Sunday, July 6, 2008

TUMPAS DEK PERANGKAP ANWAR?

MEMUALKAN: Itu lah lebih kurang tajuk muka depan akhbar The Star hari ini.

Akhbar tersebut menyiarkan komen blogger Ahiruddin Atan (Rocky’s Bru), Marina Mahathir, presiden Transparency International Ramon Navaratnam, presiden MTUC Syed Sahir Syed Mohamud dan lain-lain yang melahirkan rasa resah dengan suasana politik negara.

Lebih meresahkan mereka ialah isu kesusahan rakyat bukan lagi menjadi topik utama tatapan akhbar .

“Saya bosan. Banyak perkara yang lebih penting dalam hidup yang perlu diambil kira seperti bagaimana seseorang mencari sesuap nasi untuk keluarganya.” Itulah antara catatan Marina dalam blognya “rantingsbymm”.

Ahiruddin menulis:“ Saya akan berhenti mem”blog” isu Anwar dan Altantuya kerana banyak isu lain yang perlu dibicarakan.”
Malah ketua pengarang The Star, Wong Chun Wai, menggunakan ayat ‘Fed up with political drama” (bosan dengan drama politik) sebagai tajuk kepada ruangan beliau “On the Beat” hari ini.

Kenapa tiba-tiba akhbar The Star merubah pendiriannya dalam isu Anwar Ibrahim? Kenapa tiba-tiba isu Anwar membosankan?

Rabu lalu The Star memuatkan tujuh mukasurat, bukan satu, untuk isu Anwar semata-mata. Hari ini ketua pengarangnya “bosan dengan drama politik”.

Untuk berlaku adil kepada Wong, alasan beliau kelihatan munasabah. Wong menulis (terjemahan):

“Isu sebenar telah dipinggirkan, malah tidak lagi dihiraukan, oleh mereka yang rakus merampas kuasa dan mereka yang bertungkus lumus untuk kekal berkuasa. Pelabur tidak lagi melihat Malaysia sebuah negara yang stabil politiknya.

“Persepsi dunia ialah Kerajaan kita akan tumbang bila-bila masa sehingga tarikh keramat Sept 16, tarikh di mana Anwar berjanji beliau akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Suasana politik yang ketidaktentuan ini tidak membantu menarik pelabur ke Malaysia.

“Kekuatan kita di Asia terletak pada kestabilan ekonomi dan politik tetapi ianya kini tercabar dan keyakinan pelabur kini terhakis.

“Sektor perniagaan kini merana. Hentikanlah drama politik ini. Tuduhan-tuduhan ini mungkin menarik untuk pembaca dan melariskan jualan akhbar tetapi rata-rata rakyat Malaysia bosan dengan ahli politik kita. Pilihanraya umum telah berlalu. Ahli-ahli politik perlu memberi perhatian kepada pengurusan negara dan negeri masing-masing.

“Pakatan Rakyat perlu membuktikan mereka mampu menerajui kelima negeri yang ditaklukinya dari BN and berentap semula dengan BN dalam pusingan yang akan datang.

“Kerajaan Persekutuan perlu membina semula keyakinan rakyat and buktikan ia mampu mengemudikan mereka keluar dari kegawatan ini kesan dari kenaikan harga minyak. Sektor perniagaan telah menguncup dan jumlah pekerjaan seluruh dunia merosot.

“Syarikat-syarikat penerbangan di ambang bankrup, pasaran saham merudum dan perkara terakhir yang kita perlukan ialah perbalahan politik yang akan mengheret kita ke lembah yang lebih membimbangkan.

“Sidang akhbar diadakan setiap hari bukan untuk bercakap mengenai usaha membanteras inflasi, menyelamatkan pekerjaan dan menyediakan makanan di atas meja tetapi hanya untuk bercakap mengenai “liwat dan liwat”.

“Pak Lah perlu menunjukkan kepimpinan yang tegas. Tidak hanya cukup dengan menunjukkan sikap seorang yang baik.

“Beliau adalah seorang Perdana Menteri dan dia perlu menyedari apa yang sekarang menyusahkan rakyat, tunjukkan beliau seorang “boss” dan gunakan segala sumber di bawah bidang kuasanya untuk memperkenalkan pembaharuan dalam bidang kehakiman, perkhidmatan awam, polis dan sektor-sektor lain.

“Apa yang dilakukan sekarang tidak mencukupi. Gunakan rotan, jika perlu, untuk menghentikan kebobrokan ini.”

Jelas sekali akhbar The Star hari ini mempunyai pendirian yang berlainan dari hari-hari sebelum ini. Pokoknya kenapa?

Antara teori yang dibincangkan di warung-warung kopi ialah bagaimana Kerajaan, akhbar dan ahli-ahli politik kerajaan telah termasuk perangkap Anwar.

Imej kepimpinan tercemar, pasaran saham merudum dan seperti yang dinyatakan Wong, keyakinan pelabur hilang dan keyakinan rakyat yang terhimpit dengan suasana ekonomi sekarang ini semakin menipis.

Kekecewaan jelas di kalangan tuan-tuan punya syarikat besar yang tersenarai di BSKL yang saban hari kerugian berjuta-juta ringgit akibat pasaran saham merudum dan puncanya bukan kerana kelemahan pengurusan syarikatnya, tetapi disebabkan oleh ketidakstabilan politik negara.

Kritikan Ronnie Liu seperi yang dilaporkan Malaysiakini jelas bagaimana pembangkang mengambil kesempatan dari kegawatan politik dan ekonomi sekarang ini.

Liu dipetik Malaysiakini sebagai berkata: ""Saya tidak menganggap Kerajaan BN bodoh tetapi saya ingin menyatakan mereka tidak pandai mengurus ekonomi dan negara."

Jika andaian ini tepat, maka tidak salahlah tangapan sesetengah pihak bahawa isu Anwar adalah rekaan beliau semata-mata untuk terus mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Anwar yang akan meraih simpati dan faedah dari kegawatan politik sekarang.

Samada Anwar berjaya atau gagal, masa akan menentukan. Tetapi ke manakah arah tuju negara kita? Wong jelas bimbang dengan imej kepimpinan negara sehingga beliau berani menegur Perdana Menteri dan mendesak beliau menggunakan “rotan” untuk menghentikan kebobrokan ini.

Apa yang jelas rakyat yang terhimpit perlukan pembelaan segera sebelum apa yang dibina selama ini musnah buat selama-lamanya.

Rujukan:
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/6/focus/21752272&sec=focus
http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/07/i-think-ill-just-go-on-strike.html
http://rockybru.blogspot.com/2008/07/malaysian-bloggers-on-strike.html
http://www.malaysiakini.com/news/85655

4 comments:

Anonymous said...

Sdr,

Kesimpulan kepada analisis anda ialah - Abdullah Ahmad Badawi tidak secerdik dan sehebat insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kejayaan, kekayaan dan kemakmuran yang dikecapi Malaysia lebih 20 tahun lepas (hasil penerajuan Tun Dr Mahathir) boleh musnah dalam tempoh kepimpinan Abdullah.

Saya terkilan kerana anak-anak saya tidak dapat melihat pembangunan Malaysia pada masa ini seperti mana saya ketika remaja (era 1980an-1990an) di mana satu per satu kebanggaan dihasilkan.

Malangnya, Abdullah tidak mahu bangkit dari mimpinya ... sebab dia tidak merasa kesusahan dan keperitan rakyat di bawahnya ...

Ini kerana, dia tidak perlu ke pasar / pasar raya untuk berbelanja barangan keperluan rumah (saya pasti semuanya sudah tersedia di ISTANANYA dan mungkin diperolehi secara percuma daripada pihak yang sentiasa mahu mengampunya), tidak perlu mengisi petrol (untuk deretan KERETA-KERETA HEBATNYA) sebab pemandu sudah melakukannya menggunakan baucer kerajaan, tidak punya anak kecil untuk dihantar ke sekolah, tuisyen .. hatta, tidak perlu mengeluarkan belanja untuk banyak perkara.

Saya musykil mengapa Abdullah tidak boleh melakukannya seperti Tun Dr Mahathir terutama ketika kegawatan melanda? Malaysia pernah mengalami dua kegawatan (jika saya tidak silap) semasa zaman Tun Dr Mahathir dan berjaya melepasi gelora hebat itu. Abdullah turut berada dalam kerajaan Tun Dr Mahathir ketika itu. Sudah lupakah beliau cara-cara yang sepatutnya dilakukan atau terlalu mengantuk untuk mencongak dan membuat percaturan sewajarnya atau beliau ENGGAN mendengar nasihat pakar ekonomi negara atau dia diberikan NASIHAT YANG SALAH.

Saya berpendapat kesilapan BESAR Abdullah ialah apabila dia membebaskan Anwar Ibrahim - yang kini menjadikan keadaan di Malaysia semakin rumit, kalut dan buruk. Anwar umpama kucing liar yang tidak boleh dijinakkan (saya memilih kucing kerana cara mengawannya).

Saya juga sedih dan kesal kerana BN kini di ambang kehancuran dek akibat kepimpinan lemah dan bodoh Abdullah. Bahtera yang dikemudinya sudah jauh dilambung ombak tetapi dia masih lena di lautan MIMPI.

Kini, saya hanya mampu melihat Abdullah menghancurkan Malaysia.

- insan kerdil -

Orang yang bodoh tak akan katakan dirinya bodoh.Dia hanya menduduki kerusi PM saja dan pengikutnya semua juga buta dengan wang kotor and tak kira.
Tuhan saja akan menentukan nasibnya kerana membawa malapetaka kepada rakyat.
Nampaknya kerbau lebih bijak.

Anonymous said...

kesalahan yang paling besar sebenarnya berpunca dari mahathir,sebok dengan pembangunan dan industri(tak belajar dari revolusi peranchis yg disebabkan industri lahirnya pelacuran-akhirnya jatuh).tanah2 subur dijadikan kawasan perindustrian,padang golf,tanah sawah dijadikan lebuhraya,berlumba2 dgn bangunan tertinggi.rakyat tidak digalakkan dan diasak dengan pertanian,lebih malang ada universiti pertanian,direncamkan,sepatutnya lebih dimajukan kearah pertanian moden,anak2 muda tidak dihiraukan dibiar bebas sehingga terjebak dgn dadah,tiada pengisian rohani,malah pembelajaran agama disekat,dan benarlah apa yang ditanam itulah yg di tuai.kesimpulannya cukup2lah tu,kembali pada islam,dah sampai masa abdullah panggil semua alim ulama minta nasihat,cukuplah asyik guna logik akal!