Thursday, February 9, 2012

PENGUNDI CINA AKAN BAWA BENCANA PADA BN

"Kalau kita menyingkap semula sejarah, iaitu sejarah PRU lalu pada 2004, 1999, dan 1995. Dalam tiga PRU itu sebenarnya masyarakat cina memberikan sokongan yang meyakinkan kepada BN sehingga banyak kubu pembangkang telah tumpas, itu membuktikan pada ketika itu kaum Cina menaruh kepercayaan melalui MCA. Sokongan kaum Cina terhadap BN nampak begitu tenat hari ini. Apa yang berlaku pada tsunami politik yang 2008 bukan sesuatu petanda baru tetapi sudah ada tanda-tanda awal. Semua parti komponen perlu terus terang apa yang tidak kena dalam hal ini, jika dibiarkan ianya berlarutan akan jadi satu bencana kepada BN pada PRU-13."

"Pada keseluruhannya kaum Tionghoa memang beriktizam untuk menuntut keadilan­ atas beberapa keadilan misalnya dari segi peluang ekonomi. Saya faham , memang ramai pihak cakap kaum Cina sudah dapat sekian banyak peratusan daripada hasil ekonomi negara, tetapi perlu diingat bahawa peratusan yang dimaksudkan itu sebenarnya tertumpu kepada golongan yang tertentu khasnya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu. Bukannya peniaga kecil. Kalaulah kita cuma menganalisakan soal peratusan sahaja agak tercicir kerana apa yang rakyat mahu adalah peluang." - Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tee-keat-sokongan-cina-tenat-1.22732

Kenyataan ini dibuat oleh Ong Tee Keat dalam satu temuramah yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Sekurang-kurangnya, Tee Keat berterus-terang mengenai isihati pengundi Cina terhadap kerajaan. Apa yang hendak disampaikan oleh Tee Keat ialah pengundi Cina pada PRU kali ini tidak akan menyokong MCA dan Kerajaan dan seperti kata beliau SOKONGAN KAUM CINA TERHADAP BN KINI TENAT.

Kita juga bersetuju dengan pandangan Tee Keat bahawa ramai kaum Cina yang tidak puashati dengan pembahagian ekonomi negara.

Rasanya, apa yang dimaksudkan oleh Tee Keat ialah Cina yang kaya akan terus kaya dan bertambah kaya dan Cina yang miskin, akan terus papa kedana dan tidak terbela.

Apa tidaknya, Perdana Menteri saling bertukar, towkay Cina yang sama juga menjadi pilihan. Tiada nama jutawan Cina baru yang timbul. Mungkin inilah yang menjadi kemarahan pengundi Cina.

No comments: