Tuesday, March 31, 2020

GELAGAT MENTERI PERIKATAN NASIONAL

Image

APA Menteri-Menteri Kabinet buat sepanjang krisis wabak COVID-19?

Semalam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamaruddin memakai PPE yang dikhaskan untuk kakitangan perubatan  untuk sesi foto dan media.



Menteri Kesihatan Adham Baba akan diingati sebagai Menteri yang menyuruh rakyat minum air suam untuk membunuh virus.

Image

Image

RINA HARUN. 18 bulan menjadi Menteri dibawah kerajaan Pakatan Harapan, apa khidmat peninggalan beliau kita pun tak tahu. 

Tetapi di bawah Perikatan Nasional ini, kita ingat Rina PECAT Pengerusi Yayasan Kebajikan Kebangsaan ketika COVID-19 menyerang negara dan NASIHAT Kementerian beliau supaya isteri-isteri bertutur macam DORAEMON dengan suami masing-masing.

Image
Malaysiakini - Hanya '6 jahanam' berani keluar Umno – Abdul Latiff


DR LATIF AHMAD. Sehingga hari ini tak muncul-muncul. Entah apa yang beliau buat dalam bilik air-cond di Kementerian.

Selepas bertahun-tahun jadi Timbalan Menteri, selepas keluar Umno baru Latif merasa untuk jadi Menteri.

Setakat ini JASA beliau ialah MEMECAT profesional MELAYU di dalam Mara.

Monday, March 30, 2020

RAKYAT RINDUKAN AZEEZ RAHIM KETIKA NEGARA DILANDA MUSIBAH


HEBAT Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew atau nama Cina beliau, Lew Yun Pau.

Ketika negara dilanda MUSIBAH, Ebit ke sana ke mari membantu kakitangan hospital mengharungi cabaran CORONAVIRUS atau COVID-19.

Ustaz-ustaz lain setakat CEMBURU dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ebit sehingga katanya ada yang mengatakan usaha beliau ini HARAM dari segi agama.

Apa kita nak hairan dengan orang-orang agama ini. Orang buat baik, dia kata haram. Najib Razak sapu RM2.6 bilion duit rakyat, ada yang menyokong Najib.

Kita ada dengar, ada Ustaz-Ustaz ini tak minat pun membantu rakyat ketika ini sebaliknya masih ada mengharap rakyat menderma kepada mereka ketika rakyat dilanda musibah ini.

Tetapi itu bukan FOKUS Jelapang.

Jelapang sebenarnya RINDUKAN Haji Azeez Rahim yang pernah menerajui institusi Islam terbesar di Malaysia - TABUNG HAJI.
Azeez Rahim bebas dengan jaminan SPRM - Semasa | mStar
Dalam keperitan ini, teringat pula pada Haji Azeez. Selalunya di dalam suasana GETIR ini, Haji Azeez lah yang paling sibuk.

Sedekah tilam, terpa sampai ke Jepun untuk tolong orang Jepun yang dilanda musibah.

Pergi ke Filipina sampai LUKA kepala nak membantu orang Filipina.

BICARA PERJUANGAN: KEPALA CEDERA DIHEMPAP BESI KHEMAH, DATUK AZEEZ ...

JUTA-JUTA ringgit Haji Azeez derma kepada mangsa.

Di mana Haji Azeez sekarang? Tak kan tak bantu rakyat dan para pegawai perubatan yang bertungkus lumus melawan COVID-19?



Sunday, March 29, 2020

"PENYAMUN" KELUAR SHOPPING


'PENYAMUN dengan topeng muka keluar beli barang kejap". 

Itu coretan Najib Razak di Facebook beliau. Akhirnya beliau mengaku beliau adalah seorang "PENYAMUN".

Jika kita mengikuti FB Najib, kerja dia sekarang ini ialah bagi ARAHAN saja. Hari ini bagi ARAHAN kepada rakyat untuk pakai kad kredit atau kad debit.

Cukup-cukuplah bagi arahan.

Tolong rakyat dan negara pula. Bagi penyelesaian kepada kerajaan bagaimana nak servis hutang 1MDB untuk tahun 2020 berjumlah RM2.7 bilion itu ketika kerajaan perit mencari duit untuk beli peralatan perubatan untuk melawan CORONAVIRUS.

Tolong lah derma sedikit kekayaan itu untuk bantu orang-orang di kampung-kampung.

Gadailah sedikit kekayaan yang ada dengan mungkin menjual satu dia TIARA atau MAHKOTA yang isteri kamu beli semasa berkuasa dulu.

Bantulah rakyat walaupun bergelar PENYAMUN.

Motif Rosmah Ada Koleksi Tiara , Dia Ingat Dia Sailormoon Ke Apa ...

Monday, March 23, 2020

COVID-19: BILA JUTAWAN MALAYSIA NAK BANTU RAKYAT



SEDIH tengok video kakitangan perubatan guna beg sampah untuk keselamatan diri menghadapi koronavirus.

Teringat kembali kepada satu "posting" Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah pada 17 Julai 2019.

"Kita sekarang ini kekurangan peruntukan, kekurangan kakitangan, gaji di bawah kadar sepatutnya, bebanan kerja tinggi (overworked), limpahan melampaui kemampuan dan premis-pemis perubatan dibanjiri pesakit."

Image
Kerajaan pula nampak seperti kekurangan sumber kewangan apabila rakyat dibenarkan mengeluarkan wang sendiri dari EPF mereka.

Ketika negara dilanda musibah, di mana bilionaire-bilionaire Malaysia? Di mana syarikat-syarikat hebat Malaysia? Tak kan Tenaga Nasional yang untuk berbilion ringgit hanya mampu memberi 2% diskaun kepada rakyat Malaysia. Di mana orang-orang politik yang kaya-raya yang ada bilion-bilion dalam bank sehinggakan RM2 juta bagi mereka hanya duit poket.

Bantulah!!! Tak kan fikir diri sendiri sahaja. Senang pun kerana rakyat, tak kan tak boleh kembalikan kekayaan mereka kepada rakyat.

Kalau tak faham, kita siarkan nama-nama mereka di bawah ini.


SENARAI 50 BILIONARE MALAYSIA.

1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion 
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion 
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion 
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion 
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion 
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng RM13.8 billion 
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion 
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion 
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion 
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion 
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion 
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion 
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion 
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion 
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion 
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion 
20. David Kong RM3.96 billion 
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion 
23. Vincent Tan RM3.3 billion 
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion 
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion 
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion 
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion 
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion 
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion 
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion 
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion 
33. Patrick Grove RM2.04 billion 
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion 
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion 
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion 
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion 
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion 
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion 
41. Tony Fernandes RM1.47 billion 42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion 
44. Wong Teek Son RM1.36 billion 
45. Mokhzani Mahathir RM1.34 billion 
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion 
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion 
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion 
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion 
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion

Dan mereka di bawah ini. Tak akan tak ada duit untuk dikembalikan kepada rakyat?

Image


Thursday, March 12, 2020

BENARKAH HOSPITAL KERAJAAN BERSEDIA HARUNGI CORONAVIRUS, ADHAM BABA?

Image result for adham baba coronavirus

BARU sehari dua jadi Menteri Kesihatan, kenyataan Adham Baba mengenai kesediaan hospital kerajaan merawat pesakit coronavirus agak meragukan.

Kalau Adham rajin sedikit, turunlah ke hospital-hospital kerajaan dan lihat sendiri bersedia atau tidak hospital-hospital ini mengharungi cabaran virus corona ini.

Teringat Jelapang apabila menziarahi seorang rakan di HUKM. Di pintu masuk ke hospital tersebut, terpampang satu notis meminta orangramai yang mempunyai sakit-sakit biasa supaya jangan datang ke HUKM sebaliknya ke pusat kesihatan terdekat.

Rakan saya nak masuk Wad pun kena tunggu giliran.

Begitu juga di Sungai Buloh. Suatu ketika anak rakan terkena denggi dan ke Hospital Sungai Buloh dan hanya diberi ubat dan disuruh balik kerana katil tak cukup.

Kalau sakit biasa-biasa pun katil tak cukup, bila masanya hospital-hospital kerajaan cukup persediaan menharungi cabaran coronavirus?

Elok Adham buat kerja lebih sedikit dari membuat kenyataan seolah-olah rakyat tidak tahu situasi sebenar di hospital-hospital kerajaan. 

Wednesday, March 11, 2020

MAT HASSAN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO, TAK DAPAT JAWATAN MENTERI? MAT HASSAN BUKAN ORANG ZAHID?

Image result for kabinet muhyiddin

TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kejayaan menjadi Perdana Menteri ke-8 Malaysia.

Ketika membentang senarai Kabinet beliau, Muhyiddin menyebut ahli Kabinet beliau telah melepasi saringan SPRM dan PDRM.

Siapa dalam SPRM yang menyucikan mereka-mereka ini? ANNUAR MUSA BERSIH? Muhyiddin lupa ke bahawa seorang KSU yang pernah berkhidmat untuk Annuar Musa pernah dijatuhkan hukuman penjara? Muhyiddin lupa ke kes Mara semasa Annuar Musa jadi Pengerusi Mara?

Bagaimana Fadhilah Yusof yang sebelum ini abang beliau terlibat dengan projek Pan Borneo boleh kembali ke Kementerian Kerja Raya?

Image result for kabinet muhyiddin

MENTERI merapu, Redzuan Kereta Terbang masih dalam Kabinet? 

Azmin Ali yang jelas dalam video SEMBURIT masih dalam Kabinet?

Siapa yang bersihkan imej mereka ini? Azam Baki? Hamid Bador?

Seorang Menteri dikatakan hanya berkelulusan SPM tetapi dalam biodata katanya ada BBA.

Seorang Timbalan Menteri hanya ada Diploma Pentadbiran Awam, tetapi isytihar ada MBA dari Northern California.

Tahniah kepada Pas kerana akhirnya Ahli Parlimennya dapat menjadi Menteri.

Seorang Menteri Pas berkelulusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan kini sedang memikirkan bagaimana nak yakinkan kerajaan India untuk membeli minyak sawit.

Sementara seorang lagi lulusan Dakwah dan Kepimpinan akan jaga alam sekitar dan isu-isu pembalakan haram seperti di Kelantan.

Kita hanya mampu berdoa semuga Allah swt memelihara negara kita ini.

Sementara itu Jelapang bersimpati dengan Ahli-Ahli Parlimen lain seperti Timbalan Presiden Umno Mohamed Hassan, Azalina Othman Said, Mahdzir Khalid, Bung Mokhtar Radin, Noh Omar, Shahidan Kassim, Idris Jusoh, Tajuddin Rahman, dan Ahmad Maslan yang tak dapat jawatan dalam Kabinet.

Elok mereka-mereka ini "check" mengapa tak tersenarai.

Zahid Hamidi tak hantar nama ke? Kalau tak hantar, maksudnya mereka BUKAN orang Zahid lah.

Katanya setiausaha politik Zahid pun dapat jawatan, tak kan Timbalan Presiden Umno boleh "miss"?

Jelapang sekadar kasihan kepada mereka-mereka ini..

Thursday, March 5, 2020

MEWAHNYA KEHIDUPAN PEMIMPIN UMNO

Image result for tengku adnan



SEMALAM rakyat berbicara mengenai DUA perkara.

KEKAYAAAN Teuku Adnan Teuku Mansor dan SELIPAR dan JAM TANGAN Annuar Musa.

Image
Image

Image

Wednesday, March 4, 2020

SENARAI PENGKHIANAT YANG MENGKHIANATI DR MAHATHIR

Image result for zahid mat arip

A.KADIR JASIN, penasihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli Majlis Tertinggi Bersatu, menerusi catatan di Facebook beliau hari ini menyenaraikan apa yang beliau labelkan sebagai "PENGKHIANAT".

Berikut ialah catatan beliau:


1. Apabila Tun Dr Mahathir memberitahu saya yang Tan Sri Muhyiddin mengaku dia anak orang alim bagi membuktikan yang dia orang baik, jawapan saya mudah saja.

2. Hanya syaitan bodoh saja merasuk anak orang jahat atau orang yang tidak ada pengaruh.


3. Tapi tidak ada syaitan yang bodoh. Syaitan cerdik cuma derhaka kepada Allah. Jadi syaitan akan rasuk orang yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi ramai orang.

4. Justeru itu, Tok Guru dan anak-anak Tok Guru yang berpengaruh adalah sasaran yang unggul bagi syaitan.

5. Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (MPT) yang bersidang pada hari Ahad 23 Februari lalu, seolah-olah dirasuk syaitan kerana bertubi-tubi mengasak Dr Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyertai Umno dan Pas.

6. Bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, sampai menghentak meja dan berkata buat kali pertama dia menyokong Muhyiddin. Yang saya tahu dia sebelum ini sangat benci kepada Muhyiddin.

7. Turut penyokong dengan lantang sampai tidak sedikit pun mempedulikan rayuan Dr Mahathir ada Ahli MPT yang diketahui bercita-cita tinggi seperti Rafiq, Redzuan dan Wan Saiful.

8. Yang bercakap mempertahankan Dr Mahathir adalah minoriti dan terdiri daripada ahli MPT yang tidak bercita-cita politik.

9. Tapi ada juga yang hipokrit dan tikam belakang. Di depan Dr Mahathir sokong tapi sebenarnya mengkhianati beliau. Dalam hal ini saya, secara peribadi, amat kecewa dengan mainan Ahmad Faizal aka Peja.

10. Jelas daripada asakan dan penderhakaan pada 23 Februari itu bahawa konspirasi keluar PH dan bergabung dengan Umno itu sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu, Umno, PKR dan Pas.

11. Ternyata Dr Mahathir juga dihampakan oleh watak-watak Umno yang beliau alu-alukan ke dalam Bersatu seperti Hamzah Zainuddin dan Mustapha Mohamed. Nampak seolah-olah ada usaha mengambil alih Bersatu oleh pendatang Umno ini.

12. Ini terbukti apabila Adun Umno dilantik menjadi MB Johor mengganti wakil Bersatu. Hal yang sama mungkin berlaku di negeri-negeri lain. Muhyiddin orang mulia, tapi kalau ini bukan pengkhianatan, apa lagi?

13. Inilah apa yang boleh saya simpulkan hasil daripada apa yang saya sendiri lihat dan apa yang saya dengar daripada Dr Mahathir.

14. Jadi apabila Muhyiddin berkata dia tidak mengkhianati Dr Mahathir, ia hanyalah simantik - antara yang tersurat dengan yang tersirat.

15. Sekali lagi Dr Mahathir telah dikhianati dan diderhakai oleh orang-orang yang dipercayainya.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A.Kadir Jasin.


Jika diteliti tulisan Kadir, senarai PENGKHIANAT adalah seperti berikut:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Setiausaha Politik Tun Mahathir, Zahid Mat Arip.

3. Exco Melaka dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohd Rafiq 

4. Bekas Menteri Kereta Terbang Redzuan

5. Pengerusi PTPTN dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan

6. Menteri Besar Perak Peja

7. Hamzah Zainuddin

8. Mustapa Mohamed

9. 

Tuesday, March 3, 2020

MUHYIDDIN BERJIWA BESAR, BOLEH DUDUK SEMEJA DENGAN MEREKA YANG PERNAH MENGHINA BELIAU DENGAN SKANDAL SEKS

Image result for muhyiddin perdana menteri

TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana AKHIRNYA dapat juga menyandang jawatan Perdana Menteri.

Kita kena tabik pada Muhyiddin kerana sanggup berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin Umno yang pernah memecat, mencaci, menghina beliau dan keluarganya.

Mungkin inilah perwatakan setiap ahli politik. Dicaci, dihina macam mana pun, kerana jawatan mereka masih dapat bersama.

Image result for skandal seks muhyiddin

Kita tidak boleh lupa bagaimana Muhyiddin dikaitkan dengan skandal seks dengan seorang wanita Cina dan isteri orang dan pelbagai tohmahan dilemparkan.(Bila dituduh ada skandal seks juga bermaksud berzina).

Antara yang menhentam Muhyiddin pada masa itu termasuk seorang pegawai biasa Najib Razak dan juga Annuar Musa.

Antara kenyataan Annuar Musa pada masa itu seperti yang dilaporkan: "Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran supaya membersihkan nama yang terpalit skandal seks sebelum mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa merujuk kepada dakwaan yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan seorang wanita baru-baru ini. Dia (Muhyiddin) tidak layak komen. Elok tumpu kepada usaha membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi,” kata Annuar kepada FMT."

Malahan pada masa itu NGO-NGO yang ada kaitan dengan Umno mendesak jabatan agama agar menyiasat skandal seks ini.

Mungkin Muhyiddin sudah memaafkan Najib, Annuar Musa dan kesemua pemimpin Umno yang meraikan dakwaan skandal seks beliau pada masa itu sehinggakan sekarang ini beliau tidak ada masalah duduk bersebelahan bersama mereka membina sebuah kerajaan.

Semuga Muhyiddin dapat mentadbir negara dengan baik dengan mereka-mereka ini.