Tuesday, April 28, 2015

BILA LAGI MUHYIDDIN? SOKONG MAHATHIR ATAU SOKONG NAJIB?

Image result for muhyiddin+najib

BILA LAGI MUHYIDDIN?

Nak menunggu bulan jatuh ke riba? Nak menunggu Putrajaya dibawa ke depan pintu rumah?

Sudah beberapa kali Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menggantikan Najib Razak.

Tun tidak menyebut nama Zahid Hamidi. Tidak Hishammuddin Hussein. Tidak Shafie Apdal dan tidak juga Tengku Razaleigh Hamzah.

Tun Dr Mahathir menyebut nama MUHYIDDIN YASSIN.

Tetapi Muhyiddin MEMBISU.

Kenapa? Sayang jawatan? Takut digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Kita hendak tanya soalan mudah kepada Muhyiddin. 

NAK ATAU TIDAK JAWATAN PERDANA MENTERI? TAN SRI SOKONG TUN DR MAHATHIR ATAU SOKONG NAJIB?

Mudah saja. Jawab soalan ini.

Tidak perlu dibiarkan akar umbi menunggu macam buah tak luruh.

Ahli politik cari makan melalui politik. Silap sokong, rebah akibatnya.

Tak usahlah menyuruh orang-orang sekeliling membuat kenyataan sinis sana -sini menentang Najib atau menyokong Tan Sri dan Muhyiddin sendiri main politik selamat.

Yang menjadi mangsa nanti ialah orang politik jika tiba-tiba Muhyiddin menjadi pengecut.

Yang hilang periuk nasi ialah orang politik yang menyokong Muhyiddin. Jika Muhyiddin memilih menyokong Najib, beliau akan pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri dan orang yang menyokong beliau hilang "PUNCA PENDAPATAN".

Kalau SOKONG TUN DR MAHATHIR, nyatakan "SOKONG TUN".

Apa yang Tan Sri nak takut. Takut hilang jawatan pada usia 68 tahun?

Kalau takut, nyatakan "SAYA SOKONG NAJIB". Senang orang politik bawahan buat kerja.

Kita tunggu KEPUTUSAN dan PENDIRIAN Tan Sri. SOKONG NAJIB ATAU SOKONG TUN!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Tun boleh gerrenti dia tak senasib Najib selepas ni ke?

Boleh gerenti jadi PM selama 2 penggal pun kira ok lah.

Mamafiraun ni bukan boleh percaya sangat.

Boleh berubah bila-bila sahaja macam soalan kat Najib sekarang.

PM boss tau!

Anonymous said...

Banyak lg menda leh buat slain melayan melayan madey dan anwar..tak habis2 nak berpolitik..dulu da skali layankan..ni buat lg..