Showing posts with label jho low. Show all posts
Showing posts with label jho low. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

NAJIB/ROSMAH SIMPAN RM1 BILION (RM1000 JUTA) DI RUMAH




I LOVE PM (NAJIB)

Puak-puak pemimpin Umno yang selama ini memegang sepanduk I Love PM mendapat berita cukup membanggakan hari ini.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno mereka, Najib Razak dan Wanita Pertama mereka, Rosmah Mansor, menyimpan kekayaan lebih RM1 bilion atau RM1,000,000,000 di rumah mereka.

RM116 juta adalah wang kertas tunai atau duit cash - cukup membanggakan.

14 tiara atau mahkota - entah bila Rosmah memakainya atau mungkin di rumah ketika tidur.  

1,400 rantai leher termasuk seutas yang berHARGA RM6.4 juta - sudah tentu menjadi kebanggaan Wanita dan Puteri Umno.

272 beg tangan Hermes, bernilai RM51.3 juta, mungkin satu darinya digunakan sekali setiap 272 hari.

Jam tangan bernilai RM78 juta. Hebat Presiden kamu.

Kalau di rumah sudah ada RM1,000,000,000 atau RM1 bilion atau RM1000 juta, agak-agak berapa yang disimpan di luar negara?

Sampaikan ahli Majlis Tertinggi Umno jadi gila, sanggup angkat poster I Love PM dan walaq lah kononnya (puak politik memang gemar suka perkataan Arab supaya orang Melayu nampak warak walaupun suka mencuri) kepada Najib dan Rosmah.

Hari ini Najib pertikai penilaian harga rampasan yang dibuat oleh polis kononnya ada yang susut nilai.

Kita nak tanya Najib, berapa persen susut nilai? Berapa agaknya persen susut nilai yang dia rasa selesa?

30 persen? 50 persen? Berapa diskaun Najib hendak?

Kalau 30 persen, RM700 juta Najib simpan di rumahnya.

Kalau 50 persen, harta rampasan itu bernilai RM500 juta.

Kalau presiden Umno ada sebanyak ini, berapa agaknya pemimpin-pemimpin lain simpan di rumah?

Itu saja Jelapang nak tanya




Image result for kee hua chee+rosmah

Image result for kee hua chee+rosmah

Image result for kee hua chee+rosmah


Image result for kee hua chee+rosmah

Related image

Image result for kee hua chee+rosmah









Saturday, March 17, 2018

JHO LOW DURI DALAM DAGING UMNO

Image result for jho low+paris hilton

KERANA JHO LOW, sesama Umno bergaduh.

Menteri Umno pertahankan Jho Low.

Penasihat PM Najib Razak, Rais Yatim, hentam Jho Low.

"Talibarut" Umno desak Penasihat Najib letak jawatan.




Ini tulisan bekas Menteri Umno Rais Yatim menerusi laman Twitter beliau. Kerana tulisan ini, Rais Yatim didesak letak jawatan sebagai Penasihat Najib.

Dekat-dekat PRU14 ini, bergaduh pula dalam Umno semata-mata kerana Jho Low.







Tak mungkin Umno hendak berhadapan dengan pengundi dengan perbalahan dalaman mengenai Jho Low.

Hanya satu cara hendak matikan isu Jho Low - iaitu TANGKAP JHO LOW.

Atau sekurang-kurangnya pihak berkuasa Malaysia mengumumkan Jho Low akan diTANGKAP.

Walaupun pengumuman tersebut akan dilabel hanya sebagai 'GEMPAQ PRU", tidak mengapa.

Sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan perbalahan dalam Umno mengenai Jho Low ini.

Tuesday, August 1, 2017

BUKAN MAIN HEBAT PENASIHAT NAJIB PAUL STADLEN. BOLEH BELI BLOK FLAT DI LONDON. PESARA TENTERA TUNGGU BUAH TAK GUGUR

Too Much Partying By Najib's PR Guru Paul Stadlen?

Bunny girl Yvonne Sim is Stadlen's girlfriend, whom he employs as a receptionist at his government funded offices

BANYAK betul isu sehari dua ini.

Isu Zahid Hamidi ada "cash" (tunai) RM230 juta. Isu Zahid dakwa nama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam "IC" (kad pengenalan) ialah MAHATHIR a/l ISKANDAR KUTTY.

Isu-isu ini, biar lah Zahid jawab. Cuma kita minta Zahid jangan bersikap "buat-buat bisu" macam boss dia.

Image result for peneroka felda miskin

Dua minggu lepas, peneroka Felda dapat habuan - RM5,000 seorang, walaupun kurang RM10,000 dari tahun pilihanraya PRU13 - 2013.

Hujung minggu lepas, 15,000 pesara tentera turun ke Kuala Lumpur, untuk bertemu Najib Razak sempena Hari Pahlawan.

Besar harapan mereka. Apa tidaknya. Peneroka Felda dapat duit, kakitangan kerajaan tak lama lagi naik gaji.

Maka datanglah beramai-ramai pesara ini ke Kuala Lumpur dengan harapan adalah sikit kenaikan pencen mereka.

Kata mereka, tunggu sampai "kematu pungkoq" (sakit punggung-punggung) habuk pun tak ada.

Punya lah marah pesara-pesara ini, macam-macam perasaan kekecewaan diluahkan mereka di media sosial.

Dalam pada itu, terbaca pula cerita Mat Salleh bernama Paul Stadlen (dua gambar atas) yang bertanggungjawab keatas kerja-kerja media dan komunikasi Najib, membeli blok flat di London dikatakan kini nilainya mencecah RM24 juta. 

http://www.sarawakreport.org/2017/07/pushing-prices-up-and-people-out-how-malaysian-money-is-causing-anger-in-london/

Jauhnya taraf hidup peneroka, pesara tentera dengan staf dan kawan-kawan Najib Razak.

Peneroka dapat lah RM5,000 sahaja. Pesara tentera mengharapkan pencen naik, tapi tak naik.

Tetapi, kawan-kawan Perdana Menteri seperti Jho Low dan Paul Stadlen jauh lebih baik nasib mereka dari peneroka dan pesara tentera.

Kita hanya boleh bermimpi satu hari nanti ada pemimpin pelawa kita melancong ke London, tapi Paul Stadlen boleh beli satu BLOK Flat di London.

Apa nak buat. Nilai kita hanya SATU UNDI. Kita bukan kawan Najib.

Pushing Prices Up And People Out - How Malaysian Money Is Causing Anger In London

Tuesday, July 4, 2017

ANAK CINA JHO LOW KESAYANGAN HADI

Image result for hadi awang doj

DULU-dulu kita selalu dengar ceramah Hadi Awang.

Selain menKAFIRkan ahli Umno, ada masa Hadi hukum orang itu orang ini. Orang jenis itu ini masuk NERAKA. 

Kalau ikut ucapan Hadi, yang tak masuk neraka ialah orang macam dia. Macam-macam haram.

Kita terima sebahagian dari kandungan ceramah beliau.

Kalau RIBA itu haram, kita sedia mengetahui memang ianya haram. Sebab itu ada kawan-kawan yang tak simpan duit di bank yang mereka sangsi. Mereka simpan di Bank Islam atau Tabung Haji.

Setiap kali berceramah, ada saja yang Hadi haramkan. Ada saja golongan masyarakat yang menjadi penghuni neraka.

Itu Hadi yang dulu, berpolitik sambil berdakwah.

Hadi yang sekarang, berceramah pun orang tak datang, kecuali ahli Pas tulen.

Terkejut kita apabila baru-baru ini Hadi, dalam keadaan yang tidak berapa sihat, membuat kenyataan bahawa Amerika Syarikat campurtangan hal ehwal Malaysia berikutan siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas Jho Low dan kuncu-kuncunya.

Tak sangka pula kita, Hadi sanggup mempertahankan seorang anak Cina bernama Jho Low.

Kita selama ini ingat, Hadi ini benci perkara-perkara yang diharamkan Islam.

Tapi kali ini, bila melibatkan anak Cina Jho Low, Hadi bukan main pertahankan.

Orang Pas memang lah taksub dengan Hadi, jadi kita boleh buat kesimpulan, mereka pun sayangkan Jho Low.

Katanya Jumaat ini Pemuda Pas hendak turun berdemo depan Kedutaan Amerika Syarikat. 

Baguslah. Turunlah ramai-ramai pertahankan Jho Low. 

Setakat ini Hadi belum lagi meminta maaf mengkafirkan ahli Umno seperti saya. Tak mengapa. Hadi selesaikan dulu masalah Jho Low ini.

Bukan apa, Jelapang pun takut tiba-tiba jadi tak sihat macam Hadi. Jelapang kena bersedia berhadapan dengan Allah swt macam Hadi. Yang salah tetap salah. Yang Haram tetap Haram.

Cuma kita takut di saat-saat akhir ini, perkiraan kita tersilap.

Sementara itu, bacalah warkah untuk Hadi di bawah ini:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/06/24/isu-doj-surat-terbuka-kepada-hadi-awang/

Thursday, June 22, 2017

JHO LOW BANYAK DUIT, DUDUKLAH TERPERAP DALAM KAPAL LAYAR TU

TIBA-tiba selepas sahur tadi, teringat pula kepada JHO LOW.

Siang, malam, makan, minum, tidur dalam kapal layar. Kapal layar pula sedang diburu Amerika Syarikat.

Nak keluar dari kapal, takut kena tangkap. Nak belayar luar dari perairan China pun takut kena tangkap dan dihantar ke Amerika.

Jika saya Jho Low, saya akan kenang balik kehidupan indah sebelum ini - saat-saat yang cukup indah.

BerMESRA dengan Paris Hilton!
Image result for jho low paris hilton

BerMADU KASIH dengan Miranda Kerr

Image result for miranda kerr jho low

Berselisih bahu dengan Alicia Keys
Low is now in the limelight for different reasons - at the center of a probe into an alleged money-laundering scandal involving Goldman Sachs and the prime minister of Malaysia. Pictured with Alicia Keys in 2014

DiDENDANGkan lagu "Happy Birthday" oleh penyanyi terkenal Britney Spears.

Britney Spears sang the Happy Birthday for Jho Low's 30th bash of the century....

http://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-splurged-millions-birthday-party-las-vegas

Ini semua bahana DOJ, Amerika Syarikat. Nikmat dah tinggal kenangan. Kalau kita halusi saman sivil DOJ itu,  bukan NAMA Jho Low saja yang tertera. 

Banyak nama dalam saman itu. Yang Jelapang ingat nama ANAK TIRI Najib Razak, Riza Aziz pun ada. Riza merupakan anak kandung Rosmah Mansor.

Satu lagi nama, ialah isteri MO1. Sayangnya kita tak dapat ketahui siapa isteri MO1 ini sebab DOJ macam malu-malu nak letak nama betul.

Berbalik kepada Jho Low, rasa kasihan pun ada.

Riza Aziz, dan kawan-kawan seangkatan dengan beliau, kehidupan mereka seperti biasa - HIDUP BEBAS.

Kalau berasa nak bercuti di London, pergi London. Hujung tahun nak raikan tahun baru di Dubai, Australia, New York, bisa saja - naik private jet sampai lah.

Sekali sekala kalau Jho Low nak jumpa Riza, boleh lah, itu pun kalau ada lawatan rasmi negara ke China.

Arab yang turut sama kebas duit itu pun BEBAS juga. JUSTO, pun sekarang berehat di Switzerland, kena jel pun sekejap saja.

Miranda Kerr pun dah kahwin dengan orang lain. 

Tapi Jho Low duk terperap dalam kapal layar di perairan China. Entah lalu makan, entah tidak.

Lagi pun dah lama sangat tak nampak muka Jho Low. Dulu gemuk, katanya sekarang ini kurus kering. Kesianlah bila kita fikirkan nasib Jho Low ini.

Kalau kita kena kurung dalam kapal layar macam itu, pendek umur rasanya.

Tapi tak mengapa. Mr Jho banyak duit. Selagi tak selesai isu 1MDB dan DOJ ini, Mr Jho duduk lah dalam kapal layar mewah tu.



Monday, January 23, 2017

RAKYAT MINTA NAJIB TANGKAP JHO LOW. ADA NAJIB DENGAR? BILA MASA NAJIB DENGAR PANDANGAN RAKYAT?


KATAnya termalu dengan "persembahan" kurang memberangsangkan semasa majlis TN50, penyokong Najib Razak menjadikan Tun Mahathir Mohamad sasaran kononnya selama 22 tahun menjadi PM, Dr Mahathir tidak pernah minta cadangan rakyat.

1. Sedikit pandangan mengenai "persembahan" Najib semasa majlis tersebut.

Apabila tiba sesi soal jawab, Najib hanya mampu berkata "bagus", "idea yang bagus", "apa idea saudara-saudara".

Kalau setakat hendak buat majlis, minta idea rakyat, baik tak payah.

Mengikut seorang pemimpin Umno, apa yang rakyat nak dengar ialah apa idea Najib menjelang 2050.

Bukan duduk atas "stage" nampak tak bersedia dan Projek TN50 hanya "hangat-hangat tahi ayam". Padahal tak ada perancangan pun, hanya satu lagi terminologi ciptaan Najib untuk mengelirukan rakyat. 


2. Tak payah lah hendak mengelirukan rakyat dengan mengalih pandangan menerusi kritikan terhadap Dr Mahathir.

Kita hendak tanya Najib. Apa yang selama ini kehendak dan pandangan rakyat yang didengari oleh beliau.

Rakyat beritahu Najib, jangan lantik Isa Samad sebagai pengerusi Felda, Najib lantik Isa. Ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, Felda jangan beli saham PT Eagle High Plantations milik kawan karib beliau Peter Sondokh, Najib bersungguh mahukan juga Felda membelinya sampai sanggup hendak menjual saham Maybank. Ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, dedahkan laporan audit mengenai 1MDB, ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, TANGKAP JHO LOW. Ada Najib dengar cakap rakyat.

Nilai lah sendiri samada Najib pedulikan pandangan rakyat.

Tuesday, November 29, 2016

BILA HENDAK TANGKAP JHO LOW?

Image result for najib 1mdb

HARI ini akhbar arus perdana menyiarkan bermuka-muka surat temuramah bersama Najib Razak sempena perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.

Semua akhbar kita baca. Sedihnya soalan yang rakyat mahukan jawapan tidak ditanya oleh pengarang-pengarang dan wartawan akhbar yang menemuramah Perdana Menteri.

Padanlah ramai yang memandang rendah kepada pemberita sekarang ini.

Rasanya rakyat seperti kita yang tidak memahami bidang kewartawanan lebih sensitif kepada suasana politik dari wartawan yang bergaji.

Kalaulah kita wartawan, kita akan tanya Najib:

1. Jika benarlah beliau bersungguh mahukan skandal 1MDB disiasat dan beliaulah yang mencadangkan PAC menyiasat 1MDB, kenapa LAPORAN PAC diRAHSIAkan?

2. Tidak mungkin wartawan tidak terbaca perjalanan prosiding mahkamah di Singapura yang melibatkan pegawai-pegawai bank yang terbabit dengan transaksi 1MDB?



Baca tulisan PUTERA MERDEKA di pautan berikut:  http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/11/1mdb-singapore-kebas-rm74-juta-dalam-15.html

HEBOH di Singapura mengenai penglibatan Jho Low dan adakah wartawan di Kuala Lumpur tidak berminat bertanyakan kepada Najib "BILA NAK TANGKAP JHO LOW?"


http://www.wsj.com/articles/singapore-police-say-malaysian-financier-jho-low-key-person-of-interest-in-1mdb-probe-1478765431

Pegawai bank di Singapura pakai baju Jho Low dan tidur di rumah Jho Low. Tak minat nak bertanya kah?

http://www.malaysiakini.com/news/363146

Pegawai bank BSI dan Jho Low ke Amerika Syarikat untuk menonton pertanding tinju dan berselfie dengan Mike Tyson, tak minat kah Najib untuk menjawab soalan ini?

Tak terlambat untuk mengajukan soalan-soalan ini kepada Najib semasa perhimpunan agung ini.

Jika wartawan tak berminat, mungkin ada perwakilan yang memberanikan diri untuk bertanya.


Monday, November 14, 2016

RAKYAT TAK SOKONG BERSIH



RAMAI rakan-rakan yang menonton video ini memberi komen - MALU MELAYU.

Bagi saya, tak ada apa hendak kita malukan.

Apa yang Melayu tak buat hari ini. Yang ambil rasuah orang kita. Yang main judi di kasino di Amerika Syarikat bangsa kita.

Yang memimpin pun Melayu kita. Duit 1MDB hilang pun KERANA orang kita - MELAYU. Yang dapat derma pun Melayu kita.

Dah tak ada apa nak dimalukan. 

Jamal ikan tongkol adalah pemimpin Melayu di Sungai Besar. Kita terima saja lah.

Cuma sedikit nasihat.

Tak payahlah tumbuk Jamal sampai berdarah muka.

Bersih 19 November ini pun bukan ramai pun nak berdemontrasi.

Pas dah sokong Umno, sokong baju merah. 

Paling ramai Bersih berdemo pun nanti takat 5,000 orang - itu pun penyokong pembangkang.

Jadi tak payah lah sampai nak bertumpah darah.

Bawa bersabar. Tak ada pun orang sokong Bersih. Yang sokong Jamal dan Baju Merah memang ramai.

Kata Jamal 300,000 Baju Merah akan turun penuhi Kuala Lumpur 19 Nov ini.

Pastikan setiap mereka dapat sehelai baju merah dan duit makan. RM50 pun OK. Lagi baik kalau RM100. Barang mahal sekarang ini - petrol mahal, minyak masak mahal.

 Janganlah dibiarkan mereka kehausan dan kelaparan semasa berdemo nanti. 

Kita buktikan kepada Bersih bahawa kita ramai penyokong.

Thursday, August 4, 2016

KETUA BAHAGIAN MAHU JHO LOW DITANGKAP & DIDAKWA?



UMNO kena TIPU?

Itulah pandangan pemimpin-pemimpin Umno, menurut seorang rakan yang sentiasa berdamping dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Saya bertanya, kena tipu dengan siapa?

JHO LOW, kata beliau.

Menurut rakan ini, ketua-ketua bahagian Umno sudah mencapai kata sepakat - TANGKAP JHO LOW.

Kata rakan ini, Ketua-Ketua Bahagian berpendapat Jho Low sudah tipu Umno, songlap duit negara. 

Mereka berpendapat Jho Low turut menipu Najib Razak.

Maka keputusan Ketua-Ketua Bahagian ialah JHO LOW mesti diTANGKAP dan diDAKWA.

Katanya, ketua-ketua bahagian sekarang ini sedang mengatur langkah mahu meminta Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan.

Jelapang alu-alukan hasrat Ketua-Ketua Bahagian ini.

Kita berharap mereka nyatakan pendirian ini kepada Najib.

Ramai mahu Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan. 

Kita sudah terlalu lama menanti Jho Low ditahan tetapi katanya ada pihak yang tidak mahu beliau ditangkap.

Malah di dalam laporan PAC pun nama Jho Low tidak disebutkan.

Sebelum ini bekas Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed begitu ghairah untuk memanggil Jho Low mengadap ahli PAC. Belum sempat Jho Low dipanggil, Nur Jazlan tinggalkan PAC dengan rela hati untuk memegang jawatan Timbalan Menteri.

Kalau benar cerita rakan kita ini, kita sokong Jho Low ditahan dan didakwa. 


Thursday, July 28, 2016

JAWABLAH KENAPA 1MDB PINDAH DUIT KEPADA JHO LOW & RIZA AZIZ DAN SEBAHAGIANNYA DIGUNAKAN UNTUK BERJUDI


PAGI ini, Jelapang terima satu mesej yang berbunyi: "Sebenarnya, duit yang hilang adalah "dicuri" daripada syarikat Abu Dhabi IPIC Aabar yg berurusan dengan 1MDB. Kalau kita bayar wang untuk beli kereta misalnya, apakah untuk wang yang digunakan oleh sipenjual kereta tadi, (contoh dia buat BERJUDI, bina kilang arak dan lain-lain)  masih tanggungjawab kita? Inilah ANC (kumpulan Anti-Najib) nak tipu rakyat dengan "money trail" konon! Itupun hanya tuduhan dan belum disiasat pun dan spin macam-macam".

yrsaypmnotansweringthequestion

PERTAMA, isu 1MDB bukan isu jual-beli kereta. 

Isu 1MDB isu Najib Razak, ahli keluarga dan kawan karib mengenai kehilangan duit 1MDB. Isu ini isu mudah. Lihat rajah bawah:



2009: Penasihat TIA - kawan Najib - Jho Low
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB - Najib Razak

Lihat kotak merah (ini yang masih belum diJAWAB oleh Najib mahupun Arul Kandasamy, CEO 1MDB).
1. 1MDB pindahkan wang ke akaun Good Star milik kawan Najib, Jho Low

2.  2012: Lebih RM4 bilion dimasukkan ke akaun Aabar dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dapati sejumlah US$238 juta di masukkan akaun Red Granite milik Riza Aziz, ANAK ROSMAH MANSOR dan ANAK TIRI NAJIB.


3. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mendakwa ANAK TIRI NAJIB memindahkan US$41 juta ke satu akaun untuk berJUDI.

4. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dapati JHO LOW, KAWAN NAJIB, pindahkan US$400 juta ke Amerika Syarikat.

Bro, ini bukan kes jual kereta.

Ini kes, transfer duit sesama sendiri dan sesama ahli keluarga. Jadi penasihat dan pengerusi, akhirnya wang masuk ke akaun sendiri. Sekali lagi ini bukan kes jual beli kereta.

Ini bukan FITNAH. Ini hasil siasatan FBI dan disiarkan melalui satu dokumen oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Jawablah isu yang dibangkitkan ini. Jangan hanya arah Arul Kanda jawab separuh jalan TANPA menyentuh duit ke Good Star dan Aabar.

Kalau hendak detail, boleh rujuk dokumen DOJ ini: http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf

Jelapang petik beberapa fakta penting dari laporan DOJ ini seperti berikut:




Kita sabar menanti penjelasan Najib dan ahli keluarga beliau.

Sementara itu, kita ingatkan balik kata-kata Ambrin Buang.




Saturday, July 23, 2016

AMERIKA DAKWA ANAK TIRI NAJIB & SEKUTU GUNA DUIT 1MDB UNTUK MAIN JUDI DI AMERIKA

Image result for venetian casino+vegas

Artikel berikut disiarkan oleh Malaysiakini dan Malaysian Review

DOJ: BINTANG "WOLF OF WALL STREET" BERJUDI DENGAN ANAK TIRI NAJIB.

Jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas untuk berjudi dengan beberapa individu, termasuk anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz, dan pelakon utama filem Hollywood ‘The Wolf Of Wall Street’, kata Jabatan Kehakiman (DOJ)

Dalam saman guaman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB, jabatan itu menyenaraikan wang AS$1.15 juta daripada AS$ 41 juta yang didakwa dipesongkan oleh Riza untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk dirinya , Low, dan sekutu mereka Eric Tan Kim Loong.

“Pada atau kira-kira 15 Julai 2012, Low mengeluarkan jumlah tunai AS$ 1,150,090 di Kasino Venetian.

“Beberapa individu berjudi bersama Low pada ketika itu, dengan menggunakan akaunnya. Mereka termasuk Aziz; pegasas Red Granite, Christopher ‘Joey’ McFarland; seorang pelakon utama filem ‘The Wolf of Wall Street’ (Pelakon Hollywood 1); dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB,” kata DOJ.

Walaupun tidak menamakan “Pelakon Hollywood 1”, dokumen itu bagaimanapun berkata individu berkenaan memenangi anugerah Golden Globe pada tahun 2014 untuk peranannya dalam ‘Wolf Wall Street’.


Ini jelas merujuk kepada bintang Hollywood, Leonardo di Caprio, yang memenangi kategori Pelakon Terbaik – Muzik atau Komedy semasa Golden Globe 2014.

Pencalonan Golden Globe lain untuk ‘Wolf of Wall Street’ adalah untuk kategori Filem Terbaik- Muzik atau Komedi, yang ia tidak menang. –Malaysiakini