Friday, July 27, 2018

PERUBAHAN DALAM KHAZANAH LONG OVERDUE

Image result for khazanah

Semalam satu platun pengurusan tertinggi Khazanah Nasional termasuk adik Najib Razak, NAZIR, menawarkan untuk meletakkan jawatan bagi memberi peluang kepada Dr Mahathir Mohamad menyusun semula Khazanah Nasional.

Tindakan meletakkan jawatan secara sukarela ini mendapat reaksi negatif dari pemimpin Umno.

Biasalah, sejak menjadi pembangkang sekarang ini, semua yang kerajaan baru buat semua dikritik sampaikan isu jemaah bermalam di lapangan terbang pun dijadikan modal.

Antara pengkritiknya ialah Khairy Jamaluddin yang antara lain membuat kesimpulan bahawa Dr Mahathir hendak membawa Khazanah ke belakang, era 1990an.

Ada yang mengkritik mengatakan ini cara lama, "Old School", kata mereka.

Macam ini lah. 61 tahun Umno perintah Malaysia, pada 9 Mei 2018 Umno ditolak oleh rakyat gara-gara seorang manusia bernama NAJIB RAZAK sehinggakan kerajaan BN BUNGKUS. 

Apa saja yang dibangkit oleh rakyat mengenai Najib, semua diNAFIkan.

Tak ada satu pun yang Najib mengaku. Dan tak ada seorang pun pemimpin Umno yang ada hari ini berani menegur beliau walaupun Najib sekarang ini hanya manusia biasa.

Pemimpin Umno masih di tahap lama kerana diketuai oleh Presiden yang berfikir cara lama.

Adakah Khazanah mahu terus diuruskan cara Pak Lah, bapa mertua Khairy, atau diuruskan cara Najib di mana pada satu ketika duit saham Khazanah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Entah apa yang berlaku dalam Khazanah, kita pun tak tahu.  

Setakat pasaran saham jatuh satu dua bulan ini perkara biasa. Sekarang adalah fasa memperbetulkan segala KEROSAKAN yang dibuat oleh Najib.

Sekarang adalah fasa untuk repair kesemua sistem yang ROSAK dalam kerajaan termasuk mengenalpasti dan merehatkan mereka yang bersekongkol merosakkan sistem kerajaan.

Sudah sampai masanya Khazanah mendapat pengurusan baru - kata orang putih LONG OVERDUE. 

Janganlah kerana bapa mertua yang meletakkan Azman Mokhtar di situ pada 2004, sebarang perubahan dianggap kebelakang.

Jika selepas ini orang baru yang menerajui Khazanah gagal, seranglah Dr Mahathir.

Murah rezeki Umno kembali berkuasa 5 tahun lagi dan jika ada rezeki giliran Khairy menjadi Perdana Menteri.


https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/454111/kronologi-peletakan-jawatan-ahli-lembaga-pengarah-khazanah

Wednesday, July 25, 2018

ZAHID HAMIDI PANAS TELINGA DITEGUR KHAIRY JAMALUDDIN. TAWAR JAWATAN DITOLAK KJ

Image result for zahid+presiden Umno+pertandingan

HARI ini Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah mengeluh Khairy Jamaluddin tidak SUDI menerima TAWARAN jawatan dari beliau.

Tiga jawatan ditawarkan - Timbalan Presiden Umno, Setiausaha Agong BN dan Ketua Penerangan Umno. Semua ditolak oleh Khairy, kata Zahid.

Bagi kita, ianya keputusan yang TEPAT oleh Khairy.

Tak ada faedahnya untuk Khairy menyertai team Zahid yang terdiri dari Mohamad Hasan, Annuar Musa, Teuku Adnan Teuku Mansor, Ismail Sabri, Azeez Rahim, Bung Mokhtar Radin dan beberapa lagi.

Terbukti hari ini keputusan Khairy TEPAT.

Zahid hanya dilihat sebagai PENGIKUT (follower) Najib Razak, tidak lebih dari itu. Tiada perubahan yang diperkenalkan beliau sejak memenangi jawatan Presiden parti sementara beberapa ahli Majlis Tertinggi sedang disiasat oleh SPRM.

Setakat hari ini, Khairy sedang membawa anjakan paradigma yang baru ke dalam Umno. Berani menegur Zahid dan Umno, walaupun kita berpendapat sudah terlambat kerana parti telah tersungkur semasa PRU14 yang lalu.

Mungkin hari ini Zahid tersedar, tanpa Khairy beliau akan kepanasan kerana ada orang seperti Khairy yang tidak segan-silu menegur kepimpinan beliau.

Seperti zaman Najib dulu-dulu, bila ada yang berani menegur, mereka ditawarkan jawatan dan ganjaran untuk menutup mulut mereka.

Semuga Khairy tidak begitu. 

Tuesday, July 24, 2018

KERAJAAN PAKATAN AKAN BANTU BERSIHKAN NAMA ZAHID


SEDIA DISIASAT. 

Ini yang kita nak dengar dari Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid perlu tahu, di akar umbi macam-macam FITNAH dilemparkan terhadap Zahid dan keluarga beliau mengenai urusniaga pekerja asing.

Kemasukan pekerja asing dah jadi macam bisnes untuk orang tertentu. Ada yang mengatakan untung bersih membawa masuk pekerja asing ini ialah antara RM1,000 hingga RM1,200 sekepala.

Jadi sebagai contoh, sesiapa yang dapat kuota membawa masuk !0,000 pekerja asing, untung bersih, katanya, antara RM10 JUTA dan RM12 JUTA.

Agaknya itulah sebabnya jumlah pekerja asing tidak pernah berkurangan malahan bertambah berlipat kali ganda.

Katanya juga, kerajaan pun buat untung dari kemasukan pekerja asing ini melalui levi.

Perniagaan pekerja asing ini sama lah dengan perniagaan HAMBA ABDI yang kita pernah tonton dalam filem P.Ramlee, Tiga Abdul.





Berbalik kepada cerita Zahid. Memandangkan Zahid sudah bersedia untuk disiasat, elok lah Kerajaan Pakatan menyiasat Zahid untuk kebaikan Umno.

Umno perlukan Presiden yang bersih. Siasatan seumpama ini akan membersihkan nama baik beliau, Umno dan adik beradik beliau.

Zahid tak perlu bimbang jika beliau bersih.


Sunday, July 22, 2018

MENTERI PAKATAN BUAT KERJA-KERJA BODOH

Related image

TAK sampai 100 hari memerintah, beberapa Menteri Pakatan Harapan membuat kerja-kerja BODOH yang menyusahkan kerajaan Pakatan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. SIVARASA RASIAH.

Perlukah Sivarasa menyibuk masuk institusi Melayu? Apa perlu Sivarasa memijak kaki di Mara? Untuk pengetahuan Menteri-Menteri bukan Melayu, tak payah lah menyibuk dan memijak kaki di institusi yang menjaga kepentingan orang Melayu.

Antaranya Risda, Felcra, Felda, Mara, Tabung Haji dan banyak lagi. Menteri KKLW Rina Harun buat apa? tAK SENSITIF ka? Tak kan biarkan Timbalan Menteri bukan Melayu pergi ke Mara tanya hal-hal orang Melayu?

Kenapa tidak Rina ke sana, kenapa Sivarasa?

2. MAZLEE MALIK

Image result for mazlee kasut hitam

DALAM banyak-banyak isu yang dibawanya isu kasut sekolah berwarna HITAM. Berkurun lamanya sejak zaman nenek moyang Mazlee, anak-anak ke sekolah pakai kasut putih.

Ia sebahagian dari latihan disiplin. Setiap hujung minggu dikerah oleh mak bapa kita basuh kasut putih dan bubuh kapur. 

Jika hari Ahad, hari pertama bersekolah, kasut kita lasam (kotor) ianya tandanya kita pemalas dan ditertawakan rakan-rakan dan guru sekolah.

Tak ada ke perkara lebih penting untuk Mazlee buat di Kementerian Pendidikan.

Isu pelajar tak boleh berbahasa Inggeris selepas 11 tahun bersekolah. Beban kerja guru dan banyak lagi.

Tak payahlah tunjuk video mengendap-gendap cikgu mengajar dan menyelinap masuk kelas. Nampak macam budak-budak lah.

Ramai juga yang bercakap akan kelakuan Mazlee, kata mereka beliau ini seorang yang angkuh tetapi Jelapang anggap ini hanya FITNAH.

Ahkir sekali. Tak payah lah Mazlee nak hina orang Melayu mengenai BRIM. Hang naik situ pun kerana Melayu.

3. SYED SADDIQ

Image result for syed saddiq

BUAT kerja. Bukan berselfie sana, berselfie sini dan bertwitter. Dah jadi macam Najib ke asyik bertwitter dan berselfie.

Zaman honeymoon dah berlalu. 


Image result for syed saddiq berselfie

Tak perlulah berlakon kutip sampah dan sebagainya. Ini zaman realiti. Dan tolong pilihlah pegawai yang ada kelakuan elok untuk pejabat beliau.


4. LIM GUAN ENG

Image result for lim guan eng gst

Buatlah kerja betul-betul.

Apabila Tun Mahathir menggantung GST, ianya berita gembira buat rakyat. Paling kurang harga barangan MURAH  enam peratus.

Tiba-tiba Guan Eng umum di bawah SST cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus. Dan tergantung begitu saja tanpa sesiapa pun memahami bagaimana pengenaan cukai ini dikenakan.

Inilah yang dinamakan buat kerja CINCAI. Pegawai Khas hebat-hebat - Tony Pua dan Ong Kian Min.

Buat kerja CINCAI.

Di bawah kerajaan dahulu, apa-apa perkara penting hendak dibuat, perancangan dibuat dengan teliti sebelum pengumuman dibuat bagi memastikan segala persoalan difahami dan dijawab.

Guan Eng reaktif. Orang bantai baru nak jawab.

Buat kerja betul-betul Guan Eng! Jangan menyusahkan Tun Mahathir. Jangan buat kerja untuk membalas dendam dan syok sendiri.
  

5. M. KULASEGARAN a/l V. MURUGESON

Image result for kulasegaran

Kamu Menteri kaum India ke apa? Tak habis-habis bercakap mengenai Zakir Naik dan asyik bagi temuramah dalam bahasa Tamil.

Kalau ini perangai Kulasegaran, tak salah orang menuduh beliau rasis.




Saturday, July 21, 2018

ZAHID HAMID DENGAR CAKAP KHAIRY JAMALUDDIN


APABILA jaguh kampung Razlan Rafii (Umno kalah teruk di Wilayah Persekutuan semasa PRU14) membuat kenyataan memalukan Umno dan Melayu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membisu sehingga memaksa bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi nasihat secara terbuka supaya Zahid mengambil tindakan mengecam Razlan.

Image result for khairy+razlan

Presiden parti mesti mengutuk kenyataan biadap seperti ini, kata KJ.


Maka Zahid pun buat lah kenyataan berikut:



PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan ucapan takziahnya ke atas kematian Adun Balakong, Eddie Ng dan menegaskan bahawa Umno tidak akan bertolak ansur dengan anggota yang menunjukkan tidak hormat kepada si mati.

Presiden Umno berkata, tidak sepatutnya ada penyebaran kebencian terhadap perkara-perkara yang melibatkan kematian, walaupun ada perbezaan dalam kepercayaan agama, apalagi politik.

Umno tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana ahli yang membuat kenyataan yang merendahkan, walaupun pemimpin itu mungkin melakukan kesalahan pada masa lalu," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada hari Jumaat.

Ia timbul apabila Naib Ketua Umno Seputeh, Razlan Rafii dalam tweetnya berkata bahawa "matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia!!! Kurang kaki fitnah! Aman Malaysia!! RIP."


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/20/zahid-hamidi/#OE9HJEjhUv0DYWFV.99



TAHNIAH KJ. Selalu-selalulah tegur Presiden. Kalau Pemuda tak tegur, saudara perlu tegur.

Seperti kata bekas Ketua Pengarah Jasa, Presiden Umno yang baru ini SLOW.

Friday, July 20, 2018

NAJIB & CIA AMERIKA?







https://najibsoldmalaysia.blogspot.com/

SURAT ini dimuatnaikkan oleh blog NAJIBSOLDMALAYSIA

Buatlah andaian sendiri.

Image result for hasanah ab hamid

Thursday, July 19, 2018

PUAD ZARKASHY: ZAHID HAMIDI PRESIDEN "SLOW" , TERIKAT BUDAYA LAMA,


Image result for puad zarkashi zahid hamidi

HARI ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ditegur oleh bekas Ketua Pengarah Jasa Puad Zarkashi.

Bagi kita, Zahid kini kena sindrom bisu seperti mana yang di alami oleh Najib Razak dahulu.

Beberapa pihak bertanya apa jenis kegilaan Zahid ini, letak orang Johor jaga Perlis, orang Pahang jaga Selangor dan orang Kedah jaga Terengganu.

Ramai pihak minta Zahid beri penjelasan. Sampai hari ini Zahid membisu.

Dan hari ini Puad hentam Zahid sebagai Presiden SLOW dan TERIKAT BUDAYA LAMA.

Baca di bawa ini:


KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera menjelaskan hala tuju parti kerana ahli Umno dilihat masih terumbang-ambing dan kebingungan ekoran kehilangan kuasa dalam PRU14.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat jika Ahli Parlimen Bagan Datuk itu beterusan membisu maka beliau akan dilihat sebagai pemimpin yang tidak mampu memenuhi tuntutan 'Umno Bangkit'.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan beliau, Mohd Puad merasakan Ahmad Zahid perlu mengemukakan tawaran baru kepada Umno dan rakyat namun dalam masa sama menerima hakikat bahawa parti itu perlu bermula daripada kosong sebagaimana Umno bermula tanpa kuasa pada tahun 1946.

"Ahli parti masih terumbang ambing dan kebingungan kerana Zahid terlalu perlahan untuk menjelaskan hala tuju parti di saat genting ini ekoran Umno kehilangan Kerajaan dalam PRU ke 14.

"Zahid mesti mengemukakan tawaran baru beliau untuk Umno termasuk tawaran baru untuk rakyat. Dia sepatutnya bingkas dan pantas mengemukakan tawaran baru dan hala tuju parti setelah dipilih sebagai Presiden Umno yang baru.

"Kini timbul kritikan terhadap Zahid kerana terikat dengan budaya lama dalam mengurus parti. Pertama, ketiadaan perundingan dalam perlantikan Pengerusi Perhubungan. Beliau sepatutnya mengukuhkan amalan perundingan dalam Umno kerana ini membantu menyatupadukan parti," katanya.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ini juga menggesa pimpinan Ahmad Zahid menghapuskan amalan 'warlord' dalam parti kerana Umno mempunyai sistem terbaik dalam pemilihan pemimpin namun 'warlord' menganggu kelancarannya.

Menurutnya, kira-kira 146,000 ahli diberi hak untuk memilih pemimpin tetapi dek kerana wujudnya 'cai' (warlord), mereka yang berada dalam senarai sahaja berpeluang untuk menang.

"Zahid juga sepatutnya menghentikan amalan politik akomodatif untuk penyokongnya sahaja iaitu memilih dan melantik seseorang kerana orang itu adalah penyokong setianya tetapi bukan kerana merit, prestasi dan komitmennya.

"Sebab itu ada merasakan beberapa nama yang sepatutnya tidak ada lagi dalam pentadbiran Umno tetapi masih dikekalkan kerana diberi jawatan yang lain. Sebab itu imej barisan Majlis Tertinggi Umno dilihat tidak menjamin perubahan yang diharapkan," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd Puad menasihatkan Umno supaya terus konsisten mempertahankan perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak sepatutnya takut dilabel sebagai parti perkauman atau rasis.

"Justeru apabila Umno di bawah beliau tidak ada pendirian jelas dalam isu pengiktirafan sijil UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), ini akan merenggangkan hubungan Umno dengan NGO budayawan, bahasa dan cendekiawan yang lain.

"Agenda Melayu yang diperjuangkan Umno adalah inklusif. Ia bertujuan untuk menyamaratakan padang permainan. Umno tidak rasis, yang rasis adalah DAP," ujarnya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/zahid-perlu-segera-jelaskan-hala-tuju-umno-1.858101


ZAHID HAMIDI PERLU GANTUNG KEAHLIAN NAJIB RAZAK

Image result for sila duduk jangan lari

SEMALAM Jelapang sempat menonton sidang Dewan Rakyat di TV.

Memang betul kata sesetengah akhbar, sidang Dewan tak ubah macam pasar borong.
Jika riuh dalam Dewan Rakyat akan menaikkan imej Umno, teruskan.

Tapi pada pandangan Jelapang, ianya menambah perasaan kebencian kepada Umno.

Apa-apa yang hendak dilakukan, lakukan untuk menaikkan imej Umno, wangikan semula nama Umno.

Keadaan pasar borong dalam Dewan semalam salah satu puncanya ialah kelemahan dan ketidaksediaan Rashid Hasnon menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Nasihat kita kepada Rashid, "buat homework". Baca peraturan Dewan dan belajar dari Speaker terdahulu, Pandikar Amin Mulia, bagaimana beliau menguruskan sidang dewan. 

Kepada Ahmad Zahid Hamidi, setakat ini kita tidak nampak sebarang tindakan dan perlakuan positif yang boleh membantu Umno.

Zahid ada 3 tahun untuk membetulkan Umno.

Caranya mudah.

1. Hapuskan budaya rasuah dalam Umno. Ramai pemimpin Umno dikaitkan dengan rasuah, singkirkan dan ketepikan mereka.

2. Gantung keahlian Umno Najib Razak. Najib BUNUH Umno. Umno busuk kerana Najib dan ahli keluarga beliau. Umno tak perlukan Najib lagi. Biarkan beliau mempertahankan diri beliau.

Sekurangnya-kurangnya Umno memberi mesej kepada rakyat bahawa apa yang dilalui Umno adalah berpunca dari Najib dan Umno tiada kaitan dengannya.

Tidak perlulah nak ambil gambar imamkan solat di rumah Najib dengan Najib menjadi makmumnya.

Kalau sayangkan sangat Najib, rindu sangat pada Rosmah Mansor, pergi diam-diam. Tak payah nak war-warkan pada orangramai. Wajah Najib dan Rosmah tak bawa apa-apa untung pun kepada Umno. Ini realiti yang Umno dan Zahid kena terima.

3. Mulakan hidup baru. Cukup-cukuplah membawa imej Najib. Cukup-cukuplah menjadi macai Najib. Penubuhan Tabung untuk membebaskan Najib adalah perbuatan BODOH dan diketawakan rakyat.

Anak beliau Nazifudin Razak mampu berbelanja besar ke Taiwan untuk menemui aktress Taiwan dan ke Russia untuk menonton Piala Dunia tetapi tak mampu membantu membayar jaminan mahkamah bapanya?

Apakah Umno dan Zahid masih lagi ada sikap melihat rakyat ini bodoh?

 4. Cukup lah menjadi sebuah parti yang rasis. Belum pernah Umno sebelum ini jadi parti rasis. Umno selama ini berjuang untuk orang Melayu dan di masa yang sama turut menjaga kepentingan bukan Melayu.

5. Kalau hendak bercakap mengenai ISU, fahamlah betul-betul isu itu. Jangan dituduh menjadi kaki fitnah. Lihat saja isu SST vs GST. Tak perlu mengelirukan rakyat jika Umno sendiri pun tidak faham konsep SST/GST. Tunjukkan bahawa Umno parti ada akal. Bukan parti lebih kurang. Belajar dari DAP.

Sekian

Wednesday, July 18, 2018

ZAHID HAMID TIDAK LAMA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Image result for anifah aman khairy jamaluddin parlimen

BUKAN senang jadi pembangkang.

Lagi perit buat Najib Razak dan Ahmad Zahidi Hamidi untuk duduk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mereka CERCA sebelum Umno ditendang oleh rakyat.

Bertambah perit buat mereka apabila bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Luar Anifah Aman, kedua-dua Ahli Parlimen dari Umno, tidak menyertai tindakan mereka keluar sidang Dewan kerana tidak puashati dengan proses pemilihan Speaker Parlimen.

Nampaknya, Zahid dan Najib tidak dapat menerima satu lagi tamparan dari ahli sendiri dengan cara pentadbiran Umno yang masih dengan cara lama.

Amat jelas, Khairy tidak sebulu dengan Zahid dan bagi beliau, Najib bertanggungjawab terhadap kekalahan Umno dan BN.

Lebih 61 tahun Umno memerintah. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Umno kepada orang Melayu.

MARA, Felda dan beberapa agensi lain banyak BERJASA kepada orang Melayu.

Hari ini, JASA-JASA ini musnah semata-mata kerana KERAKUSAN Najib dan Rosmah Mansor dan ahli keluarga mereka.

Setakat ini kalau ikut cara Zahid mentadbir Umno, kita tak nampak akan ada perubahan. Malah ramai beranggapan Zahid masih lagi berBOSkan dan mengambil arahan dari Najib.

Khairy mendapat pujian ramai akan tindakan beliau tidak keluar Dewan dan kita berharap Khairy teruskan dengan cara berpolitik baru di dalam Umno.

Lagipun ramai beranggapan Zahid TAK LAMA sebagai Presiden Umno. 

Saturday, July 14, 2018

APANDI ALI SAMPAH PADA AHLI UMNO, MURNI PADA ZAHID

Image result for zahid apandi ali

KEPADA ahli Umno, Apandi Ali adalah sampah.

Baru hari ini, agaknya, Apandi, bekas Peguam Negara, mengetahui perasaan ahli Umno kepada beliau.

Hari ini, Presiden Umno yang baru, Ahmad Zahid Hamidi melantik Apandi dalam senarai "kabinet" (Majlis Tertinggi Umno) beliau dalam Umno. 

Hari ini terserlahlah bentuk kepimpinan Zahid sebagai Presiden.

Setelah dihentam teruk, Apandi menolak perlantikan tersebut dan jelas tindakan beliau ialah untuk menjaga airmuka Zahid.

Setakat ini Umno bawah Zahid sama sahaja dengan Umno bawah Najib.

Malah Zahid ini dilihat tidak lebih dari MACAI Najib walaupun Bahagian Pekan sendiri menolak Zahid semasa pemilihan baru-baru ini. (Umno Pekan memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden Umno).

Sejak Zahid menjadi Presiden, tak ada pun kita dengar pelan beliau untuk halatuju yang baru.

Setakat kita nampak ialah adanya Tabung untuk menyelamatkan Najib dan jeritan "Melayu, Melayu" di mahkamah baru-baru ini selain sekali sekala menziarah Najib dan Rosmah di Jalan Duta.

Image result for zahid najib imamkan

Sebaik sahaja dilantik menjadi Ahli MKT, ini kata Apandi: “Saya terima dengan baik jawatan tersebut dan setelah tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan sama ada sebagai hakim atau Peguam Negara, maka saya boleh berkecimpung dalam bidang politik. Terima kasih. Alhamdulillah, barulah dapat berjuang di atas nama parti keramat yang tercinta. Maka saya akan bersuara, berhujah sebab UMNO memerlukan kepakaran saya dalam bidang perundangan dan saya bersedia memberi tunjuk ajar,”

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apandi-ali-akan-bersuara-untuk-umno-1.708934#ixzz5LFVMw394
© Utusan Melayu (M) Bhd


Selepas di"sampahkan" oleh ahli Umno, Apandi ubah pendirian.

Tak cukup dengan Apandi, Zahid melantik Annuar Musa yang sedang disiasat oleh SPRM sebagai Setiausaha Agung dan Teuku Adnan Teuku Mansor sebagai Bendahari Umno.
Image result for khairy+tabung+najib+pekak
Beberapa hari lalu, Khairy Jamaluddin menulis:



Sunday, July 8, 2018

NAJIB TERIMA RANTAI EMAS

DR. NORAINI AHMAD (depan, tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah RM261,286 beserta dua utas

Derma rantai tangan demi Najib

http://www.utusan.com.my/berita/politik/wanita-umno-kumpul-rm261-286-bantu-najib-1.705190

Inilah rantai EMAS yang diterima Najib Razak dari ahli Umno untuk bantu beliau membayar wang jaminan mahkamah.

Dan Najib dan Rosmah Mansor tidak rasa bersalah untuk menerimanya. Tahniah.
Image result for rosmah

Image result for rosmah berlian

Image result for rosmah rantai berlian

Image result for rosmah rantai berlian


Saturday, July 7, 2018

TABUNG FREE NAJIB: NAJIB & ROSMAH MASA BERKUASA PERAH RAKYAT, HILANG KUASA PUN PERAH RAKYAT

Image result for tabung free najib

MELOYAKAN DAN BODOH.

Seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dari bahagian Umno dan kawasan Parlimen yang KALAH dan baru dipilih Razlan Rafii baru-baru ini melancarkan satu tabung untuk mengutip WANG dari ahli Umno untuk membiayai khidmat guaman Najib Razak.

Dan seorang ahli Wanita Umno sanggup menderma GELANG EMAS beliau kepada Najib Razak yang mempunyai RM2.6 bilion TUNAI di dalam akaun beliau.

Betapa meloyakan dan bodohnya mereka-mereka ini.

Sehari selepas Najib didakwa, anak Najib, Nazifudin, dirakam sedang berpoya-poya dengan seorang perumpuan CINA sambil meminum arak.

Begitu lah ahli Umno dihina dan ditipu oleh golongan pemimpin Umno.

Najib, Rosmah Mansor, Riza Aziz dan anak beranak Najib selama ini hidup melampaui batas dan tidak memperdulikan keperitan rakyat dan ahli Umno.

Semasa berkuasa, mereka hidup dengan bermewah, masa susah pun hendak juga PAU duit ahli-ahli Umno.

Inilah pemimpin yang disanjung oleh ahli Umno. Betapa bodohnya mereka. 

Image result for najib rosmah mewah

Betapa ramainya orang yang dibela oleh Najib.

Kenneth Eswaran mengambil pinjaman dari Bank Pembangunan jutaan ringgit. 

Peter Sondakh, Tan Kay Hock, Bustari Yusof, malahan adik beradik Najib, Nazir, Nizam, di mana mereka?

Kenapa tidak Najib meminta daripada mereka?

Kenapa memerah rakyat.

Semasa berkuasa memerah rakyat, didakwa rasuah pun kutip duit rakyat.

Padanlah Umno berkubur.

Thursday, July 5, 2018

MENJERIT KEJAYAAN PERTAMA NORAINI AHMAD SEBAGAI KETUA WANITA UMNO



Tahniah Noraini Ahmad, Ketua Wanita Umno yang baru.

Menjerit adalah kejayaan pertama beliau selepas menggantikan Shahrizat Jalil.

Terserlah kelas pemikiran Ketua Wanita Umno yang baru.

Wednesday, July 4, 2018

SEJARAH BUAT KELUARGA NAJIB: NAJIB DISERET KE MAHKAMAH.

Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah atas dakwaan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di

Ingat tanggal 4 JULAI 2018, seperti mana selama ini kita kagum dengan rakyat di negara lain apabila presiden dan perdana menteri mereka dijatuhkan oleh rakyat. Hari ini sejarah tercipta apabila rakyat Malaysia menyaksikan Perdana Menteri mereka, Najib Razak, diseret ke mahkamah dan didakwa menerima RASUAH.

Ini titik sejarah yang mana generasi hari ini akan ingat buat selama-lamanya.

Inilah nakhoda yang menenggelamkan bahtera Umno dan Barisan Nasional. Inilah pemimpin yang melenyapkan takhta Umno.

Inilah anak Allahyarham Tun Razak, yang mana bapanya banyak berjasa kepada negara.

Inilah wajah seorang pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat.

Inilah gambar yang akan melakarkan sejarah negara.

Tiada maaf bagi Najib Razak dan ahli keluarga beliau. Kami tidak akan memaafkan kezaliman kamu kepada rakyat Malaysia yang hidup penuh dengan keperitan manakala keluarga kamu hidup dalam kemewahan melempah ruah.




KUALA LUMPUR 4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa di mahkamah hari ini. Berikut adalah pertuduhan ke atas beliau.

Pertuduhan Pertama


Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan keem
pat
Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd. dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/senarai-pertuduhan-ke-atas-najib-1.702612#ixzz5KIVuXcDK
© Utusan Melayu (M) Bhd