Thursday, September 25, 2014

GILIRAN AHMAD MASLAN BUAT LAWAK

SEMAKIN hari semakin banyak kenyataan lucu dikeluarkan oleh anggota Kabinet Najib Razak.

Selepas kenyataan Hassan Malek, kalau ayam mahal, jangan makan ayam", Wahid Omar turut membuat kenyataan lucu dengan pengumuman bahawa kini pendapatan sekeluarga sudah mencecah "RM5,900" sebulan.

Semalam Ahmad Maslan pula membuat kenyataan berikut:


"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.
"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.
"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat."

Rakyat miskin hanya perlu kerja 9 bulan saja untuk hidup di Malaysia?

Ini kah tahap Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan negara?

Kabinet Najib seolah-olah sedang menyertai program Raja Lawak yang dianjurkan oleh Astro.

Menteri-menteri mengambil giliran untuk membuat kenyataan lucu untuk membuat rakyat ketawa - mungkin untuk melupakan keperitan mereka.

9 comments:

Anonymous said...

najib mana berani rombak kabinet. dia takut kena lawan

Anonymous said...

Lawak vodoh.

Anonymous said...

kabinet najib selalu kena penyakit mudah lupa. dalam seronok buat kenyataan kononnya amat bernas dan hebat, lupa pulak nak selidik adakah ianya lawak atau akan jadi bahan lawak. kenyataan terbaru ahmad maslan memang tidak dilakukan 'homework' sebelum dikeluarkan. cuba la kerja lebih sikit daripada 3 minit, kalau orang miskin di malaysia hanya perlu kerja 9 bulan dalam setahun, maka 3 bulan nak mentekedarah apa? subsidi yang diberi kena juga pakai modal untuk beli barang baru dapat nilai subsidi tu. makna kata, asal boleh cakap maka cakaplah. lawak tak lawak tak ambil kira langsung. bermaksud, kerja kerajaan ialah 'transform' kepada kata2 dan temberang pembangkang. dah tak ada beza kedua2 pihak. yang berbeza hanyalah ejaan dan sebutannya.

Anonymous said...

Kalau boleh keperluan asas x perlu di naikkan selamanya.....yang perlu di naikkkan harga babi dengan cukai tanah kampung Baru cina 100%...Baru lah rakyat hidup gembira!!!!!

Anonymous said...

Ahmad maslan hidup dia rakyat tanggung. Cuma mase kempen pilihantaya umum je bapak si ahmad maslan tanggung dia. Harktuuiihh!!!

Anonymous said...

kalau macam nie gayanye,Pru 14 1/2 boleh menang.Tak ada wow factor kata juri Af ler.

Anonymous said...

kalau macam nie gayanye,Pru 14 1/2 boleh menang.Tak ada wow factor kata juri Af ler.

Din Kalut. said...

Orang miskin kerja 9 bulan.3 bulan kerajaan beri bantuan.
Ok lah .
Menteri dan pemimpin lagi bagus.
Dapat asyuk tahan 7 keturunan makan tak habis.

Anonymous said...

bijaknya komen2 diatas melebihi tahap Musang Bulan...