Showing posts with label ong tee keat. Show all posts
Showing posts with label ong tee keat. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

KETUA PEMUDA TAMPIN HEBAT & GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA


Saya SILAP.

Semalam saya menulis mengatakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya Khairy Jamaluddin tergolong di dalam golongan PENGECUT yang dimaksudkan oleh bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Terlupa kita kepada Pemuda Umno Tampin dan Ketua Pemudanya Ridzuan Ahmad. Ternyata beliau bukan PENGECUT. Terima kasih kepada yang menghantar SMS mengingatkan akan KEPAHLAWANAN Ketua Pemuda Tampin.

Ridzuan dan Pemuda Tampin pada Ogos, 2015, meluluskan SEBULAT SUARA usul meminta Najib Razak MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO dan Perdana Menteri.

Tahniah kepada Ridzuan di atas keprihatinan Pemuda Tampin kepada masalah negara.


Semalam, blogger terkenal, Abdul Kadir Jasin, menyarankan agar semua parti politik di Malaysia - Umno, Pas, DAP, PKR, Amanah -  memulakan satu GERAKAN MENYELAMATKAN MALAYSIA dari kehancuran.

Jangan harapkan kepada Dr Mahathir Mohamad seorang, kata Kadir.

Kadir mengkritik beberapa pemimpin Umno yang saban hari menyumpah Dr Mahathir dan mengharapkan beliau cepat MATI.

Mereka ini LUPA, kata Kadir, bahawa mereka berada di jawatan sekarang kerana Dr Mahathir.


Tak dapat dibayangkan sekiranya kesemua parti ini SEPAKAT untuk meminta Najib meletakkan jawatan.

Bayangkan satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Stadium Bukit Jalil dan kehadirannya terdiri dari:

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz,  Tan Sri Zainuddin Maidin, Dato' Seri Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Zaid Ibrahim, Dato' Ibrahim Ali, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, Dato' Dr Affifuddin Omar, Dato' Hamidah Osman, Dato' Saifuddin Abdullah, Dato' Khairuddin Abu Hassan, dan beberapa pemimpin lagi termasuk bekas kakitangan awam seperti KSU, SPRM dan polis. 

Dan mungkin juga beberapa Menteri Kabinet dan Menteri Besar dapat turut serta demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA terutamanya Menteri-Menteri yang sudah berusia seperti Mustapa Mohamed.

Tok Pa perlu ingat, negara ini akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Adakah Tok Pa, dalam usia yang tinggal tidak berapa hari saja lagi, sanggup melihat Malaysia yang ditadbirnya hari ini diserahkan kepada anak cucunya di dalam keadaan TENAT seperti sekarang?

Ingatlah, negara ini bukan hak individu tertentu. Ia adalah hak rakyat dan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Thursday, February 9, 2012

PENGUNDI CINA AKAN BAWA BENCANA PADA BN

"Kalau kita menyingkap semula sejarah, iaitu sejarah PRU lalu pada 2004, 1999, dan 1995. Dalam tiga PRU itu sebenarnya masyarakat cina memberikan sokongan yang meyakinkan kepada BN sehingga banyak kubu pembangkang telah tumpas, itu membuktikan pada ketika itu kaum Cina menaruh kepercayaan melalui MCA. Sokongan kaum Cina terhadap BN nampak begitu tenat hari ini. Apa yang berlaku pada tsunami politik yang 2008 bukan sesuatu petanda baru tetapi sudah ada tanda-tanda awal. Semua parti komponen perlu terus terang apa yang tidak kena dalam hal ini, jika dibiarkan ianya berlarutan akan jadi satu bencana kepada BN pada PRU-13."

"Pada keseluruhannya kaum Tionghoa memang beriktizam untuk menuntut keadilan­ atas beberapa keadilan misalnya dari segi peluang ekonomi. Saya faham , memang ramai pihak cakap kaum Cina sudah dapat sekian banyak peratusan daripada hasil ekonomi negara, tetapi perlu diingat bahawa peratusan yang dimaksudkan itu sebenarnya tertumpu kepada golongan yang tertentu khasnya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu. Bukannya peniaga kecil. Kalaulah kita cuma menganalisakan soal peratusan sahaja agak tercicir kerana apa yang rakyat mahu adalah peluang." - Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tee-keat-sokongan-cina-tenat-1.22732

Kenyataan ini dibuat oleh Ong Tee Keat dalam satu temuramah yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Sekurang-kurangnya, Tee Keat berterus-terang mengenai isihati pengundi Cina terhadap kerajaan. Apa yang hendak disampaikan oleh Tee Keat ialah pengundi Cina pada PRU kali ini tidak akan menyokong MCA dan Kerajaan dan seperti kata beliau SOKONGAN KAUM CINA TERHADAP BN KINI TENAT.

Kita juga bersetuju dengan pandangan Tee Keat bahawa ramai kaum Cina yang tidak puashati dengan pembahagian ekonomi negara.

Rasanya, apa yang dimaksudkan oleh Tee Keat ialah Cina yang kaya akan terus kaya dan bertambah kaya dan Cina yang miskin, akan terus papa kedana dan tidak terbela.

Apa tidaknya, Perdana Menteri saling bertukar, towkay Cina yang sama juga menjadi pilihan. Tiada nama jutawan Cina baru yang timbul. Mungkin inilah yang menjadi kemarahan pengundi Cina.