Friday, December 20, 2019

ALTANTUYA: SELESAIKAN TUDUHAN AZILAH TERHADAP NAJIB MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Image

"Wallahi, wabillahi, watallahi. Alhamdulillah, sejak saya memasuki usiataklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya. Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat." - SUMPAH LAKNAT NAJIB RAZAK, 20 DISEMBER 2019.


BUKAN hari-hari orang bersumpah LAKNAT di dalam masjid. Setakat ini yang buat sumpah laknat ini adalah orang politik atau orang yang dikaitkan dengan orang politik.

Selalunya orang yang "panik, cemas dan terdesak" akan ke masjid bersumpah laknat dengan nama Tuhan.

Alangkah manisnya jika Najib dapat memasukkan "saya dan isteri tidak secara langsung dan tidak langsung terlibat dengan pembunuhan Altantuya."

Bersumpah atau tidak, SIASATAN perlu dilakukan. Sama seperti mana rakyat biasa lalui.

Sumpah seperti ini hanya untuk tontonan ahli-ahli Umno dan orang Melayu. TAK LAKU disisi undang-undang.

Oleh itu kita berharap proses undang-undang perlu dijalankan untuk menyelesaikan isu AKUAN bersumpah Azilah Hadri.




Thursday, December 19, 2019

Wednesday, December 18, 2019

SUMPAH LAKNAT: NAJIB PATUT SUMPAH "LUMP SUM"


Image

KATANYA Najib Razak nak SUMPAH LAKNAT Jumaat ini berikutan TUDUHAN Azilah Hadri bahawa Najib mengarahkan Altantuya Shariibuu diBUNUH.

Seeloknya biarlah perkara ini diselesaikan mengikut prosidur undang-undang.

Tetapi kalau nak bersumpah juga, sumpah lah.

Jangan lah bersumpah hal Altantuya sahaja. 

Buat sumpah secara LUMP SUM.

Sumpah sekali mengenai duit 1MDB dan SRC International.

Hari ini pun di Amerika Syarikat riuh Najib terima RASUAH duit bon 1MDB dari seorang Mat Salleh - Tim Leissner.

Sumpah laknat lah sekali dengan tuduhan berkaitan Tim Leissner ini.

http://www.sarawakreport.org/2019/12/us-securities-commission-bans-tim-leissner-and-names-najib-razak-for-receiving-bribes/

https://www.malaysiakini.com/news/504090

Tuesday, December 17, 2019

ALTANTUYA: AKUAN BERSUMPAH AZILAH HADRI

Image result for altantuya


SAYA, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

(1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:-

"Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.”

(2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap saya dan Tertuduh Kedua, Sirul Azhar bin Hj Umar ("Sirul"). Mahkamah Rayuan Malaysia kemudiannya telah melepaskan saya dan Sirul daripada sabitan salah di atas kerana kegagalan Pendakwa Raya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah Persekutuan walau bagaimanapun telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan mendapati saya dan Sirul bersalah sepertimana di dalam pertuduhan sekali gus menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

(3) Saya bersumpah dengan Nama Allah SWT, Yang Maha Pemurah Iagi Maha Penyayang; bahawa saya, kini melalui hari-hari terakhir saya sebelum dihukum ke tali gantung, dan tanpa niat untuk menganiaya atau menyinggung mana-mana pihak, akan menyatakan perkara sebenar, sebenar-benar perkara, sepanjang pengetahuan saya, berkenaan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, agar kebenaran dapat dizahirkan, semoga saya dapat menghadapi hukuman ini dengan hati nurani yang tenang dan dengan keredaan llahi.

BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak

(4) 17 Oktober 2006: Sewaktu satu tugasan rasmi di Kediaman Sri Kenangan, Pekan, Pahang, DSP Musa Safri ("DSP Musa"), seorang aide-de-camp kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu tersebut iaitu Dato' Seri Najib Razak ("TPM") memanggil saya di hadapan rumah dan memberitahu bahawa TPM mahu berjumpa saya. DSP Musa beritahu bahawa ada tugasan yang akan dilakukan di Kuala Lumpur. Saya menanyakan kepada DSP Musa apakah tugasan tersebut. DSP Musa jawab, "Tugasan sulit melibatkan hal keselamatan negara."

(5) DSP Musa memaklumkan kepada saya bahawa tugasan di Kuala Lumpur tersebut adalah melibatkan kawasan di Bukit Damansara. Saya beritahu DSP Musa bahawa ianya adalah di bawah bidang kuasa IPD Brickfields. DSP Musa tanya adakah saya mengenali mana-mana pegawai di IPD Brickfields. Saya beritahu ada, iaitu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, DSP Idris, kawan saya sewaktu di IPD Sepang semasa saya bertugas sebagai pegawai penyiasat.

(6) DSP Musa beritahu saya ada seorang lelaki iaitu pegawai khas TPM yang juga merupakan kawan TPM di kawasan Bukit Damansara yang menghadapi masalah ugutan. Saya mencadangkan kepada DSP Musa agar lelaki yang dimaksudkan tersebut membuat laporan polis agar pihak polis dapat jalankan siasatan lanjut dan saya akan hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields untuk bantu.

BACA: Kronologi kes pembunuhan Altantuya

(7) DSP Musa beritahu bahawa operasi sulit ini tidak boleh heboh dan diketahui umum. Saya memohon penjelasan beberapa kali daripada DSP Musa mengapa perkara ini tidak boleh diketahui umum dan kenapa tidak buat laporan polis. DSP Musa tidak dapat memberikan penjelasan. DSP Musa kemudiannya masuk ke dalam rumah dan lebih kurang 5 minit kemudian beliau datang semula kepada saya dan bawa saya untuk berjumpa TPM di dalam rumah.

(8) DSP Musa bawa saya berjumpa TPM di dalam satu bilik pejabat di dalam Kediaman Sri Kenangan dan DSP Musa kemudiannya keluar dari bilik tersebut. TPM menanyakan kepada saya sama ada saya kenal pegawai polis di IPD Brickfields. Saya mengiyakan. TPM beritahu kepada saya bahawa:-

(i) Seorang perisik asing dari negara luar kini berada di Kuala Lumpur dan cuba mengugut TPM dan pegawai khas TPM yang dikenali sebagai Razak Baginda ("Razak Baginda").

(ii) Pegawai khas tersebut merupakan kawan baik TPM yang mana saya pernah berjumpa dengannya sewaktu tugasan rasmi di London suatu ketika dahulu.

(iii) Perisik asing tersebut adalah seorang perempuan, amat berbahaya kerana banyak rahsia tentang keselamatan negara yang diketahuinya.

(iv) Perisik asing tersebut tidak dapat mendekati TPM kerana kawalan keselamatan yang ketat maka perisik asing tersebut membuat ugutan terhadap pegawai khas TPM tersebut.

(v) TPM arahkan saya untuk jalankan operasi sulit apabila saya pulang ke Kuala Lumpur nanti.

(vi) Saya perlu berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah bahawa beliau sedang mengandung.

(9) Saya beritahu TPM bahawa satu laporan polis perlu dibuat berkenaan perkara ini dan kemudian saya akan minta bantuan daripada kawan saya di IPD Brickfields, namun ianya tidak dipersetujui TPM. TPM menyatakan bahawa perkara ini tidak boleh diketahui umum kerana ianya melibatkan ancaman kepada keselamatan negara.

TPM kemudiannya mengarahkan saya untuk jalankan operasi sulit untuk tangkap dan hapuskan perisik tersebut dengan sulit dan musnahkan mayatnya. Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, "Shoot to kill" sambil menunjukkan isyarat memotong leher.

Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, "Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan."

Selepas berbincang berkenaan cara melupuskan mayat, TPM mengarahkan saya untuk meletupkan mayat perisik asing tersebut dengan bahan letupan.

(10) TPM mengingatkan saya supaya jalankan operasi sulit ini dengan berhati-hati dan dengan tahap kerahsiaan yang tinggi tanpa diketahui umum kerana ini melibatkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya cadangkan agar perisik asing tersebut ditangkap dan diusir dari negara tetapi TPM tidak bersetuju. TPM memberitahu saya bahawa apa-apa perkembangan tentang operasi sulit ini dimaklumkan terus kepada beliau atau DSP Musa untuk dapatkan arahan dan tindakan lanjut. TPM juga mengarahkan saya untuk berjumpa dengan pegawai khas beliau di Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan perisik asing tersebut. TPM serahkan satu telefon bimbit Samsung berwarna putih kepada saya untuk tujuan saya berhubung terus dengan beliau. TPM juga mengingatkan saya bahawa telefon bimbit tersebut perlu dilupuskan selepas selesai operasi sulit.

(11) TPM tanya kepada saya, "Bila balik KL?" Saya jawab, "Esok." TPM kata, "Bila sampai KL, telefon pegawai khas saya. Musa ada beri nombor telefon dia?" Saya menggelengkan kepala. TPM kata, "Nanti pegawai khas saya akan beri arahan lanjut dan ikut apa arahan pegawai khas saya itu kerana semua arahan itu daripada saya." Saya mengiyakan sebelum keluar dari bilik tersebut. Perjumpaan dengan TPM tersebut adalah lebih kurang 5-10 minit. Sewaktu saya keluar dari bilik pejabat TPM, saya nampak DSP Musa sedang duduk di kerusi di luar bilik. DSP Musa bangun dan suruh saya tunggu di garaj luar dan saya nampak DSP Musa masuk semula ke dalam bilik pejabat TPM.

(12) Saya tunggu DSP Musa di garaj dan tidak lama kemudian DSP Musa datang ke arah saya dan terus memberikan nombor telefon pegawai khas TPM iaitu Razak Baginda. DSP Musa mengingatkan saya supaya hubungi Razak Baginda apabila balik ke Kuala Lumpur nanti. Saya maklumkan kepada DSP Musa bahawa saya tidak kenal Razak Baginda. DSP Musa menjawab bahawa saya pernah berjumpa dengan Razak Baginda sewaktu tugasan rasmi eskot TPM di London dahulu tetapi saya tetap tidak dapat ingat siapa yang dimaksudkan. DSP Musa kata beliau yakin saya akan kenal dan ingat bila jumpa Razak Baginda nanti.

(13) Selesai tugasan rasmi di Pekan dan sewaktu di TUDM Kuantan, TPM telah mengingatkan saya untuk berjumpa dengan kawannya iaitu pegawai khas beliau apabila pulang ke Kuala Lumpur, dan saya jawab, "OK." DSP Musa juga mengingatkan saya perkara yang sama. Pada malam tersebut, saya pulang ke Kuala Lumpur.

(14) 18 Oktober 2006: Pada waktu pagi sejurus sampai di Kuala Lumpur, saya hubungi nombor telefon Razak Baginda yang diberikan DSP Musa hari sebelumnya, tetapi salah nombor dan orang lain yang menjawab panggilan. Saya hubungi DSP Musa untuk beritahu perkara berkenaan dan DSP Musa berikan semula nombor telefon Razak Baginda kepada saya.

Saya terus menghubungi nombor telefon tersebut dan apabila panggilan saya dijawab saya terus bertanyakan adakah orang yang saya hubungi ini Razak Baginda dan beliau mengiyakan. Saya memperkenalkan diri dan Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau telah dimaklumkan yang saya akan hubungi beliau dan beliau minta agar saya datang ke pejabat beliau di Bangunan Getah Asli.

Saya kata, "OK." Razak Baginda kemudiannya memberikan alamat pejabat beliau di Bangunan Getah Asli. Pada waktu itu, saya terfikir mengapa begitu mudah untuk saya berjumpa dengan Razak Baginda yang merupakan pegawai khas TPM dan juga kawan baik TPM tanpa sebarang temu janji. Saya beranggapan bahawa segala urusan perjumpaan telah diatur oleh DSP Musa atau TPM kerana operasi sulit ini melibatkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya terus ke Bangunan Getah Asli dan mendaftarkan diri di kaunter keselamatan secara formal mengikut prosedur yang ditetapkan.

(15) Setibanya saya di hadapan pejabat berdasarkan alamat yang diberikan oleh Razak Baginda, saya disambut oleh seorang perempuan dan saya bertanyakan sama ada ini adalah pejabat Razak Baginda. Perempuan tersebut mengiyakan. Beliau bertanya adakah saya Azilah dan saya mengiyakan.

Saya kemudiannya dibawa masuk ke sebuah bilik untuk menunggu. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki masuk dan memperkenalkan diri sebagai Razak Baginda. Pada waktu tersebut, barulah saya ingat siapa lelaki ini, kerana saya pernah berjumpa dengan beliau di United Kingdom suatu ketika dahulu dan menaiki pesawat terbang sewa khas dari Liverpool ke London bersama TPM selepas menghadiri British Open. Sewaktu menjalankan tugasan rasmi eskot TPM di London, saya juga pernah diarahkan oleh TPM untuk eskot beliau dan Razak Baginda ke sebuah kondomonium yang berada tidak jauh dari hotel penginapan TPM.

(16) Sewaktu perjumpaan dengan Razak Baginda di pejabat beliau di Bangunan Getah Asli tersebut, saya memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari UTK Bukit Aman dan bahawa saya telah diarahkan oleh TPM untuk berjumpa dengan Razak Baginda dan DSP Musa yang telah berikan nombor telefon Razak Baginda kepada saya.

Razak Baginda beritahu saya bahawa beliau sudah sedia maklum yang saya akan telefon dan jumpa beliau atas arahan TPM untuk dapatkan maklumat lanjut tentang operasi sulit yang melibatkan ancaman kepada keselamatan negara. Razak Baginda kemudiannya memberitahu saya bahawa seorang perisik asing telah membuat ugutan kepada TPM dan beliau dengan menghantar surat ugutan, panggilan telefon, datang membuat kecoh di pejabat beliau di Bangunan Getah Asli dan juga cuba datang ke rumah beliau tetapi dihalang pengawal keselamatan.

Razak Baginda juga beritahu bahawa perisik asing tersebut sering mengekori pergerakan beliau di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya namun perisik asing tersebut tidak dapat menghampiri TPM kerana kawalan keselamatan ketat daripada UTK dan pihak polis di kediaman rasmi TPM.

(17) Razak Baginda kemudiannya ada keluarkan beberapa sampul surat pelbagai saiz berwarna putih dan coklat dan setelah membelek-belek salah satu sampul surat tersebut, beliau berikannya kepada saya dan minta saya baca isi kandungan surat tersebut. Saya bertanyakan kepada Razak Baginda adakah kesemua sampul surat itu dihantar oleh perisik asing tersebut dan beliau mengiyakan. Saya minta kebenaran untuk lihat dan buka kesemua surat tersebut tetapi tidak dibenarkan Razak Baginda. Saya beritahu Razak Baginda buat apa saya baca setakat satu surat, adalah lebih baik tak perlu baca semua sekali. Saya terus menyerahkan semula surat tersebut kepada Razak Baginda dan saya perasan air muka beliau berubah seperti tidak menyenangi respons saya, tetapi saya abaikan. Razak Baginda ada memegang sehelai kertas A4 dan memberitahu saya bahawa saya tidak dibenarkan untuk mendapatkan salinan dan hanya boleh catat butir-butir yang penting.

(18) Butir-butir yang diberitahu Razak Baginda kepada saya sambil merujuk kertas A4 tersebut (yang mana saya ada catatkan di atas kertas) adalah seperti berikut:

(i)Perisik asing tersebut merupakan seorang perempuan warganegara Mongolia bernama Altantuya @ Amina yang memiliki tiga pasport kewarganegaraan — Mongolia, Perancis, Rusia.

(ii) Seorang ‘intelligent’, pandai bercakap dan merupakan seorang perisik.

(iii) Mudah untuk mengenali perisik asing tersebut kerana rupa parasnya seperti perempuan Cina.

(iv) Banyak maklumat berkaitan rahsia negara, aset keselamatan negara dan rahsia TPM diketahui oleh perisik asing tersebut.

(v) TPM risau perisik asing ini akan mendedahkan rahsia-rahsia tersebut.

(vi) Perisik asing tersebut telah datang ke Malaysia sebanyak dua kali.

(vii) Bahaya kepada keselamatan negara, ancaman kepada keselamatan negara.

(viii) Perisik asing tersebut penuh dengan tipu helah antaranya bahawa beliau sedang mengandung.

(ix) Menginap di Hotel Malaya, di mana terdapat dua nombor bilik kerana perisik asing tersebut bertukar bilik.

(19) Saya bertanyakan apakah bentuk ugutan oleh perisik asing tersebut kepada TPM dan Razak Baginda. Razak Baginda jawab bahawa perisik asing tersebut mahukan sejumlah duit yang banyak tetapi tidak dilayan oleh beliau.

Perisik asing tersebut mengugut untuk membocorkan rahsia negara yang boleh mengancam keselamatan negara sekiranya permintaan tidak ditunaikan. Saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan rahsia negara yang boleh mengancam keselamatan negara dan Razak Baginda menjawab tentang kekuatan aset keselamatan negara, tentang hubungan peribadi TPM dan Razak Baginda dengan perisik asing tersebut. Razak Baginda juga menceritakan tentang lawatan rasmi TPM ke London untuk meninjau aset-aset keselamatan negara sewaktu pertunjukan udara di Farnborough Air Show.

Razak Baginda menanyakan kepada saya sama ada saya masih ingat seorang perempuan yang beliau dan TPM jumpa di lobi sebuah kondominium di London dahulu, dan saya beritahu bahawa saya tak berapa ingat tentang perempuan tersebut tetapi tugas eskot TPM dan Razak Baginda dari hotel penginapan ke kondominium tersebut saya ingat. Razak Baginda beritahu perempuan itulah perisik asing yang dimaksudkan. Saya kata, "OK," dan pada masa yang sama saya cuba untuk mengingatkan semula wajah perempuan tersebut tetapi masih kabur.

(20) Razak Baginda juga memberitahu saya bahawa ada beberapa orang beliau termasuk salah seorang lelaki India bernama Bala yang memantau pergerakan perisik asing tersebut dan saya akan dimaklumkan berkenaan pergerakannya dari masa ke semasa. Razak Baginda mencadangkan bahawa panggilan 'perisik asing' ditukar kepada gelaran 'perempuan Cina' sewaktu berhubung dengan beliau selepas ini dan dalam operasi sulit. Saya mengiyakan.

(21) Saya mencadangkan supaya satu laporan polis dibuat agar pihak polis dapat ambil tindakan tetapi Razak Baginda tidak bersetuju kerana hal ini akan menarik perhatian umum kerana ianya melibatkan TPM dan ancaman kepada keselamatan negara. Saya beritahu dalam hal ini saya tidak ada kena mengena dan saya keberatan untuk bersetuju untuk jalankan operasi sulit ini. Sekiranya hendak membuat laporan polis, saya boleh bantu.

Razak Baginda beritahu bahawa TPM telah beri arahan kepada saya sewaktu di Pekan, Pahang untuk jalankan operasi sulit ini demi keselamatan negara dan TPM percaya saya dapat jalankan operasi sulit ini tanpa diketahui umum dan apa-apa hal berbangkit saya tidak perlu risau kerana TPM akan 'backup'. Saya bertanyakan kepada Razak Baginda bagaimana beliau tahu bahawa TPM ada beri arahan kepada saya sewaktu di Pekan, Pahang. Razak Baginda sambil tersenyum berkata bahawa TPM ada hubungi beliau dan kalau tidak bagaimana saya boleh jumpa beliau pada hari ini dan atas urusan apa. Berdasarkan pemerhatian saya pada waktu tersebut, saya beranggapan benarlah bahawa Razak Baginda ini merupakan pegawai khas TPM dan juga kawan TPM sepertimana yang dimaksudkan oleh TPM dan DSP Musa. Pada mulanya, saya agak keberatan tetapi selepas mendapat penerangan daripada Razak Baginda saya bersetuju dan yakin untuk jalankan operasi sulit ini kerana ianya adalah arahan sama seperti yang diberikan oleh TPM di Pekan, Pahang.

(22) Saya kemudiannya diberitahu oleh Razak Baginda bahawa perisik asing ini mesti dihapuskan dengan sulit sambil menunjukkan 'isyarat memotong leher' dengan tangan beliau (iaitu isyarat sama sepertimana yang dibuat TPM sewaktu di Pekan, Pahang) dan musnahkan mayat perisik asing dengan melupuskannya menggunakan bahan letupan. Saya juga beritahu Razak Baginda hal ini adalah hal besar dan saya tak mampu untuk laksanakan tapi Razak Baginda beritahu bahawa ini adalah arahan daripada TPM kerana TPM amat percaya kepada saya. Menurut beliau, DSP Musa yang cadangkan nama saya kepada TPM. Saya beritahu hal ini mesti dimaklumkan kepada pihak atasan saya di UTK tetapi Razak Baginda beritahu ini adalah arahan daripada TPM agar operasi ini dijalankan secara sulit dan paling penting operasi sulit ini mesti dilaksanakan dengan cepat tanpa diketahui umum.

(23) Untuk kepastian, saya bertanya kepada Razak Baginda sekali Iagi, adakah arahan ini terus daripada TPM, Razak Baginda jawab "Ya." Menurut Razak Baginda, beliau adalah orang yang paling rapat dengan TPM dan banyak kerjasama dengan TPM tentang hal keselamatan negara. Saya percaya maklumat yang diberikan oleh Razak Baginda kepada saya sama seperti maklumat dan arahan yang diberikan oleh TPM sewaktu di Pekan, Pahang tempoh hari. Saya juga yakin bahawa operasi sulit untuk menghapuskan daripada TPM.

(24) Hasil perbincangan dengan TPM dan Razak Baginda, saya percaya bahawa ini adalah operasi sulit dan mesti dirahsiakan daripada pengetahuan umum atas sebab-sebab keselamatan negara. Selesai berbincang dengan Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, saya telefon DSP Musa dan beritahu hasil perbincangan dengan Razak Baginda. Pada mulanya saya tetap keberatan untuk bersetuju dengan operasi sulit ini kerana saya seorang sahaja tidak mampu melaksanakannya namun DSP Musa memberitahu saya bahawa saya boleh cari seorang anggota Iain untuk membantu dalam operasi sulit tersebut.

(25) Saya kemudiannya mencadangkan kepada DSP Musa supaya hal ini dimaklumkan kepada pegawai atasan saya dalam UTK, sekurang-kurangnya Pegawai Pemerintah atau Commanding Officer (CO) saya, kerana setiap kali arahan operasi saya akan terima daripada pegawai pemerintah saya. Saya juga beritahu DSP Musa bahawa dia bukan 'CO' saya. DSP Musa beritahu hal perkara berkenaan operasi sulit ini tidak perlu dimaklumkan kepada 'CO' saya kerana saya sekarang di bawah arahan beliau dan beliau dapat arahan terus daripada TPM.

(26) Pada waktu tersebut, saya fikir siapa yang berani untuk melanggar arahan TPM yang juga merangkap Menteri Pertahanan. Saya jadi serba salah. Namun memandangkan operasi sulit ini melibatkan hal ancaman kepada keselamatan negara maka saya dengan suci hati percaya dan patuh pada arahan daripada TPM. DSP Musa seterusnya mengingatkan saya supaya jalankan operasi sulit ini dan terus laporkan kepada beliau agar beliau dapat melaporkannya terus kepada TPM. Saya telefon dan bertanya kepada DSP Musa, adakah benar berkenaan jaminan sekiranya ada sebarang perkara yang berbangkit dalam operasi sulit ini akan diselesaikan oleh Razak Baginda dan TPM iaitu daripada segi kerahsiaan dan keselamatan. DSP Musa kata "Ya." DSP Musa beritahu saya sebab itulah tidak perlu beritahu 'CO' saya dalam operasi sulit ini kerana jaminan yang disebut ini merangkumi hal-hal kerahsiaan dan keselamatan. Disebabkan itu, saya bertambah yakin dengan penerangan DSP Musa.

(27) Setelah meneliti arahan terus yang diterima saya daripada TPM sewaktu saya berjumpa beliau di Pekan, Pahang, hasil perjumpaan saya dengan Razak Baginda di pejabat beliau di Bangunan Getah Asli dan setelah mendapat arahan yang sama sepertimana arahan TPM di Pekan, Pahang di samping maklumat terperinci berkenaan perisik asing tersebut dan setelah memaklumkan kepada DSP Musa tentang hasil pertemuan saya dengan TPM di Pekan, Pahang dan pertemuan saya dengan Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, serta penjelasan daripada DSP Musa agar operasi sulit ini tidak perlu dimaklumkan kepada CO saya kerana arahan operasi sulit ini terus daripada TPM, dan jaminan bahawa TPM akan 'backup' sekiranya ada apa-apa hal berbangkit, saya yakin bahawa operasi sulit ini adalah penting kerana ianya melibatkan hal keselamatan negara dan saya dengan suci hati bersetuju untuk jalankan operasi sulit ini.

(28) Pada hari yang sama, saya dapati bahawa Sirul merupakan 'standby driver’ di pejabat. Saya hubungi Sirul dan tunggu Sirul di tepi jalan berhadapan Central Market. Saya masuk ke dalam kereta Sirul dan menceritakan hal perkara operasi sulit ini termasuk perjumpaan dengan DSP Musa dan TPM di Pekan, Pahang sehinggalah perjumpaan dengan Razak Baginda di Asli dan perbualan telefon dengan DSP Musa sebelum itu.

(29) Sirul bersetuju untuk menyertai operasi sulit ini. Kami pergi ke kediaman Razak Baginda di Bukit Damansara mengikut alamat yang diberikan beliau dan kemudiannya ke Hotel Malaya untuk mengenal pasti sasaran. Saya ada berhubung dengan Razak Baginda, DSP Musa, dan TPM untuk memaklumkan penglibatan Sirul dalam operasi sulit ini dan ianya mendapat kebenaran mereka. TPM maklumkan kepada saya "Proceed." Saya memberitahu Sirul bahawa saya akan eskot TPM ke Hong Kong dalam masa terdekat dan sekiranya sasaran dikenal pasti dan bersedia untuk bertindak, saya akan hubungi Sirul. Sirul jawab "OK."

(30) Saya serahkan tugasan untuk dapatkan bahan letupan dari stor senjata UTK kepada Sirul dalam kadar segera kerana untuk operasi sulit ini, sasarannya sudah ada di Kuala Lumpur dan bila-bila masa operasi sulit boleh dijalankan. Sirul faham tentang etika operasi sulit kerana Sirul merupakan seorang anggota operasi UTK yang berpengalaman dalam menjalankan operasi- operasi sulit berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.

(31) 19 Oktober 2006: Sewaktu di pejabat UTK Bukit Aman, saya diarahkan untuk bersiap sedia untuk eskot TPM ke Hong Kong. Saya bersama tujuh orang anggota Iain telah membuat persiapan dan senjata telah diserahkan untuk urusan pengisytiharan termasuk Pistol dan dua kelopak peluru. Saya telah kemaskan pakaian untuk eskot dan kumpulan saya diarahkan untuk bersiap sedia pada bila-bila masa untuk bergerak. Ini adalah kerana urusan eskot TPM ke Hong Kong adalah atas urusan peribadi.

(32) Pada lewat petang hari yang sama, saya dimaklumkan bahawa tugasan ke Hong Kong telah dibatalkan dan ASP Azani minta saya gantikan tempat beliau sebagai ketua pegawai pengiring kepada TPM pada keesokan harinya. Pada waktu tersebut, TPM masih di luar Kuala Lumpur dan kumpulan eskot TPM berada di TUDM Subang menunggu kepulangan TPM. Selepas berbuka puasa bersama L/Kpl Rohaniza di Petaling Jaya, saya terus ke pejabat UTK untuk kemaskan pakaian untuk tujuan eskot di dalam negara. Kumpulan eskot TPM akan ditempatkan di rumah di Putrajaya pada malam tersebut.

(33) Semasa di pejabat UTK, Razak Baginda telefon saya dan beritahu bahawa seorang 'perempuan Cina' bersama Bala ada di depan rumah beliau di Bukit Damansara dan minta saya bertindak. Memandangkan ianya melibatkan seorang perempuan, saya ajak L/Kpl Rohaniza untuk pergi bersama ke Bukit Damansara.

Saya telefon Sirul dan beliau beritahu saya beliau akan ke Bukit Damansara. Setibanya di Bukit Damansara, iaitu di hadapan rumah Razak Baginda, saya nampak seorang perempuan Cina dan seorang lelaki India berdiri di sebelah sebuah teksi dan pada waktu tersebut saya mengagak bahawa inilah perempuan Cina atau perisik asing yang dimaksudkan oleh Razak Baginda. Sewaktu itu terlintas di fikiran saya bahawa perempuan tersebut pernah saya lihat sewaktu tugasan rasmi eskot TPM dan Razak Baginda ke sebuah kondominium di London, di mana saya ada melihat kedua-dua TPM dan Razak Baginda berjumpa dengan perempuan tersebut di lobi kondominium. Pada waktu tersebut saya diarahkan untuk tunggu di lobi kondominium sebelum mereka bertiga masuk ke dalam lif untuk ke unit yang saya tidak tahu di aras mana. Selepas lebih kurang 1 jam menunggu di lobi kondominium, TPM, Razak Baginda, dan perempuan tersebut keluar dari lif dan saya terus eskot TPM dan Razak Baginda keluar dari kondominium tersebut yang mana perempuan tersebut tidak ikut serta.
(
34) Saya didatangi oleh satu lelaki India tersebut dan beliau bertanya adakah saya C/lnsp Azilah dari UTK. Saya terkejut bagaimana lelaki India tersebut mengetahui tentang nama dan kehadiran saya. Lelaki India tersebut memperkenalkan diri sebagai Bala dan beliau memberitahu saya, "Inilah perempuan yang buat masalah dengan Razak Baginda." Saya berhubung dengan Razak Baginda untuk kepastian berkenaan adakah betul perempuan yang ada bersama seorang lelaki India yang dipanggil sebagai Bala itu adalah perisik asing yang dimaksudkan beliau dan merupakan sasaran untuk operasi sulit ini. Razak Baginda mengiyakan. Razak Baginda juga mengingatkan saya agar jangan banyak bercakap dengan perisik asing tersebut kerana beliau pandai bercakap dan banyak tipu helah. Saya ambil maklum akan peringatan tersebut dan cuba hubungi DSP Musa tetapi gagal. Saya juga cuba hubungi TPM melalui telefon bimbit yang diberikan beliau kepada saya tetapi gagal juga untuk dihubungi. Saya menelefon semula Razak Baginda dan maklumkan kepada beliau bahawa saya cuba untuk hubungi DSP Musa dan TPM tetapi gagal kerana telefon mereka off. Razak Baginda arahkan agar teruskan operasi sulit sebagaimana arahan TPM. Saya jawab "OK."

(35) Saya hubungi Sirul dan memaklumkan bahawa perempuan Cina atau sasaran ada di hadapan rumah Razak Baginda. Sirul kata "OK" dan maklumkan bahawa beliau akan ke sana. Saya tunggu Sirul untuk sampai dan setelah beliau tiba, saya keluar daripada kereta wira merah yang saya naiki dan saya lihat perempuan Cina dan Ielaki India tersebut berjalan menuju ke arah kereta yang saya naiki sambil berbual-bual. Saya minta Rohaniza untuk duduk di belakang dan perempuan Cina tersebut ikut masuk sambil Bala tutup Pintu manakala Sirul duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu. Ketika saya ingin membuat pusingan U, satu lelaki Cina datang meminta tambang teksi dan saya berikan duit kepada beliau.

(36) Kami beredar dari kawasan rumah Razak Baginda dan sampai di satu simpang, Sirul minta diturunkan di situ kerana beliau mahu membawa kereta beliau sendiri dan kami bersetuju untuk berjumpa di Bukit Aman. Saya terus bergerak ke Ibu Pejabat Bukit Aman dan dalam perjalanan saya kenalkan diri sebagai pegawai polis kepada perempuan Cina tersebut dan nasihatkan dia agar jangan buat kecoh di depan rumah Razak Baginda. Perempuan Cina tersebut minta agar beliau tidak dikasari kerana beliau sedang mengandung. Pada waktu tersebut, saya anggap bahawa itu hanyalah tipu helah sepertimana maklumat yang diberikan kepada saya oleh TPM dan Razak Baginda. Perempuan Cina tersebut bersetuju dengan nasihat saya dan saya maklumkan perkara berkenaan kepada Sirul. Setibanya di Ibu Pejabat Bukit Aman, saya pergi ke kereta Sirul dan perempuan Cina tersebut saya arahkan untuk memasuki kereta Sirul. L/Kpl Rohaniza pula saya arahkan untuk balik dan saya beritahu bahawa saya akan menghubungi beliau untuk minta bantuan untuk hantar saya ke Putrajaya apabila tugasan saya selesai.

(37) Saya ada hubungi Razak Baginda pada malam tersebut dan beritahu bahawa saya telah bawa perempuan Cina tersebut dari hadapan rumah beliau dan saya juga telah menasihatinya. Razak Baginda beritahu bahawa perempuan Cina itu bahaya dan ikut saja arahan TPM yang telah diberikan seperti dalam perbincangan sebelum ini. Razak Baginda beritahu semua akan selesai setelah perempuan Cina itu dihapuskan. Pada malam itu juga, saya dan Sirul menjalankan operasi sulit tersebut seperti yang diarahkan oleh TPM sewaktu di Pekan dan berdasarkan kepada maklumat yang diberikan melalui aide-de-camp beliau, DSP Musa dan pegawai khas yang juga kawan beliau, Razak Baginda, dan seperti yang dipertuduhkan, dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sebelum perisik asing tersebut dibunuh, beliau ada memaklumkan kepada saya bahawa beliau tahu 'Mr Razak' yang menghantar saya dan Sirul untuk membunuh beliau. Apabila ditanya siapakah 'Mr. Razak' yang dimaksudkan, perempuan tersebut menyebut, "Timbalan Perdana Menteri." Perisik asing itu juga sempat memberitahu saya bahawa beliau sedang mengandung.

(38) Sejurus selepas operasi sulit tersebut dijalankan, saya menelefon Razak Baginda dan memaklumkan kepada beliau bahawa operasi sulit tersebut sudah pun selesai di mana Razak Baginda menjawab "OK." Saya juga hubungi nombor telefon DSP Musa dan TPM tetapi tidak dapat dihubungi. Razak Baginda beritahu kepada saya bahawa beliau akan maklumkan kepada mereka.

(39) 20 Oktober 2006: Saya bertugas eskot TPM sebagai ketua pegawai pengiring dan tunggu TPM di kediaman rasmi di Sri Satria, Putrajaya. Sementara menunggu TPM keluar rumah untuk ke pejabat saya bersembang dengan DSP Musa dan DSP Musa memberitahu saya bahawa Razak Baginda ada menelefon beliau dan beritahu bahawa malam tadi operasi sulit sudah selesai dan hal ini telah dimaklumkan kepada TPM dan nanti TPM mahu berjumpa dengan saya. Sempat DSP Musa memberitahu bahawa TPM sangat gembira tentang kejayaan operasi sulit yang dijalankan oleh saya dan Sirul. Saya cuma mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi kerana pada waktu itu keadaan tempat terbuka dan tidak sesuai untuk bercakap tentang hal-hal rahsia. DSP Musa faham akan tindak balas dan reaksi saya.

(40) TPM kemudiannya keluar dari rumah dan menuju ke kereta. TPM senyum kepada saya dan berjabat tangan sambil mengucapkan, "Tahniah" dan "Thank you." Saya cuma senyum dan terus masuk ke dalam kereta dan bertolak ke pejabat TPM. Sampai di tempat letak kereta pejabat TPM, kami berjalan ke arah lif untuk ke pejabat TPM. TPM cakap dengan suara yang perlahan, minta saya dan DSP Musa saling berhubung. Saya mengiyakan.
(41) Setelah TPM sampai di pejabat, DSP Musa memanggil saya masuk ke pejabat beliau dan bertanya tentang operasi sulit tersebut, saya menyatakan semuanya berjalan dengan lancar dan saya telah maklumkan kepada Razak Baginda. Saya juga memaklumkan kepada DSP Musa bahawa malam semalam saya ada menelefon beliau dan TPM tetapi tidak dapat dihubungi. DSP Musa beritahu bahawa beliau tutup telefon kerana beliau ada tugasan dengan TPM di luar Kuala Lumpur dan balik lewat malam.
(42) Saya hubungi Razak Baginda dan beliau beritahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada TPM dan DSP Musa, saya beritahu patutlah DSP Musa awal pagi lagi sudah beritahu saya. Menurut Razak Baginda, TPM gembira kerana operasi sulit sudah selesai dan jangan khuatir tentang operasi sulit yang saya dan Sirul jalankan, semuanya dalam kawalan TPM.
(43) 21 Oktober 2006: Sewaktu di pejabat DSP Musa, Razak Baginda beri duit raya kepada DSP Musa dan RM2,000.00 kepada saya untuk dibahagikan kepada semua anggota eskot TPM. TPM juga ada berikan duit raya kepada staf pejabat TPM. Setelah selesai tugas di pejabat TPM, sewaktu di kediaman rasmi TPM, beliau ada berikan duit raya kepada kesemua anggota UTK yang eskot beliau. TPM kemudiannya memanggil saya masuk ke dalam sebuah bilik dan beri duit raya RM300.00 dan beliau memberitahu saya bahawa beliau berpuas hati dengan operasi sulit yang saya dan Sirul jalankan. TPM ucap tahniah dan gembira operasi sulit tersebut telah selesai sambil mengingatkan saya untuk menyimpan rahsia. Saya mengiyakan.
(44) Pada tengah malam tersebut, Razak Baginda menelefon saya beberapa kali sewaktu saya tidur dan apabila sedar daripada tidur, saya hubungi semula. Razak Baginda beritahu bahawa ada kekecohan di depan rumah beliau di Bukit Damansara dan menurut beliau ada perempuan warga asing buat kecoh dan beliau sudah minta bantuan daripada DSP Musa dan SM Alias. Razak Baginda minta saya untuk datang tetapi saya tidak dapat pergi ke sana. Saya terus hubungi SM Alias dan SM Alias beritahu bahawa ada perempuan warga asing yang cuba membuat bising di hadapan rumah Razak Baginda, cuba masuk ke dalam kawasan rumah beliau, dan polis peronda sudah leraikan, keadaan juga sudah terkawal.
(45) 22 Oktober 2006: Saya hubungi DSP Musa dan beritahu hal kekecohan di rumah Razak Baginda malam tadi. DSP Musa telah sedia maklum kerana Razak Baginda sudah hubungi beliau. DSP Musa bertanyakan kepada saya adakah saya sudah selesaikan operasi sulit sepertimana yang diarahkan kerana hal kekecohan oleh perempuan warga asing masih berterusan. Saya beritahu bahawa saya dan Sirul sudah jalankan operasi sulit dan tidak akan tersilap orang kerana orang Razak Baginda iaitu Bala sendiri yang beri petunjuk pada waktu itu. Saya dan Sirul bukannya kenal dengan perempuan Cina/perisik asing tersebut. DSP Musa risau mengapa hal ini boleh berulang kembali dan bagaimana dia hendak maklumkan kepada TPM tentang kejadian kekecohan di rumah Razak Baginda malam tadi kerana sebelum ini telah dimaklumkan kepada TPM bahawa operasi sulit telah selesai. Saya minta DSP Musa periksa dengan teliti dengan Razak Baginda dalam hal ini kerana petunjuk akhir untuk mengenal pasti sasaran adalah daripada Razak Baginda dan orang dia sendiri.
(46) Sewaktu bertugas eskot TPM, DSP Musa datang berjumpa dengan saya dan beritahu bahawa kekecohan di hadapan rumah Razak Baginda pada malam tersebut adalah berpunca daripada kawan-kawan perisik asing tersebut yang menyangka Razak Baginda menyembunyikan perempuan tersebut dan ianya menjadi kecoh kerana Razak Baginda enggan untuk keluar dari rumah. Sebelum TPM masuk ke dalam kereta untuk ke pejabat, TPM menegur saya dan mengatakan bahawa jangan risau, semuanya dalam kawalan dan hal ini cuma salah faham sahaja. Saya cuma menganggukkan kepala.
(47) Setibanya di pejabat TPM, DSP Musa berjumpa TPM di dalam pejabat lebih kurang 10 minit kemudian DSP Musa memanggil saya masuk pejabat beliau. DSP Musa beritahu saya bahawa TPM sudah dapat penerangan daripada Razak Baginda dan jaminan daripada TPM supaya jangan risau kerana semua selesai dengan baik. Apa-apa hal yang berbangkit, maklumkan sahaja kepada beliau agar dapat dirujuk kepada TPM untuk dapatkan arahan lanjut. Saya cuma mendiamkan diri. Selepas penerangan daripada DSP Musa, hari-hari berikutnya saya menjalankan rutin harian eskot TPM di Putrajaya dan Lembah Klang dan sekali sekala saya terserempak dengan Razak Baginda di pejabat TPM di Putrajaya dan di kediaman rasmi TPM. Tiada apa-apa kejadian pelik/luar kebiasaan semasa tugas eskot TPM sehinggalah pada 31 Oktober 2006, DSP Musa memanggil saya untuk ke pejabat beliau.
(48) 31 Oktober 2006: Sewaktu sedang bertugas eskot TPM di Putrajaya, DSP Musa panggil saya ke dalam pejabat beliau dan memberitahu saya bahawa beliau dan Razak Baginda telah dipanggil ke IPD Brickfields dan berjumpa dengan kawan saya, DSP Idris Karim dalam membantu siasatan tentang insiden kekecohan di hadapan rumah Razak Baginda pada waktu malam tempoh hari. DSP Musa memberitahu saya bahawa DSP Idris memerlukan saya untuk membantu siasatan dan saya jawab OK. DSP Musa juga beritahu saya bahawa beliau telah memaklumkan kepada Supt Mastor (CO saya) bahawa DSP Idris mengkehendaki saya pergi ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan ekoran insiden kekecohan di rumah Razak Baginda tempoh hari. DSP Musa meyakinkan saya untuk tidak perlu risau atau takut kerana TPM akan 'backup' asalkan jangan libatkan nama TPM. DSP Musa juga mengingatkan saya agar jaga rahsia tentang penglibatan beliau dan TPM kerana TPM orang yang berpengaruh dan TPM akan bantu sesiapa sahaja dalam apa-apa hal berbangkit tentang operasi sulit ini. lanya adalah jaminan daripada TPM untuk bantu asalkan jangan babitkan nama baik TPM. Penjelasan daripada DSP Musa ini menyebabkan saya rasa curiga tentang kebenaran operasi sulit yang saya dan Sirul telah laksanakan disebabkan saya sendiri mendapat arahan terus daripada TPM sewaktu di Pekan, Pahang, maklumat lanjut daripada Razak Baginda tentang pergerakan perisik asing di KL dan petunjuk terakhir sehingga saya dan Sirul bawa perisik asing tersebut daripada hadapan rumah Razak Baginda dan penjelasan DSP Musa supaya maklumat operasi sulit ini tidak perlu dimaklumkan kepada 'CO' saya di UTK, saya jadi keliru dan rasa seperti diperguna dan dianiaya oleh TPM, Razak Baginda, dan DSP Musa. Saya menghubungi Sirul tetapi gagal.
(49) Petang tersebut DSP Khairi menghubungi saya dan mengarahkan saya untuk ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan berkenaan satu laporan polis tentang kehilangan seorang perempuan asing dan insiden kekecohan di Bukit Damansara, dan memberitahu bahawa tugas saya akan diganti oleh Insp Zaidi dan saya jawab OK. Saya hubungi Supt Mastor yang merupakan pegawai pemerintah saya dan saya maklumkan kepada beliau bahawa saya diminta untuk ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan seperti yang dimaklumkan oleh DSP Khairi. Supt Mastor jawab OK dan minta saya pastikan ada pegawai pengganti tugas eskot TPM di Putrajaya. Supt Mastor ada maklumkan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh DSP Musa berkenaan hal saya dipanggil ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan. Lewat petang hari tersebut, Insp Zaidi ada hubungi saya dan maklumkan bahawa beliau dapat arahan untuk ganti tugas saya eskot TPM di Putrajaya. Saya kata ”OK."
(50) 1 November 2006: DSP Musa mengarahkan saya supaya pergi berjumpa dengan beliau di pejabat TPM sebelum ke IPD Brickfields. Saya pergi berjumpa dengan DSP Musa dalam pejabat beliau dan DSP Musa salam dan peluk saya. Saya rasa hairan kenapa DSP Musa peluk saya kerana sebelum ini tidak pernah beliau peluk saya, setakat bersalaman memang jadi kebiasaan. Saya cuba dapatkan kepastian daripada DSP Musa apa sebenarnya yang telah berlaku dalam hal operasi sulit ini. Saya lihat wajah sugul DSP Musa dan beliau semacam hilang kata-kata. DSP Musa bawa saya berjumpa dengan TPM. Saya maklumkan bahawa saya akan ke IPD Brickfields untuk jumpa DSP Idris bagi membantu siasatan, tak lain ianya pasti berkenaan operasi sulit yang saya dan Sirul telah jalankan. Saya marah tapi saya masih boleh kawal diri saya. TPM beritahu saya bahawa semuanya akan selesai dengan cara baik, ikut sahaja prosedur yang ada dan sebarang hal yang berbangkit beliau akan bantu, yang penting tahap kerahsiaan operasi sulit mesti dipatuhi tanpa gagal. Jaminan daripada TPM ini menyebabkan saya yakin untuk ke pergi ke IPD Brickfields.
(51) Sebelum bertolak ke IPD Brickfields, saya hubungi Supt Mastor dan beliau mengatakan apa-apa perkembangan maklum terus kepada beliau. Saya mengiyakan. Setibanya di IPD Brickfields, saya terus berjumpa dengan DSP Idris yang mana beliau merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields sewaktu itu. DSP Idris pada waktu itu sibuk kerana ada pegawai polis dalam pejabat beliau. Apabila beliau nampak kelibat saya, beliau ajak saya untuk masuk ke pejabat dan bersembang seperti biasa kerana sudah agak lama saya tak berjumpa dengan beliau. DSP Idris menghubungi seorang pegawai polis dan mengatakan bahawa saya sudah berada di pejabat beliau. Beliau memaklumkan bahawa sebelum ini DSP Musa dan Razak Baginda telah dipanggil untuk membantu siasatan dan diambil keterangan tentang kehilangan seorang perempuan Mongolia. DSP Idris memberitahu saya bahawa siasatan kes tersebut diambil alih oleh D9 IPK Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, seorang pegawai polis berpangkat ASP bernama Tony datang dan masuk ke dalam pejabat DSP ldris. DSP ldris memberitahu saya bahawa ASP Tony adalah pegawai penyiasat kes ini dan beliau akan bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Sebelum pergi, DSP Idris peluk saya dan berbisik agar saya banyak bersabar dan harap siasatan ini cepat selesai dan tiada masalah pada saya. Saya lihat air mata beliau bergenang. Saya bersalaman dengan DSP ldris dan beliau sempat mengatakan bahawa mengikut DSP Musa TPM sangat suka dan percaya pada saya. Saya tak ambil peduli kata-kata itu kerana pada saya ia boleh jadi satu pujian atau perli.

(52) Saya hubungi Supt Mastor dan beliau jawab panggilan saya dengan pertanyaan sama ada siasatan telah selesai dan, "Cepat!" Saya beritahu beliau saya akan ke IPK Kuala Lumpur kerana siasatan diambil alih oleh pihak D9 IPK Kuala Lumpur. Supt Mastor jawab "OK," dalam nada suara hampa. Saya kemudiannya bersama ASP Tony dan seorang pegawai lain bergerak ke IPK Kuala Lumpur.

(53) Setibanya di IPK Kuala Lumpur, saya terus dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan di dalam perjalanan, saya melintasi bilik-bilik lain di mana saya ada nampak mesin faks sedang mencetak bil telefon yang tertera nama TPM. Di sebelah mesin faks tersebut saya nampak bil telefon nombor telefon yang saya gunakan. Pada waktu tersebut, pistol yang saya gunakan untuk tugasan eskot masih ada pada saya. Saya disoal siasat oleh 4-5 orang anggota detektif dan seorang pegawai iaitu ASP Samsudin. Tidak lama selepas itu, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik kawad cam yang menggunakan cermin pandang sehala dan dalam keadaan samar-samar saya ternampak satu lelaki India iaitu Bala bersama DSP Gan masuk dan tidak lama kemudian keluar semula. Saya tahu bahawa Bala membuat pengecaman ke atas saya. Soal siasat disambung semula oleh pegawai dan anggota dengan pelbagai teknik, ada yang kasar dengan ugutan untuk pukul, ada yang lembut dan memujuk, tetapi saya tahu semua ini adalah kerja mereka. Perasaan marah memang wujud akibat provokasi daripada siasatan mereka dan jika hilang pertimbangan, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya pegang pada jaminan daripada DSP Musa agar tidak bangkitkan nama baik TPM dan pesanan daripada TPM agar ikut segala prosedur dan beliau akan bantu asalkan saya menjaga rahsia.

(54) Soal siasat berlangsung dari pagi sehingga ke petang. Sewaktu soal siasat, saya banyak mendiamkan diri dan cuma jawab apa yang perlu. Selepas waktu pejabat, saya dibawa ke sebuah bilik salah seorang pegawai D9 IPK Kuala Lumpur dan saya nampak Supt Mastor dan DSP Khairi duduk bersama dengan seorang pegawai berbangsa cina, namanya tidak saya ingat. Supt Mastor menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh DSP Musa tentang saya dan bertanya adakah saya ingin serahkan apa-apa barang peribadi kepada beliau. Saya jawab ada dan saya serah dompet saya. Saya juga menyatakan bahawa saya ada bawa pistol dan saya lihat perubahan pada wajah mereka bertiga di dalam bilik tersebut. Saya serahkan satu kelopak peluru yang mengandungi peluru dan saya kosongkan senjata saya yang sentiasa ada satu peluru dalam kurung (chamber) sebelum diserahkan kepada Supt Mastor. Apabila pistol beralih tangan, saya nampak dengan jelas muka mereka yang ada di dalam bilik tersebut lega dan bila saya toleh ke belakang ramai lagi anggota dan pegawai berada di luar bilik tersebut. Apabila pegawai dan anggota D9 termasuk DSP Khairi yang mengambil pistol daripada Supt Mastor beredar, Supt Mastor berbisik kepada saya dan beritahu saya untuk beri kerjasama dalam soal siasat agar siasatan cepat selesai dan sebarang perkara berbangkit akan dibantu beliau. Saya mengiyakan.

(55) Sewaktu direman di Penjara Sungai Buloh, peguam Zulkifli Noordin kerap datang berjumpa dengan saya dan beliau berjanji untuk menjadi peguam bela saya untuk kes ini. Sebagai peguam bela, beliau memerlukan maklumat tentang kes saya untuk prosiding perbicaraan dan pembelaan di mahkamah. Dalam perbincangan untuk menghadapi perbicaraan, Zulkifli Noordin telah menyediakan satu representasi kepada pejabat Peguam Negara untuk memohon pertuduhan dari seksyen 302 Kanun Keseksaan diturunkan kepada seksyen 304 Kanun Keseksaan atas alasan bahawa saya mengikut arahan pihak atasan. Zulkifli Noordin menyediakan pembelaan dalam kes saya sebagai superior order tetapi saya tidak bersetuju dengan pembelaan tersebut. Pada waktu itu, pilihan raya kecil Ijok akan diadakan dalam masa terdekat. Melalui maklumat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan saya yang datang melawat di penjara, mereka memberitahu saya bahawa keadaan di luar agak kecoh kerana Zulkifli Noordin telah berkempen bagi pihak PKR menggunakan bahan kempen isu pembunuhan perempuan Mongolia yang mengaitkan dengan pembabitan TPM. Saya jadi serba salah kerana Zulkifli Noordin telah menggunakan isu kes saya sebagai bahan kempen pilihan raya kecil tersebut dan ini membabitkan TPM sedangkan TPM telah berpesan kepada saya agar menyimpan rahsia. Pada saya Zulkifli Noordin sebagai seorang peguam bertanggungjawab menyimpan rahsia dan arahan anak guamnya tetapi yang sebaliknya telah berlaku. Akibat daripada itu, saya kesal dengan tindakan Zulkifli Noordin.

(56) Oleh sebab tersebut, saya ada berbincang berkenaan kes saya dengan peguam-peguam Iain antaranya, peguam bela rakan banduan saya, Sahari Usul, iaitu peguam bernama Kuldeep Kumar. Saya membuat keputusan melantik beliau sebagai peguam bela saya dan saya telah memberhentikan perkhidmatan Zulkifli Noordin. Sewaktu reman, Razak Baginda juga ada memberitahu saya supaya tidak melantik Zulkifli Noordin sebagai peguam bela kerana beliau merupakan ahli pembangkang — bagaimana TPM hendak bantu jika peguam bela saya daripada pembangkang — maka saya perlu lantik peguam Iain dan TPM akan beri bantuan dalam kes ini. Razak Baginda juga berjanji apabila beliau sudah bebas, beliau akan bantu saya dan Sirul. Pada masa yang sama, saya telah melantik Dato' Hazman Ahmad sebagai peguam bela saya.

(57) Saya menyatakan bahawa sepanjang perjalanan operasi sulit ini saya bertindak mengikut arahan daripada TPM yang juga Menteri Pertahanan berdasarkan maklumat sepertimana yang diberikan Razak Baginda dan DSP Musa, dan saya percaya sepenuhnya bahawa ini adalah operasi sulit yang melibatkan perisikan dan hal ancaman keselamatan negara dengan tahap kerahsiaan yang tinggi. Saya tidak ada motif untuk merancang atau membunuh Altantuya Shaariibuu melainkan atas arahan yang diberikan kepada saya sebagai seorang pegawai operasi yang bertindak sebagai 'assault commander' Unit Tindakhas (UTK) PDRM yang terlibat dengan pelbagai operasi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

(58) Saya juga menyatakan di sini bahawa saya cukup sedar dan matang untuk menilai apa-apa penugasan yang diamanahkan kepada saya berkenaan operasi sulit melibatkan keselamatan negara, lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa seseorang sasaran dan ancaman perisikan. Saya tidak akan sesekali menjalankan sebarang operasi (termasuk operasi sulit untuk menembak mati sasaran), yang mana merupakan antara sifat dan dasar kerja yang telah diamanahkan kepada saya sebagai 'assault commanded’ UTK, sekiranya saya tidak mendapat arahan daripada pihak atasan.

(59) Sebarang maklumat berkenaan sasaran di dalam kes ini tidak akan sampai kepada saya melainkan ianya diberikan oleh DSP Musa, dan Razak Baginda (yang tidak saya kenali sebelum ini). Saya juga tidak akan sesekali menjalankan operasi sulit untuk membunuh dan menghapuskan Altantuya Shaariibuu tanpa arahan terus daripada TPM yang juga Menteri Pertahanan dan diyakinkan oleh DSP Musa bahawa operasi sulit ini adalah benar-benar penting untuk keselamatan negara yang mana saya sebagai seorang penjawat awam dengan suci hati telah menjalankan arahan/perinta tersebut. Sesungguhnya, hidup dan mati saya adalah untuk tanah air yang dicintai ini. Saya juga menyatakan bahawa saya tidak akan libatkan Sirul dalam operasi sulit ini melainkan setelah memaklumkan berkenaan penglibatan beliau kepada TPM, Razak Baginda, dan DSP musa untuk dapatkan kebenaran.

(60) Sekiranya saya dibenarkan untuk membela diri dan memberikan keterangan bersumpah di dalam sebarang kes jenayah dan/atau sivil yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, saya akan memberi penjelasan terperinci berkenaan kes ini di dalam keterangan saya.

(62) Saya membuat akuan ini dengan sepenuh kepercayaan bahawa akuan ini benar, serta menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.

Diikrar, diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh Azilah bin Hadri (No WP: 1/14055)
di Penjara Kajang di Negeri Selangor Darul Ehsan

Pada 17 Oktober 2019

Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

Monday, December 16, 2019

TUN MAHATHIR SEMAKIN MERAPU. RAKYAT DITINDAS & DIBUANG KERJA

Image

JELAPANG berbual dengan seorang ibu yang amat KECEWA dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata ibu tersebut, Tun Mahathir semakin MERAPU.

Anak si ibu ini baru sahaja hilang pekerjaan di Institut Terjemahan Negara yang beliau katakan ditutup oleh Dr Mahathir.

Kini anak beliau yang sudah berkeluarga menganggur dan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk FoodPanda untuk menyuap anak bini beliau.

Mungkin inilah bangsa yang MALAS yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir kata ibu tersebut.


Di syarikat media pula, keseluruhan pekerja Melayu dibuang kerja dan sehingga hari ini mereka hidup MELARAT dan Dr Mahathir tidak peduli pun dan sibuk dengan "rumahtangga" orang lain seperti di Kashmir dan beberapa negara lain.

Hari ini di Media Prima ramai dibuang kerja, dan Dr Mahathir tak peduli.

Minggu lepas, katanya, airmata mencurahi pekerja-pekerja di MAVCOM apabila Dr Mahathir dan seorang pemimpin Cina DAP menutup organisasi tersebut menyebabkan mereka akan kehilangan pekerjaan.

Siapa yang tidak berlinang airmata jika mengenang bagaimana mahu menyara hidup anak isteri. 

Bila dikenang nasib mereka, Jelapang merasakan ada benarnya kata mereka, DR MAHATHIR MAKIN MERAPU.

https://malaysiagazette.com/2019/12/13/caam-yang-bermasalah-mavcom-pula-dikorbankan-cap/

https://malaysiagazette.com/2019/12/13/gabung-caam-mavcom-ini-keputusan-ditaktor/

https://soketmedia.wordpress.com/2019/12/16/lebih-500-pekerja-media-prima-akan-dibuang-kerja/

Thursday, December 12, 2019

NAJIB NAK JADI PRESIDEN UMNO SEMULA

Image result for najib jho low

HARI ini ada berita mengatakan mungkin Najib Razak jadi Presiden Umno semula dan jika BN menang dalam PRU-15, akan menjadi Perdana Menteri semula.

Ini lah masalah dengan Melayu dalam Umno. Bercakap hal agama bukan main tinggi, pemimpin yang hilang akhlak juga disokong mereka.

Ini tak lain dan tak bukan AGENDA Najib untuk melepaskan diri dari masuk JEL.

Paling memalukan ialah Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad. Nak kata Noraini tak ada pelajaran, belajar tinggi.

Tapi yang diagung-agungkan ialah pemimpin yang digelar PENYAMUN oleh rakyat.

Semasa Perhimpunan Agung baru-baru ini, Noraini dan konco-konco Wanita bersorak-sorak "Malu apa bossku".

Kalau tak malu, dan rasa Najib itu betul, eloklah Noraini didik anak-anak beliau mencontohi Najib.

Bila merajuk minta lah jam pada setengah juta ringgit dari suami.

Noraini patut belajar dari Zuraida Kamaruddin dari PKR untuk menjadi seorang Ketua Wanita yang berani.

Zuraida bercakap benar dan tak cium tangan presidennya macam Noraini.




Monday, December 9, 2019

TUN MAHATHIR SURUH PECAT AZMIN? ANWAR BERBOHONG ATAU BERCAKAP BENAR?

Image result for anwar azmin

“Tapi Anwar cakap, Mahathir suruh beliau (Anwar) pecat Azmin. Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri, sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu.” - Zuraida Kamaruddin.


Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad suruh Anwar Ibrahim PECAT Azmin Ali? Selama ini tak pernah pula Dr Mahathir membuat kenyataan untuk memecat Azmin.

Atau Anwar berBOHONG?

Berbohong selalu jadi tabiat manusia. Cerita kena kelentong ini, ramai yang kena.

Allahyarham Napsiah Omar pernah diberitahu akan jadi MB Negeri Sembilan oleh pemimpin tertentu.

Allahyarham Sheikh Alias Mustapha dan Abdul Rahman Ibrahim pernah diberitahu akan jadi MB Kedah oleh pemimpin yang sama.

Kita harap Dr Mahathir jelaskan benarkah beliau suruh Anwar pecat Azmin.

Kita hanya nak tahu Anwar berBOHONG atau bercakap benar.






Anwar beritahu Zuraida Tun M arah pecat Azmin berkaitan video seks
By Kumara Sabapatty
- 9 December 2019



Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berucap pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 DISEMBER 2019.


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mendedahkan intipati pertemuannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu di bangunan Parlimen.

Katanya, beliau telah menulis empat surat kepada presiden PKR itu memohon diberikan ruang untuk bertemu malangnya tidak dilayan sehingga akhirnya hasratnya itu tercapai apabila ditanya sendiri oleh Anwar.

Beliau berkata, semasa pertemuan itu, Anwar telah memberitahunya tentang video yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya nak sebut, saya jumpa Anwar dan apa yang dia sebut kepada saya bahawa, Zuraida betul video itu memang Azmin, polis jelaskan itu Azmin,” katanya yang membalas jika Azmin biarlah polis siasat.

“Anwar kata, dia (Azmin) ibarat adiknya dan beliau kasihan dengan Azmin, sebelum saya sebut kalau Datuk Seri kasihan denganAzmin, tolonglah dia.

“Tapi Anwar cakap, Mahathir suruh beliau (Anwar) pecat Azmin.

“Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri, sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu,” katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ampang itu berkata kepad Anwar bahawa beliau tidak kenal sifat Tun Mahathir dan juga presidennya iaitu Anwar sendiri.

“Sebab apa saya cakap begitu, kerana saya masuk keseorangan dalam parti bukan melalui NGO atau UMNO. Memang saya tidak kenal Anwar kerana ketika saya masuk parti dia berada di dalam penjara dan apabila keluar pada 2004 dan dipenjarakan semula saya tidak kenal Anwar juga.

“Saya berjuang dengan akar umbi, turun padang kuatkan parti saya bina wanita Keadilan ini kerja kita buat, Kalau tidak tidak sekuat macam mana ini, jangan pandang rendah dengan keupayaan kami,” ujarnya.

Menurut Zuraida beliau telah menjelaskan kepada Anwar semasa pertemuan itu sebenarnya beliau setuju berjumpa bukan berbicara mengenai Azmin tetapi berkenaan dirinya sendiri

Sambil menyatakan kekesalan, katanya Anwar telah menipu beliau apabila selepas mengakui pemilihan pengerusi negeri akan dirujuk ke mesyuarat, tetapi keesokan harinya dia mengumumkan pelantikan pengerusi PKR Negeri tanpa perbincangan.

Katanya alasan yang diberikan Anwar atas tindakan itu adalah tergugat dengan berita ketika ke hospital selepas keluar penjara kononnya ada cubaan menggulingkan beliau dalam parti.

“Saya sebut kepada Anwar kalau ada nak gulingkan Datuk Seri, kita takkan biarkan Datuk Seri menang presiden tanpa bertanding. Tapi kalau Azmin bertanding saya akan sokong Azmin.

“Saya tanya Anwar kenapa dia berbuat demikian kerana selepas jadi presiden terus mengabaikan sumbangan kami sedangkan sekarang kami bekerja keras untuk menang pemilijhan demi kukuhkan parti tapi diganggu.

“Malah pengerusi lantikan Anwar di setiap negeri juga sudah mengetepikan orang kami di sana sehingga terpaksa turun padang sendiri membela nasib mereka demi pengukuhan parti,” tegasnya.

Zuraida juga mengaku mengadu kepada Anwar mengenai wujudya budaya sindiket mengangkat orang yang baru menganggotai sebulan dalam parti sebagai calon sehingga anggota setia lama dipinggirkan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2019/12/09/anwar-beritahu-zuraida-tun-m-arah-pecat-azmin-berkaitan-video-seks/

Sunday, December 8, 2019

ZURAIDA DOA ANWAR IBRAHIM MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH

Image result for anwar rawther


“Saya dah jalankan tugas untuk menegur dan perkara-perkara yang mengaibkan saya tak boleh cerita tapi saya dah jalankan tugas saya. Saya tak mahu dipersoalkan Allah kenapa tahu tapi mendiamkan diri. Saya iringkan doa buat presiden supaya mati dalam kebaikan (husnul khotimah) bukan dalam keburukan,” ZURAIDA KAMARUDDIN


Apa maksud Zuraida?

Apa yang Anwar lakukan yang menyebabkan Zuraida mendoakan agar Anwar MATI di dalam kebaikan?

Mungkin Wan Azizah Ismail tahu jawapannya? 

Adakah Zuraida merujuk kepada dakwaan Yusoff Rawther?

Antara kandungan SD Mohamad Yusoff Rawther: "Kemudiannya, Datuk Seri Anwar membuka ZIP seluarnya dan keluarkan ALAT SULITnya. Dia menarik tangan kiri saya untuk memegang alat sulitnya yang separuh tegang. Dia tanya pada saya "you suka,". Saya menarik balik tangan saya dan berdiri mendiamkan diri, hanya menggelengkan kepala."

Yang Jelapang pelik, kenapa hal-hal seks dengan JANTAN ini hanya melibatkan Anwar. Tak ada pun orang tuduh Najib Razak atau mana-mana pemimpin Umno hal-hal jantan ini.

Image

Image
Image





Friday, December 6, 2019

PKR HURU HARA DI BAWAH ANWAR IBRAHIM

Image

Inilah lambang HURU-HARA PKR.

Masalah dalaman PKR pun Anwar Ibrahim tak terjaga, ini nak jaga negara.

Itulah akibatnya apabila dalam kepala Anwar hanya memikirkan jawatan Perdana Menteri bukan perjuangan untuk rakyat.

Ahli sendiri dibiarkan bermandikan DARAH.



Image

Image

Image

Thursday, December 5, 2019

ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT KEPADA PEJUANG PARTI

Image result for kamarul baharin anwar port dickson

ANWAR IBRAHIM DI MATA SEORANG RAKAN SEKELAS DI MCKK

Oleh : Kamarul Baharin Abbas


Saya menerima jemputan untuk menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat ke-14 yang akan diadakan di kompleks MITC, Melaka hujung minggu ini. Tetapi melihat perkembangan yang berlaku di dalam parti akhir-akhir ini, hati saya telah tawar untuk menghadirinya.

Bagi yang tidak mengetahuinya, sukar untuk memahami tindakan saya. Seperti kata pantun Melayu:

Akar nibung meresap

Akar keranji dalam perahu

Terbakar kampung nampak asap

Terbakar hati siapa yang tahu

Saya adalah rakan se kelas Datuk Seri Anwar Ibrahim di MCKK. Bila Anwar disingkirkan pada tahun 1998, saya sekeluarga menyertai reformasi dan kemudian sama-sama menubuhkan Parti Keadilan Nasional. Mereka yang terlibat dalam membentuk Parti Keadilan Nasional dan kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat dengan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia tahu bagaimana susah dan peritnya menubuhkan dan membangun parti tersebut.

Sebagai seorang yang pernah diamanahkan jawatan Bendahari Agung Parti Keadilan Nasional, saya tahu begitu ramai yang berkorban dari segi kewangan untuk menjalankan program parti seperti ceramah, seminar, latihan, kempen piliharaya dan lain-lain. Saya juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan.

PRU 11 (2004) sungguh mencabar.

Ramai menjangkakan Keadilan akan berkubur selepas kalah teruk seperti berkuburnya Semangat 46.

Ramai yang lari meninggalkan perjuangan ini termasuklah Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR sekarang yang melafaskan kepada Anwar di Munich bahawa PKR tidak ada masa depan dan beliau menyertai PAS dan menetap di Kelantan

Tetapi, masih ramai yang kekal setia dan mereka meneruskan perjuangan dengan cekal, menghidupkan kembali cabang dan ranting. Mereka merupakan para pejuang yang menggembleng kekuatan rakyat sehingga membolehkan kejayaan dicapai dalam tahun 2008, 2013 dan seterusnya ke Putrajaya dalam tahun 2018.

Setelah sekian lama dicemuh sebagai “the weakest link” dalam gabungan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, PKR muncul sebagai parti terkuat dalam Pakatan Harapan yang berjaya menawan Putrajaya. Ini dicapai kerana Anwariyyun yang mendirikan Parti Keadilan berhempas pulas membesarkannya daripada sebuah parti yang sekadar membicarakan kezalimanan terhadap Anwar Ibrahim kepada sebuah parti mempunyai tapak yang luas di kalangan rakyat dan memperjuangkan dasar-dasar yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Sebaliknya, setelah di Putrajaya PKR sepatutnya berusaha lebih lagi membesarkan tapak perjuangannya dalam isu ekonomi, pendidikan, sosial, keselamatan dan global. Apa yang berlaku PKR asyik membicarakan hanya satu isu, bilakah Tun Mahathir akan berundur dan menyerahkan kuasa kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

Peralihan kuasa menjadi topik utama PKR walhal kita semua tahu bahawa perkara tersebut termaktub jelas di dalam Perlembagaan, iaitu YDPA melantik seseorang yang dipercayai mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Rakyat mahukan seorang perdana menteri yang membawa perpaduan dan kestabilan demi memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi untuk kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Akhir-akhir ini Anwar lebih menampilkan sifat sebagai divisive politician. Yang menjadi mangsanya adalah orang-orang yang setia dalam perjuangan parti .

Seperti kacang lupakan kulit, itulah gelagat Anwar hari ini.
Apa yang dilakukan hanyalah tambah memecah belahkan perpaduan anggota parti khususnya meminggir dan mencantas tokoh-tokoh yang sudah lama berjasa kepada beliau dan juga parti. Apa yang berlaku pada Zakaria Hamid, hanyalah secebis daripada apa yang telah Anwar lakukan kepada ramai pejuang kanan dan rakan karib beliau yang bersama dengan beliau dari awal reformasi. Mereka yang sentiasa berada di barisan berhadapan dengan tembakan gas dan air demi menentang kezaliman.

Sebagai contoh, Dr Muhammad Nur Manuty mantan Presiden ABIM, tokoh dalam gerakan Islam yang akhirnya digantikan dengan seorang pemuda baru. Datuk Idris Jusi, salah satu tokoh gerakan mahasiswa awal 70an, Mantan Ahli Parlimen PKR yang membina tapak PKR di Batu Pahat, ditendang begitu sahaja daripada kerusi Parlimen Batu Pahat.

Siapa tidak kenal dengan Pak Mus, Mantan Senator Dewan Negara dari Pulau Pinang yang berhempas pulas mempertahankan Permatang Pauh dari awal sejak mula Anwar dipenjarakan. Kini, salamnya pun tidak disambut Anwar Ibrahim. Veteran PKR Sarawak, Haji Baharuddin, tokoh lama yang bekerja kuat membangun PKR di Sarawak, yang diherdik dan ditengking kerana mengkritik isu Pemilihan PKR di Julau. Bayangkan, Anwar memilih mempertahankan tauke dan anaknya yang suatu ketika dahulu telahpun meninggalkannya sejak 1998.

Siapa orang-orang kanan Anwar yang bersamanya kini? Azmin, Khalid Jaafar, Mansor Othman, Ibrahim Yaakob, Zuraidah Kamaruddin, dan ramai lagi, semuanya kini berpatah arang dan mengkritik beliau secara terbuka.

Namun, saya memahami tindakan setiap daripada mereka itu.

Telah lama saya katakan pada Azmin, dia harus menyelamatkan negara dari Anwar. Azmin ini terlalu taat dan sabar orangnya. Saya melihat dari dekat bagaimana usaha Anwar untuk menyekat setiap kemaraan Azmin dalam politik. Bahkan, saya telah sedar lama dahulu lagi bahawa Anwar bertekad untuk membunuh karier politik Azmin.

Ketika ramai menceritakan kelemahan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden dan Anwar mendengar ura-ura Azmin akan mencabar Dr Syed Husin, Anwar mengirim Khalid Jaafar untuk memujuk Azmin Ali supaya tidak mencabar kedudukan Timbalan Presiden yang lemah itu. Apabila Dr Syed Husin bersara dan kedudukan Timbalan Presiden kosong, Anwar menyusun gerakan untuk menggagalkan Azmin dengan meletakkan Zaid Ibrahim sebagai pencabar Azmin .

Setelah Azmin menang dalam pemilihan tersebut, Anwar tidak duduk diam. Dalam pemilihan parti 2014, Anwar meletakkan Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor untuk mencabar Azmin yang hanya seorang ADUN biasa. Percaturan Anwar meleset, beliau menyedari dukungan akar umbi kepada Azmin terlalu kuat untuk dikalahkan oleh seorang Menteri Besar. Maka, Anwar mengatur pertandingan 3 penjuru dengan menurunkan Saifuddin Nasution dalam pertandingan yang sama.

Saya kagum dengan ketangkasan politik Azmin. Beliau menumpaskan regu Menteri Besar dan Setiausaha Agung yang didalangi Anwar. Akhirnya Khalid Ibrahim mengkhianati Anwar dan parti. Meskipun begitu, Anwar tidak mahu Azmin menggantikan Khalid Ibrahim yang disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Langkah Kajang hasil percaturan politik Anwar telah memakan dirinya sendiri. Anwar ke penjara dan PKR dilanda krisis dengan Istana Selangor dalam isu pemilihan Menteri Besar. Ketika ini, saya kecewa dengan Azmin. Beliau akur dan patuh dengan tekanan Anwar untuk menandatangani surat sokongan kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Rezeki dan kuasa tetap ditangan tuhan. Mungkin kerana kesabaran Azmin itu, Allah SWT memberi rahmat kepada Azmin.

Anwar tekad tidak akan berputus asa. Beliau yakin, Azmin boleh ditewaskan oleh strategis muda, Rafizi Ramli dengan dukungan dan campur tangan yang jelas daripada beliau. Mungkin Rafizi boleh menewaskan Shahrizat, tetapi tidak Azmin yang sekali lagi berjaya menewaskan calon pilihan Anwar.

Saya tidak mahu masuk campur dengan pemilihan parti 2018, yang paling kotor dalam sejarah PKR. Pemilihan 2018 bagi saya adalah pemilihan yang paling dimanipulasi oleh Anwar termasuk melalui sistem pemilihan secara online yang kononnya paling berkesan dan efektif.

Sebagai pesara politik, saya melihat gaya politik Anwar seperti kata orang Negeri Sembilan, ibarat berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap. Anwar cepat percaya pada orang yang selalu berada dikelilingnya dan membunuh karakter pejuang-pejuang setia dan lama begitu sahaja. Beliau tidak bijak menangani teguran ikhlas yang dianggapnya sebagai cabaran kepada peribadi beliau.

Presiden seharusnya menggabungkan yang lama dengan yang baru untuk mencipta kesatuan yang kuat, perpaduan yang utuh seperti aur dengan tebing. Apa yang berlaku sekarang adalah aur meninggalkan tebing. Maka, akan hanyutlah aur.