Sunday, February 26, 2012

SELESAIKAN ISU LEMBU!



Lihatlah sendiri betapa seriusnya isu lembu ini kepada Umno dan BN. Hampir setiap hari ada saja video dan bahan internet baru diadakan untuk memberi gambaran negatif terhadap Umno dan BN.

Pokoknya, adakah Umno mahu menghabiskan masa semasa kempen PRU-13 ini hanya menangkis serangan pembangkang mengenai isu lembu ini?

Desakan demi desakan telah dibuat termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tindakan diambil terhadap Shahrizat Jalil atau Shahrizat sendiri berundur secara sukarela, tetapi sehingga hari ini, Shahrizat masih tidak berganjak dari mempertahankan kedudukan beliau.

Memang benar, pengunduran Shahrizat tidak akan mematikan isu lembu ini, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyakinkan pengundi bahawa kita sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini.

Semalam polis sudah mencadangkan kepada Peguam Negara agar pengarah-pengarah NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat di dakwa kerana pecah amanah.

Kita amat berharap Peguam Negara akur dengan cadangan pihak polis.


Polis cadang Peguam Negara dakwa Pengerusi Eksekutif NFC



--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail (gambar) atas pertuduhan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

“Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Isu NFC yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. – BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Wednesday, February 22, 2012

SBPA: KSN SIDEK HASSAN PERLU DIPERSALAHKAN

"..kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012." - Najib Razak, Perdana Menteri, ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas. http://mynewshub.my/2011/10/07/tiga-berita-gembira-untuk-penjawat-awam/

"Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja. Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta." - Kandungan sepucuk surat yang disiarkan di dalam ruangan komen Cuit Sikit hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Niat kerajaan murni, menaikkan pendapatan kakitangan awam dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sebaliknya niat murni ini bertukar menjadi masalah politik besar kepada kerajaan. Salah siapa?

Sehingga hari ini, tiada seorang pun dari Perkhidmatan Awam yang sanggup tampil mengaku bertanggungjawab dan memohon maaf atas segala kesulitan yang ditimbulkan dari Skim Baru Perkhidmataan Awam ini.

Di mana Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan? Kenapa membisu?

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir hari ini menghentam Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri kerana membisu dalam mempertahankan kerajaan.

Mungkin Musa juga haruskan memasukkan nama Sidek di dalam senarai Menteri-Menteri ini kerana KSN juga merupakan ahli Kabinet Najib Razak.

Tak perlulah kita mengulas panjang isu ini. Cuit Sikit telah menghurai panjang mengenainya. Berikut ialah tulisan penuh Cuit Sikit.

Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU-13 BOLEH diadakan...

Oleh Zaini Hassan

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:

* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)

* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)

* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)

* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.

Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.

Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

Thursday, February 9, 2012

PENGUNDI CINA AKAN BAWA BENCANA PADA BN

"Kalau kita menyingkap semula sejarah, iaitu sejarah PRU lalu pada 2004, 1999, dan 1995. Dalam tiga PRU itu sebenarnya masyarakat cina memberikan sokongan yang meyakinkan kepada BN sehingga banyak kubu pembangkang telah tumpas, itu membuktikan pada ketika itu kaum Cina menaruh kepercayaan melalui MCA. Sokongan kaum Cina terhadap BN nampak begitu tenat hari ini. Apa yang berlaku pada tsunami politik yang 2008 bukan sesuatu petanda baru tetapi sudah ada tanda-tanda awal. Semua parti komponen perlu terus terang apa yang tidak kena dalam hal ini, jika dibiarkan ianya berlarutan akan jadi satu bencana kepada BN pada PRU-13."

"Pada keseluruhannya kaum Tionghoa memang beriktizam untuk menuntut keadilan­ atas beberapa keadilan misalnya dari segi peluang ekonomi. Saya faham , memang ramai pihak cakap kaum Cina sudah dapat sekian banyak peratusan daripada hasil ekonomi negara, tetapi perlu diingat bahawa peratusan yang dimaksudkan itu sebenarnya tertumpu kepada golongan yang tertentu khasnya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu. Bukannya peniaga kecil. Kalaulah kita cuma menganalisakan soal peratusan sahaja agak tercicir kerana apa yang rakyat mahu adalah peluang." - Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tee-keat-sokongan-cina-tenat-1.22732

Kenyataan ini dibuat oleh Ong Tee Keat dalam satu temuramah yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Sekurang-kurangnya, Tee Keat berterus-terang mengenai isihati pengundi Cina terhadap kerajaan. Apa yang hendak disampaikan oleh Tee Keat ialah pengundi Cina pada PRU kali ini tidak akan menyokong MCA dan Kerajaan dan seperti kata beliau SOKONGAN KAUM CINA TERHADAP BN KINI TENAT.

Kita juga bersetuju dengan pandangan Tee Keat bahawa ramai kaum Cina yang tidak puashati dengan pembahagian ekonomi negara.

Rasanya, apa yang dimaksudkan oleh Tee Keat ialah Cina yang kaya akan terus kaya dan bertambah kaya dan Cina yang miskin, akan terus papa kedana dan tidak terbela.

Apa tidaknya, Perdana Menteri saling bertukar, towkay Cina yang sama juga menjadi pilihan. Tiada nama jutawan Cina baru yang timbul. Mungkin inilah yang menjadi kemarahan pengundi Cina.

Wednesday, February 8, 2012

SOI LEK MESTI LAWAN JUI MENG

"Tak kira di mana saja, Bakri, Gelang Patah atau Segamat, saya secara ikhlas menjemput Chua Soi Lek bertanding menentang saya di dalam PRU-13." - Chua Jui Meng, Ketua PKR Johor.
http://www.thesundaily.my/news/288488

Apa reaksi Presiden MCA, Chua Soi Lek?
“Sebagai presiden, saya bertekad untuk menjadi contoh kepada ahli dan akan hanya bertanding di kerusi yang orang lain tak mau bertanding atau di kerusi yang tiada calon boleh menang." http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/8/nation/10695998&sec=nation

Soi Lek seharusnya mencontohi bekas Presiden MCA Lee San Choon yang menewaskan orang kuat DAP Chen Man Hin di Seremban pada 1982. Mungkin juga Soi Lek sedang memikirkan menentang Lm Kit Siang di Ipoh Timur ataupun Lim Guan Eng di Pulau Pinang kerana di kerusi kedua-dua pemimpin pembangkang ini "tiada calun boleh menang dan kerusi yang orang lain tak mau bertanding".

Ramai pemimpin Umno tidak takut berhadapan dengan pembangkang. Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali ditentang oleh Presiden Pas Yusof Rawa (Dr Mahathir tewas pada 1969 di Kota Setar Selatan) dan sekali di tentang oleh Presiden Hamim Sudin Wahab pada 1990 di Kubang Pasu.

Sebenarnya pemimpin BN mesti berani mengharungi cabaran untuk meniup semangat kepada ahli di akar umbi.

Jangan hanya memikirkan untuk bertanding di kerusi selamat. Kalah menang di dalam pilihanraya perkara biasa.

Pada pilihanraya 1999 ramai pemimpin UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).

Ada di antara mereka ini masih aktif dan bernafas semula dalam politik. Oleh itu, tak perlu Soi Lek takut menentang Jui Meng kerana beliau ada lah Presiden parti.

Seorang presiden perlu berani. Presiden yang kecut hanya akan melemahkan semangat parti.

Monday, February 6, 2012

SHAHRIZAT & LELAKI PKR JAMBU

"... seorang pemimpin parti pembangkang telah mengintip pergerakan saya selama tiga bulan bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidup saya. 'Sebenarnya, individu ini mahu menjadi Ketua Wanita UMNO dan Wanita BN memandangkan Wanita mempunyai ahli seramai 1.3 juta berbanding parti yang dipimpin beliau itu tidak ramai ahli. Wanita bercadang menghantar pakaian berwarna merah dan putih bagi menghargai hasrat yang diidamkan oleh individu berkenaan. Saya belum pernah berjumpa lelaki ini tetapi ada melihat gambarnya dan nampak 'jambu' serta cantik sekiranya dia mengenakan pakaian yang akan kita hantar nanti. " - Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Menurut sebuah portal berita, lelaki jambu yang dimaksudkan Shahrizat ialah Rafizi Ramli, strategis PKR yang mendedahkan isu lembu membabitkan keluarga Shahrizat.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-umno-akan-beri-rafizi-baju-kurung-merah-putih-kata-shahrizat/

Dan Rafizi, menjawab kenyataan Shahrizat bahawa: "berapa banyak pun baju Wanita Umno dihantar oleh Shahrizat kepada beliau, beliau akan tetap mendedahkan salahlaku di dalam isu lembu dan meminta Shahrizat menjawab segala dakwaan yang disertakan bukti kukuh dan mengurangkan lawak jenaka semasa sidang akhbar beliau."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/prove-non-involvement-in-nfcorp-rafizi-tells-shahrizat/

Sunday, February 5, 2012

SHAHRIZAT: LAUTAN & DAKAPAN

"Setitis air di lautan tidak menjadikan lautan. Kamu perlu tahu mereka yang meminta saya berundur, jika dilihat pada latar belakang politik dan jika kamu buat kajian yang cetek pun, kamu akan tahu kenapa mereka suruh (berundur). Mungkin golongan bapa tidak memahami naluri wanita tetapi saya tidak sesaat pun rasa diketepikan. Malah, di mana-mana pun saya pergi, dakapan mereka kepada saya lagi kuat sebab mereka juga seorang ibu, isteri dan pemimpin seperti saya." - Shahrizat Jalil.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Saturday, February 4, 2012

MEGAT NAJMUDDIN: SHAHRIZAT BERSALAH

“Malangnya, beliau (Shahrizat Jalil) bersalah kerana hubungan beliau (dengan suami dan anak-anak yang terlibat dengan skandal lembu). Itulah lumrahnya dalam politik terutamanya apabila yang didakwa adalah suaminya. Berapa ramai suami akan mendedahkan segala-galanya kepada isteri? Shahrizat adalah sahabat lama saya tetapi saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan pandangan Rafidah Aziz bahawa SHAHRIZAT PERLU MELETAKKAN JAWATAN." - Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno.
http://www.mmail.com.my/story/%E2%80%98guilty-association%E2%80%99

Radikal mana pun pandangan seseorang terhadap kedudukan Shahrizat dalam Kabinet dan parti, tiada apa yang akan berlaku kecuali, seperti kata Shahrizat, Perdana Menteri akan menentukannya.

Kalau Najib Razak mahukan Shahrizat kekal, kekallah beliau sebagai Menteri Kabinet dan Ketua Wanita Umno.

Kepada pengkritik, mereka tidak lebih dari syok sendiri melihat kenyataan mereka menghiasi laman-laman akhbar.

Sementara itu, Shahrizat terus tampil dengan kenyataan-kenyataan yang berani.

Hari ini di Beruas, Perak, Shahrizat berkata: "serangan yang dilemparkan terhadap saya menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian. It”s okay... kita orang politik... lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Seperti yang kita katakan, ianya terpulang kepada Najib.

BEKAS HAKIM: JANGAN ADA KEISTIMEWAAN UNTUK AHLI POLITIK DALAM BANTERAS RASUAH



"Orang ramai cenderung hanya memberi tumpuan kepada sektor awam manakala sektor swasta terlepas perhatian. Kerajaan atau penjawat awam, hakim-hakim dan lain-lain mestilah bersih manakala syarikat dan ahli perniagaan tidak perlu bersih kerana mereka hanya dinilai berdasarkan berapakah keuntungan yang mereka perolehi. Budaya itu mesti ditukar. AHLI POLITIK, sama ada mereka memerintah kerajaan atau pembangkang, tidak harus mengamalkan sikap bahawa mereka adalah terkecuali. Dalam usaha memerangi rasuah, tiada sesiapa yang istimewa dan terkecuali.” - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Abdul Hamid Mohamad mengulas mengenai usaha membenteras rasuah.

Friday, February 3, 2012

KAMELIA DESAK SHAHRIZAT BERTANGGUNGJAWAB

Nampaknya, bukan semua kepimpinan Wanita Umno menyokong Shahrizat Jalil dalam kes skandal lembu Gemas.

Hari ini, orang nombor dua Wanita Umno, Kamelia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno, mengeluarkan kenyataan mendesak Shahrizat bertanggung jawab demi kepentingan parti.

Kata Kamelia: "Secara individu sebagai ahli parti jika kita MENJADI BEBAN kepada parti, maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti."
http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newspolitic.php?id=643918

Dan apa reaksi Shahrizat?

"saya tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesa saya meletak jawatan."
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/3/mstar_berita/20120203220934&sec=mstar_berita

Dan reaksi SPRM hari ini.


"Siasatan dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) akan selesai bila-bila masa sahaja." - Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm


Tidak sabar kita menunggu akan kesudahannya cerita Shahrizat dan skandal lembu ini. Yang menarik, kegarangan Shahrizat membikin isu ini bertambah menarik.


Rasa-rasanya, kesudahannya akan berakhir dengan linangan air mata.

RAFIDAH DESAK SHAHRIZAT "POTONG IBU JARI KAKI"

Isnin ini, Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas sebagai Menteri selepas mengambil cuti 3 minggu bagi membolehkan SPRM dan Polis menyelesaikan siasatan keatas isu lembu yang membelenggu suami dan anak-anak Ketua Wanita Umno ini.

Yang menariknya, kepulangan Shahrizat hari ini disambut dengan dua artikel menarik yang disiarkan oleh dua akhbar berbahasa Inggeris.

Petikan pertama dari akhbar the Star.
The pressure is building. Shortly before she went on leave, a minister had asked her to her face when she was quitting. When she replied that the Prime Minister had not said anything, the minister told her there was no need to wait till the Prime Minister tells her to go. (Tekanan semakin ketara (keatas Shahrizat). Sejurus sebelum beliau mengambil cuti, seorang Menteri secara bersemuka bertanyakan kepada Shahrizat bila beliau mahu meletakkan jawatan. Apabila Shahrizat menjawab Perdana Menteri tidak berkata apa-apa, Menteri berkenaan berkata "tidak perlu lah tunggu sampai Perdana Menteri suruh letak jawatan.!")
Artikel Star: http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2012/2/2/columnists/joceline/10657192&sec=joceline

Kita tabik Menteri berkenaan.

Sementara itu sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Malay Mail, hari ini juga menyiarkan satu artikel yang sudah pasti menyebabkan Shahrizat seram sejuk. Artikel tersebut menyiarkan kenyataan Rafidah Aziz, Ketua Wanita yang ditewaskan Shahrizat pada pemilihan Wanita Umno yang lalu. Kata Rafidah:

“If you are a problem to the party and government, please move out! That’s it (for) everyone, whether it’s got to do with cows or anything (else). That’s the most matured way of dealing with your problems. Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You’re missing the point! The point is: damn it, decide, don’t leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don’t leave the onus on the Prime Minister to decide for you. “If your toe has gangrene, you don’t chop off the whole leg, you just amputate the toe!” (Jika awak menjadi satu masalah kepada kerajaan dan parti, sila berambus! Ini ditujukan kepada semua orang, samada ia berkaitan dengan isu lembu atau isu lain. Itulah cara yang paling berakal untuk mengatasi masalah awak. Kenapa awak begitu keras kepala selepas 3 minggu bercuti? Awak tak faham kah apa yang dikehendaki awak lakukan? Yang dinantikan ialah, tolonglah, buat keputusan. Jangan letakkan beban kepada Perdana Menteri. Jangan membebankan Perdana Menteri untuk keputusan untuk awak. Kalau ibu kaki awak busuk, jangan potong seluruh kaki awak, memotong ibu jari kaki awak sudah mencukupi."
http://www.mmail.com.my/story/rafidah-leave-if-you-are-burden

Dah lama kita ternanti-nanti reaksi Kak Rafidah mengenai isu lembu melibatkan kaum kerabat Shahrizat.

Marah Rafidah kerana sayangkan parti. Parti lebih penting dari Shahrizat. Satu Shahrizat pergi, beribu datang.

Alangkah baiknya sekiranya Shahrizat menjadikan teguran Rafidah, orang lama yang juga Tok Guru Shahrizat di dalam Wanita Umno, sebagai panduan.

Rafidah menegur kerana sayangkan Shahrizat. Kalau Shahrizat perlu potong ibu jari kakinya, potong sajalah demi parti yang tercinta.

Terima kasih Rafidah atas teguran sebagai kakak sulung Wanita Umno.