Showing posts with label dr mahathir. Show all posts
Showing posts with label dr mahathir. Show all posts

Thursday, October 1, 2020

TUN MAHATHIR GAMBARKAN BAKAL PERDANA MENTERI ANWAR IBRAHIM SEORANG LUPA DIRI, TAK KENANG BUDI

 Anwar Ibrahim. Azmin Ali. Angkuh Sombong. Archives - MalaysiaGazette 

HARI INI Tun Dr Mahathir Mohamad menDEDAHkan sesuatu yang sudah lama kita ketahui mengenai 'BAKAL PERDANA MENTERI" Anwar Ibrahim - seorang yang lupa diri dan tak kenang jasa.

Berikut kenyataan yang dibuat oleh Tun hari ini:

 

 Tun M: Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia tak sokong saya

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menerima sokongan Anwar Ibrahim walaupun telah mengaturkan pembebasan pemimpin PKR itu dari penjara dan pengampunan diraja.

"Selepas, saya mengaturkan pembebasan beliau dan pengampunan diraja, dia tidak nak sokong saya.

"Dia pusing jumpa semua orang. Jumpa raja-raja, jumpa orang asing, bukan sokong saya. Dia kritikal terhadap saya," kata Mahathir dalam satu wawancara bersama Malaysia Gazette.

Mahathir mempunyai hubungan tegang dengan Anwar sejak tahun 1990-an tetapi bertukar sekutu dalam gabungan Pakatan Harapan pada pilihan raya 2018.

Setelah PH memenangi pilihan raya, Mahathir mengotakan janjinya dengan mengaturkan pengampunan diraja kepada Anwar atas tuduhan meliwat.

Tidak lama kemudian, Anwar kembali ke parlimen dan hubungan mereka kembali dingin ekoran desakan terhadap rancangan penggantian jawatan perdana menteri.

Akhirnya, Anwar setuju untuk tidak menetapkan tarikh bagi Mahathir melepaskan jawatan, tetapi ianya sudah terlambat kerana "Langkah Sheraton" dan kerajaan PH runtuh.

Mahathir berkata bahawa beliau membawa Anwar seorang aktivis Islam yang lantang pada tahun 1970-an, menyertai Umno pada tahun 1982 walaupun mendapat tentangan besar ahli parti lain.

Ketika bersama Umno selama 16 tahun, Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 1993.

"Tapi, bila dia menjadi timbalan perdana menteri, dia cuba menjatuhkan saya," kata Mahathir.

'Zahid kroni Anwar'

Mahathir mendakwa Anwar cuba menumbangkan beliau melalui proksi dan mencetuskan himpunan dan protes.

Beliau juga menuduh Anwar membantu kroninya mengumpulkan kekayaan yang luar biasa dan secara khusus mendakwa salah seorang kroni Anwar itu ialah Ahmad Zahid Hamidi yang sekarang menerajui Umno.

"Itu cara Anwar," kata Mahathir.

Beliau juga mengulas mengenai pengumuman terbaru Anwar yang berkata mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Mahathir berkata beliau pernah mendengarnya sebelum ini dan tidak pasti apakah Anwar akan berjaya kali ini.

Jelasnya lagi, beliau yakin bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan yang tidak menentu.

"Saya dapati kenyataan Anwar ini, kalau benar dua tiga orang Umno tolak Muhyiddin, dia jatuh.

"Soal Muhyiddin jatuh satu perkara, soal siapa sokong Anwar adalah perkara lain," kata Mahathir.

Pada 23 September lalu, Anwar buat kali ketiga dalam kerjaya politiknya menyatakan bahawa beliaumempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan tetapi tiada sebarang perkembangan selepas itu.

Setakat semalam, Muhyiddin maish mempengerusikan mesyuarat kabinet kerajaan PN.






Wednesday, June 24, 2020

TUN MAHATHIR PERLU LUPAKAN ANWAR IBRAHIM

Image

KEPUTUSAN TERBAIK Dr Mahathir Mohamad setakat ini ialah membuat keputusan untuk TIDAK lagi BERKERJASAMA dengan Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir sudah DUA kali menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin Yassin yang tak pernah mimpi nak jadi Perdana Menteri pun dah jadi PM.

Selepas PRU-15 nanti Zahid Hamidi pula akan jadi Perdana Menteri, itupun kalau tak disabotaj oleh bekas bos beliau sendiri. 

Tak ada guna Dr Mahathir bergantung harapan pada Anwar. Anwar adalah penyebab Pakatan Harapan kucar kacir disebabkan kacau bilau yang ditimbulkan oleh Anwar dengan mendesak Dr Mahatir hampir setiap hari selama 22 bulan untuk menyerahkan jawatan PM kepada beliau.

Berpuluh tahun Anwar hidup bergantung kepada orang lain untuk naik.

Kini sampai masa Anwar tunjuk kekuatan pengaruh beliau dan kehebatan menjadi Perdana Menteri tanpa bantuan sesiapa.

Kalau Anwar ingat Umno nak bantu beliau, mimpi di siang hari lah.

Zahid belum merasa menjadi PM. Najib dan Rosmah masih bermimpi kembali berkuasa.

Anwar teruskanlah perjuangan. Gunalah pengaruh Rafizi, Dollah Sani, Johari Abdul dan staf beliau yang nama macam org Filipina untuk berkuasa.

Harapan kita, Dr Mahathir bersara dari politik dan biarkan Anwar dengan labunya. 

Monday, February 17, 2020

MENTERI ROTI JOHN

Image result for mat sabu tun dr mahathir



SIAPA Menteri yang MEMALUKAN negara ketika bertemu dengan pegawai kanan negara asing?

Harap Tun Mahathir Mohamad boleh dedahkan siapa Menteri yang tiada pelajaran ini.

Di kedai-kedai kopi rakyat meneka Menteri tersebut ialah Mohamad Sabu.

Jika tak benar, Mohamad Sabu boleh nafikan atau Tun Mahathir sendiri boleh nafikan.



https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2020/02/16/the-pakatan-harapan-wild-card

Monday, January 20, 2020

RAKYAT MELUAT DENGAN PAKATAN TERMASUK ANWAR IBRAHIM

Image result for kimanis

PAKATAN Rakyat KALAH lagi. Kali ini di Sabah. Parti Warisan TEWAS.

Gambarannya SELERA RAKYAT sudah berubah. Rakyat MUAK dan MELUAT dengan Kerajaan PAKATAN dan pemimpinnya.

Walaupun Barisan Nasional dan Umno digelar parti dan pemimpin PENYAMUN, pengundi masih memilih penyamun-penyamun dalam BN.

Kenapa?

1. Kerana pemimpin dan parti dalam Pakatan sibuk berebut jawatan dan men"sabotaj" satu sama lain. Kalah pakatan adalah berita GEMBIRA kepada pemimpin lain dalam Pakatan. Kalah Pakatan maka mudah untuk menNYAHkan Dr Mahathir. Kalah Pakatan, maka mudah pemimpin lain dalam Pakatan untuk menjadi Perdana Menteri. Maka biarlah Pakatan KALAH.

2. Pelik parti memerintah boleh kalah begitu teruk dengan parti pembangkang. Kalau zaman BN, untuk pembangkang MENANG, begitu perit buat mereka kerana KUASA dan WANG ada pada BN. Tetapi kini KUASA dan WANG ada di tangan Pakatan, tetapi KALAH dan cara KALAH memalukan Pakatan. Kenapa?

Kerana rakyat MUAK dengan Dr Mahathir yang lebih pentingkan korporat dan pemimpin Pakatan begitu melucukan.

Apa sumbangan Wan Azizah kepada rakyat? Apa Saifuddin Nasution buat untuk turunkan harga barang? Ada seorang Menteri bukan berusaha untuk meningkat USAHAWAN sebaliknya sibuk nak buat kereta terbang. Apa Anthony Loke buat? Loke tumpu kepada menutup dan membuang RAKYAT hilang PEKERJAAN  menerusi PENUTUPAN SPAD dan MAVCOM.

Malahan hampir kesemua agensi di bawah LOKE tungging langgang, cacamarba diKERJAKAN oleh pemimpin Cina DAP ini. LOKE buat semua ini untuk siapa? Benarkah beliau bersengkongkol dengan orang korporat tertentu?

3. Apa jadi dengan Team Komunikasi Pejabat Dr Mahathir? Siapa uruskan komunikasi kerajaan yang ketika ini CUKUP LEMAH? 

Kadar TOL diturunkan tetapi rakyat tidak merasa impaknya sebaliknya TEAM KOMUNIKASI Umno lebih berbisa? Salah siapa? Kadir Jasin? Kadir Jasin lebih berminat tikam team beliau sendiri melalui Facebook beliau. Mana media kerajaan? Tak kan tak ada media yang menyokong kerajaan? Tak kan tak ada satu pun kebaikan kerajaan yang media MINAT untuk terangkan kepada rakyat? Atau pun pegawai-pegawai komunikasi Dr Mahathir dan Kerajaan sedang menikmati NIKMAT yang tak pernah mereka rasai selama ini. 

4. Siapa jaga KEPENTINGAN rakyat? Dr Mahathir? Dr Mahathir sibuk nak jaga kepentingan korporat. Kerajaan tak putus-putus mau memotong bantuan kepada rakyat.

Dividen Tabung Haji 1.25 PERATUS. ASB dividen TERENDAH dekad ini. Harga minyak mahu dinaikkan tetapi takut kena protes, tak jadi.

Elaun mahu dihapuskan. Tetapi Menteri hendak pakai Vellfire. Yang layak pakai kereta BESAR ini hanyalah PEMIMPIN PAS kerana GAYA mesti ada walaupun MISKIN. 

Rakyat yang kena tanggung semua ini. Rakyat MALAS kata Dr Mahathir. Semua dipotong. Yang dapat hanya RM30. Itupun kena ada e-wallet entah siapa tuanpunyanya. 

Nak hidup punya pasal, rakyat sekarang kena kerja dengan FOOD PANDA, bawa motor DEGO, jadi drebar GRAB, jual nasi lemak tepi jalan di sebuah negara MAJU.

Tak payah lah hendak buat POST MORTEM kenapa KALAH. Melakukan POST MORTEM bermaksud Dr Mahathir GAGAL memahami nadi dan perasaan RAKYAT atau buat-buat tak faham.

5. Jadi apa Pakatan perlu buat? Serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim?

Sama saja. Geng-geng Anwar sekarang ini macam SINGA LAPAR. Kalau tak faham apa maksud SINGA LAPAR, singkap kembali era Anwar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan. Semak senarai KEKAYAAN kroni Anwar era 1990an.

Ini belum soal moral Anwar.

6. Apa Dr Mahathir perlu buat? Senang saja. SAYANGI dan MENANGI hati rakyat yang sudah terluka. Kembalikan hak rakyat. Itu saja. Dengar keluhan rakyat. Jangan dengar hanya pandangan Tun Daim.

Saturday, May 11, 2019

UMNO TAK BELA TMJ




Image result for tmj khaled nordin istana

LIMA HARI yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghina Tengku Mahkota Johor (TMJ) - lihat video di atas.

Lebih kurang kata Tun, "TMJ budak bodoh".

Sudah 5 hari berlalu, tiada pula laporan polis dibuat oleh Umno terhadap Tun.

Tak kan Umno tak sayang institusi diRaja? Mana repot polis?

Dulu sebelum PRU-14, dari Perlis sampai ke Sabah, beribu repot polis Umno buat terhadap kenyataan pembangkang pada masa itu.

Kenapa kali ini membisu? Tak sayang pada TMJ ke?

Afdal kalau repot tersebut di buat oleh bekas MB Johor Khaled Nordin dan Ketua Puteri Umno Noraini Ahmad, orang Johor.

Semalam riuh Firdaus Abdillah Hamzah ditangkap polis, kenapa Umno diam apabila Tun menghina TMJ?


https://www.malaysiakini.com/news/475641

Tuesday, March 26, 2019

NURUL IZZAH GUSAR PAPA TAK SEMPAT JADI PM

Image result for nurul izzah private jet

FAKTA: NURUL Izzah memilih Singapura untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad.

FAKTA: Nurul Izzah mengakui tanpa Dr Mahathir Pakatan Rakyat tidak mampu menjatuhkan kerajaan BN dan atas sebab itu beliau ke London memujuk Dr Mahathir agar kekal bersama Pakatan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin diarahkan oleh Tun Mahathir untuk membawa keluar Bersatu dari Pakatan sebelum PRU14.

FAKTA: Nurul Izzah melabelkan Dr Mahathir sebagai DIKTATOR dan kesukaran KELUARGA beliau berkerja bersama Tun.

Temuramah yang diberikan oleh Nurul Izzah kepada media Singapura bukan kebetulan.

Apakah gambaran dari temuramah tersebut:

1. Nurul dan keluarga beliau kini umpama cacing kepanasan, bimbang Anwar Ibrahim tak jadi Perdana Menteri.

2. Anwar bimbang usaha Dr Mahathir memperbaiki negara dari kerosakan teruk hasil perbuatan Najib Razak akan menjadi LEGASI Mahathir yang akan memberi keyakinan rakyat bahawa Dr Mahathir lebih layak memimpin Malaysia dari Anwar.

3. Serangan Nurul akan menimbulkan spekulasi bahawa itulah tujuan Nurul Izzah menolak semua peranan dalam kerajaan Mahathir kerana tidak mahu Mahathir berjaya dan gagal serta mahukan bapa beliau dinobatkan segera sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir mungkin seorang diktator dalam kamus hidup keluarga Anwar tetapi beliau tidak ada masalah moral dan tidak pernah dituduh meliwat.

Seorang pemimpin perlu mempunyai moral yang tinggi, sesiapa yang tidak bermoral atau didakwa mempunyai masalah moral termasuk video seks TIDAK layak memimpin negara.

Rasanya ada baik Nurul Izzah tumpukan usaha memperkuatkan bapa beliau di dalam PKR. Khabarnya hanya 30 peratus ahli PKR menyokong Anwar dan keluarga beliau.

Nurul Izzah kena ingat bahawa selama ini pemimpin-pemimpin PKR sekarang terutamanya Azmin Ali lah yang membawa PANJI-PANJI PKR ketika Anwar merengkok di penjara akibat perbuatan beliau sendiri.

Jika keluarga Anwar tidak lagi yakin dengan Dr Mahathir, alangkah baiknya Anwar membawa diri dan tubuhkan kerajaan dengan sekutu-sekutu lain. Umno/Pas/MIC/MCA nampak seolah-olah sanggup melakukan apa saja untuk Anwar seperti yang dinyatakan oleh Nazri Aziz.

Jika Anwar hendak tunggu juga, tunggu lah. Dr Mahathir sudah nyatakan ekonomi negara akan pulih dalam masa 3 tahun lagi.

Ia bermakna Dr Mahathir akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ekonomi pulih.

Jika nak cepat jadi Perdana Menteri, Anwar kena keluar Pakatan sebab Dr Mahathir perlukan masa untuk pulihkan ekonomi.

Lagipun Dr Mahathir sudah nyatakan beliau kecewa dengan "mereka" (keluarga Anwar).

Thursday, December 13, 2018

UMNO DALAM PROSES DESAK ZAHID LETAK JAWATAN PRESIDEN?

Image result for ketua bahagian umno

JELAPANG hendak bertanyakan kepada kawan-kawan Umno.

Benarkah satu gerakan sedang diadakan di bahagian-bahagian Umno untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno?


Monday, June 11, 2018

ANWAR IBRAHIM ADALAH NAJIB RAZAK?

Image result for anwar sultan johor

ANWAR Ibrahim, tahun 2018, berpolitik ala 1998.

Perangainya tidak berubah. Lakonannya sama, skripnya pun tak jauh berubah. Masih lagi dengan perangai 1998.

Di dalam satu pertemuan di rumah beliau pada 1998, Anwar Ibrahim memberitahu mereka yang hadir bahawa "BJ Habibie baru telefon saya", "Amien Rais baru call saya". Selain dari itu nama Erdogan juga sentiasa di bibir beliau. 

2018 pun sama. Nak jumpa Habibie, satu dunia Anwar hebohkan. 

Anwar perlu sebut nama orang lain untuk memberi gambaran beliau seorang yang hebat.

Apabila keluar dari penjara, kata Anwar, beliau perlu berehat, mahu mengembara. 
Image result for anwar ibrahim jet

Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan mungkin mengembara ke istana-istana.

Sejak keluar penjara baru-baru ini, tingkah laku Anwar seolah-olah tidak sabar untuk menaiki takhta.

Kata beliau, tidak lama lagi akan bertanding di pilihanraya kecil. Tak sabar kita menunggu.

Kalau hendak bertanding pun, jangan lah paksa Ahli Parlimen lain kosongkan kerusi.

Kalau hendak bertanding juga, mintalah Wan Azizah atau Nurul Izzah kosongkan kerusi. Jangan aniayai Ahli Parlimen lain kerana kerakusan kamu.

Kita pun tak sabar menunggu pilihanraya kecil yang Anwar tak sabar-sabar hendak bertanding kerana PRK ini akan menjadi medan hidup mati Anwar.

Pengundi akan tentukan samada mereka mahu Anwar menjadi PM atau sebaliknya.

Image result for anwar ibrahim jet

Anwar perlu ingat, separuh dari rakyat Malaysia percaya beliau melakukan perkara-perkara yang menyebabkan beliau dipenjarakan walaupun mendapat pengampunan diRaja.

Apa yang rakyat nantikan ialah Anwar Ibrahim yang sudah bertaubat dan bukan Anwar yang dahulu.

Jika Anwar masih Anwar yang lama, tiada guna kita jadikan beliau Perdana Menteri kerana ianya umpama mengembalikan semula era Najib Razak.  

Oleh itu terpulanglah kepada Anwar.

Friday, May 11, 2018

TUN MAHATHIR: TOLONG RAMPAS DUIT DAN KEKAYAAN NAJIB HASIL DARI ROMPAKAN DUIT RAKYAT



"AKAUN ITU ATAS NAMA SAYA TETAPI TIDAKLAH IBARAT SEPERTI AKAUN PERIBADI KITA SENDIRI" - Najib Razak (video)

HARI ini beberapa Ketua Pemuda Umno Negeri meminta Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno.

Bagi kita, ini perbuatan TIDAK bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin.

Kalau macam itu sedaplah Najib.

Jadi penyangak, bunuh Umno, sapu duit Umno, kita suruh letak jawatan.

Cuci tangan lah Najib!

Duit Umno yang dalam akaun Najib, macam mana?

Kita amat berharap Tun Dr Mahathir Mohamad rampas semua duit yang dicuri oleh Najib dan barang-barang kemas Rosmah Mansor yang dibeli dengan wang hasil rompakan.

Jangan dibiarkan Najib lepas bebas. 

Monday, January 23, 2017

RAKYAT MINTA NAJIB TANGKAP JHO LOW. ADA NAJIB DENGAR? BILA MASA NAJIB DENGAR PANDANGAN RAKYAT?


KATAnya termalu dengan "persembahan" kurang memberangsangkan semasa majlis TN50, penyokong Najib Razak menjadikan Tun Mahathir Mohamad sasaran kononnya selama 22 tahun menjadi PM, Dr Mahathir tidak pernah minta cadangan rakyat.

1. Sedikit pandangan mengenai "persembahan" Najib semasa majlis tersebut.

Apabila tiba sesi soal jawab, Najib hanya mampu berkata "bagus", "idea yang bagus", "apa idea saudara-saudara".

Kalau setakat hendak buat majlis, minta idea rakyat, baik tak payah.

Mengikut seorang pemimpin Umno, apa yang rakyat nak dengar ialah apa idea Najib menjelang 2050.

Bukan duduk atas "stage" nampak tak bersedia dan Projek TN50 hanya "hangat-hangat tahi ayam". Padahal tak ada perancangan pun, hanya satu lagi terminologi ciptaan Najib untuk mengelirukan rakyat. 


2. Tak payah lah hendak mengelirukan rakyat dengan mengalih pandangan menerusi kritikan terhadap Dr Mahathir.

Kita hendak tanya Najib. Apa yang selama ini kehendak dan pandangan rakyat yang didengari oleh beliau.

Rakyat beritahu Najib, jangan lantik Isa Samad sebagai pengerusi Felda, Najib lantik Isa. Ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, Felda jangan beli saham PT Eagle High Plantations milik kawan karib beliau Peter Sondokh, Najib bersungguh mahukan juga Felda membelinya sampai sanggup hendak menjual saham Maybank. Ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, dedahkan laporan audit mengenai 1MDB, ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, TANGKAP JHO LOW. Ada Najib dengar cakap rakyat.

Nilai lah sendiri samada Najib pedulikan pandangan rakyat.

Sunday, March 13, 2016

SANUSI JUNID: UMNO AKAN KALAH KALAU NAJIB TAK TURUN




SANUSI JUNID


"Kalau ada pertanyaan daripada orang (kepada Najib Razak mengenai 1MDB, derma RM2.6 bilion, duit SRC International), kita (Najib) tak boleh UPAH orang suruh jawab, kita  kena JAWAB SENDIRI. Saya ingat tak usah lah orang-orang di atas duk MENIPU ORANG KAMPUNG... tipu orang kampung takut kat Cina..."


"Cina yang kita patut MELUAT ni, Cina macam JHO LOW tu dan penyangak-penyangak kawan dia yang lain itu, yang itu yang kita patut BENCI, yang itu pula jadi macam ORANG BAIK... "


   

Friday, October 18, 2013

HISHAM KALAH? MUKHRIZ MENANG?

Jam 9 pagi esok, bermulalah proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan AJK bahagian di 191 bahagian Umno di seluruh negara kecuali Sarawak.

Esok, 146,500 perwakilan akan mengundi untuk memilih 3 Naib Presiden dari 6 calon dan 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi dari 64 calon.

Penglibatan perwakilan yang ramai ini adalah hasil dari pindaan kepada Perlembagaan Umno yang dibuat pada Oktober 2009 bagi memperluaskan dan memindahkan kuasa memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi ke peringkat Bahagian serta menghapuskan kuota untuk bertanding.

Esok juga kita akan mengetahui samada gandingan Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal kekal sebagai Naib Presiden atau muka baru akan mengambil alih.

Kempen sedang sengit di akar umbi terutamanya dari kem Hishammuddin. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga ramai meramalkan beliau akan tewas kali ini.

Siapa menang, ganjarannya besar. Pemenang adalah bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya ditakdirkan sesuatu berlaku kepada orang No 1 dan No 2 negara yang sudah agak berusia. Tambahan pula ada disebut orang, Muhyiddin akan mengundur diri sebelum 2017.

NAIB PRESIDEN

Sebenarnya, tidak banyak pilihan untuk Jawatan Naib Presiden.

Ramai meramalkan Zahid dan Shafie akan menang mudah dan tempat ketiga menjadi rebutan antara Hishammuddin, Mukhriz Mahathir, Ali Rustam dan Isa Samad. 

Perwakilan Umno perlu membuat pertimbangan demi masa depan parti. Ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih nanti adalah jentera PRU-14 pada 2018 nanti.

Apakah pemimpin yang kalah semasa PRU-13 seperti Mohd Ali Rustam, Saifuddin Abdullah dan Puad Zakarshi mahu dipilih oleh perwakilan?

Kalau kawasan Parlimen sendiri pun ketiga-tiga ini tidak boleh jaga, adakah perwakilan mahu memberi kepercayaan kepada mereka untuk memimpin parti?

Tetapi Umno memang parti yang pelik.

Najib Razak layak memimpin Umno kerana beliau menang besar di Parlimen Pekan semasa PRU-13 yang lalu. Malahan beliau mendapat majoriti yang TERTINGGI iaitu 35,613 undi.

Muhyiddin Yassin boleh lah kita terima sebagai Timbalan Presiden walaupun setakat meraih undi majoriti 13,432 undi.

Tetapi calon popular Naib Presiden, Zahid, hanya mendapat 2,108 undi majoriti di Parlimen beliau, Bagan Datok.


RAMALAN

1. Zahid: Menang mudah. Naib Presiden No 1. Katanya Zahid akan mendapat sokongan dari 174 bahagian.

2. Shafie Apdal: Menang mudah. 157 undi.

3. Hishammuddin: Ramai meramalkan Hishammuddin akan kalah. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga dilabelkan "Mat Lembik" di bahagian-bahagian. Jelapang meramalkan Hishammuddin akan MENANG dengan hanya menduduki tempat ketiga dengan undi yang terendah dalam sejarah politik Hishammuddin. Tidak mungkin Najib Razak akan membiarkan sepupunya terkapai-kapai kelemasan. Sudah pasti pada ketika ini Najib sudah mengeluarkan ARAHAN kepada Ketua-Ketua Bahagian agar menyelamatkan sepupunya. 

4. Mukhriz Mahathir: Ramai yang tidak kena mengena dengan Umno amat mengharap dan yakin Mukhriz akan menang. Mengikut firasat Jelapang, Mukhriz akan kalah teruk. Jangan terkejut sekiranya kedudukan Mukhriz di bawah Isa Samad dan Ali Rustam. Kem Najib tidak mahu Mukhriz menang kerana kemenangan Mukhriz akan mengubah lanskap politik Umno dan akan memendekkan "NYAWA" Najib sebagai PM. Ketua-ketua bahagian di Kedah ada di antaranya tidak boleh langsung mendengar nama Tun Mahathir.

Mungkin ramai tidak mempercayainya, tetapi rasanya lebih ramai pemimpin Umno di Kedah tidak meminati Dr Mahathir dari Umno di negeri-negeri lain. Pemimpin Umno Kedah berpendapat Mukhriz menjadi Menteri Besar bukan kerana ketokohannya tetapi lebih kepada "paksaan" yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap Najib.

Jelapang menjangkakan Mukhriz akan hanya mendapat sokongan dari 8 undi dari 15 bahagian di Kedah.

5. Ali Rustam: Kalah teruk semasa PRU-13 (kalah dengan majoriti 5,447 undi). Ini faktor penting yang akan menentukan keputusan terhadap Ali Rustam. Bagaimanapun, sekiranya Ali menang, ini adalah disebabkan perwakilan mengenang budi beliau kerana menganugerahkan mereka gelaran Dato dan keprihatinan beliau kepada kebajikan mereka dan sering ke kenduri kahwin anak-anak mereka.

6. Isa Samad: Isa seharusnya sedar bahawa karier politik seseorang perlu ada noktahnya. Kita tidak akan menang kesemuanya dan hilang kesemuanya. Apa pun Isa adalah seorang ahli politik kental. Pernah digantung oleh Umno, pernah jadi Menteri Besar, pernah jadi Menteri dan pernah menjadi Adun. Walaupun melalui pelbagai rintangan, beliau kini masih bergelar Ahli Parlimen dan menerajui salah satu agensi terbesar Kerajaan, Felda. Apapun, tiada tempat Naib Presiden untuk Isa.

AHLI MAJLIS TERTINGGI   

Hanya satu harapan Jelapang yang malangnya tidak akan kesampaian. Bagi Jelapang, Ahli Majlis Tertinggi Umno perlu lah dianggotai oleh pemimpin terbaik Umno dan mendapat sokongan tinggi rakyat. Pemimpin perlu lah bersih atau dilihat bersih.

Malangnya, itu bukan aspirasi Umno.

Di bawah Jelapang senaraikan KELAB PEMIMPIN 10,000 Umno. 

Mereka-mereka ini telah menang dengan besarnya di dalam PRU-13 di mana majoriti yang diperolehi melebihi 10,000 undi. 21 pemimpin ini adalah dari kumpulan 120 pemimpin Umno yang bertanding semasa PRU-13 di mana hanya 88 dari mereka saja yang menang. Malangnya ada di antara mereka yang mampu membawa perubahan kepada Umno dan negara mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

KELAB 10,000 UMNO

1. NAJIB RAZAK (Pekan) 35,613 Undi - Presiden Umno
2. AZALINA OTHMAN SAID (Penggerang) 26,992 - Bertanding MKT 
3. SHAFIE APDAL (Semporna) 20,905 - bertanding Naib Presiden
4. KHAIRY JAMALUDDIN (Rembau) 18,357 - Ketua Pemuda Umno
5. HALIMAH SADIQUE (Tenggara) 17,196 - bertanding MKT.
6. ABDUL LATIF AHMAD (Mersing) 15,747 - bertanding MKT.
7. ABU BAKAR MOHAMAD DIAH (Tangga Batu) 15,633 tidak bertanding
8. JAMALUDDIN JARJIS (Rompin) 15,114 - bertanding MKT
9. GHAFUR SALLEH (Kalabakan) 14,221 - tidak bertanding
10.  AHMAD MASLAN (Pontian) 13,727 - Ketua Penerangan
11. NASRUN MANSUR (Silam) 13,387 - tidak bertanding
12. MUHYIDDIN YASSIN (Pagoh) 12,842 - Timbalan Presiden Umno
13. AHMAD SHABERY CHIK (Kemaman) 12,306 - bertanding MKT
14. NAWAWI AHMAD (Langkawi) 11,861 - tidak bertanding
15. AHMAD HAMZAH (Jasin) 11,763 - tidak bertanding
16. NORAINI AHMAD (Parit Sulong) 11,753 - Exco Wanita Umno
17. SHAZIMAN ABU MANSOR (Tampin) 11,162 - tidak bertanding
18. HISHAMMUDDIN HUSSEIN (Sembrong) 10,631 - bertanding Naib Presiden
19. ROSNAH SHIRLIN (Papar) 10,535 - Exco Wanita Umno
20. JOHARI BAHAROM (Kubang Pasu) 10,444 - tidak bertanding
21. SHAHRIR SAMAD (Johor Baru) 10,134 - tidak bertanding.

Saturday, February 13, 2010

FRANCIS YEOH, PENERIMA SUBSIDI TERBESAR

Penulis yang menggunakan nama samaran Kunta Kinte semalam menulis mengenai kenyataan tuanpunya YTL Francis Yeoh yang dibuatnya baru-baru ini. Berikut ialah antara ungkapan Kunta Kinta dalam tulisan beliau.

"Kunta Kinte dengar pewaris syarikat raksasa YTL Corporation, Tan Sri Francis Yeoh kata wajib diwujudkan suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia.


Dia kata macam tu masa berucap di Persidangan Ekonomi 1Malaysia yang dibuka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam bahasa Inggeris, antara makna 'brutal' adalah kejam, dahagakan darah, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, tak timbang rasa dan tak bertamadun.


Dalam erti kata yang mudah, Yeoh mahu wujud suasana persaingan di mana yang kuat boleh sesuka hati buat kejam ke atas yang lemah. Yeoh kata kerajaan wajib bantu orang miskin tapi dia mahu kerajaan tarik balik subsidi. Dia kata kerajaan tak patut jadi 'big brother' (Abang Sulung) tempat bergantung. "


Baguslah Kunta Kinte menulis dalam Bahasa Melayu supaya orang Melayu dapat menelaah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh jutawan-jutawan Malaysia seperti Francis Yeoh.

Antara kenyataan yang dibuat oleh Francis Yeoh ialah subsidi harus dihapuskan sepenuhnya dan mentaliti subsidi harus dinyahkan dari fikiran rakyat. Sedap bercakap kalau seseorang itu sudah kaya raya macam Francis Yeoh.

Francis Yeoh mewarisi kekayaan ini dari bapa beliau Teoh Tiong Lay. Apakah Francis kaya bukan kerana subsidi?

Keluarga Francis Yeoh bernasib baik kerana kerajaan di bawah pimpinan Umno banyak membantu keluarga beliau. Tak terbilang kalau hendak disenaraikan jumlah projek yang bernilai ratusan bilion yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada keluarga Francis Yeoh. Pada suatu ketika kekayaan keluarga Francis Yeoh mencecah RM18 bilion.

Siapa yang dianugerahkan projek pembinaan berek tentera, hospital nuklues, perumahan kos rendah, perkhidmatan keretapi ERL ke KLIA, kerja-kerja asas Menara Berkembar Petronas dan janakuasa bebas? Jawapannya Francis Yeoh dan ahli-ahli keluarganya. http://ytlcommunity.com.my/tansrifrancisyeoh/shownews.asp?newsid=37461

Francis Yeoh bukan diberikan satu atau dua hospital untuk dibina, tetapi 12 oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Padahal kerajaan boleh memberi projek ini kepada 12 kontraktor Melayu tetapi Francis menjadi pilihan da syarikat kesayangan kerajaan Dr Mahathir pada masa itu.

Pada 1993, YTL menjadi syarikat pertama diberikan lesen oleh Kerajaan untuk menjadi penjana bebas elektrik dan sehingga ke hari ini Tenaga Nasional menanggung beban kewangan kerana perjanjian berat sebelah antara YTL dan TNB. Bagi tahun kewangan 2009 sahaja, TNB membayar RM1.4 bilion kepada syarikat kepunyaan Francis Yeoh dan TNB akan terus membuat bayaran ini kepada YTL sehingga 2015. Bukankah ini juga subsidi wahai Tan Sri?

Ketika krisis kewangan 1998, ramai ahli perniagaan Melayu gulung tikar tetapi tidak Francis Yeoh. Hartanah Melayu tergadai. Francis Yeoh terus unggul. Ketika ahli perniagaan Melayu bankrap, Francis Yeoh membeli 2 gedung perniagaan dan sebuah hotel 5-star dengan harga murah iaitu hanya RM350 juta berbanding nilai sebenar RM800 juta.

Kerajaan mesti sedar, Barisan Nasional kekal ke hari ini, antara salah satu sebabnya, ialah kerana subsidi. Walaupun nilai subsidi dikatakan RM24 bilion setahun, apalah sangat nilainya berbanding dengan nilai mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan.

Francis Yeoh menggambarkan begitu jijiknya mempunyai mentaliti subsidi. Tetapi kenyataan beliau lebih menjijikkan kerana beliau sendiri adalah penerima subsidi kerajaan.
Bagaimanapun Francis Yeoh beliau memilih untuk melupakan perbuatan jijik beliau kerana beliau kini sudah menjadi seorang hartawan.

Wednesday, October 7, 2009

DR MAHATHIR: UMNO DIBELENGGU RASUAH DI ZAMAN PAK LAH

Mungkin ramai antara kita terlepas pandang berita muka hadapan Sinar Harian yang disiarkan pada Selasa 6 Oktober 2009.

Tajuk muka hadapannya berbunyi "Tun M tetap boikot kempen", merujuk kepada kempen pilihanraya kecil dewan undangan negeri Bagan Pinang yang akan ditandingi oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Isa Samad.

Berita ini tidak disiarkan oleh mana-mana akhbar arus perdana dan hanya Sinar Harian menyiarkannya. Dua perkara utama disentuh oleh Dr Mahathir semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di UiTM Dungun Isnin lalu.

1) Gejala Rasuah
Kata Tun: "Imej Umno tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masalah ini timbul semasa Tun Abdullah menjadi Presiden Umno apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin Umno tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

"Perkara ini berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka."

2) Isa Samad
Kata Tun: "Saya tetap dengan pendirian saya tidak akan berkempen membantu calon BN. Saya tegas dengan pendirian saya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang terbukti terlibat dengan rasuah."

Sunday, May 17, 2009

DR MAHATHIR: PAK LAH HAPUSKAN LEGASI SAYA

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyampaikan satu ucapan dalam satu majlis Bloggers Universe Malaysia yang dihadiri oleh kebanyakannya para blogger.

Agak menarik juga ungkapan Dr Mahathir di majlis tersebut. Antaranya:

* Penapisan berita dalam akhbar tempatan semakin teruk selepas saya meletakkan jawatan akhir 2003. Tetapi ianya lebih menarik kerana adanya seorang "supremo" (juru tapis). - Dr Mahathir merujuk kepada Kalimullah Maseerul Hassan yang ketika itu menerajui New Straits Times Press.

** Tun Abdullah Ahmad Badawi bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dan memadamkan legasi saya.

*** Saya ingin membuat pengakuan bahawa saya sudah tidak lagi membaca New Straits Times.
http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/message/108584

Wednesday, October 15, 2008

SAAT PENUH MAKNA BUAT TUN DR MAHATHIR!

SALING HORMAT MENGHORMATI: Satu lukiran yang penuh makna bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Suata ikatan yang seharusnya menjadi pegangan Abdullah Ahmad Badawi. Sejak meninggalkan persada pentadbiran pada 2003 dan selepas meletakkan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir ditinggalkan keseorangan umpama hampas tidak gunanya lagi.

Tun Dr Mahathir pernah mencurahkan isi hatinya bagaimana hajat beliau untuk bertemu anak didiknya, Najib Razak, dihalang Abdullah. Hancurnya hati Tun Dr Mahathir apabila ianya menjadi satu kesalahan buat Menteri-Menteri yang pernah berkhidmat di dalam kabinetnya untuk menziarahi beliau.

Seorang bekas Menteri pernah menceritakan bagaimana hajat beliau untuk menziarahi Tun Dr Mahathir di rumah beliau di The Mines dihalang. Semalam, kekecewaan Tun Dr Mahathir pasti terubat apabila para Menteri yang pernah beliau bimbing dengan rasa tawazuk memperlihatkan rasa hormat mereka kepada Tun. Malangnya, imej-imej mulia ini tidak disenangi oleh pihak tertentu.

Bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Ahmad A.Talib, yang turut serta menghadiri majlis hari raya Datuk Raof Yusuf, bekas Setiausaha Pemuda Umno, merakamkan saat-saat ini menerusi blog beliau: http://ahmadatalib.blogspot.com/2008/10/whats-message-from-these-pictures.html

Dari kiri: Rahim Thamby Chik, Mustapha Mohamed, Shapie Apdal, Abdul Rahman Bakar, Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Datuk Rauf, Syed Hamid Albar dan Awang Adek.
Dari kiri: Muhyiddin Yassin dan Rahim Thamby Chik. Kanan sekali ialah Datuk Ahmad A.Talib.

Tun Dr Mahathir bersama Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahim Thamby Chik.
Tun Dr Mahathir bersama Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahim Thamby Chik.
TANDA HORMAT: Syed Hamid Albar bersalaman bersama Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir bersama Zambry Abdul Kadir dan Aziz Sheikh Fadzir.
Najib bersalaman dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
TITIK BARU PERSAHABATAN: (dari kiri) Najib, Rauf, Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin semalam.

Saat-saat manis ini dirakamkan oleh Jinggo dan Big Dog. Terima kasih daun keladi.

Tuesday, September 9, 2008

KHIR TOYO: PEMIMPIN KITA LEMAH!

"Tak payahlah cerita pasal blog hari ini." Itulah komen Abdullah Ahmad Badawi pabila ditanya mengenai cetusan mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo menerusi blognya Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo.
Reaksi Abdullah memadai untuk mengundang perhatian kita untuk menyelami cetusan tersirat Khir. Berikutlah ekstrak dari Cetusan Dr Khir.
5. Sekarang ini juga saya merasakan negara sedang mengalami krisis kepimpinan dan mirip dengan apa yang berlaku pada 1969. Cuma rakyat lebih matang dan tidak mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang. Sebab itulah tidak berlaku pertelagahan antara kaum sehingga hari ini.
6. Masalah UMNO, Barisan Nasional dan negara hari ini ialah kita mempunyai pemimpin yang lemah untuk memimpin. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan berlaku krisis keyakinan yang luar biasa sehingga mencetuskan keputusan yang luar dugaan dalam pilihan raya lalu. Kekalahan di Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih tinggi mengesahkan lagi masalah krisis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN.
10. Masalah hari ini ialah pemimpin sedia ada sudah dilihat terlalu lemah untuk menguruskan negara dan parti. Rakyat sebahagian besarnya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara. Sebahagian besar yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu hanya berasaskan kesetiaan mereka kepada parti. Malangnya kesetiaan ini juga kian menipis di bawah sana.
11. Ironinya, krisis ini juga melibatkan individu dalam parti UMNO yang ada kaitannya dengan krisis 13 Mei lalu. Keadaan penerimaan kepada kepimpinan Pak Lah hampir sama dengan sokongan yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.
14. Watak ketiga ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat rakus untuk berkuasa sehinggakan sanggup menghalalkan cara membentuk kerajaan melalui pintu belakang walaupun beliau sendiri tahu perkara itu cukup tidak bermoral. Sungguhpun saya masih kurang yakin beliau dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini, tetapi rancangan itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau adalah seorang insan yang rakus kuasa dan sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang telah diperjuangkannya sebelum ini.
15. Watak keempat ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang terlibat secara langsung dalam peralihan kuasa 13 Mei 1969. Ketika itu tidak berkuasa dan keadaan yang sama juga dialami oleh Tun Dr. Mahathir hari ini. Saya amat berharap agar Tun Dr. Mahathir menggunakan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, terlibat sendiri dengan peristiwa 13 Mei dan melibatkan diri sama pada krisis kepimpinan yang ada pada hari ini memainkan peranan yang lebih jelas untuk menyelamatkan parti dan juga negara. Saya berharap Tun Dr. Mahathir akan kembali kepada UMNO bagi membantu pemulihan parti.
P/S: Khir bukan satu-satunya yang menulis mengenai kemungkinan Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno. Beberapa blogger termasuk anak Tan Sri Sanusi Junid turut menulis mengenai perkara tersebut dan sokongan Dr Mahathir kepada Tengku Razaleigh Hamzah bertanding menentang Abdullah Ahmad Badawi.

Friday, September 5, 2008

KENAPA MELAYU SAHAJA YANG MINTA MAAF?


''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.

''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat."
- Tun Dr Mahathir Mohamad (http://www.chedet.com/)
Betul kata Dr Mahathir. Baru-baru ini ada pemimpin MCA meminta Umno mengenepikan ketuanan Melayu, orang Melayu bisu seribu bahasa. Pemimpin Dap membuat kenyataan mempertikaikan Sultan, juga tiada kenyataan dari orang Melayu.
Hari ini kita tidak boleh lagi menghunus keris kerana kita diberitahu keris mesti kekal di sarungnya. Kalau dihunus, akan menghiris perasaan orang lain.
Pandangan Dr Mahathir perlu penelitian.
Dr. Mahathir persoal kenapa Melayu sahaja perlu minta maaf
PUTRAJAYA 4 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.

Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.

Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.

''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.

''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya dalam laman blognya,
www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
''Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
''Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut," katanya.

Wednesday, September 3, 2008

MAHATHIR: PAK LAH HANCURKAN UMNO!


RITIHAN DR MAHATHIR MOHAMAD
(Petikan dari blog Dr Mahathir)
"Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Dato Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia. "
"Saya telah tegur pemimpin dan ahli UMNO bahawa mereka akan menghancurkan UMNO dan sekutunya."
"Untuk semua ini, apa yang saya dapat daripada pemimpin UMNO adalah saya telah dimaki dan dicerca. Semua orang tahu apa yang Nazri Aziz kata kepada saya."
"Dato' Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin. "
"Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ahli UMNO dan BN tidak berani pakai baju dengan logo UMNO atau BN. Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan UMNO duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa Dato Seri Najib berucap."