Wednesday, October 8, 2008

99.9% PAK LAH AKAN UMUM LEPASKAN JAWATAN PETANG INI!

Adakah Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno selepas pertemuan dengan pemimpin BN petang ini?

Sehingga saat ini masih ada usaha di kalangan golongan tertentu yang berkepentingan yang masih mengharapkan Pak Lah akan mengubah pendirian untuk tidak bertanding.
Semalaman semalam Pak Lah duduk berhadapan hampir 20 Ketua Bahagian di Seri Perdana mendengar rintih rayu mereka menyakinkan Pak Lah bahawa akar umbi masih menyokong kuat beliau dan tidak ada masalah untuk Pak Lah mendapat 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatan.

Mengikut Berita Harian hari ini, antara mereka yang bersengkang mata semalam ialah Timbalan Ketua Bahagian Kepala Batas Helmi Mat Rashid, Ketua Bahagian Nibung Tebal Abdul Rashid Abdullah dan timbalannya Zainal Abidin Osman, Ketua Bahagian Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir, Ketua Bahagian Bagan Serai Zainal Abidin Zin, Ketua Bahagian Kubang Pasu Johari Baharum dan Ketua Bahagian Tasik Gelugor Mohd Shariff Omar.

Selepas lima jam merayu dan merintih, Pak Lah tetap dengan keputusan beliau untuk meletakkan jawatan Mac 2009.

Tidak cukup dengan usaha itu, penyokong Pak Lah menyebarkan SMS merayu para penyokong berkumpul di hadapan Sri Perdana pagi tadi sebelem Perdana Menteri bertolak menghadiri mesyuarat Kabinet untuk menyatakan sokongan supaya Pak Lah kekalkan jawatan.

SMS tersebut berbunyi: "Assalamualaikum & selamat ptg sahabat2 setia, esok jam 0800 pagi jom berkumpul di hadapan Sri Perdana utk memberikan sokongan semangat perjuangan yg padu kpd Pak Lah Boss kita pemimpin ulul amri sblum beliau berlepas ke mesy Kabinet & strusnya utk mengumumkan keputusan bliau utk mempertahankan jawatan Presiden Umno & sbg PM. Cabutan kenyataan akhbar beliau d muka depan NST hari ini amat jelas maksudnya. Allahuakbar! Hidup Pak Lah!"

Dan pagi ini lebih 20 orang berkumpul di hadapan Seri Perdana menyambut seruan SMS tersebut.

Walaupun website pro-Pak Lah telah mengumumkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak bertanding petang ini, masih ramai yang sangsi.

Tetapi Pak Lah 99.9 peratus pasti beliau terpaksa pergi. Malahan nama-nama besar Umno termasuk menteri-menteri kanan yang selama ini pro-Pak Lah sudah mula mengorak langkah mengatur strategi mendekati "orang baru" untuk memastikan masadepan mereka cerah.

Yang takut berterang-terangan, menghantar wakil untuk menyatakan sokongan kepada Najib Razak secara diam-diam. Pemimpin yang sebelum ini menyatakan secara terbuka menyokong Pak Lah kini berpatah balik.

Annuar Musa semalam membuat kenyataan bahawa bahagian-bahagian akan mencalonkan Najib sebagai Presiden.

Beberapa pemimpin Umno yang kuat menyokong Pak Lah membuat lawatan mengejut tanpa "appointment" untuk bertemu Najib. Orang di sekeliling Pak Lah maklum akan perkembangan ini.

Hanya satu dua orang di kalangan orang-orang Pak Lah ini yang masih bertegas Pak Lah mesti bertanding semata-mata atas kepentingan mereka sendiri.

Sebenarnya Pak Lah telah membuat keputusan untuk menyerahkan kepada Najib apabila beliau dikritik teruk oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi mengenai kepimpinan beliau. Malahan Pak Lah sendiri meminta pandangan bebas mengenai sokongan akar umbi terhadap beliau.

Selepas melihat sendiri kajian bebas bahawa peluang beliau untuk mendapat 58 pencalonan cukup tipis, Pak Lah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Malangnya sekerat dua di dalam kumpulan penyokong Pak Lah berusaha sedaya upaya menyakinkan Pak Lah bahawa gambaran negatif yang diberikan adalah rekaan orang-orang Najib dan keadaan sebenar ialah akar umbi masih memerlukan Pak Lah.

Tidak cukup dengan usaha itu, ada di kalangan penyokong Pak Lah yang mendekati moderator blog parti pembangkang seperti
Siasahdaily dan Suara Keadilan untuk menghentam Najib seolah-olah Najib lah yang bertanggungjawab menjatuhkan Pak Lah.

Para penyokong Najib pasrah dengan tohmahan yang dilemparkan. Ia adalah suara rakyat. Malahan Tun Musa Hitam dikatakan menasihati Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan.

Walaupun Pak Lah akan menjadi Perdana Menteri yang paling singkat tempoh khidmatnya (5 tahun 4 bulan berbanding Tun Hussein Onn 5 tahun 8 bulan), sekurang-kurangnya Pak mengelakkan diri dari diaibkan.

Di dalam sejarah negara belum ada Presiden parti yang ditewaskan atau gagal mendapat pencalonan untuk mengekalkan jawatan. Hanya Allahyarham Ghafar Baba gagal mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden akibat penangan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri.

Petang ini Pak Lah mungkin mengumumkan keputusannya. Dan ahli-ahli Umno dan rakyat hanya hendak mendengar hanya satu sahaja pengumuman iaitu "saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Mac 2009".

Keputusan ini bukan untuk kepentingan Pak Lah sahaja, malah ianya untuk kepentingan agama, bangsa, negara dan Umno.

3 comments:

Anonymous said...

0.1% tu kuasa veto Kamaluddin

Anonymous said...

Anon 1135

Betul lah kata lu. Tapi bukan Kamaluddin saja, campurlah menantu sama.

Sutera Timur said...

Patutnya dia lepaskan awal lagi. Lepas pilihanraya.Apabila keadaan negara dah mengalami keadaan ketidak tentuan politik,ekonomi dan kenaikan harga barangan rakyat kini semakin tersepit.Apa tindakan kerajaan dlm mengatasi permasalahan ini,semua seakan memekakkan telinga dan membisu seribu bahasa.perebutan kuasa yg diwarwarkan dan melupakan keadaan sebenar rakyat.