Wednesday, July 23, 2008

SUARA ORANG MUDA BERKUMANDANG DALAM UMNO!

SHAZIMAN Abu Mansor (gambar) merupakan Menteri termuda di dalam Kabinet Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah yang tersirat di dalam jiwa dan raga orang muda ini mengenai Umno hari ini?

MStar, akhbar online berbahasa Melayu kepunyaan The Star, menyelam isihati Shaziman dalam satu temuramah hari ini.

Pasti ada pemimpin Umno yang terguris dengan kenyataan Shaziman, tapi yang jelas ianya realiti nasib parti itu kini. Berikut ialah petikan penting dari temuramah bersama Shaziman oleh mStar untuk renungan ahli-ahli dan pemimpin Umno.

“Jika benar-benar ikhlas dengan perjuangan parti, dan jika dalam kepimpinan Umno itu sendiri ada yang sedar bahawa masa sudah sampai bagi mereka melepaskan jawatan, itu adalah satu sikap yang mulia. Biarlah yang lebih muda mengambil alih."

“Dua daripada tiga jawatan naib presiden Umno perlu disandang golongan muda kerana jawatan nombor tiga tertinggi parti itu adalah satu peringkat latihan untuk pemimpin yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan parti akan datang.”

“Jika program peralihan kuasa yang diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden Umno) menjadi kenyataan, dalam tempoh dua tahun lagi Datuk Seri Najib Razak (Timbalan Presiden Umno) akan mengambil alih jawatan presiden. Jika naib presiden semuanya berumur lebih 60 tahun, manakah wujudnya pelan peralihan kuasa seterusnya kerana Najib baru berumur lewat 50an.”

“Sikap ramai pemimpin yang menganggap Umno sebagai punca rezeki yang menyebabkan mereka kerap bersikap hipokrit dan takut untuk menegur kesilapan pemimpin tertinggi parti atau memberikan pandangan yang berbeza daripada pendapat arus perdana. Kalau jadi pemimpin peringkat tinggi mestilah berani beri gambaran, pandangan dan pendapat yang betul, bukan hanya setakat hendak ampu berhubung sesuatu isu. Kalau tidak ada keberanian ini tidak ada jati diri, pada saya mereka bukan lagi seorang pemimpin kerana hanya berani cakap belakang.”

Umno perlu kembali kepada perjuangan asal dan perlu dilihat sebagai memperjuangkan nasib Melayu dengan mengetengahkan kes-kes di mana orang Melayu teraniaya kerana keghairan sesetengah pihak melaksanakan dasar meritokrasi. Kalau tidak, kalau pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pun dibiarkan separuh-separuh, lebih baik tukar slogan berjuang untuk agama, bangsa dan negara kepada hanya agama dan negara atau untuk negara sahaja."

Laporan penuh mStar: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4d31dc54-c0a85062-14c4ac90-4b57a332

No comments: