Friday, July 4, 2008

RAFIDAH AZIZ KEKAL MP KUALA KANGSAR

HAKIM: CUKUP TANDATANGAN BORANG ASAL.
Dengan keputusan itu, Rafidah kekal sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Petisyen batalkan keputusan pilihan raya Kuala Kangsar, Kubu Gajah ditolak
04/07/2008 12:24pm
IPOH 4 Julai — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak petisyen berasingan bagi membatalkan keputu san pilihan raya kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah yang kedua-duanya dimenangi calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum Mac lepas.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dimenangi Ketua Wani ta Umno Tan Sri Rafidah Aziz manakala Kubu Gajah dimenangi Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.
Hakim Datuk Zakaria Sam menolak tanpa kos petisyen terhadap keputusan kerusi Kuala Kangsar tetapi menolak dengan kos petisyen terhadap kerusi Kubu Gajah.
Dalam keputusannya, Zakaria berkata Rafidah telah menandatangani borang asal kertas penamaan calon ma nakala dua lagi kertas penamaan yang tidak ditandatanga ni adalah borang salinan, dan ini sudah cukup untuk membuktikan beliau memang berhasrat bertanding bagi kerusi berkenaan.
Katanya Pegawai Pilihan Raya juga telah menjalankan kuasanya untuk menerima kertas pencalonan tersebut kerana beliau mempunyai kuasa untuk membuat pertim bangan sama ada mahu menerima atau menolaknya.
Petisyen berkenaan dikemukakan oleh seorang pengun di, Ahmad Jamaluddin Abdul Majid, yang memohon keputusan pengundian bagi kerusi Kuala Kangsar disyti harkan batal dan tidak sah kerana Rafidah, yang dinama kan sebagai responden pertama, didakwa telah gagal untuk menandatangani dua daripada tiga kertas penama an (Borang 4) yang diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pi lihan Raya) 1981. — Bernama.

No comments: