Showing posts with label azmin ali. Show all posts
Showing posts with label azmin ali. Show all posts

Saturday, May 8, 2021

ZAMAN PN, 151 RAKYAT MENINGGAL DUNIA DALAM 8 HARI YANG LALU

  BERNAMA - COVID-19 vaccine: Manufacturing, industrial workers in Penang,  Selangor given priority

OGOS 2020:  Azmin Ali: Jika PH masih Kerajaan, lebih banyak rakyat Malaysia mati akibat COvid-19.

8 MEI 2021; Dalam masa 8 hari minggu, 151 rakyat meninggal dunia kerana Covid.

Ini zaman Kerajaan PN Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.

Itu saja nak beritahu kawan-kawan.

 

 

Wednesday, March 11, 2020

MAT HASSAN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO, TAK DAPAT JAWATAN MENTERI? MAT HASSAN BUKAN ORANG ZAHID?

Image result for kabinet muhyiddin

TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kejayaan menjadi Perdana Menteri ke-8 Malaysia.

Ketika membentang senarai Kabinet beliau, Muhyiddin menyebut ahli Kabinet beliau telah melepasi saringan SPRM dan PDRM.

Siapa dalam SPRM yang menyucikan mereka-mereka ini? ANNUAR MUSA BERSIH? Muhyiddin lupa ke bahawa seorang KSU yang pernah berkhidmat untuk Annuar Musa pernah dijatuhkan hukuman penjara? Muhyiddin lupa ke kes Mara semasa Annuar Musa jadi Pengerusi Mara?

Bagaimana Fadhilah Yusof yang sebelum ini abang beliau terlibat dengan projek Pan Borneo boleh kembali ke Kementerian Kerja Raya?

Image result for kabinet muhyiddin

MENTERI merapu, Redzuan Kereta Terbang masih dalam Kabinet? 

Azmin Ali yang jelas dalam video SEMBURIT masih dalam Kabinet?

Siapa yang bersihkan imej mereka ini? Azam Baki? Hamid Bador?

Seorang Menteri dikatakan hanya berkelulusan SPM tetapi dalam biodata katanya ada BBA.

Seorang Timbalan Menteri hanya ada Diploma Pentadbiran Awam, tetapi isytihar ada MBA dari Northern California.

Tahniah kepada Pas kerana akhirnya Ahli Parlimennya dapat menjadi Menteri.

Seorang Menteri Pas berkelulusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan kini sedang memikirkan bagaimana nak yakinkan kerajaan India untuk membeli minyak sawit.

Sementara seorang lagi lulusan Dakwah dan Kepimpinan akan jaga alam sekitar dan isu-isu pembalakan haram seperti di Kelantan.

Kita hanya mampu berdoa semuga Allah swt memelihara negara kita ini.

Sementara itu Jelapang bersimpati dengan Ahli-Ahli Parlimen lain seperti Timbalan Presiden Umno Mohamed Hassan, Azalina Othman Said, Mahdzir Khalid, Bung Mokhtar Radin, Noh Omar, Shahidan Kassim, Idris Jusoh, Tajuddin Rahman, dan Ahmad Maslan yang tak dapat jawatan dalam Kabinet.

Elok mereka-mereka ini "check" mengapa tak tersenarai.

Zahid Hamidi tak hantar nama ke? Kalau tak hantar, maksudnya mereka BUKAN orang Zahid lah.

Katanya setiausaha politik Zahid pun dapat jawatan, tak kan Timbalan Presiden Umno boleh "miss"?

Jelapang sekadar kasihan kepada mereka-mereka ini..

Monday, December 9, 2019

TUN MAHATHIR SURUH PECAT AZMIN? ANWAR BERBOHONG ATAU BERCAKAP BENAR?

Image result for anwar azmin

“Tapi Anwar cakap, Mahathir suruh beliau (Anwar) pecat Azmin. Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri, sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu.” - Zuraida Kamaruddin.


Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad suruh Anwar Ibrahim PECAT Azmin Ali? Selama ini tak pernah pula Dr Mahathir membuat kenyataan untuk memecat Azmin.

Atau Anwar berBOHONG?

Berbohong selalu jadi tabiat manusia. Cerita kena kelentong ini, ramai yang kena.

Allahyarham Napsiah Omar pernah diberitahu akan jadi MB Negeri Sembilan oleh pemimpin tertentu.

Allahyarham Sheikh Alias Mustapha dan Abdul Rahman Ibrahim pernah diberitahu akan jadi MB Kedah oleh pemimpin yang sama.

Kita harap Dr Mahathir jelaskan benarkah beliau suruh Anwar pecat Azmin.

Kita hanya nak tahu Anwar berBOHONG atau bercakap benar.






Anwar beritahu Zuraida Tun M arah pecat Azmin berkaitan video seks
By Kumara Sabapatty
- 9 December 2019



Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berucap pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 DISEMBER 2019.


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mendedahkan intipati pertemuannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu di bangunan Parlimen.

Katanya, beliau telah menulis empat surat kepada presiden PKR itu memohon diberikan ruang untuk bertemu malangnya tidak dilayan sehingga akhirnya hasratnya itu tercapai apabila ditanya sendiri oleh Anwar.

Beliau berkata, semasa pertemuan itu, Anwar telah memberitahunya tentang video yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya nak sebut, saya jumpa Anwar dan apa yang dia sebut kepada saya bahawa, Zuraida betul video itu memang Azmin, polis jelaskan itu Azmin,” katanya yang membalas jika Azmin biarlah polis siasat.

“Anwar kata, dia (Azmin) ibarat adiknya dan beliau kasihan dengan Azmin, sebelum saya sebut kalau Datuk Seri kasihan denganAzmin, tolonglah dia.

“Tapi Anwar cakap, Mahathir suruh beliau (Anwar) pecat Azmin.

“Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri, sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu,” katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ampang itu berkata kepad Anwar bahawa beliau tidak kenal sifat Tun Mahathir dan juga presidennya iaitu Anwar sendiri.

“Sebab apa saya cakap begitu, kerana saya masuk keseorangan dalam parti bukan melalui NGO atau UMNO. Memang saya tidak kenal Anwar kerana ketika saya masuk parti dia berada di dalam penjara dan apabila keluar pada 2004 dan dipenjarakan semula saya tidak kenal Anwar juga.

“Saya berjuang dengan akar umbi, turun padang kuatkan parti saya bina wanita Keadilan ini kerja kita buat, Kalau tidak tidak sekuat macam mana ini, jangan pandang rendah dengan keupayaan kami,” ujarnya.

Menurut Zuraida beliau telah menjelaskan kepada Anwar semasa pertemuan itu sebenarnya beliau setuju berjumpa bukan berbicara mengenai Azmin tetapi berkenaan dirinya sendiri

Sambil menyatakan kekesalan, katanya Anwar telah menipu beliau apabila selepas mengakui pemilihan pengerusi negeri akan dirujuk ke mesyuarat, tetapi keesokan harinya dia mengumumkan pelantikan pengerusi PKR Negeri tanpa perbincangan.

Katanya alasan yang diberikan Anwar atas tindakan itu adalah tergugat dengan berita ketika ke hospital selepas keluar penjara kononnya ada cubaan menggulingkan beliau dalam parti.

“Saya sebut kepada Anwar kalau ada nak gulingkan Datuk Seri, kita takkan biarkan Datuk Seri menang presiden tanpa bertanding. Tapi kalau Azmin bertanding saya akan sokong Azmin.

“Saya tanya Anwar kenapa dia berbuat demikian kerana selepas jadi presiden terus mengabaikan sumbangan kami sedangkan sekarang kami bekerja keras untuk menang pemilijhan demi kukuhkan parti tapi diganggu.

“Malah pengerusi lantikan Anwar di setiap negeri juga sudah mengetepikan orang kami di sana sehingga terpaksa turun padang sendiri membela nasib mereka demi pengukuhan parti,” tegasnya.

Zuraida juga mengaku mengadu kepada Anwar mengenai wujudya budaya sindiket mengangkat orang yang baru menganggotai sebulan dalam parti sebagai calon sehingga anggota setia lama dipinggirkan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2019/12/09/anwar-beritahu-zuraida-tun-m-arah-pecat-azmin-berkaitan-video-seks/

Wednesday, July 24, 2019

RAKYAT MALAYSIA AKAN DAPAT PERDANA MENTERI KAKI SEMBURIT


http://idealismalaysia.blogspot.com/2012/02/setahun-sudah-video-seks-zina-dengan.html
Image result for azmin semburit

"AZMIN Semburit",laung orang kanan ANWAR IBRAHIM selepas keluar dari tahanan polis selepas disiasat berkaitan konspirasi menjatuhkan Azmin Ali.

Kalau nak laung, banyak benda boleh laung.

Saiful Bukhary akan laung, "Anwar Semburit." Shazryl Eskay Abdullah akan laung "Anwar China Doll".

Video Azmin TULIN, kata polis. Video Anwar China Doll pun tulin juga, kata polis dulu.





KASIHAN kita tengok puak-puak PKR. Yang semburit pemimpin dan pengikut PKR.

Yang BJ, orang PKR. Yang China Doll pemimpin PKR.

Yang nak sembelih Azmin orang PKR. Yang jerit "Azmin Semburit", orang kanan Anwar dan orang PKR.

Tapi pengikut Anwar terjerit-jerit kata Tun Mahathir Mohamad pertahan Azmin dan mahu Tun M menyingkir Azmin.

Tak payahlah nak salahkan Tun.

Anwar kan presiden PKR yang hebat dan kuat, "I have the numbers."

Apa tunggu lagi - PECAT lah Azmin. Tak payahlah nak selamatkan Anwar dengan menyuruh Tun M buat kerja bodoh untuk bunuh karier Azmin.

Anwar boleh bunuh karier politik Azmin dengan petik jari sahaja - "I have the numbers."

Dia ada Wan Azizah, ada Nurul Izzah sokong dia. Kira dah kuat tu.

Jadi pecatlah Azmin.

Dah setahun lebih kita dengar betapa perkasanya Anwar - nak buat undi tak percayalah pada Tun, tapi tak jadi-jadi. Nampak macam tong kosong.

Kalau tanya Jelapang, apa beza Anwar dengan Azmin, kita jawab sama saja.

Kalau nasib kita tak baik, kita akan dapat Perdana Menteri semburit.

Image result for saiful bukhary liwat

Sementara itu,luangkan sedikit masa membaca penulisan bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, kini penasihat Azmin,  di bawah ini:


Strategi kubu kosong Anwar Ibrahim

News | Diterbitkan 24 Jul 2019, 1:38 tengahari | Dikemaskini 24 Jul 2019, 1:38 tengahari

A+ A-




ULASAN | Peminat “San Guo Yan Yik (Babad Tiga Negeri)” tentunya tahu strategi kubu kosong yang digunakan oleh Zhuge Liang. Begitu pintarnya strategi tersebut hinggakan kini ia menjadi sebutan. Antara pengkagumnya adalah Henry Kissinger dan ‘grand strategist’ tersebut menulisnya dalam karya bertajuk On China.

Dalam episod itu Zhuge Liang, kepala strategis dan Perdana Menteri Liu Bei, berada di sebuah kubu yang tidak mempunyai pertahanan sama sekali. Tiba-tiba muncul tentera musuh yang dikepalai oleh Sima Yi, strategis utama Cao Cao, datang untuk menangkap Zhuge Liang.

Melihat kubu tersebut lemah dan tiada tentera berkawal, tentera Sima Yi begitu ghairah untuk menyerang dan menawan kubu tersebut serta menangkap Zhuge Liang. Tetapi Sima Yi melihat kubu itu terlalu sunyi dan dia melihat Zhuge Liang sedang bermain zither tanpa rasa gentar sama sekali kepada tentera musuh yang hampir.

Sima Yi berkata pada jenderalnya: “Dengar muzik yang dialunkan Zhuge Liang. Amat tenang dan dalam seperti tasik yang tidak berkocak. Ini perangkap. Dia mempunyai ramai tentera yang bersembunyi dan akan membuat serangan hendap bila kita menyerang. Ayuh kita berundur.”

Sama ada sedar atau tidak, Anwar Ibrahim turut menggunakan strategi ini. Beliau menggunakannya berkali-kali pada hal strategi ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sebaik sahaja Sima Yi dan tenteranya berundur, Zhuge Liang bergegas bungkus dan lari ke kubu yang mempunyai pertahanan kuat.


Salah satu tugu Zhuge Liang


Anwar menggunakan strategi kubu kosong selepas PRU12. “I have the number.” Itulah ayat keramat beliau. Maka gemparlah seluruh Malaysia dan ibu negara bagi negara-negara jiran. Anwar Ibrahim sedikit hari lagi akan jadi perdana menteri keenam. Nujum-nujum politik pun riuh kembali mentafsir teori RAHMAN. Sepatutnya perdana menteri keenam adalah orang yang namanya bermula dengan huruf N. Seorang nujum lain menjawab. Sebenarnya RAHMAN itu dieja dengan dua A. Maka ejaan sebenar adalah RAHMAAN. Nujum seorang lagi membantah. Ejaan asal itu betul. Huruf A terakhir boleh mewakili dua individu tafsirnya.

Tetapi strategi kubu kosong hanya boleh berkesan apabila perangkap itu tidak dapat dihidu sebagaimana Sima Yi gagal menghidunya kerana terpukau dengan ketenangan Zhuge Liang dan petikan zithernya.


Perdana-perdana menteri mengikut teori RAHMAN



Ahli-Ahli parlimen Umno pasca PRU12 yang beliau undang untuk melompat menyeberang ke PKR mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka ternanti-nanti ‘parliamentary coup’, undi tidak percaya yang akan membawa beliau ke Putrajaya atau Istana Negara akan membuka pintu untuk Anwar mempersembahkan akuan berkanun (SD) dukungan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Ayat keramat ‘I have the numbers’

Akhirnya temberang Anwar terbongkar, dia tidak mempunyai jumlah sokongan seperti yang beliau sebutkan. Maka BN kekal memerintah sehingga ditumbangkan dalam PR14 oleh Pakatan Harapan yang dipimpin oleh strategis yang lebih cemerlang iaitu Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini, Anwar sekali lagi mengulangi ayat keramatnya: “I have the numbers”. Begitu kerap beliau mengulanginya, diulangi dengan keyakinan seperti yang ditampilkan oleh Zhuge Liang yang berdepan tentera Sima Yi, sehingga ada wartawan asing yang naif mempercayai gelebong tersebut. Jawapan saya mudah sahaja. Betul Anwar ada jumlah, tetapi jumlah tersebut diperolehi melalui kiraan yang menggunakan‘fuzzy math’.

Anwar meratib-ratibkan “I have the number” untuk mencipta persepsi bahawa dia boleh jadi perdana menteri pada bila-bila masa yang dia mahukan dan keberadaan Dr Mahathir di kerusi perdana adalah dengan ihsannya. Pada masa yang sama, juak-juak Anwar pula membuat kenyataan menuntut tarikh peralihan kuasa tersebut ditetap.

Hakikatnya adalah jumlah sebenar, majoriti selesa, adalah di tangan Dr Mahathir. Dukungan kepada perdana menteri yang bipartisan sifatnya telah menjana kestabilan politik dan membolehkan beliau dan kiabinetnya memberikan tumpuan kepada menangani masalah rakyat dan ekonomi negara.

Namun, Anwar tidak gemar kepada kestabilan dan ketenteraman ini. Kaca TV dan dada akhbar akan dipenuhi dengan wajah Dr Mahathir dan menteri-menteri kabinet yang menjalankan tugas masing-masing. Bahkan isterinya, Wan Azizah lebih kerap muncul di TV dan mendapat laporan media kerana menyandang jawatan timbalan perdana menteri.

Anwar terpinggir dari arus perdana pemberitaan. Maka beliau ciptakan kempen peralihan kuasa dan citra perdana menteri kelapan. Rakyat diheret ke dalam kontroversi tentang apa yang boleh diuruskan secara teratur dalam Pakatan Harapan.

Mencipta kekalutan memang ‘forte’ Anwar Ibrahim. Mengulas kekacauan agung yang dicipta Anwar dalam tahun 1998 adalah terlalu panjang, lebih panjang dari kisah 1,001 malam yang dipintal oleh Shahrazad.

Namun lihat sahaja apa yang berlaku dalam PKR. Sebelum ini, ketidakpuasan pimpinan di semua peringkat terhadap kepimpinan Wan Azizah memang sentiasa ada. Namun rasa hormat dan sayang kepada Kak Wan lebih besar makna dan ertinya buat anggota PKR.

Gambar bertemu PM

Tetapi lihat sahaja apa yang berlaku dalam PKR tidak sampai setahun Anwar mengambil alih jawatan presiden. Beliau tidak berlaku adil semasa pemilihan baru-baru ini. Dan apabila pasukan yang beliau sokong bermati-matian kalah, maka beliau tidak berlaku adil kepada yang menang.

Berkali-kali Anwar ingin menyekat kemaraan politik seorang yang pernah bergelar setiausahanya dan dalam pemilihan yang lalu, riwayat politiknya mahu dibunuh. Namun, keterampilan dan wibawa politik Azmin telah sekali lagi membawa beliau melepasi segala sekatan tersebut.

Kini hampir setiap minggu Anwar menularkan gambarnya bertemu perdana menteri. Asal bertemu pasti bergambar. Entah ke mana panglima-panglima politik Anwar hari ini sehingga Anwar sendiri terpaksa membangkitkan persoalan peralihan kuasa, yang kemudian Anwar sendiri akan menjawabnya.


 Salah satu pertemuan Anwar dan Mahathir


Maka, persoalan paling agung di hadapan rakyat Malaysia pada hari ini, apakah Anwar sebagai sebagai orang yang gemar kepada ketidakstabilan, sendiri mencipta kacau bilau dalam parti dan dilihat tidak dapat berlaku adil kepada semua ahli parti berupaya untuk mempertahankan kestabilan dan ketenteraman negara serta memberi keadilan kepada semua?

Akan tetapi sudah ada janji. Janji mesti ditepati. Tetapi adakah dengan menepati janji tersebut akan menepati keadilan? Ini yang perlu direnungi dan dimuhasabahkan oleh rakyat Malaysia khususnya ahli dan pemimpin parti politik yang mengambil ‘Keadilan’ sebagai namanya. Saya yakin, Plato boleh memberikan pencerahan.

Karya Plato yang paling terkenal adalah Politeia yang sering diterjemahkan sebagai Republik. Tetapi inti buku tersebut membicarakan keadilan politik. Dalam hampir kesemua dialognya Plato menggunakan watak gurunya Sokrates sebagai pengungkap gagasan dan persoalan. Dalam Republik, Plato meletakkan Sokrates dalam satu perdebatan untuk mencari makna keadilan dengan sekumpulan anak muda.

Sokrates menanyakan pada anak-anak muda, “Bercakap tentang perkara ini, keadilan, adakah kita akan menegaskan tanpa sebarang pengecualian, ia adalah bercakap benar, memulangkan apa yang dipinjam, atau tindakan ini sebenarnya kadang-kadang adil dan kadang-kadang tidak adil?”

Maksud saya, sebagai contoh, jika ada seseorang yang meminjam senjata dari seorang kawan ketika ia siuman dan kemudian orang yang meminjamkan senjata tersebut jatuh gila dan meminta kembali senjatanya. Dalam keadaan begitu, kita tidak sepatutnya memulangkan senjatanya (mengikut perjanjian), dan kalau kita memulangkannya, kita sebenarnya tidak akan berlaku adil.”

Rakyat Malaysia memerlukan keadilan.

Kita renungkanlah!



KHALID JAAFAR ialah penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
https://www.malaysiakini.com/news/485191

Monday, June 17, 2019

AZMIN, RAFIZI & ANWAR KENAL HAZIQ AZIZ?







9.JPG



TIDAK kah GANJIL Anwar Ibrahim menonton wayang bersama Haziq Aziz, yang mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan Azmin Ali?

Tidak kah GANJIL Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Azmin Ali sudah lama mengenali Haziq Aziz walaupun ada cubaan menafikannya?

Tidak kah kita merasa ganjil Anwar Ibrahim enggan mengambil tindakan terhadap Haziq yang terang-terangan mengaku mengadakan hubungan sejenis?

Friday, June 14, 2019

SEORANG LAGI PEMIMPIN TIDAK BERMORAL DALAM PARTI ANWAR IBRAHIM

Image result for video anwar

Image result for video azmin

Related image

SELEPAS Anwar Ibrahim, kini Timbalan beliau, Azmin Ali, dikaitkan dengan skandal hubungan seks sejenis, ada yang memberi nama skandal "semburit", ada kata seks Gay dan ada kata seks LBGT.

Cara terbaik menangani kes ini ialah melalui siasatan terperinci oleh pihak polis dan Jabatan Agama Islam dan sekiranya terbukti, kedua-duanya didakwa di mahkamah dan diperjarakan.

Menariknya, skandal "main sesama lelaki" ini hanya pada parti PKR, yang mana Presidennya sedang berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri.

Jika menjadi realiti, kita akan dipimpin oleh pemimpin yang moralnya dipertikaikan rakyat.

Skandal yang melibatkan Azmin ini adalah serangan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau. Betul atau tidak Azmin melakukan hubungan seks sejenis, itu kerja polis untuk mencari kebenarannya.

Rasanya ramai yang melakukan hubungan seks sejenis tetapi tidak divideokan dan tidak ada pula pasangan yang melakukannya dengan tanpa rasa MALU membuat pengakuan terbuka bahawa yang "menghisap" itu adalah beliau.

Yang pasti, IMEJ PKR rosak teruk. Mana-mana pemimpin PKR yang memimpin Malaysia selepas ini perlu disiasat latarbelakang mereka - baik pemimpin lelaki, mahupun wanita.

Hanya dengan pemimpin baru, bukan Anwar atau Azmin, dapat memulihkan semula imej PKR.

Buat sementara ini, kita berhibur lah dengan penglipura pemimpin PKR terutamanya Azmin dan Anwar. 


Friday, January 18, 2019

SEMAKIN BERTAMBAH PEMIMPIN PKR MENYOKONG AZMIN & TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM



MUNGKIN ramai terlepas pandang satu artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar Inggeris the Star 3 hari lepas mengenai hubungan Anwar Ibrahim dan Timbalan beliau, Azmin Ali.

Berikut intipati artikel tersebut:

1. Hubungan Anwar dan Azmin retak.

2. Azmin kerap kali "perli" Anwar menerusi twitter.

3. Azmin tidak sebulu dengan Wan Azizah.

4. Azmin dah Zuraidah Kamaruddin tidak hadir di majlis penghargaan PKR yang dihadiri Anwar.

5. Menteri PKR Baru Bian dan Xavier Jayakumar bukan lagi "orang Anwar". Mereka kini berpaling tadah dan menyokong Azmin.

Baca disini:  https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2019/01/16/broken-bridge-between-anwar-and-azmin/




Wednesday, November 14, 2018

ANWAR IBRAHIM "KECUNDANG" DALAM PEMILIHAN PKR

Image result for azmin ali anwar ibrahim

Rafizi Ramli, bakal Menteri Kewangan apabila Anwar Ibrahim menaiki takhta Perdana Menteri nanti, KECUNDANG.

Bermacam usaha dilakukan untuk memastikan Rafizi menang. Satu keluarga Anwar berkempen untuk Rafizi, sampai ke Julau di Sarawak.

Siapa sangka PKR lebih kuat di Julau, Sarawak, dari sesetengah cabang PKR di kubu kuat mereka, Selangor.

Penolakan ditolak boleh kita simpulkan sebagai kecundangnya Anwar.

Hanya 4 "orang" Anwar, termasuk anak beliau Nurul Izzah,  menang jawatan yang mereka tandingi.

Nurul Izzah menang jawatan Naib Presiden dan 3 orang Anwar yang lain ialah Abdullah Sani, Nik Nazmi dan Nurin Aina.

Orang-orang kanan Anwar seperti Johari Abdul tersungkur. Hasrat Johari untuk menjadi Menteri Besar Kedah hancur apabila tewas di cabang beliau sendiri.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa untuk merombak kabinet jika Anwar mahu satu rombakan dibuat untuk membolehkan "pemenang pemilihan PKR" menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.

Mungkin Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mahu melepaskan jawatan Kabinet selepas tewas dalam pemilihan untuk membolehkan rakan beliau yang menang menggantikan beliau.

Majlis Pimpinan Pusat yang akan datang akan menyaksikan Anwar mempengerusikan mesyuarat yang terdiri dari orang-orang AZMIN.

Kemenangan Azmin petanda kemerosotan pengaruh Anwar dalam PKR.

Friday, August 3, 2018

"ANWAR IBRAHIM" : AZMIN BARUA MAHATHIR



ANWAR Ibrahim dengan Najib Razak kelaku (an) sama saja. 

Najib semua benda fitnah bagi dia - tiada satu dakwaan pun Najib mengaku sampai ke hari ini.

Anwar Ibrahim, kita pun tahu. Dari isu mengadakan hubungan dengan wanita pada 1997, rakaman percakapan telefon dengan isteri seorang bekas Menteri, adegan dalam bilik dengan China Doll (ada video) dan liwat Saiful Bukhary Azlan, semuanya fitnah baginya walaupun Mahkamah mendapati beliau bersalah.

Beliau bebas hari ini kerana kuasa politik.

Kita semua kenal Anwar Ibrahim dari zaman Abim lagi. 

Anwar tak berubah. Letak beliau dalam penjara seumur hidup pun, itulah kelaku dan perangai beliau. Tak berubah.

Semalam tersebar audio Anwar menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan melabelkan Azmin Ali sebagai "BARUA MAHATHIR".

Seperti biasa, terpulanglah kepada kita semua samada nak percaya atau tidak bahawa itu suara Anwar.

Tak percaya pun boleh, nak PERCAYA pun tak salah.

Sama macam video China Doll juga, ramai yang percaya dan ada yang tak percaya.

Dan saya? Saya percaya itu suara Anwar dan saya percaya Anwar hentam Mahathir dan panggil Azmin "BARUA MAHATHIR".

Saya percaya dalam video China Doll, wajah dalam video itu ada lah Anwar. Saya percaya kes liwat Saiful Bukhary Azlan.

Kepada yang tidak tahu mengenai Anwar, baca link ini: 

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=LatestNews&pg=ln_01.htm

P/S: Jelapang teringat akan kisah "musang berbulu ayam".

Kisah ini hampir sama dengan cerita Zahid Hamidi bahawa kerajaan Pakatan akan runtuh sebelum PRU 15 dan Umno kembali berkuasa kerana "beliau baik dengan Anwar".

Antara kata-kata Zahid: "Kita tahu mereka goyah. Kita mempunyai ahli Parlimen yang paling ramai. Pilih saya dan saya tahu apa yang perlu dibuat. Saya mempunyai hubungan baik dengan semua orang. Saya baik dengan orang baru saja keluar (Anwar Ibrahim)" - Ucapan Zahid kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa taklimat tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - 24 JUN 2018.

http://www.sinarharian.com.my/politik/zahid-yakin-pakatan-tumbang-umno-rampas-kembali-putrajaya-1.849023





Tuesday, April 3, 2018

NAJIB PERLU TIRU AZMIN MATIKAN ISU



DARI Perlis hingga ke Johor video di atas menular.

Kita pun terpegun dengan penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengenai dakwaan Umno Selangor berkaitan isu tanah di Ijok.

Agaknya selepas video ini menular, Umno Selangor terdiam seribu bahasa, dan agaknya, itulah sebabnya isu ini SENGAJA "dikafankan" oleh Umno Selangor.

Biasalah dengan pemimpin-pemimpin Umno Selangor. Serang, kemudian lari masuk gua, sama macam peminat Liverpool tempoh hari apabila di belasah Manchester United.

Alangkah baiknya jika pucuk pimpinan Umno menteladani cara Azmin berhadapan dengan isu.

Banyak isu yang belum dijawab oleh Najib Razak. Isu 1MDB, isu SRC International, isu derma RM2.6 bilion. PRU dah dekat, isu masih belum dijawab.

Elok sehari dua ini, Najib buat CARTA macam Azmin dan berdiri di hadapan Ahli-Ahli Parlimen terangkan macam Azmin apa yang sebenarnya belaku dalam 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion.

Nak buat carta tak susah. Boleh pakai carta yang Peguam Negara Apandi Ali pernah tunjukkan dulu.

Bukan apa, kita risau jumlah kerusi BN berkurangan dari semasa PRU13. 

Kesemua isu dalam PRU 14 ini berkaitan dengan Najib. Maka cara Azmin lah yang terbaik untuk mematikan semua isu-isu ini.

Di bawah adalah carta yang digunakan oleh Apandi dulu.






Wednesday, July 5, 2017

UMNO BN AKAN TERUS "BERAYA", PEMBANGKANG AKAN TERUS BERPUASA

Image result for anwar ibrahim+pm

KATAkan lah esok, Najib Razak umumkan beliau akan membeli kapalterbang Jumbo terbesar di dunia, Airbus A380, dengan harga RM1.8 bilion untuk kegunaan peribadi dan ahli keluarga beliau, tumbangkah Najib dan kerajaan BN?

Katakan lah esok, Rosmah Mansor menghadiri satu majlis hariraya dengan memakai cincin bernilai RM45 juta dan memakai rantai yang berloket berlian merah jambu yang bernilai RM116 juta sepertimana didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, tumbangkah Najib dan Kerajaan BN?

Kita nak tanya Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli dan Mohamad Sabu? Tumbangkah Najib?

Kalau ikut hukum akal, kalau di negara-negara maju, tak perlu tunggu pilihanraya. Kerajaan BN yang ada sekarang ini sudah lama tumbang dan pemimpinnya hanya menunggu masa untuk menjadi penghuni penjara.

Tetapi tidak. Pembangkang hanya setakat mengharap. 

Kerajaan BN yang ada ini cukup teruk. Dah nak muntah dengar isu demi isu didedahkan. Tak payah lah pembangkang cari isu baru. Tak payahlah Rafizi nak perasan jadi hero dengan membongkar lima atau enam isu baru. Isu yang ada ini pun dah cukup memualkan. Isu baru tak akan mengubah apa-apa.

Tidak pernah dalam sejarah, imej BN dan Umno begitu teruk. Tetapi Perdana Menterinya dan isterinya tetap gagah, tak tergugat, tak peduli apa rakyat cakap.

Apa lagi isu yang tak keluar? Cincin? RM2.6 bilion? Jho Low? 1MDB? Felda? Tabung Haji? Anak tiri Najib berjudi? Rosmah shopping? Peguam Negara tidak adil? Ketua Polis Negara dituduh terlibat dengan Gopi? Harga barang? GST? Apa lagi?

Cakaplah apa pun. Sewa 41 bilik untuk taraf presiden di Bali? Guna jet kerajaan bercuti? Lepas Bali bercuti pula di Perth, Australia? 

Apa dia peduli. Cakaplah apa pun. Tak akan tumbang Najib dan kerajaannya.

KENAPA?

Kerana pembangkang HAPRAK. Kerana pembangkang setakat berharap kepada isu DOJ, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kerana Najib tahu, cakaplah apa pun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dakwa apa pun, BN dan Umno akan menang BESAR pilihanraya ini dan Najib akan tetap KEKAL sebagai Perdana Menteri.

Kalau rakyat muntah kerana isu-isu dan skandal-skandal Najib dan keluarganya, rakyat juga MUNTAH dengan perangai tamak parti-parti pembangkang.

Sehingga hari ini, tiada apa pun pelan pembangkang yang boleh menyakinkan rakyat. Hanya yang kita dengar, mereka bertelingkah berebut siapa nak jadi PM.

Nak pilih LOGO Pakatan Harapan pun, bergaduh bagai nak rak dan sampai hari ini, logo pun tak nampak.

Wan Azizah duk sibuk nak bagi laki jadi PM. Dalam PKR ada parti dalam parti.

DAP sibuk tuduh Umno rasuah, pemimpinnya sendiri Lim Guan Eng terlibat dalam rasuah.

Rasuah adalah rasuah. Tak payahlah Kit Siang dan Guan Eng nak nafi kononnya disabotaj oleh Umno atau guna alasan rasuah yang dibuat oleh Guan Eng lebih kecil dari apa yang dilakukan Najib.

Rasuah tetap rasuah. Guan Eng biawak hidup DAP.

Rakyat hendak tahu, bagaimana Perdana Menteri dipilih jika pakatan pembangkang menang dalam PRU nanti.

Kalau BN, mudah. Kita sudah tahu. Menang BN, Umno jadi PM. Pembangkang? Apakah akan ada majlis presiden untuk memilih Perdana Menteri?

Rakyat mahu tahu, apa proses untuk memilih Ketua Polis Negara dan Peguam Negara jika pembangkang memerintah?

Sebaliknya, Wan Azizah dan kuncu-kuncunya bergaduh siapa jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan siapa jadi Presiden. Apa nasib laki dia nanti?

Seorang rakan memberi anologi berikut. Katanya:

Kita hendak balik beraya di kampung dan selama ini kita menaiki bas yang dipandu oleh Ahmad. 

Tiba-tiba si Omar cakap jangan balik dengan Ahmad. Dia tu cuai. Bawa bas sambil baca mesej hand fon. Nanti accident.

Bila kita tanya Omar, kalau macam tu hang sajalah yang pandu.

Jawab si Omar. Maaf lah. Aku tak ada lesen dan tak pernah bawa bas.

Begitulah juga dengan perangai pembangkang, sama macam perangai Omar.

Apa jadipun kata rakan saya ini: "Aku tetap akan undi Umno dan BN. Tak kiralah rasuah macam mana pun Najib dan Rosmah."

Pembangkang mengkritik orang tanpa henti-henti. Sama macam si Omar. Apa pun tak ada. Cakap kosong. Nak harapkan mereka tadbir negara? Kalau isu logo pun sampai sekarang tak boleh selesai, nak selesaikan masalah negara?

Seperti peribahasa orang putih: "Better the devil you know than the devil you don't". Atau pun dalam bahasa Melayu, lebih baik kita percaya penyamun yang kita kenal dari pembangkang haprak yang hanya tahu mengkritik dan berebut jawatan sesama sendiri (tafsiran sendiri).

Sebab itulah Najib tak peduli pun apa orang kata. Nak cuti, cuti. Nak sewa 41 bilik, sewa 41 bilik.

Sebabnya dia tahu dia akan menang besar PRU nanti kerana pembangkang hari demi hari semakin bodoh.

Hanya Hadi Awang dan Pas yang cerdik. Awal-awal dah tahu pembangkang tak akan menang.

Oleh itu kutiplah apa yang boleh. 

Bagi saya, BN dan UMNO akan terus "BERAYA" dan pembangkang akan terus "BERPUASA" buat selama-lamanya.