Sunday, March 27, 2011

APA SALAHNYA KSU BUKAN MELAYU MENERAJUI KEMENTERIAN?



Enam Kementerian kini diterajui Ketua Setiausaha bukan Melayu.


Kementerian tersebut ialah: Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.


Perkasa hari ini menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai perkara ini kerana bimbang agenda bumiputera tidak tercapai.
http://www.malaysiakini.com/news/159801

Sebenarnya, apa yang perlu dibimbangkan kalau KSU bukan Melayu ini lebih efektif dari KSU Melayu.


Yang penting Kementarian-Kementerian ini diuruskan dengan baik. Apa gunanya sebuah Kementerian ditadbir oleh KSU Melayu sekiranya Kementerian tersebut diselubungi kontroversi dan tuduhan rasuah. Lagipun Perdana Menteri kita Melayu dan ia menjadi tanggungjawab Najib Razak memastikan agenda Melayu dipenuhi.


Isnin lepas, blogger JUST READ, menulis mengenai tuduhan adanya skandal-skandal termasuk skandal seks disebuah Kementerian yang diuruskan oleh seorang KSU Melayu.


Kita pun rasa malu kepada bangsa lain kalau skandal-skandal ini ada kebenarannya.


Oleh itu tak perlulah kita terlalu sensitif dengan adanya 6 KSU bukan Melayu sekarang ini. Yang penting KSU pandai menguruskan Kementeriannya dan membantu kerajaan melicinkan pentadbiran negara.

Kalau agenda Melayu tergelincir, kita salahkan Najib.

Saturday, March 26, 2011

UMNO MAHU DIKENANG MENANG PRU-13 DENGAN VIDEO "19 MINIT DUA PANCUTAN"

Sehari dua ini tiada perkara lain diperkatakan kecuali video yang didedahkan oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay Shazryl Abdullah kononnya video Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita Cina.

Begitu terperinci dan grafik diceritakan perlakuan orang yang dikatakan sebagai Anwar semasa mengadakan hubungan seks dengan wanita tersebut.

Pemimpin-pemimpin Umno berlumba-lumba mahu nama mereka dimuatkan di dada-dada akhbar saban hari.

Apabila video tersebut dipertontonkan di Carcosa Seri Negara kepada Ketua-Ketua Pengarang akhbar, ada pemimpin Umno terus menghentam tanpa memikirkan kesannya, dan keesokannya, mereka mengubah pendirian dengan mengatakan video tersebut adalah konspirasi Anwar.

Tetapi apabila terdedahnya video tersebut adalah "hasil tangan" Rahim Thamby Chik, yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak, Eskay Shazryl yang ke sana ke sini berlagak umpama dirinya lebih berpengaruh dan kaya dari bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, dan Shuib Lazim, bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal, pemimpin-pemimpin Umno ini keliru.

Ada yang menyokong agar ditubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat video ini. Orang yang mencadangkannya pun belum tahu budi perkertinya.

Minggu ini, ramai yang telah lupa NKRA, Klinik 1 Malaysia, GTP, ETP dek cerita video ini.

Apakah Umno mahu memenangi pilihanraya akan datang dengan hanya bermodalkan "video lucah"? Jika itulah pilihan Najib, teruskanlah.

Jika video lucah ini dapat memberi kemenangan kepada Umno dalam PRU-13, eloklah Najib mengarahkan media massa memberi tumpuan kepada cerita video lucah ini dan ketepikan isu-isu lain termasuk hasil kejayaan yang telah diraih oleh Najib selama ini.

Orang kenal siapa Rahim Thamby Chik. Kalau nak tahu latarbelakang anak Siam, Eskay Shazryl, ini tanya Ketua Perhubungan Umno Kedah Ahmad Bashah Hanipah.

Shuaib Lazim tak lebih dari Lebai Malang. Seorang yang dihormati di Sungai Petani tetapi membenarkan dirinya dilumur najis oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay Shazryl.

Adalah lebih bermakna sekiranya Najib menumpukan kepada program ekonomi dan sosialnya daripada berharap simpati rakyat dari rakaman video lucah untuk memenangi pilihanraya.

Kecualilah Umno mahu diperingati di dalam sejarah politik Malaysia memenangi PRU-13 bermodalkan video lucah "19-minit-dua-pancutan".

Wednesday, March 23, 2011

BILA NAZRI BERCAKAP MENGENAI KOTE CHUA SOI LEK

Dengar khabarnya, pemimpin-pemimpin MCA yang menyokong Chua Soi Lek berang betul dengar Nazri Aziz apabila di dalam temuramah beliau dengan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, Nazri berkata tiada pengundi yang mahukan Chua Soi Lek kerana "alat sulit (kote) Chua sudah didedahkan kepada umum".

Antara ungkapan yang menjadi kemarahan penyokong Chua:

"MCA umpama seorang isteri yang tak habis-habis mengadu kepada orang luar bahawa dia umpama dipenjarakan, menjadi mangsa salahlaku seks dan tidak diberikan makan, tetapi tidak pernah meminta cerai."

Sebenarnya, tidak perlulah Chua Soi Lek dan penyokongnya berang. Memang benar pun Chua Soi Lek mendedahkan kotenya di khalayak umum.

Bagaimanapun kita kena tabik Nazri kerana beliau sanggup hentam siapa saja demi untuk kekal relevan di mata Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tuesday, March 22, 2011

BN HILANG MAJORITI 2/3 DI SARAWAK?

Ramai penganalisa politik meramalkan Barisan Nasional tidak akan menghadapi masalah mengekalkan majoriti dua pertiga di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan bulan depan.

Kata mereka BN akan hilang beberapa kerusi lagi dan paling tinggi, pembangkang hanya akan menang di 17 dewan undangan negeri.
http://www.facebook.com/notes/sarawak-update/bn-dijangka-kekalkan-23-kerusi-di-sarawak/10150110080191871?ref=nf

Tetapi terdapat satu laporan yang mengatakan BN akan hilang majoriti 2/3 di Sarawak.

Ini katanya, berdasarkan kepada kononnya satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Penerangan Sarawak.

Menurut laporan tersebut:

* PBS AKAN KALAH DI 14 DUN

** SUPP AKAN KALAH DI 10 DUN

*** PRS AKAN KALAH DI SATU DUN

**** SPDP AKAN TEWAS DI SATU DUN

Ini bermaksud pembangkang akan menang di 26 Dewan Undangan Negeri sementara BN akan menang di 45 Dewan Undangan Negeri.

BN perlukan 47 kerusi untuk mendapatkan mandat 2/3 di Sarawak.
http://www.sarawakreport.org/2011/03/najib-and-deputy-came-to-sack-taib-after-shock-polls-exclusive/

Saturday, March 19, 2011

TAIB MAHMUD TAK JADI BERHENTI

Ramai antara kita ternanti-nanti akan pengumuman Ketua Menteri Sarawak hari ini. Adakah beliau akan berundur selepas 30 tahun memegang tampuk pemerintahan Sarawak.

Taib telah membuat pengumuman sebentar tadi. Inilah pengumumannya:

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata beliau akan mengetuai pilihan raya negeri akan datang bagi memastikan pemimpin baru muncul dan akan berundur jika mereka boleh bekerja sama. - BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TaibakanketuaipilihanrayaSarawak/Article

Jelas tekaan kita meleset. Taib akan kekal Ketua Menteri Sarawak.

SELAMAT MENGUNDI RAKYAT SARAWAK.

Friday, March 18, 2011

TAIB MAHMUD PERLU DIHUKUM

Esok Taib Mahmud akan membuat pengumuman penting yang mempunyai hubungkait dengan pilihanraya umum Sarawak.

Najib Razak juga dijangka akan turut membuat pengumuman penting, katanya.

Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Sarawak dikatakan satu sejarah di mana tidak pernah berlaku dua pemimpin turun ke padang serentak di tempat yang sama.

Kehadiran kedua-dua pemimpin ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

Taib, yang baru sahaja mengahwini wanita jelita keturunan Arab, dikatakan akan mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri yang dipegangnya sejak 30 tahun yang lalu.

Sementara Najib pula akan mengumumkan calon yang akan mengambil alih tempat Taib.

Sebuah laman portal melaporkan pengumuman esok akan mengugat usaha pembangkang untuk menawan Sarawak. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taib-undur-selepas-pilihan-raya-sarawak-dijangka-umum-hujung-minggu/

Sekiranya ini berlaku, Najib akan popular.

Bagaimanapun Najib akan lebih popular dan disenangi sekiranya beliau mengarahkan siasatan bagaimana Taib mentadbir negeri dan bagaimana Taib dan suku-sakatnya mempunyai kekayaan yang melimpah ruah sementara rakyatnya papa kedana.

Kita mengalu-alukan keputusan Taib, sekiranya benar, untuk melepaskan jawatan. Tetapi tindakan beliau ini tidak seharusnya menghalalkan apa yang telah dilakukan oleh Taib dan ahli keluarganya selama 30 tahun mentadbir Sarawak.

Jika tidak, tindakan Taib ini tidak lebih dari tindakan untuk menyelamatkan diri dari dihukum oleh rakyat.

Friday, March 11, 2011

ANWAR PUN SAMA

“In his 22 and a half years, how could he take care of the poor when his friends and children were billionaires?” - Anwar Ibrahim.

"Sepanjang (pentadbiran Dr Mahathir) 22 tahun setengah, bagaimana beliau menjaga kepentingan rakyat miskin ketika kawan-kawan beliau (Dr Mahathir) dan anak-anaknya menjadi bilionaire."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/on-the-stump-anwar-strikes-back-at-dr-m/

Sebenarnya Anwar Ibrahim pun serupa. Tidak mungkin kita lupa akan senarai kroni Anwar yang dipamirkan oleh Dr Mahathir di PWTC lebih sedekad yang lalu?

Antara nama yang terpampang di senarai tersebut ialah Rahim Ghouse dan Zahid Hamidi yang pada ketika itu Ketua Pemuda Umno yang juga kroni Anwar.

Kalau mengikut senarai tersebut, Zahid mempunyai kepentingan bernilai RM250 juta.

Kita tidak mahu mempertahankan Dr Mahathir. Sebenarnya, sama saja antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Mungkinkah di zaman Najib Razak ini pentadbirannya tampak bersih atau sama saja dengan di zaman pentadbiran Mahathir dan Pak Lah?

Wednesday, March 9, 2011

MENANTU TAIB MAHMUD TUNTUT CERAI, KERANA SEKS & HARTA

Shahnaz Majid!

Siapa wanita ini?

Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi terkenal Sheila Majid.

Shahnaz juga merupakan menantu Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud. Shahnaz adalah isteri pertama Mahmud Bekir, anak Taib Mahmud.

Hari ini Shahnaz membawa kes ke mahkamah untuk minta diceraikan dan antara alasannya dia dan suaminya tidak mengadakan hubungan suami isteri sejak 2001.

Apa yang dituntut Shahnaz?

1) RM100 juta tuntutan mutaah.

2) RM300 juta harta sepencarian.

Menurut Shahnaz, suaminya, yang sudah pun memperisterikan seorang wanita Russia, selain mempunyai perniagaan berbilion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quortoporte, Audi dan Alphard.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/3/9/mstar_mahkamah/20110309100948&sec=mstar_mahkamah

Cukup menyedihkan apabila dikenangkan nasib rakyat Sarawak jika dibandingkan kemewahan Taib dan anak beranak beliau.

Dan tergamak kita termasuk Najib Razak merayu rakyat untuk terus menyokong Taib Mahmud.

Saya malu bila membaca posting Rockybru yang begitu bangga dengan usaha kerajaan untuk menyediakan elektrik 24 jam kepada rakyat Sarawak padahal negara sudah Merdeka lebih 60 tahun.
http://rockybru.com.my/2011/03/one-malaysia-sarawak-schools.html

Seharusnya kita berkempen supaya rakyat terus menyokong BN tetapi menyingkirkan Taib Mahmud di dalam pilihanraya akan datang.

Tiada beza antara Taib Mahmud dan Muamar Ghadafi dan pemimpin Tunisia.

MENTERI MEMUALKAN



He also wanted us to start preparing for the election and reminded us that even though you are an incumbent, it does not mean that you will be there (as a candidate). It has to be a candidate who is acceptable by the grassroots.” - Najib Razak.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/9/nation/8218185&sec=nation

Terjemahan: "Beliau (Najib) mahukan kita memulakan persiapan untuk pilihanraya umum dan mengingatkan kita (Ahli-ahli Parlimen BN) bahawa Ahli-Ahli Parlimen sekarang tidak semestinya kekal sebagai calun dalam PRU 13 nanti. Calon yang akan datang mestilah calon yang boleh membawa kemenangan dan diterima oleh akar umbi." - Najib Razak.

Itulah yang semua kita harapkan. Kita mengharapkan Najib memegang kepada kata-kata ini. Selama ini Najib merupakan pengamal politik selamat. Banyak diharapkan dari Najib apabila beliau mengambil alih pentadbiran negara dan yang diharapkan ini masih belum menjadi kenyataan.

Sesetengah muka-muka di dalam Kabinet Najib cukup memualkan kita. Rais Yatim, Nazri Aziz, Nur Mohamed Yakcop dan beberapa lagi merupakan muka-muka yang cukup memuakkan.

Sampai bila mereka hendak menongkat langit.

Kita tidak mahu muka-muka ini dikekalkan dalam PRU 13 nanti. Untuk pengetahuan Najib, pelbagai tohmahan dibuat di akar umbi.

Ketika rakyat mengharapkan Rais Yatim digugurkan, kedengaran pelbagai tohmahan kononnya Najib tidak berani melakukannya kerana isteri beliau Maznah mesra dengan Rosmah.

Begitu juga dengan Nazri. Minat Nazri pada Perdana Menteri ikut musim. dan Nor Yakcop, tak payah lah kita huraikan. Satu pelusuk negara bercakap mengenai beliau.

Oleh itu, kita harapkan Najib berpegang pada janji beliau. Gugurkan mereka-mereka ini.

Monday, March 7, 2011

ROSMAH: ANUGERAH TURKI BUKAN MAIN-MAIN!

“Some people are saying that it was planned, and they decided to give me the award just because I would be visiting the country.” - Rosmah Mansor.

Terjemahan: "Ada orang mengatakan ia (anugerah tersebut) dirancang dan mereka (Turki) hanya membuat keputusan untuk memberi anugerah tersebut semata-mata kerana saya akan melawat negara mereka." http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/7/nation/8203622&sec=nation

Siapa sangka sampaikan Anugerah Tanggungjawab Sosial yang diberikan kepada Rosmah, isteri Najib Najib, menjadi isu politik sehingga memerlukan Rosmah membuat penjelasan secara terbuka di majlis terbuka. http://www.malaysiakini.com/news/156478

Elok juga sekiranya Rosmah terus menperjelaskan isu-isu lain yang dikaitkan dengan beliau di majlis-majlis terbuka. Sekurang-kurangnya kita dapat menilai mana yang betul dan mana yang tidak.

Kita harus juga memberi pujian kepada Rosmah kerana kemenangan di Kerdau dan Merlimau juga hasil titik peluh beliau dan suami.

Semasa di Kerdau, awal-awal lagi Rosmah telah memberi keyakinan kepada pengundi, kalau Wakil Rakyat Umno tidak buat kerja, maklumkan pada beliau.

Tahniah kepada Najib dan Rosmah di atas kemenangan di Kerdau dan Merlimau.

Kalau mengikut laporan akhbar hari ini, Najib tersenyum lebar bila Rosmah mengucapkan tahniah kepada suaminya atas dua kemenangan tersebut.

Jelas, gandingan Najib Razak-Rosmah Mansor (N2RM) telah berjaya mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional. Tahniah.

Saturday, March 5, 2011

ZAHID: LANGKAH MAYAT SAYA KALAU NAK JATUHKAN NAJIB

"Sesiapa yang berniat untuk MENJATUHKAN NAJIB, mereka harus melangkah tubuh (Zahid Hamidi) ini yang berada di depan tuan-tuan dan puan-puan sekarang ini.

"Kita mesti mempertahankan Najib. Darah yang mengalir di dalam tubuhnya (Najib) adalah darah Tun Razak, darah seorang panglima yang berjuang mempertahankan Umno, BN dan rakyat." - Zahid Hamid, Naib Presiden Umno, ketika berkempen di Merlimau.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6561940305600204763

Dapat kita bayangkan betapa bersemangatnya ucapan Zahid ini di Merlimau.

Kita dah biasa dengan kata-kata semangat ini. Orang utara kata dah mangli.

Dulu Anwar Ibrahim ke sana ke sini membuat kenyataan, Tun Ghafar Baba adalah bapa kepada beliau. Selepas beberapa minggu, Anwar menambah satu ayat lagi, "apa salahnya anak mahu memegang jawatan lebih tinggi dari bapanya?" Maka, terpelantinglah Tun Ghafar.

Situasi yang sama menimpa Tun Dr Mahathir Mohamad. Begitu juga Pak Lah.

Selepas meninggalkan jawatan Tun Dr Mahathir dicaci, dikeji, bukan oleh pembangkang, tetapi oleh pemimpin Umno sendiri.

Oleh itu tak perlulah kata-kata bersemangat Zahid Hamidi ini kita ambil serius sangat. Ianya tak lebih dari untuk mendapat markah tambahan dari Najib dan Rosmah Mansor untuk survival politik beliau.

Realitinya, tiada siapa pun yang berminat untuk menjatuhkan Najib. Kalau adapun niat, hanya di kalangan pemimpin Umno. Sejarah adalah saksi kepada segalanya.

Wednesday, March 2, 2011

KHAIRY INGATKAN KERAJAAN: REVOLUSI ARAB BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA

Tulisan Khairy Jamaluddin di dalam akhbar the Edge Ahad lepas sudah pasti tidak menyenangkan sesetengah pihak terutamanya mereka yang di dalam Umno.

Tetapi bukan semua yang diperkatakan oleh Khairy itu perlu ditolak dan ditohmah.

Ahad lepas Khairy menulis mengenai Revolusi Arab yang sedang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain dan Yaman.

Berikut ialah antara petikan dari tulisan Khairy (Do not ignore the revolution in the Middle East). Terjemahan.

"Perdana Menteri kita telah menyatakan bahawa suasana di negara kita berbeza dengan suasana di Asia Barat dan Afrika Utara yang sekarang ini mengharungi gelora perubahan. Pembangkang (di Malaysia) menyatakan bahawa hanya masa yang akan menentukan bahawa angin perubahan yang sama akan bertiup di Malaysia, memberi gambaran seolah-olah kerajaan Barisan Nasional akan dijatuhkan melalui peti undi dan bukannya melalui pemberontakan jalanan.

"Tanpa mengira kecenderungan politik seseorang, agak mustahil untuk tidak memikirkan samada pergolakan politik ini akan merebak ke Asia Tenggara terutamanya jika kuasa rakyat di negara Arab ini merebak ke Timur Barat Afrika, Negara-Negara Teluk dan Wilayah Pertanian (dari Levant ke Iraq).

"Seperti yang saya (Khairy) katakan, isu utama yang diperjuangkan oleh rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Bahrain ialah kebebasan asas dan amalan sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang baik (good governance).

"Revolusi Arab hari ini lebih dari satu tuntutan demokrasi. Ia adalah rayuan untuk mendapatkan "good governance" di negara-negara ini.

"Sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa Revolusi Arab ini tidak relevan kepada kita kerana kita mengganggap Malaysia sebagai lambang model kejayaan, keterbukaan dan amalan kebebasan berpolitik, KITA SILAP.

"Rakyat Malaysia sudah membuktikan kesungguhan mereka untuk menyatakan YA kepada perubahan. Mereka sekarang tahu, kini mereka mempunyai PILIHAN. Itulah sebabnya sebarang JANJI Perdana Menteri sekarang ini perlu direalisasikan secepat mungkin.

"Ini bermaksud perlunya penyelesaian kepada masalah rakyat kesan daripada perbezaan pendapatan yang ketara dan kenaikan kos kehidupan yang tidak diseimbangkan dengan kenaikan gaji, mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan membuktikan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Perdana Menteri adalah hasil dari tender yang competitif dan bukannya hasil dari amalan pemberian projek seperti dulu.

"Kerajaan juga perlu membuat komitment ketara seperti meminda dan merefomasikan undang-undang yang menyekat akan komitment kita dalam isu kebebasan. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sepatutnya dibawa ke Parlimen, sehingga hari ini belum nampak bayangnya.

"Ya, memang benar, Malaysia selamat dari penyakit revolusi kerana kita bukan Mesir, bukan Tunisia atau Libya.

"Dan sekiranya ada yang mengatakan kita sama (dengan negara ini) sebenarnya tidak menyedari akan perbezaan asas yang wujud di negara kita. Tetapi untuk mengatakan bahawa kita tidak akan berdepan dengan suara rakyat terutamanya orang muda yang bersedia untuk tidak mengindahkan kuasa kerajaan, sebenarnya kita cuba menafikan sejarah dan sengaja untuk tidak memperdulikan harapan rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan dan transformasi.

"Rakyat Mesir, Tunisia dan Libya mengingatkan kita bahawa TIADA SIAPA DAN TIADA PARTI YANG KEKAL DAN KEBAL (dalam suasana dunia hari ini)." - Khairy Jamaluddin (The Edge: Do not ignore the revolutions in the Middle East - 28 Feb 2011)

Tuesday, March 1, 2011

SHAHRIZAT BERKEMPEN UNTUK KERDAU & MERLIMAU DI LONDON, NEW YORK & PARIS.

Di mana Ketua Wanita Umno Malaysia Shahrizat Jalil ketika pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno bertungkus lumus di Kerdau dan Merlimau?

Semasa perarakan calon di Kerdau, kedengaran Wanita bertanya sesama sendiri ke mana perginya Ketua mereka.

Ada yang menelefon kawan-kawan Wanita di Merlimau menayakan samada ternampak kelibat Shahrizat di dalam puluhan ribu ahli Umno yang mengiringi calon mereka ke pusat penamaan calon?

Jawab mereka, "tak nampak pun muka Kak Jat".

Jawab Wanita di Kerdau, kat sini pun tak nampak muka.

Di mana Shahrizat Jalil? Ketika Najib Razak dan Rosmah Mansor turun padang berkempen di Kerdau, wajah Shahrizat tiada untuk ditatapi.

Rupa-rupanya Ketua Wanita Umno Malaysia ini sibuk menjelajah New York, London dan Paris ketika pemimpin-pemimpin dan ahli Umno berkampung di Kerdau dan Merlimau menangkis "serangan" pembangkang. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsgeneral.php?id=566604

Katanya, turut serta dalam lawatan Shahrizat termasuk beberapa pemimpin Wanita dari bahagian.

Apa tindakan Najib? Mana lebih penting? Kerdau dan Merlimau atau New York, Paris dan London?