Di Kedah, katanya, Mukhriz Mahathir akan dipilih menjadi Menteri Besar sekiranya BN dapat meranapkan Pas.
Sementara di Kelantan, Mustapa Mohamed bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pas tumpas selepas 23 tahun memerintah.
Itu khabar angin yang tersebar luas di Kedah dan Kelantan.
Khabar angin juga tersibar mengatakan bahawa Mustapa dan Mukhriz akan bertanding dua kerusi - kerusi negeri dan kerusi Parlimen.
Kalau benar lah khabar angin ini, ia tidak lain dan tidak bukan, Mustapa dan Mukhriz mahukan politik selamat.
Kalau kalah di negeri, masih ada peluang menjadi Menteri, dan kalau kalah di Parlimen, masih ada peluang untuk menjadi Menteri Besar.
Kalau ini menjadi kenyataan, ianya bukan saja mengamalkan politik selamat, malah ia akan dilihat sebagai politik pengecut.
Kalau Mukhriz dan Mustapa serius untuk menawan Kedah dan Kelantan, mereka perlu menunjukkan kejantanan politik mereka dengan menumpukan untuk bertanding di Kedah saja.
Jika Mukhriz dan Mustapa merasakan risiko hilang jawatan Menteri lebih tinggi, elok tumpukan saja bertanding di Parlimen.
Jual gula 10 sen, kedai serbaneka disiasat KPDN
2 hours ago