Friday, July 31, 2020

HANYA PAUL STADLEN BOLEH BANTU NAJIB UNTUK AJAR MEDIA BARAT

Image

Image

Image
Image


Image

MANA Paul Stadlen ni?

Elok Najib Razak telefon Paul suruh bantu. Teruk sangat suratkhabar Barat hentam Najib.

Yang boleh bantu hanya orang putih macam Paul Stadlen. Lagipun dulu dia banyak dapat duit dari Najib. Ni lah masanya balas JA$A dengan bantu bos.

Parl Replies: Paul Stadlen - Wong Chen


From One Of The Lads To Fellow Fugitive | Sarawak Report



Too much partying by Najib's PR guru Paul Stadlen? – Malaysia Today



Tuesday, July 28, 2020

NAJIB RAZAK KINI HAMPIR KE PENJARA

Image

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715776/najib-dihukum-penjara-berjumlah-12-tahun-denda-rm210-juta

HARI ini kita gembira. Kita PUAS hati.

Akhirnya Najib Razak dihukum PENJARA dan sah bergelar PENJENAYAH.

Bertahun-tahun kita menyaksikan bagaimana negara dirompak dan rakyat tiada kuasa menghalang mereka.

Hanya dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, hari ini rakyat mengecapi kejayaan mereka menentang nahi mungkar.

Jika tidak kerana rakyat menjatuhkan BN, Najib dan konco-konconya sudah pasti BERDONDANG SAYANG sehingga ke saat ini.

Hari ini MAHKAMAH membuat keputusan menghantar Najib ke PENJARA. Walaupun masih ada ruang untuk Najib mengenepikan hukuman ini, kita yakin Mahkamah Rayuan akan mengadil seadil-adilnya kes ini demi rakyat dan masadepan negara.

Keputusan mahkamah hari ini adalah satu amaran kepada semua pembesar negara bahawa tiada tempat untuk penjenayah seperti Najib.

Selepas ini kita mahu mahkamah mengadili secepat mungkin Rosmah Mansor dan Azeez Rahim.

Satu ketika dulu, hidup mereka penuh dengan kemewahan ketika rakyat perit mencari rezeki untuk hidup.

PENJENAYAH

Mengikut peraturan ROS, penjenayah tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan termasuk pertubuhan politik seperti Umno dan BN.

Najib selalu menyebut, kita perlu berJIWA BESAR.

Sekarang kita mahu buktikan Najib memegang pada prinsip berJIWA BESAR.

Kita hendak tengok adakah beliau akan melepaskan jawatan Ketua Bahagian Pekan dan jawatan penasihat BN.

MUHYIDDIN YASSIN

Ketika kita meraikan keputusan memenjarakan Najib, kita jangan lupa KEPERITAN Muhyiddin Yassin pada hari ini LIMA TAHUN lalu apabila diPECAT oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini kenyataan Muhyiddin ketika itu:



KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015





Wednesday, July 22, 2020

BETUL KE ANAK BERANAK AZEEZ RAHIM SIMPAN BERJUTA RINGGIT DALAM TABUNG HAJI

Image may contain: 1 person

SEHARI dua ini tersebar POSTER ini mengenai wang simpanan anak beranak Azeez Rahim dalam Tabung Haji.

Betul atau tidak kita tak tahu. Tapi kalau dijumlahkan kesemuanya hampir RM14.5 juta.

Kalau Tabung Haji beri dividen 8 peratus, jumlah dividen yang diterima hampir RM1.16 juta. 

Kalau tak silap, Azeez memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji dari 2013 sehingga 2018.

Bila disemak kadar dividen Tabung Haji pada tahun 2013 ialah 8 peratus, 2014 - lebih tinggi 8.25 peratus, 2015 - 8 peratus, 2016 - 5.75% dan 2017 - 6.25%.

Kita harap Tabung Haji dapat memberi PENJELASAN, betul atau tidak anak beranak Azeez menyimpan JUTAAN ringgit dalam Tabung Haji.

Bukan apa, kita kesian pada Azeez dituduh itu ini. KEJAM!

Kalau betul, adakah ini berunsur INSIDER TRADING.

Maaf bertanya. Pakcik Makcik dikampung yang simpan berpuluh ringgit untuk pergi haji ingin tahu betul atau tidak tuduhan ini.

Wednesday, July 15, 2020

SAKSI: ROSMAH MINTA 15% DARI RM1.25 BILION



KITA harap pemimpin Pas, Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli Umno tak "miss" cerita Rosmah Mansor di mahkamah sehari dua ini.

Cerita bagaimana kontraktor JUMPA Rosmah di rumah beliau.

Cerita nya begini (mengikut laporan Awani):


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Datin Seri Rosmah Mansor meminta 15 peratus daripada nilai keseluruhan RM1.25 bilion bagi Projek Solar Hibrid untuk 369 sekolah luar bandar dan pedalaman di Sarawak yang dipohon syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd. 

Kadar itu dinaikkan Rosmah daripada tawaran 10 peratus yang ditawarkan Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin. Rayyan Radzwill Abdullah, iaitu rakan perniagaan kepada Saidi , dalam keterangan beliau, berkata sumbangan 15 peratus bersamaan RM187.5 juta yang diminta Rosmah itu adalah muktamad.

Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata, dalam pertemuan antara beliau dan Saidi serta Rosmah di rumah isteri bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta pada Januari atau Februari 2016, Rosmah berkata kepada mereka, "keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang" dan "kita tengoklah nanti."

Rayyan berkata, pertemuan itu adalah bagi membincangkan sokongan Rosmah dalam projek solar hibrid dan sumbangan yang perlu diberikan Jepak kepadanya (Rosmah) atas bantuan yang diberikan.

Katanya dalam pertemuan yang berlangsung selama 10 minit, Saidi terlebih dahulu menawarkan sumbangan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek seperti diingatkan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebelum itu supaya membuat tawaran bermula daripada kadar 10 peratus.

"Sebelah petang pada hari sama, Rizal berjumpa saya dan Saidi di Lygon Bistro, Sunway Putra Mall, dalam pertemuan itu Rizal beritahu semuanya 'ok' cuma peratus sumbangan perlu dinaikkan kepada 15 peratus kerana Rosmah inginkan 15 peratus.

"Saidi berkata, jumlah itu tinggi dan ia perlu dikurangkan sedikit kerana beliau perlu jaga ramai orang lagi dan Rizal beritahu, beliau akan semak dan maklum kembali...Rizal juga minta bahagian dia sebanyak RM5 juta setahun selama lima tahun daripada Saidi. Saidi kata 'ok' tanda setuju.

"Keesokan hari, Rizal menghubungi saya melalui telefon dan menyatakan nilai 15 peratus iaitu RM187.5 juta itu adalah muktamad dan tidak boleh diubah... Rizal beritahu saya untuk maklumkan kepada Saidi," katanya.

Rayyan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Rosmah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

KERAJAAN MUHYIDDIN DIMALUKAN DI DEWAN RAKYAT



HARI INI kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin mencipta satu SEJARAH lagi sehari selepas mencipta sejarah dunia menyingkirkan Speaker Parlimen.

Kali ini SPEAKER datang lewat untuk memulakan sesi petang Parlimen.

Tahniah Tan Sri. Tahniah juga kepada Speaker baru Azhar Harun.

Ianya tak pernah berlaku di zaman mana-mana Perdana Menteri seingat kita.


Monday, July 6, 2020

UMNO NAK LELONG KAWASAN PARLIMEN PADA BERSATU & PAS?

Image

BARU-baru ini tersebar senarai calon Perikatan Nasional untuk PRU15.

Ada yang mengatakan ianya PALSU. PRU15 lambat lagi, tak mungkin senarai tersebut betul.

Tetapi di dalam politik ada macam-macam HELAH. Tetapi kalau diteliti senarai itu, mungkin ada TUJUANnya disebarkan sedemikian rupa.

Mungkin ianya PRELUD kepada realiti PRU15. Mungkin ianya disebarkan bertujuan untuk melihat REAKSI pemimpin-pemimpin parti di akar umbi terutamanya Umno untuk menilai penerimaan mereka sekiranya kawasan-kawasan mereka di"LELONG" kepada parti lain - Pas dan Bersatu.

Sekiranya senarai itu hampir seakan-akan senarai sebenar PRU15, banyak lah kawasan Parlimen dan DUN Umno akan di"LELONG" kepada Bersatu dan Pas.

Yang buat keputusan ketua-ketua di atas. Yang dipaksa menerima ialah ketua-ketua di bahagian dan cawangan.

Tetapi itulah yang kita dengar. Mana-mana ketua bahagian yang lembik, boleh diBULI dan diBELI, kawasan mereka akan diLELONG kepada Pas dan Bersatu milik Muhyiddin Yassin.

Kita tak tahu lah siapa yang nak kena BULI. Samada ketua bahagian kena LELONG dan di buli dengan pemimpin atasan atau ahli parti termasuk ketua-ketua cawangan yang kena LELONG dan buli oleh ketua bahagian yang mudah dibeli.

Ada ketua-ketua bahagian orang atasan ajak minum di restoran pun dah rasa bangga, penuh gambar diletak di Facebook.

Ada ketua-ketua bahagian pemimpin atasan melawat kawasan, ajak dia duduk sebelah masa makan pun dah rasa macam orang paling disayangi orang atasan.

Tengoklah senarai yang keluar baru-baru ini. Kalau ada sebut Bersatu bertanding di kawasan mereka, ada kemungkinan ianya BENAR dan kawasan mereka telah diLELONG oleh orang atasan kepada Bersatu.

Percayalah, yang akan kena LELONG ialah kerusi-kerusi yang ketua bahagiannya orang "biasa-biasa".

Kerusi orang atasan tak akan diLELONG. Mereka selamat, yang lain-lain itu faham-fahamlah.

Sebenarnya, kalau nak LELONG, lelong semua kerusi termasuk Pekan, Bagan Datok, Ketereh, Bera dan yang lain-lain termasuk yang dah jadi Menteri.

Jangan LELONG kawasan-kawasan yang hanya boleh diBELI dan diBULI sahaja.  

Sunday, July 5, 2020

ORANG JOHOR PUN TAK SUKA MUHYIDDIN

Najib Razak Tangguh Bicara Untuk Ber Funfair Di Chini - YouTube

MENANG besar Umno di Chini tanpa bantuan Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi.

Kemenangan ini boleh ditafsirkan sebagai TANPA bantuan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Umno boleh menang mudah. 

Najib hanya perlu ambil cuti dari mahkamah untuk memandu traktor budak-budak tadika untuk menang di Chini

Agaknya sebab itu beberapa pemimpin Umno "marah" dengan Annuar Musa yang tiba-tiba mengumumkan Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15. Tanpa Muhyiddin pun boleh menang, apa perlu Muhyiddin? Itu agaknya pandangan pemimpin-pemimpin Umno ini.

Antara yang marah ialah Khaled Nordin, Shahrir Samad dan Puad Zakarshy - semua dari Johor.

Kenapa marah sangat orang Johor kepada Muhyiddin ni? Apa sebabnya?

Sebab kes lama ke? Marah sebab perangai Muhyiddin semasa jadi Menteri Besar Johor dulu ke?

Semuga Muhyiddin TENANG menghadapi dugaan dari Umno.



Thursday, July 2, 2020

MUHYIDDIN DIPANDANG LEKEH OLEH UMNO?

Muhyiddin bertemu pemimpin parti dalam Perikatan Nasional

SEORANG pemimpin Umno baru-baru ini menyarankan team Bersatu Muhyiddin Yassin tak lebih dari 15 kerusi untuk ditandingkan dalam PRU-15 nanti.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/01/beri-ppbm-15-kerusi-sahaja-umno-diseru/

Kenyataan seperti ini memberi gambaran pemimpin Umno tak pandang Muhyiddin atau pandang lekeh pada Muhyiddin.

Ia juga membawa maksud lepas PRU-15, Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.

Apa nak buat dengan 15 kerusi? Belum diambil kira lagi dari 15 ini beberapa kerusi akan kalah?

Sudah pasti 15 kerusi ini termasuk kerusi yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz.

Ia juga gambaran kerusi Mustapa Mohamad dan Hamzah Zainuddin akan ditandingi oleh Umno.

Apa reaksi Muhyiddin sehingga ini?

Diam. Itulah nasib pemimpin Bersatu yang bersama Muhyiddin.