Wednesday, July 25, 2018

ZAHID HAMIDI PANAS TELINGA DITEGUR KHAIRY JAMALUDDIN. TAWAR JAWATAN DITOLAK KJ

Image result for zahid+presiden Umno+pertandingan

HARI ini Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah mengeluh Khairy Jamaluddin tidak SUDI menerima TAWARAN jawatan dari beliau.

Tiga jawatan ditawarkan - Timbalan Presiden Umno, Setiausaha Agong BN dan Ketua Penerangan Umno. Semua ditolak oleh Khairy, kata Zahid.

Bagi kita, ianya keputusan yang TEPAT oleh Khairy.

Tak ada faedahnya untuk Khairy menyertai team Zahid yang terdiri dari Mohamad Hasan, Annuar Musa, Teuku Adnan Teuku Mansor, Ismail Sabri, Azeez Rahim, Bung Mokhtar Radin dan beberapa lagi.

Terbukti hari ini keputusan Khairy TEPAT.

Zahid hanya dilihat sebagai PENGIKUT (follower) Najib Razak, tidak lebih dari itu. Tiada perubahan yang diperkenalkan beliau sejak memenangi jawatan Presiden parti sementara beberapa ahli Majlis Tertinggi sedang disiasat oleh SPRM.

Setakat hari ini, Khairy sedang membawa anjakan paradigma yang baru ke dalam Umno. Berani menegur Zahid dan Umno, walaupun kita berpendapat sudah terlambat kerana parti telah tersungkur semasa PRU14 yang lalu.

Mungkin hari ini Zahid tersedar, tanpa Khairy beliau akan kepanasan kerana ada orang seperti Khairy yang tidak segan-silu menegur kepimpinan beliau.

Seperti zaman Najib dulu-dulu, bila ada yang berani menegur, mereka ditawarkan jawatan dan ganjaran untuk menutup mulut mereka.

Semuga Khairy tidak begitu. 

1 comment:

Lone ranger pomen said...

Dari dulu Memang tak minat dgn KJ, Tapi Sejak Umno lingkup ni, boleh nampak Yg kj ni nak bawa Umno ke cara Yg baru. Tapi malangnya ahli Umno ni penakut. Bangsa katak Bawah Tupperware. Dah rasa selesa duduk situ, terus tak nak keluar. Takut dgn benda baru. Kj sekarang berada dimasa Dan tempat Yg Salah. Tak banyak sikit pandangan saya pada Dia berubah.. Ape pun good luck kj...