Tuesday, March 31, 2020

GELAGAT MENTERI PERIKATAN NASIONAL

Image

APA Menteri-Menteri Kabinet buat sepanjang krisis wabak COVID-19?

Semalam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamaruddin memakai PPE yang dikhaskan untuk kakitangan perubatan  untuk sesi foto dan media.



Menteri Kesihatan Adham Baba akan diingati sebagai Menteri yang menyuruh rakyat minum air suam untuk membunuh virus.

Image

Image

RINA HARUN. 18 bulan menjadi Menteri dibawah kerajaan Pakatan Harapan, apa khidmat peninggalan beliau kita pun tak tahu. 

Tetapi di bawah Perikatan Nasional ini, kita ingat Rina PECAT Pengerusi Yayasan Kebajikan Kebangsaan ketika COVID-19 menyerang negara dan NASIHAT Kementerian beliau supaya isteri-isteri bertutur macam DORAEMON dengan suami masing-masing.

Image
Malaysiakini - Hanya '6 jahanam' berani keluar Umno – Abdul Latiff


DR LATIF AHMAD. Sehingga hari ini tak muncul-muncul. Entah apa yang beliau buat dalam bilik air-cond di Kementerian.

Selepas bertahun-tahun jadi Timbalan Menteri, selepas keluar Umno baru Latif merasa untuk jadi Menteri.

Setakat ini JASA beliau ialah MEMECAT profesional MELAYU di dalam Mara.

No comments: