalah kewangan.

Kita bangga kerana penghormatan yang diberikan oleh akhbar Scotland yang menggambarkan beliau sebagai "mega rich", teramat kaya, walaupun gambaran tersebut mungkin kurang tepat.

Apa pun kita berharap laporan ini menjadi realiti kerana bangsa Melayu sudah mampu membeli sebuah kelab bolasepak di Britain.

Vincent Tan sudah memiliki Cardiff City dan Tony Fernandes pula memiliki Queens Park Rangers.

Laporan akhbar di Scotland di link berikut: http://www.dailyrecord.co.uk/sport/football/football-news/rangers-give-megarich-malaysian-datuk-4192639





1 comment:

Anonymous said...

opppsss...nak celah sikit. KP Felda ni nak gunakan wang sendiri ke wang felda? kalau gunakan wang sendiri dan dijadikan bisnes sendiri, aku tak kisah sangat. tapi jika gunakan wang felda dan glasgow rangers dipunyai oleh felda, aku bangkang. bukan mudah untuk menjaga sebuah team bolasepak antarabangsa yang berada dalam lingkungan ranking bawahan. modal mesti besar sementara keuntungan bagi setiap musim sangat nipis. jangan kerana glasgow rangers, felda akan menggunakan dana besar bagi mencipta kerugian. sudah-sudahla dengan nafsu mengejar nama dan glamour tetapi merugikan harta dan masa depan felda. kalau rasa kaya sangat, belilah MU ke, MCity ke, Barca ke atau Real Madrid, dah tentu akan untung memanjang....