Saturday, April 4, 2015

TUN MAHATHIR: MUHYIDDIN PALING LAYAK GANTI NAJIB & KHAIRY MINTA NAJIB JAWAB TUDUHAN TUN MAHATHIR

Image result for muhyiddin

HARI ini Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan lagi dan mahukan Najib Razak ditukarkan dan orang paling layak, menurut proses parti, ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Tun Mahathir:


"Itu terpulang kepada parti untuk putuskan. Ada orang yang agak layak tetapi jika anda ikut perlembagaan parti, orang yang paling layak adalah timbalan (Muhyiddin Yassin)."

http://www.malaysiakini.com/news/294266

Kata Tun Mahathir lagi:


"Saya simpan penuh harapan pada Najib tetapi saya lihat prestasi dia buruk lagi dari Pak Lah. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dahulu saya kata kalau pencapaian dia buruk lagi dari Pak Lah dia patut berhenti... Berhenti dari jadi perdana menteri dan presiden parti."


Image result for khairy

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahukan Najib menjawab satu persatu tuduhan Tun Mahathir demi masadepan Umno dan BN.

Kata KJ:



"Saya rasa itu yang Tun Dr. Mahathir mahukan iaitu setiap isu yang ditimbulkan dijawab sendiri oleh Perdana Menteri. Kita boleh beri penjelasan dan selama ini pun pihak-pihak berkaitan yang mempunyai maklumat berkenaan isu tersebut telah pun menjawab dan memberi penjelasan. Namun pada pendapat saya, ia akan lebih berkesan sekiranya Perdana Menteri sendiri yang menjawabnya,"

http://malaysiagazette.com/ms/nasional/pm-perlu-jawab-sendiri-persoalan-ditimbulkan-tun-mahathir-khairy

6 comments:

Anonymous said...

GERAKAN ETD Najib.
Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib)
Mesti daftar.
Semua mesti ikut undang undang.
Pemimpin dan pelapis ramai.
Blogger pun ramai.
Syarat Aliff BA TA.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Jawab dulu saham 6 juta ko tu dulu KJ

Anonymous said...

next man selepas Mahathir ialah YM Ku Li

Anonymous said...

Tak payah tukar-tukar PM, selagi Tun M ada mesti ada je yang tak kena.

Buat kecoh dan malu UMNO je. Patut berdiri teguh belakang DS Najib, sokong dia dan berilah dia peluang buat tugas dia.

Adakah Tun M tak buat mistake langsung semasa jadi PM dulu? Tengok PROTON?

Jadi tak payahlah nak cari SIAPA PUN, mesti tak kena juga selagi dia ada, percayalah.

Saya rakyat biasa, tiada langsung kepentinga apa pun baik politik atau apa pun tapi saya perhatikan Tun M melampau memberi bonus pada pembangkang.

Zaman Tun telah lama berlalu, keadaan telah berubah. Zaman Tun M tiada facebook tiada WA, Instangram..sekarang rakyat Malaysia generasi baru yang menakutkan.

Anonymous said...

memberi penjelasan yang tidak jelas

Anonymous said...

Katalah najib berundur dan muhyiddin naik jd pm. Tun pulak Allah takdirkan umur panjang. Apa akan jadi kpd muhyiddin? Tidakkah nasib muhyiddin ajan sama seperti anwar-paklah-najib? Tun akan berhenti bercakap jika pm malaysia adalah mukhriz mahathir. Aku lebih percaya yang ini. Adakah tun kisah sangat dgn moral org disekelilingnya? Semasa anwar belum menjadi tpm, rasanya musa hasan telah sampaikan majlumat tentang kelainan seksual anwar tp tun biarkan sahaja. Tapi bila tun rasa anwar mula mencabar kerusi presiden parti sebelum sampai masa, anwar dipecat. Adakah tun tidak mengenali anak perempuannya marina? Apa yg marina buat, apa kecenderungan marina dan apa peranan marina dlm sister in islam? Ini bukan sahaja soal moral malah akidah. Apa tun buat? Ada tun nasihat dan serang marina dlm blog chedet?