Sunday, July 20, 2014

BALA DAN PEMBALASAN MENIMPA NEGARA?





BULAN Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa buat kita.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berakah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)


Itulah sebabnya kita berebut siang dan malam menunaikan kewajipan kita agar kita terpilih oleh Allah SWT sebagai penerima berakahnya.


Inilah bulan nya untuk kita merenung sejenak menganalisa kembali kesilapan kita dan membina keazaman untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan kesilapan lampau.


Negara di rundung malang lagi. Tiada dalam sejarah syarikat penerbangan di dunia mengalami kehilangan dua pesawat dalam tempoh empat bulan.


Kini MAS sudah kehilangan dua pesawat - MH370 dan MH17. Dalam tempoh 4 bulan, sejumlah 537 penumpang dan anak kapal terkorban.


Kenapa MAS? Kenapa syarikat penerbangan Malaysia? Kenapa tidak pesawat dari negara lain?


Di masa yang sama, ketika kerajaan cuba menyakinkan pelancong dan rakyat bahawa keadaan keselamatan di Sabah selamat walaupun pelancong dan pengusaha ikan dalam sangkar di culik oleh lanun dari Filipina, anggota polis kita terkorban dan diculik.


Anggota POLIS bersenjata diculik, dan kita masih mahu mengatakan keadaan di Sabah selamat!


Di mana salah kita?


Apakah insiden-insiden ini merupakan BALA dan pembalasan Allah SWT kepada kita seperti mana yang ditulis oleh Blogger Abdul Kadir Jasin?

 http://kadirjasin.blogspot.com/2014/07/mas-mh17-shot-down-in-ukraine.html

Tidak kah pemimpin-pemimpin kita termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, para ulamak dan Mufti-Mufti terfikir perkara ini?

Kalau kita tersilap, kenapa kita tidak menegur? Kenapa Mufti-Mufti takut menegur dan hanya berani menegur rakyat marhaen? Kenapa?

Tidak ada pemimpin di Malaysia dan di dunia yang berkuasa.

Kita perlu mengingati diri kita bahawa, ada yang lebih berkuasa dari kita iaitu - ALLAH SWT.

RENUNGKAN LAH