Monday, December 27, 2010

MUKHRIZ MAHATHIR BAKAL MB KEDAH

Tiada apa yang mengejutkan kalau dilihat barisan Ketua-Ketua Perhubungan baru yang diumumkan oleh Setiausaha Kerja Tengku Adnan Tengku Mansor bagi pihak Najib Razak, Presiden Umno.

Seperti diramalkan Ahmad Bashah Mad Hanipah dilantik Ketua Perhubungan Umno Kedah, Ahmad Said Ketua Perhubungan Terengganu dan Zainal Abidin Osman sebagai Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang.
http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Tetapi yang menariknya ialah muka-muka baru yang dilantik Timbalan Ketua Perhubungan. Menarik kerana mereka ini seolah-olah calon terpilih bakal dilantik Menteri-Menteri Besar baru di negeri-negeri tertentu.

Antaranya Mukhriz Mahathir (Kedah), Dr Latiff Ahmad (Johor) dan Yahya Khatib Mohamad (Terengganu).

SAH ISA SAMAD PENGERUSI FELDA

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Berikutan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda, maka berakhirlah SEMENTARA spekulasi Isa akan dilantik menggantikan Mohamed Hassan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bagaimanapun spekulasi seumpama ini hanya untuk seketika. Seperti kata seorang pemimpin Umno Kedah tidak lama dahulu, ikan kering pun boleh hidup balik dalam politik Malaysia.

ROMBAKAN UMNO PETANG ISNIN? ISA SAMAD PENGERUSI FELDA?


3 PETANG, HARI INI.
Setiausaha Agung umno Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan rombakan di dalam Umno yang dijanjikan oleh Najib Razak semasa Perhimpunan Agong Umno yang lalu.
Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan dijangka akan mendapat ketua perhubungan yang baru.
Heboh mengatakan Isa Samad akan dilantik Pengerusi Felda menggantikan Yusof Nor.

Saturday, December 25, 2010

WAYANG KULIT DALAM KABINET & UMNO

Najib Razak mula bercuti hari ini.

Akhirnya segala ramalan yang mengatakan rombakan Kabinet dan Umno akan berlaku sebelum Krismas merosot.

Kini tumpuan beralih ke awal tahun baru. Mungkin Najib memberi sedikit masa lagi kepada calon-calon Menteri, Menteri-Menteri dan pemimpin Umno untuk melobi beliau.

Sementara menunggu Najib kembali bercuti, di bawah terus bercelaru.

Di PERLIS, Shahidan Kassim dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan menggantikan Isa Sabu dan seterusnya bakal dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU-13.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive

Di KEDAH, Ahmad Bashah Mad Hanipah sudah merasakan begitu yakin dilantik Ketua Perhubungan tetapi orang-orang Mahdzir Khalid terus berusaha untuk membawa beliau kembali sementara Mukhriz Mahathir dalam diam yakin beliau adalah bakal Menteri Besar Kedah yang baru.

Di TERENGGANU, orang-orang Idris Jusoh bertungkus lumus untuk menghidupkan kembali peluang beliau untuk dilantik Ketua Perhubungan dan bukannya Ahmad Said.

Di NEGERI SEMBILAN, orang-orang Isa Samad amat berharap Najib melantik beliau menggantikan Mohamed Hasan sebagai Ketua Perhubungan dan seterusnya kembali sebagai Menteri Besar. Tetapi ada juga cakap-cakap bahawa Isa akan hanya dilantik Pengerusi sebuah GLC.

Apa pun senario seumpama ini sudah tentu menghiburkan terutamanya kepada Najib. Ini lah tanda-tanda betapa besarnya kuasa yang ada pada seseorang Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Ia umpama Tok Dalang di dalam persembahan Wayang Kulit.

Thursday, December 23, 2010

MENTERI KABINET ROGOL AMAH?

Menteri Kabinet merogol orang gaji sendiri?

Satu tuduhan yang amat serius. Dakwaan ini disiarkan oleh blogger Rockybru.
http://rockybru.com.my/2010/12/wikileaks-malaysian-senior-politician.html

Lebih menarik, katanya, kes terhadap Menteri ini ditutup oleh Abdullah Ahmad Badawi.
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/14622-pak-lah-covered-up-ministers-rape-case

SINGAPURA: WHAT THE FXXK CAN THEY DO?

Kenapa dahulunya Dr Mahathir Mohamad begitu marah kepada Singapura?

Berikut ialah salah satu contoh sikap Singapura terhadap Malaysia.

WIKILEAKS: WHAT THE FXXK CAN THEY DO

I don’t understand the many useless and meaningless comments in TR over the Wikileaks on Singapore leaders saying this, saying that.

Whatever is said pertaining to who and what he or she did or say is so bloody boring and will affect nothing.

No country will go to war with Singapore over some “gossip and cocktail talks”.

The fact remains that our leaders are all in Singapore and the only avenue for those affected to take recourse is to sue our leaders in a Singapore Court and only a moronic idiot would do that.

So it basically means those affected can only squeeze balls and can do nothing but to swallow whatever hurled at them.

Just look at the “official protest” by Malaysia, our leaders cannot even be bothered to comment on it.

So what if our leaders say India is stupid? So what if our leaders say Japan is fat? So what if our leaders say Malaysia’s leaders are useless? So what if our leaders say Anwar is gay?

Other than make some noise and cry father cry mother, what the fuck can they do?
PAP Boleh
http://www.temasekreview.net/2010/12/15/what-the-fxxk-can-they-do/

Pandangan pembaca ini disiarkan oleh sebuah portal berita Singapura, Temasek Review, pada 15 Disember yang lalu. Anehnya, Kerajaan masih bersikap ttidak apa terhadap Singapura.

Wednesday, December 22, 2010

IMEJ BURUK PEMANDU BAS MALAYSIA DI THAILAND

Kemalangan bas yang meragut 27 nyawa termasuk 25 pelancung dari Thailand dua hari lepas cukup menyedihkan.

Apakah kesannya kepada imej negara? Berikut ialah petikan dari laporan akhbar Thailand Bangkok Post mengenai pemandu bas Malaysia.

"Coach accidents are relatively common in Malaysia, often involving interstate routes and accompanied by revelations that drivers were unlicensed, speeding or under the influence of drugs to keep themselves awake". (Kemalangan membabitkan bas adalah perkara biasa di Malaysia terutamanya perkhidmatan bas antara negeri dan didapati ada pemandu-pemandu bas yang memandu tanpa lesen, memandu laju dan memandu dengan dipengaruhi oleh dadah untuk mengelak daripada tertidur semasa memandu).

Begitulah betapa buruknya imej pemandu bas Malaysia di Thailand.
http://www.bangkokpost.com/news/asia/212641/bodies-of-malaysia-crash-victims-flown-home

JUAL PLUS PADA SYARIKAT YANG JANJI TIADA KENAIKAN TOL

Siapa yang akan memiliki Plus Expressways selepas ini?

Kalau ikut cadangan asal kerajaan, Plus akan dijual kepada EPF dan Khazanah dengan harga RM23 bilion.

Sebelum ini
Asas Serba, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Halim Saad, mengemukakan cadangan untuk membeli Plus dengan harga RM50 bilion berserta penurunan kadar tol sebanyak 10 peratus.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/4/business/6184045&sec=business

Malangnya cadangan Asas Serba tidak dipedulikan oleh kerajaan.

Dua hari lepas timbul pula sebuah syarikat lagi, Jelas Ulung, yang diketuai oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Ibrahim Zain, menawarkan untuk membeli Plus dengan harga RM26 bilion, RM3 bilion lebih tinggi dari cadangan Khazanah dan EPF.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/22/business/7667824&sec=business

Cadangan Jelas Ulung pastinya mengembirakan pemegang saham minoriti dalam Plus terutamanya yang mempunyai satu dua lot. Apa tidaknya, tawaran Ibrahim Zain 60 sen lebih tinggi dari tawaran Khazanah/EPF. atau RM600 untuk satu lot.

Oleh itu apa perlunya pemegang saham menjual saham Plus mereka kepada Khazanah/EPF?

Itu cerita model kewangan urusniaga penjualan Plus.

Bagi rakyat biasa, apa yang kita mahu ialah tiada kenaikan tol. Najib Razak sudah mengumumkan akan tiada kenaikan tol di Lebuhraya Plus selama 5 tahun. .

Ibrahim Zain pula menawarkan tiada kenaikan langsung sepanjang hayat konsesi tol Plus iaitu sehingga 2038. Sementara di bawah tawaran Khazanah/EPF, tiada jaminan tol tidak dinaikkan selepas 5 tahun ini.

Asas Serba bukan sahaja menjaminkan tiada tol sehingga 2038, malahan mampu menurunkan kadar tol sebanyak 10 peratus.

Maksudnya, ada kaedah untuk memastikan tiada kenaikan tol sehingga 2038 dan kerajaan seharusnya mempraktikkan kaedah ini.

Seperkara lagi, rakyat mahukan jaminan bahawa pada 2038 apabila konsesi tol ini tamat, plaza-plaza tol ini dirobohkan sepertimana yang kerajaan lakukan kepada plaza tol Jalan Kuching.

Janganlah pula tiba-tiba kita diberitahu konsesi untuk Lebuhraya Plus dipanjangkan 20 tahun lagi. Sekurangnya-kurangnya generasi muda hari ini mahu melihat Lebuhraya Plus menjadi lebuhraya percuma ketika nyawa masih dikandung badan.

Itulah harapan kita.

Tuesday, December 21, 2010

KEAYUAN ISTERI BARU TAIB MAHMUD

Siapa gerangannya? Sehingga kini Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, berdiam diri, enggan memaklumkan kepada rakyat Sarawak nama isteri yang baru beliau nikahi beberapa hari lepas.

Apapun, Taib Mahmud, pada usia 74 tahun, memang pandai memilih isteri.

Rakan blogger Husin Lempoyang menghadiahkan sebuah satira untuk pengantin baru dari Sarawak ini. Baca celoteh Husin di link berikut: SARAWAK GOYANG http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2010/12/sarawak-goyang.html

ROMBAKAN KABINET ESOK LUSA?

48 JAM!

48 jam yang cukup genting untuk beberapa Menteri Kabinet dan mereka yang di luar Kabinet. Ramai yang meramalkan Najib Razak akan mengumumkan rombakan Kabinet dalam masa 48 jam akan datang.

Bapak-bapak Menteri dari Umno mengharapkan ianya tidak berlaku. Sebahagian dari timbalan-timbalan Menteri mengharapkan ianya berlaku kerana mereka melihat diri mereka sebagai bakal Menteri Baru.

Bekas-bekas Menteri juga begitu - amat berharap Najib membawa mereka kembali di sisi.

Malahan Ketua-Ketua Bahagian yang tewas semasa pilihanraya yang lalu turut menaruh harapan - jadi Timbalan Menteri pun jadilah.

Di kalangan pemimpin Umno, tiada lain yang diperkatakan. Hanya rombakan Kabinet menjadi bualan.

Sidang parlimen sudah berakhir. Dewan Negara pun akan berakhir. Mesyuarat Kabinet katanya, minggu ini yang terakhir.

Katanya Najib akan menuruti jejak Dr Mahathir. Umum rombakan, Najib kerja untuk hari terakhir.

Begitulah tinggi harapan Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, bekas-bekas Menteri dan Ketua-Ketua Bahagian.

Penentuannya esok lusa. Rombakan Kabinet, katanya, bila-bila masa. 48 jam yang cukup menyeksa.

MAHAZMI KATA DIA DIBOGEL, SPRM KATA TIDAK

“Semasa dia (Mazhazmi) ditahan (oleh SPRM), beliau telah dibogelkan, ditutup matanya dan diarahkan membuat pelbagai perkara termasuk berdiri di atas sebelah kaki oleh pegawa-pegawai yang menyiasat beliau. " - Peguambela Mahazmi Jamaluddin, Shamsul Sulaiman, yang mendakwa anakguamnya telah diseksa semasa dalam tahanan SPRM semasa beliau disiasat atas tuduhan rasuah melibatkan RM200,000 semasa berkhidmat dengan Sime Darby Engineering.
http://www.themalaysianinsider.com/print/malaysia/ex-sime-darby-senior-manager-claims-macc-torture/

SPRM menafikannya.

Kata SPRM: “Hasil pemeriksaan doktor pada tarikh yang sama (tarikh Mahazmi mendakwa beliau diseksa) telah mengesahkan bahawa tertuduh adalah sihat dan tidak menunjukkan sebarang kesan dan tanda-tanda kecederaan mahupun luka pada tubuh-badan tertuduh.”
http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/sprm-nafi-tuduhan-bekas-pegawai-sime-darby-didera/

Peguambela Mahazmi berjanji akan membuat laporan polis sementara SPRM juga mahu membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut.

Apapun, perlu diingatkan bahawa antara sebab-sebab kerajaan hilang sokongan rakyat tidak lama dahulu ialah kerana cara agensi penguatkuasa mengendalikan kes.

Kematian Teoh Beng Hock memberi kesan politik kepada kerajaan. Begitu juga kenyataan tidak bertanggungjawab bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan apabila adik Aminulrashid ditembak mati oleh polis.

Benar atau tidak tuduhan Mahazmi, SPRM perlu siasat. Yang penting, Kerajaan tidak menjadi mangsa kepada ketidakcekapan agensi-agensi kerajaan.

Monday, December 20, 2010

ANAK KHIR JOHARI SERTAI DAP

Zairil Khir, Ketua Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari kini menganggotai DAP.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/20/nation/7654271&sec=nation

"Bapa saya tidak pernah memaksa saya menyertai mana-mana parti politik. Hanya nasihat beliau agar saya melakukan perkara yang betul."

Adakah Zairil melakukan yang betul dengan menyertai DAP?

Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973).

Di mana silapnya? Mungkin pucuk pimpinan Umno tahu jawapannya?

Sunday, December 19, 2010

TAIB MAHMUD BERGELAR SUAMI KEPADA WANITA LUBNAN




SAH. Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang berusia 74 tahun, telah memperisterikan seorang wanita Lubnan yang usianya 46 tahun lebih muda dari beliau. Gambar akad nikah Taib ini disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.



Majlis akad nikah dan persandingan diadakan di kediaman beliau di Demak Jaya malam kelmarin dan disaksikan oleh beberapa pemimpin negeri.




Mingguan Malaysia mengesahkan perkahwinan Taib ini semalam. Klik link berikut untuk membaca berita ini:




Saturday, December 18, 2010

WAJAH ISTERI LUBNAN TAIB MAHMUD?

Adakah ini wajah isteri baru Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud?

Inilah gambar yang berlegar-legar di alam maya yang dikatakan isteri baru Ketua Menteri Sarawak yang sudah berusia 74 tahun.

Benar atau tidak, wallahualam!

Malaysian Insider melaporkan isteri baru Taib adalah bekas pramugari.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sarawak-cm-marries-a-lebanese/

Utusan Malaysia pula melaporkan bahawa Taib mengahwini wanita Arab berusia 30an ini semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Terkenang akan Jelapang kata-kata Taib Mahmud tidak lama dahulu apabila ditanya samada beliau akan berkahwin lagi selepas kematian Laila 29 April, 2009.

Pada ketika itu, Taib berkata: "I am already 74. It's too old for me to get a new partner now." (Usia saya sudah mencecah 74 tahun. Terlalu tua untuk saya mendapat pasangan baru.)
http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20100530/taib-wife/ai_n53834312/

YAB Tan Sri! Orang yang berharta seperti Tan Sri tidak mungkin merasakan dirinya tua. Lagipun wanita semuda mana pun akan rela diperisterikan oleh orang yang berharta seperti Tan Sri!

Selamat Pengantin Baru, Tan Sri, sekiranya khabar angin ini benar.

Semoga kekal sehingga ke anak cucu!

Friday, December 17, 2010

KAFIR KATA HARUSSANI, OK KATA NAZRI AZIZ

ISU FAHAMAN PLURALISME AGAMA

Apa kata ahli agama?

"Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar." - Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm&arc=hive

Apa pula kata Nazri Aziz?

"But I disagree that Islam is more superior than other religions, that I cannot accept. I believe Islam does not ask you to say things like that." (Tetapi saya tidak setuju bahawa Islam itu lebih besar dari agama-agama lain. Ini (pandangan) saya tidak dapat menerima. Saya percaya Islam juga tidak membenarkan kita berpandangan sedemikian.") - Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nazri-says-islamic-scholars-suffering-from-inferiority-complex/

Dan nasihat Mufti Perak Harussani kepada mereka yang menyamakan Islam dengan agama lain.

''Pluralisme adalah haram. Kita mana boleh kata semua agama sama dengan Islam. Kalau orang Islam kata semua agama adalah sama dengan Islam, mereka yang berkata begitu adalah kafir." - Harussani Zakaria, Mufti Perak.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Semoga Nazri Aziz dibuka pintu hatinya oleh Allah swt.

Thursday, December 16, 2010

AL-FATIHAH: SULAIMAN TAHA KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ketua Umno Bahagian Labis dan Adun Tenang (Johor) Sulaiman Taha kembali ke Rahmatullah jam 1.10 pagi ini.

Semuga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Profil Allahyarham: http://adun.johordt.gov.my/index.php/tenang/2009/06/22/profail-adun-2


Laporan Malaysiakini siang tadi: http://www.malaysiakini.com/news/150984

BASHAH & MUKHRIZ BUKAN PEMIMPIN PALING TOP DI KEDAH

Ramai pemimpin Umno di Kedah merasakan diri mereka paling layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah termasuklah mereka yang kalah pada PRU-12 Mac 2008.

Najib Razak mungkin telahpun memuktamadkan pilihan beliau dan hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.

Ahmad Bashah Md Hanipah dan Mukhriz Mahathir dikatakan bakal diumumkan sebagai Ketua dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Adakah Bashah dan Mukhriz calon paling popular di Kedah?

Jelapang membuat sedikit kajian dan menyenaraikan pemimpin-pemimpin paling popular di Kedah semasa pilihanraya umum 2008. Ianya berdasarkan kepada majoriti kemenangan mereka semasa PRU-12.

Kepada mereka yang tidak tersenarai, ianya disebabkan samada mereka tewas semasa pilihanraya tersebut atau mempunyai masalah besar sehinggakan mereka hilang kelayakan untuk disenaraikan seperti Syed Sobri Syed Hashim (Kuala Nerang) yang dibelenggu hutang dan Abu Hasan Sharif (Kota Seputeh) yang menunggu samada akan dilucutkan gelaran wakil rakyat kerana gagal menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah.

BERIKUT SENARAI 12 PEMIMPIN UMNO PALING TOP DI KEDAH

1. Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam) (gambar atas) majoriti: 6,995 undi
2. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu): 7,060 (**kelebihan kepada Ahmad Zaini kerana kerusi yang ditandingi beliau hanya kerusi negeri berbanding kerusi parlimen yang besar yang ditanding Johari**)
3. Abu Bakar Taib (Parlimen Langkawi): 4,970
4. Nawawi Ahmad (Kuah): 3,324
5. Suraya Yaakob (Sungai Tiang) 3,006
6. Mahdzir Khalid (Pedu) 2,733
7. Saad Man (Jitra): 2,258
8. Mukhriz Mahathir (Parlimen Jerlun): 2,205
9. Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat): 1,135
10. Azmi Che Hussin (Bayu): 984
11. Ahmad Bashah Mad Hanipah (Bakar Bata): 358
12. Tajuddin Abdullah (Belantik): 254

Jelas Ahmad Zaini merupakan pemimpin yang tertinggi memperolehi undi majoriti di Kedah sementara Ahmad Bashah, pemimpin favourite untuk menyandang jawatan Ketua Perhubungan berada di tempat ke 11. Bakal timbalan beliau, Mukhriz, hanya berada di tempat ke-8.

Wednesday, December 15, 2010

ALI RUSTAM & ANAK NAJIB DALAM PESAWAT YANG DITAHAN DI SURABAYA


Sebuah akhbar Inggeris menyiarkan berita hari ini mengenai penahanan sebuah pesawat sewa khas dari Malaysia di Surabaya semalam kerana mendarat secara haram.

Pesawat itu disewa oleh kerajaan negeri Melaka dalam lawatan pelaburan ke Timur Leste.

Antara penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut ialah Ketua Menteri Melaka Ali Rustam dan isteri.

Menurut laporan lain, turut serta di dalam pesawat tersebut ialah anak lelaki Perdana Menteri Najib Razak.

Tuesday, December 14, 2010

BASHAH KETUA, MUKHRIZ TIMBALAN PERHUBUNGAN

Khabar angin terkini!

Ahmad Bashah Md Hanipah - Ketua Perhubungan Umno Kedah

Mukhriz Mahathir - Timbalan Ketua Perhubungan

Khabarnya Ahmad Bashah telah dipanggil mengadap Perdana Menteri dan Presiden Umno minggu lepas di Kuala Lumpur dan telah dimaklumkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Shafie Apdal.

Sementara Mukhriz, yang merupakan hanya ahli jawatankuasa Bahagian Umno Kubang Pasu, akan dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan.

Alasannya ialah untuk menyakinkan dan memberi harapan baru kepada pengundi bahawa Umno mampu mengenengahkan muka baru dan membawa perubahan melalui Mukhriz, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya adakah Bashah mampu mengemudikan Umno Kedah? Dan adakah Mukhriz mampu membawa perubahan kepada Kedah?

Monday, December 13, 2010

MUKHRIZ TAK LAYAK PIMPIN UMNO KEDAH



"Beliau (Mukhriz Mahathir) belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS. ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah." - Setiausaha Umno Bahagian Kubang Pasu Shamsuddin Ahmad.http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11143

Siapa yang layak?

Kata Shamsuddin, Johari Baharom.

Kadang-kadang terasa ada benarnya kata Shamsuddin ini. Kalau lah Mukhriz seorang berpengalaman dalam politik, tidak mungkin beliau membuat kenyataan menyatakan kesediaan bertanding kerusi negeri di Kedah. Ini kerana kenyataan tersebut sudah pasti mengundang padah dari musuh-musuh beliau di Kedah.

Kata Mukhriz:
“Jika perlu dan wajar, saya bersedia untuk berkhidmat di Kedah. Saya bukan berniat untuk melobi."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/12/nation/7608719&sec=nation

Kenyataan seumpama ini pastinya tidak disenangi oleh kepala-kepala perang di Kedah. Mahdzir Khalid masih menyimpan cita-cita untuk kembali sebagai Menteri Besar, Ahmad Bashah Hanipah sudah mula bermimpi kerusi Menteri Besar. Johari Baharom, Tajul Urus, Jamil Khir dan Ahmad Lebai Sudin juga berminat.

Kenyataan Mukhriz semalam memberi gambaran betapa ceteknya ilmu politik beliau.

Sunday, December 12, 2010

WIKILEAKS MALAYSIA

Hari ini beberapa telex rahsia antara kerajaan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat mengenai Malaysia didedahkan oleh Wikileaks. Antara laporan-laporan mengenai pendedahan ini.

AFP

"The Australians said that Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'," the cable read. http://www.mysinchew.com/node/49390

SYDNEY MORNING HERALD

Malaysia is in a "confused and dangerous" state due to incompetent politicians.
http://www.smh.com.au/national/sodomy-charges-were-a-setup-20101211-18ti0.html

THE CANBERRA TIMES

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim's sodomy charges are the result of a ''set-up job'' which the politician ''walked into'', according to an assessment by Australia's peak intelligence agency.
http://www.canberratimes.com.au/news/local/news/general/sodomy-case-a-setup-leak/2023245.aspx

HINDUSTAN TIMES

As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Kausikan was quoted as saying.
http://www.hindustantimes.com/Singapore-diplomat-calls-India-stupid-Leaked-papers/Article1-637461.aspx

TEMASEK REVIEW

He added bluntly that the “lack of competent leadership is a real problem for Malaysia” and cited the need for Najib to “prevail politically” in order to avoid prosecution in the sensational murder case of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
http://www.temasekreview.com/2010/12/12/wikileaks-singapore-diplomats-told-us-officials-malaysia-lacks-competent-leadership/

Saturday, December 11, 2010

JANDA BERANAK LIMA?

Tiba-tiba Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, "diserang" di Selangor.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap beliau termasuk kononnya mempunyai hubungan "istimewa" dengan Ghazali Ibrahim, Pegawai Khas PM.

Ghazali pernah menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Terap sebelum memberi jalan kepada Mahadzir Khalid. Beliau kini Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap.

Serangan terhadap Noriah sudah cukup untuk menggambarkan kekusutan di dalam Umno Selangor.

Keadaan bertambah kusut apabila Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Bagi pemerhati politik, suasana di dalam Umno Selangor cukup menghiburkan.

Terkini blog berikut menyiarkan kononnya Noriah, seorang janda beranak lima, adalah antara mereka yang menjatuhkan Khir Toyo.

Baca cerita Noriah di blog berikut: Klik http://selangor-umno.blogspot.com/2010/12/skandal-timbalan-menteri-dengan-pegawai.html#comments

Friday, December 10, 2010

"FUCK NAZRI AZIZ, SUCKS BANANA"





"MCA tidak mahu ada sistem “abang besar, abang kecil” dalam BN. Keputusan penting kerajaan jangan dibuat di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, sebaliknya keputusan itu perlu dibuat dalam Kabinet. Pemimpin UMNO perlu berhenti menggunakan perkatan sensitif seperti “pendatang” (immigrants), “penumpang” (passengers), “terhutang budi” (indebted to), “kurang patriotic” (unpatriotic) and “ketuanan Melayu” (Malay supremacy). " - Kenyataan Chua Soi Lek di Konvensyen Barisan Nasional (5 Disember 2010). http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3833

Siapa yang menyokong kenyataan ini? Presiden Gerakan Koh Tsu Koon.

Kata Koh Tsu Koon menerusi satu kenyataan media bertulis: "mengumumkan dasar-dasar kerajaan yang penting selepas mesyuarat-mesyuarat Umno dan bukannya selepas mesyuarat Kabinet atau BN telah menimbulkan tanggapan bahawa tiada kesemarataan di dalam BN di kalangan parti komponen seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan BN." http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=54926

Kenyataan Koh Tsu Koon adalah contoh terbaik betapa bersatunya hati kaum Cina, baik dari MCA, Gerakan atau DAP demi kepentingan kaum mereka.

Malangnya, reaksi pemimpin Melayu selalunya lambat. Dalam kes ini, tiga hari selepas Chua Soi Lek membuat kenyataan baru lah kita terdengar bantahan dari Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein.

Tetapi lain pula dengan Nazri Aziz. Beliau memilih untuk bersama Wee Meng Chee (Namewee) untuk memberi sokongan moral kepada anak muda Cina yang anti Melayu ini.

Apa kata Nazri?

"Saya percaya orang muda (Namewee) ini disalahertikan dan niat beliau disalahtafsirkan". http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=1139:namewee-is-not-racist-nazri-aziz&catid=98:breaking-news&Itemid=732

Nazri lebih berminat mempromosikan Namewee dari mempertahankan bangsa sendiri.

Semoga Namewee dapat menghadiahkan satu lagu untuk Nazri sebagai satu penghormatan. Namewee harus mempertimbangkan menamakan lagu ini 'FUCK NAZRI AZIZ, SUCKS BANANA", sepertimana Namewee mendendangkan sebuah lagu kepada seorang guru Melayu yang bernama Siti Inshah (lihat video di atas).

Thursday, December 9, 2010

ROMBAKAN KABINET 22 DISEMBER?

22 Disember 2010, rombakan Kabinet.

Inilah tarikh yang diramal pelbagai penganalisa politik warung kopi bahawa Najib Razak akan mengumumkan barisan baru Kabinet beliau.

Pada hari itu juga dikatakan Najib akan mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada beberapa Menteri Kabinet yang akan diberi cuti panjang selepas Krismas.

Spekulasi ini adalah antara bahan bualan di Coffee House di Holiday Villa di Alor Setar malam kelmarin.

Tetapi di Alor Setar ada sikit kelainannya. Yang menjadi bahan perbincangan utama ialah siapa bakal dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno Negeri. Di celah-celah perbualan di Coffee House tersebut, setiap deringan telefon bimbit beberapa pemimpin menimbulkan sedikit keresahan.

Masing-masing menanti, berharap dan berdoa agar panggilan tersebut datangnya dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Begitulah suasana di Alor Setar ketika ini terutamanya di Coffee House di Holiday Villa Alor Setar.

Dua minggu akan datang amat getir untuk pemimpin Umno yang bercita-cita tinggi. Menteri-Menteri Kabinet yang ada berharap Najib dan Rosmah Mansor menyayangi mereka. Yang tiada jawatan, berharap Najib melantik mereka. Yang pernah menjadi Menteri dahulu juga menaruh harapan.

Dalam masa seminggu dua inilah Najib dijangka mengumumkan senarai baru pimpinan Badan Perhubungan. Dalam masa seminggu dua inilah, Menteri-Menteri Kabinet yang ada akan mengetahui samada mereka akan terus berjawatan Menteri atau jatuh ke tanah seperti bekas-bekas Menteri lain.

Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya ada yang tidak lelap tidur seminggu dua ini.

Wednesday, December 8, 2010

JANGAN AMPU KHAIRY

"Calon Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan datang perlu terdiri dalam kalangan mereka yang diterima rakyat serta mempunyai kemahiran, bukan individu yang hanya tahu mengampu. calon berpotensi yang sedang dikenal pasti juga tidak semestinya memegang jawatan tinggi atau perlu mengikut hierarki tetapi yang mampu 'mencuit' hati rakyat. Pemuda kini sedang mengenal pasti calon yang kita boleh ketengahkan dan orang itu bukan hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja" - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

Alangkah baiknya sekiranya ini diamalkan oleh Khairy Jamaluddin semasa bapa mertua beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

Ramai mengetahui apa kriteria yang digunakan Pak Lah dan Khairy untuk memilih calon untuk PRU 12 pada Mac 2008 - pengampu. Itulah sebabnya Barisan Nasional kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Hari ini, Khairy pula mahu berkhutbah mengenai cara terbaik untuk memilih calon. Kenapa dulu nada khutbah beliau berlainan?

Tuesday, December 7, 2010

RASUAH ROTAN DALAM PENJARA?

"Amnesty International estimates that as many as 10,000 people each year are subjected to caning in Malaysia, and many of them are foreign nationals. The Malaysian government does not punish officials for these actions. On the contrary, it trains officers how to conduct caning and pays them a bonus for each stroke. Some of these officers also seem to augment their income by soliciting bribes from caning victims, who pay them to miss strokes on purpose."

Terjemahan: Amnesty International menganggarkan hampir 10,000 orang dikenakan hukuman rotan di Malaysia dan kebanyakan dari mereka adalah warga asing. Bagaimanapun Kerajaan Malaysia tidak menghukum pegawai yang melaksanakan hukuman ini. Malahan pegawai-pegawai ini dilatih bagaimana untuk merotan dan diberi bonus kepada setiap rotan yang dilaksanakan. Ada di antara pegawai-pegawai ini dikatakan mencari pendapatan tambahan dengan meminta rasuah dari mangsa yang dirotan dan sebagai balasan perotan akan dengan sengaja tersasar semasa merotan mangsa.
Laporan penuh Amnesty International klik di link berikut:

Satu tuduhan yang cukup berat. Tuduhan ini terkandung di dalam laporan Amnesty International yang sedang berkempen untuk mendesak Malaysia mengharamkan hukuman rotan ke atas pesalah.

Monday, December 6, 2010

SELEPAS KHIR TOYO, GILIRAN KABINET DIBERSIHKAN

Menang di Batu Sapi. Menang di Galas.

Dua kemenangan ini sudah cukup untuk menyuntik semangat baru kepada Najib Razak untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang bakal diadakan samada tahun hadapan atau 2012.

Semangat ini diperkukuhkan lagi dengan keadaan porak-peranda di dalam PKR dan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negara.

Pentadbiran kelam kabut Khalid Ibrahim di Selangor dan kegagalan Azizan Razak dalam mentadbir Kedah semasa banjir melanda negeri itu menjadi buah mulut seluruh negara. Ia hanya menggambarkan akan risiko yang bakal diambil sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya.

Apakah kemenangan di Batu Sapi dan Galas serta kelemahan Khalid Ibrahim dan Azizan Razak mencukupi untuk Najib memenangi PRU-12?

Sudah pastinya tidak. Semasa perasmian Konvensyen Barisan Nasional semalam, Najib mengingati para penyokong dan pemimpin BN akan 4 penyakit - khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan. http://www.malaysiakini.com/news/150019

Apakah peringatan ini mencukupi?

Najib tahu ianya juga tidak mencukupi. Itulah sebabnya hari ini karier Khir Toyo menemui nokhtahnya.

Akhirnya bekas Menteri Besar Selangor itu dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah berkaitan mahligai beliau di Seksyen 7, Shah Alam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Najib sedar rakyat dahagakan kerajaan yang bersih dan telus. Inilah idaman rakyat generasi ini. Mereka muak dengan apa yang berlaku di zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Jelas pada ambang 2011 nanti, Najib mahu dilihat sebagai Perdana Menteri yang serius dalam membawa perubahan. Najib mahu mengenengahkan kepada pengundi bahawa beliau sedang berusaha membersihkan Malaysia dari gejala rasuah dan ianya bermula dengan Khir Toyo.

Tahniah kepada Najib kerana mempunyai kesungguhan politik untuk mendakwa Khir Toyo di mahkamah.

Tapi ianya tidak cukup untuk menyakinkan rakyat. Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Kasitah Gadam dan Eric Chia didakwa rasuah dan kesudahannya kedua-kedua terlepas dari hukuman.

Khir Toyo umpama panglima askar pencen. Tiada beza dengan Kasitah dan Eric Chia. Mungkin Khir Toyo merupakan permulaan kepada operasi pembersihan di dalam Kerajaan, Umno dan Barisan Nasional.

Kita tidak mahu Najib hanya berani mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang pencen.

Pembersihan ini tidak seharusnya mengenal bulu. Siapa yang bersalah, harus dihadapkan ke muka pengadilan termasuklah Menteri-Menteri Kabinet.

Perubahan seharusnya bermula di peringkat Kabinet. Ahli-ahli Kabinet perlulah terdiri dari mereka-mereka yang bersih imejnya. Mereka yang diselaputi tuduhan rasuah perlu dinyahkan dari Kabinet beliau.

Demi Umno dan Barisan Nasional, Najib perlu membersihkan Kabinet beliau. Rakyat kini menanti akan rombakan Kabinet kerana mereka mahukan bukti bahawa Najib benar-benar berani untuk membawa perubahan dengan membersihkan Kabinet beliau.

Sekiranya tiada perubahan, Najib akan dituduh lebih mementingkan kedudukan beliau dari kepentingan negara dan rakyat.

Terpulanglah kepada Perdana Menteri, yang mana satu pilihan beliau.

Friday, December 3, 2010

KONTROVERSI KENAIKAN HARGA RON 95

Kerajaan seringkali menembak kaki sendiri dan ia berlaku lagi semalam.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 5 sen.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/3/mstar_berita/20101203172722&sec=mstar_berita

Kenaikannya tidak banyak, hanya 5 sen, tetapi implikasi politiknya cukup besar.

Bukan kenaikan 5 sen yang akan menjadi isu, tetapi kegagalan berpegang kepada janji bahawa tiada kenaikan untuk tahun ini bakal menjadi bahan politik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob awal bulan lepas membuat kenyataan berikut:

“Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan (pada harga petrol RON 95) sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui.”
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaRON95_dieselkekalakhirtahun/Article/index_html

Apakah kerajaan dan Kementerian terlepas pandang janji ini?

Thursday, December 2, 2010

PERISTIWA BERDARAH DI KEDAH

Ghazali Ibrahim (gambar: kiri - Pegawai Khas Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap), Taul Urus Mohd Zain (Ketua Bahagian Merbok), Jamil Khir Baharom (Ketua Penerangan Umno Kedah), Mukhriz Mahathir (Ahli Jawatankuasa Umno Kubang Pasu), Johari Baharom (Ketua Bahagian Kubang Pasu), Ahmad Bashah Md Hanipah (Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah) dan Mahdzir Khalid (bekas Ketua Perhubungan Umno Kedah).

Kesemua mereka ini meletakkan cita-cita agar Najib Razak melantik mereka sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah bagi menggantikan Shafie Apdal.

Lobi melobi di Kedah untuk jawatan tersebut cukup hebat. Saudara Norizan Sharif (Nobisha) menulis sebentar tadi mengenai panggilan telefon dari seorang pemimpin Kedah meminta beliau "mempromosikan" orang tertentu untuk jawatan tersebut.
http://nobisha.blogspot.com/2010/12/umno-kedah.html

Dalam Umno Kedah hari ini, tiada perkara lain yang lebih penting dari melobi untuk jawatan Ketua Perhubungan ini. http://syburi-times.blogspot.com/2010/12/masih-wujud-warlord-umno-di-kedah.html

Jawatan Ketua Perhubungan umpama nyawa. Jawatan ini akan meletakkan pemegangnya sebagai bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya Umno merampas semula Kedah dari Pas.

Bukan setakat lobi melobi. Malah cantas mencantas berlaku. Khabar angin bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan Umno Kedah menghantar mesej kepada Najib bahawa hanya Ketua Bahagian layak dipilih menjadi Ketua Perhubungan dan jika Najib mahukan Umno Kedah aman damai.

Dengar katanya, ianya amaran kepada Najib supaya jangan melantik Mukhriz dan Jamil Khir.

Suasana di dalam Umno Kedah hari ini cukup menggembirakan Pas Kedah. Pilihlah siapa pun sebagai Ketua Perhubungan, Umno Kedah akan hancur.

Hancur bukan kerana kekuatan Pas. Hancur kerana hasad dengki sesama sendiri. Tanyalah Shafie Apdal. Bagaimana beliau disiat-siat oleh pemimpin Umno Kedah.

Jika Najib memilih Mukhriz, kareer politik Mukhriz akan berakhir. Jamil Khir juga akan menerima nasib yang sama kalau beliau menjadi pilihan.

Ketika Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar, siapa dalangnya? Semua orang Kedah tahu siapa dalangnya.

Ketika Sanusi Junid menjadi Menteri Besar, orang yang sama menjadi dalang untuk menjatuhkan beliau.

Kini dalang ini turut menyimpan hasrat untuk dilantik menjadi Ketua Perhubungan.

Singgahlah ke Ibupejabat Umno Kedah atau Holiday Villa. Ceritanya sama saja iaitu masing-masing mendabit dada beliau lah yang paling layak menjadi Ketua Perhubungan.

Ceritanya bukan bagaimana hendak menawan Kedah dari Pas. Samalah ceritanya semasa banjir baru-baru ini.

Ianya bukan cerita untuk membantu mangsa banjir di masa-masa sukar. Ceritanya ialah bagaimana untuk memastikan wajahnya dipaparkan di dada-dada akhbar dengan harapan mendapat perhatian Najib dan Rosmah Mansor.

Maka apabila Muhyiddin Yassin melawat Kedah, berebut-berebut mereka ini berpusu-pusu memenuhi ruang ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas untuk "mendaftar" muka mereka kepada Muhyiddin.

Berbatu-batu kereta mereka mengekori Muhyiddin ke Kompleks Sukan di Suka Menanti and lintang pukang berlari untuk berdiri paling hampir dengan Muhyiddin dengan harapan gambar mereka disiarkan media.

Adakalanya, nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada. Ketawa kerana gelihati melihat gelagat pemimpin Umno yang bergelar Dato' dan Dato' Seri ini mengemis. Nak menangis kerana mengenang nasib Umno di Kedah pada ketika ini.

Sebulan ini, ramai pemimpin Umno Kedah tidur sejam sehari kerana melobi.

Tidak lama lagi Najib akan mengumumkan siapa Ketua Perhubungan yang baru. Hanya seorang yang akan riang gembira, yang selebihnya akan menangis di siang hari.

Selepas keringnya airmata, maka akan bermulalah asah mengasah parang. Inilah masanya untuk kita berhibur melihat aksi silat para panglima ini.