Tuesday, March 26, 2019

NURUL IZZAH GUSAR PAPA TAK SEMPAT JADI PM

Image result for nurul izzah private jet

FAKTA: NURUL Izzah memilih Singapura untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad.

FAKTA: Nurul Izzah mengakui tanpa Dr Mahathir Pakatan Rakyat tidak mampu menjatuhkan kerajaan BN dan atas sebab itu beliau ke London memujuk Dr Mahathir agar kekal bersama Pakatan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin diarahkan oleh Tun Mahathir untuk membawa keluar Bersatu dari Pakatan sebelum PRU14.

FAKTA: Nurul Izzah melabelkan Dr Mahathir sebagai DIKTATOR dan kesukaran KELUARGA beliau berkerja bersama Tun.

Temuramah yang diberikan oleh Nurul Izzah kepada media Singapura bukan kebetulan.

Apakah gambaran dari temuramah tersebut:

1. Nurul dan keluarga beliau kini umpama cacing kepanasan, bimbang Anwar Ibrahim tak jadi Perdana Menteri.

2. Anwar bimbang usaha Dr Mahathir memperbaiki negara dari kerosakan teruk hasil perbuatan Najib Razak akan menjadi LEGASI Mahathir yang akan memberi keyakinan rakyat bahawa Dr Mahathir lebih layak memimpin Malaysia dari Anwar.

3. Serangan Nurul akan menimbulkan spekulasi bahawa itulah tujuan Nurul Izzah menolak semua peranan dalam kerajaan Mahathir kerana tidak mahu Mahathir berjaya dan gagal serta mahukan bapa beliau dinobatkan segera sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir mungkin seorang diktator dalam kamus hidup keluarga Anwar tetapi beliau tidak ada masalah moral dan tidak pernah dituduh meliwat.

Seorang pemimpin perlu mempunyai moral yang tinggi, sesiapa yang tidak bermoral atau didakwa mempunyai masalah moral termasuk video seks TIDAK layak memimpin negara.

Rasanya ada baik Nurul Izzah tumpukan usaha memperkuatkan bapa beliau di dalam PKR. Khabarnya hanya 30 peratus ahli PKR menyokong Anwar dan keluarga beliau.

Nurul Izzah kena ingat bahawa selama ini pemimpin-pemimpin PKR sekarang terutamanya Azmin Ali lah yang membawa PANJI-PANJI PKR ketika Anwar merengkok di penjara akibat perbuatan beliau sendiri.

Jika keluarga Anwar tidak lagi yakin dengan Dr Mahathir, alangkah baiknya Anwar membawa diri dan tubuhkan kerajaan dengan sekutu-sekutu lain. Umno/Pas/MIC/MCA nampak seolah-olah sanggup melakukan apa saja untuk Anwar seperti yang dinyatakan oleh Nazri Aziz.

Jika Anwar hendak tunggu juga, tunggu lah. Dr Mahathir sudah nyatakan ekonomi negara akan pulih dalam masa 3 tahun lagi.

Ia bermakna Dr Mahathir akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ekonomi pulih.

Jika nak cepat jadi Perdana Menteri, Anwar kena keluar Pakatan sebab Dr Mahathir perlukan masa untuk pulihkan ekonomi.

Lagipun Dr Mahathir sudah nyatakan beliau kecewa dengan "mereka" (keluarga Anwar).

Wednesday, March 20, 2019

NEW ZEALAND AJAR DUNIA, PAS & UMNO BAGAIMANA CARA MENGHORMATI MANUSIA

Image result for new zealand shooting prime minister

AZAN Jumaat akan berkumandang di setiap saluran radio dan TV di New Zealand esok.

Esok, wanita di seluruh New Zealand akan memakai tudung tanda simpati terhadap umat Islam New Zealand berikutan pembunuhan kejam oleh pengganas Australia yang membunuh 50 orang Islam ketika solat Jumaat di sebuah masjid di Christchurch minggu lepas.

Semalam di Parlimen New Zealand, Speaker Parlimen memulakan sesi Parlimen dengan ayat "Assalamualaikum".

Semalam juga seorang Imam dijemput ke Parlimen untuk membaca ayat suci AlQuran dan membaca doa.

Begitulah penghormatan yang diberikan oleh rakyat New Zealand yang beragama Kristian kepada umat Islam New Zealand.

Perghormatan ini yang perlu dijadi ikhtibar oleh dunia. Sikap hormat pemimpin Kristian New Zealand terutamanya Perdana Menteri Jacinta Ardern terhadap umat Islam memalukan dunia, memalukan Donald Trump dan memalukan lebai-lebai Pas dan Umno di Malaysia.

Di Malaysia, secara terang-terangan lebai-lebai Umno dan Pas menyerang bangsa lain termasuk sekutu mereka sendiri - MIC dan MCA.

Sesiapa yang pernah ke New Zealand sudah pasti tahu bahawa rakyat negara tersebut tidak sama seperti di negara-negara lain. 

Mereka cintakan keamanan. Mereka mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada orang lain. Kaum Maori disanjung tinggi oleh mereka. Budaya kaum Maori di mertabatkan.

Semuga penghormatan yang ditunjukkan oleh New Zealand menjadi pedoman kepada dunia terutamanya pemimpin politik di Malaysia.

Tak guna jadi lebai macam pemimpin Pas jika pemikaran mereka penuh perasaan rasis.



Thursday, March 14, 2019

TUN DR MAHATHIR PERLU ROMBAK KABINET

Image result for rombakan kabinet

RAMAI membuat spekulasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan merombak Kabinet beliau tidak lama lagi.

Kalau dalam sektor korporat, prestasi seseorang CEO atau pegawai kanan akan bergantung kepada pencapaian KPI mereka.

Gagal mencapai KPI, syarikat akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menamatkan perkhidmatan beliau.

Begitu juga dengan Menteri-Menteri Kabinet. Seharusnya parti-parti komponen Pakatan mempunyai KPI untuk wakil-wakil mereka di dalam Kabinet.

Begitu juga Tun Dr Mahathir, sudah tentu beliau mempunyai KPI untuk Menteri-Menteri Kabinet beliau.

Apakah prestasi Menteri-Menteri Kabinet Tun memenuhi hasrat rakyat?

Dari segi luaran, ramai yang GAGAL menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri. Lebih memalukan ada antara ahli-ahli Kabinet yang MENIPU kelulusan akademik mereka.

Amat memalukan apabila Tun Dr Mahathir sendiri dilontar soalan mengenai penipuan kelulusan akademik ahli Kabinet beliau.

Mahu tidak mahu, Tun Dr Mahathir perlu merombak kabinet beliau.

Menteri Kepenggunaan Saifuddin Nasution GAGAL mentadbir dengan baik sehinggakan menjadi bahan tertawa rakyat apabila beliau mengumumkan penurunan harga telur sebanyak DUA SEN. Ia gambaran bahawa Saifuddin tidak faham keperitan rakyat. Kementerian beliau amat penting dalam menangani kenaikan kos hidup dan Saifuddin GAGAL dalam menjalankan tugas beliau.

Menteri Pelancongan Muhammadin Ketapi gagal memacu industri pelancongan.

Gobind Singh Deo antara Menteri-Menteri yang mempunyai prestasi yang baik. Cuma sesuai kah beliau diletakkan menjaga Kementerian Penerangan?

Ketika pertama kali Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dikelilingi oleh orang-orang kanan yang hebat-hebat belaka.

Antaranya Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat yang bertanggungjawab menyusun agensi penyebaran maklumat seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan.

Inilah agensi-agensi yang patut mengambil peranan utama dalam memperjelaskan dasar dan isu-isu melibatkan kerajaan.

Tetapi agensi-agensi ini kelihatan lesu dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka terutama Jabatan Peneragan.

Memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu, Menteri Penerangan seharusnya Menteri Melayu untuk membantu Tun Dr Mahathir di dalam pentadbiran beliau.

Bulan Mei nanti GENAP lah setahun Pakatan memerintah dan masa yang amat sesuai untuk Tun Dr Mahathir memperkemaskan Kabinet beliau.

Wednesday, March 13, 2019

UMNO PERLU LANTIK PEMIMPIN PAS DALAM EXCO PERLIS & PAHANG

Image result for umno pas hasan

TAK lama lagi, "perkahwinan" Pas-Umno akan dimanifestasikan dengan "pemerintahan bersama" Pas dan Umno di Pahang, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Dalam masa yang sama, Pas dan Umno akan berpakat merampas kuasa di Perak dan Kedah dari tangan Pakatan.

Dalam suasana politik sekarang, kita perlu menghisab siapa yang sebenarnya memerlukan satu sama lain.

Pas perlukan Umno atau Umno perlukan Pas?

Sejarah Pas penuh ranjau - "berkahwin" dengan ramai orang tapi kesemuanya berakhir dengan "perceraian".

Dalam tahun-tahun 70an, Pas tidur satu ranjang dengan BN, akhirnya bercerai dan hilang Kelantan.

Dengan DAP pun pernah berkahwin, dan bercerai.

Sekarang Pas "sekatil" dengan Umno. Adakah perkahwinan ini akan kekal abadi?

Kini Pas dan Umno umpama suami isteri dan tinggal serumah.

Sekarang suami dan isteri sedang berbincang mahu sama-sama menguruskan rumahtangga.

Timbul idea supaya "suami-isteri" harus sama-sama menguruskan Pahang, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Baru seminggu berkahwin, sudahkah Umno dan Pas benar-benar mengenali isihati masing-masing?

Sebagai tanda keikhlasan, ada baiknya Umno memulakan langkah tanda keikhlasan.

Ianya boleh dimulakan dengan Kerajaan Umno di Pahang dan Perlis merombak barisan Exco masing-masing dan melantik DUA ahli Exco dari pimpinan Pas.

Sebagai balasan, Kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu turut merombak barisan exco mereka untuk memberi kerusi Exco kepada pemimpin Umno di Kelantan dan Terengganu.

Ini sebagai simbol keikhlasan masing-masing.

Jika tidak, perkahwinan ini hanya sementara dan hanya untuk memenangkan Umno dalam pilihanraya-pilihanraya kecil.   

Tuesday, March 5, 2019

TUN BERLEMBUT, PEMIMPIN UMNO PIJAK KEPALA



UMNO menang di Semenyih, sekali lagi dengan bantuan Pas, tanpa perlu bantuan MCA dan MIC.

Biarlah Najib Razak dituduh pencuri, biarlah pencuri dikatakan tak takut pada kerajaan, pengundi Melayu termasuk ahli Pas tetap mengundi parti yang ditunjang oleh Najib.

Macam-macam dituntut oleh Umno dan Najib, kenapa tol Plus tak di"percuma"kan walaupun semua tahu bahawa Najib lah yang memanjangkan tempoh konsesi kutipan tol untuk Lebuhraya Plus sehingga 2038.

Kalau ikut jadual, sudah tidak ada tol di lebuhraya Plus, tetapi Najib panjangkan tempoh kutipan tol.

Kenapa Najib dan Umno berani bangun menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang?

Kerana mereka tahu Tun Mahathir hati lembut.

Najib dan Rosmah patut dipakaikan baju oren, tak tergamak Tun hendak arahkan SPRM untuk melakukannya.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid disiasat SPRM, sehingga sekarang belum didakwa.

Macam-macam isu semasa Ismail Sabri menjadi Menteri sehinggakan KSU Kementerian beliau dipenjarakan, siasatan tidak dilakukan.

Macam-macam kes Mara timbul, Annuar Musa masih gah dengan gayanya.

Macam-macam cerita mengenai anak Rosmah Mansor, Riza Aziz, sehingga kini entah apa jadi dengan kes beliau.

Bung Mokhtar ada kes Felcra di mana isteri beliau turut disiasat, senyap sunyi kes mereka.

Kes Tajuddin Rahman Pasir Salak di Felcra, diam begitu saja.

Shahrizat Jalil rasanya berdiam diri dengan harapan Tun Mahathir lupa padanya.

Tak mungkin Tun lupa kes Mohamed Hassan hantar wang melalui "money changer" ke London?

Pas pun banyak duit sekarang. Nak bayar cash RM1.4 juta pada Claire Sarawak Report.

Pemimpin Pas pun kaya raya. Ada Ahli Parlimennya beli kereta Audi mewah untuk bini muda. Mana datang duitnya.

Itulah akibatnya bila Tun Mahathir terlalu berlembut.

Dan banyak lagi kalau mahu disenaraikan.

Bila Tun berlembut orang pijak kepala.

Itulah yang terjadi di Semenyih. Tiap-tiap hari kepala Tun dipijak.

Cukup-cukuplah Tun berlembut. Yang salah, tetap salah. Perbetulkan negara dan yang menyamun suatu ketika dulu perlu dihukum.

Maka hukumlah mereka tanpa belas kasihan.