Showing posts with label DOJ. Show all posts
Showing posts with label DOJ. Show all posts

Wednesday, July 5, 2017

UMNO BN AKAN TERUS "BERAYA", PEMBANGKANG AKAN TERUS BERPUASA

Image result for anwar ibrahim+pm

KATAkan lah esok, Najib Razak umumkan beliau akan membeli kapalterbang Jumbo terbesar di dunia, Airbus A380, dengan harga RM1.8 bilion untuk kegunaan peribadi dan ahli keluarga beliau, tumbangkah Najib dan kerajaan BN?

Katakan lah esok, Rosmah Mansor menghadiri satu majlis hariraya dengan memakai cincin bernilai RM45 juta dan memakai rantai yang berloket berlian merah jambu yang bernilai RM116 juta sepertimana didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, tumbangkah Najib dan Kerajaan BN?

Kita nak tanya Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli dan Mohamad Sabu? Tumbangkah Najib?

Kalau ikut hukum akal, kalau di negara-negara maju, tak perlu tunggu pilihanraya. Kerajaan BN yang ada sekarang ini sudah lama tumbang dan pemimpinnya hanya menunggu masa untuk menjadi penghuni penjara.

Tetapi tidak. Pembangkang hanya setakat mengharap. 

Kerajaan BN yang ada ini cukup teruk. Dah nak muntah dengar isu demi isu didedahkan. Tak payah lah pembangkang cari isu baru. Tak payahlah Rafizi nak perasan jadi hero dengan membongkar lima atau enam isu baru. Isu yang ada ini pun dah cukup memualkan. Isu baru tak akan mengubah apa-apa.

Tidak pernah dalam sejarah, imej BN dan Umno begitu teruk. Tetapi Perdana Menterinya dan isterinya tetap gagah, tak tergugat, tak peduli apa rakyat cakap.

Apa lagi isu yang tak keluar? Cincin? RM2.6 bilion? Jho Low? 1MDB? Felda? Tabung Haji? Anak tiri Najib berjudi? Rosmah shopping? Peguam Negara tidak adil? Ketua Polis Negara dituduh terlibat dengan Gopi? Harga barang? GST? Apa lagi?

Cakaplah apa pun. Sewa 41 bilik untuk taraf presiden di Bali? Guna jet kerajaan bercuti? Lepas Bali bercuti pula di Perth, Australia? 

Apa dia peduli. Cakaplah apa pun. Tak akan tumbang Najib dan kerajaannya.

KENAPA?

Kerana pembangkang HAPRAK. Kerana pembangkang setakat berharap kepada isu DOJ, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kerana Najib tahu, cakaplah apa pun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dakwa apa pun, BN dan Umno akan menang BESAR pilihanraya ini dan Najib akan tetap KEKAL sebagai Perdana Menteri.

Kalau rakyat muntah kerana isu-isu dan skandal-skandal Najib dan keluarganya, rakyat juga MUNTAH dengan perangai tamak parti-parti pembangkang.

Sehingga hari ini, tiada apa pun pelan pembangkang yang boleh menyakinkan rakyat. Hanya yang kita dengar, mereka bertelingkah berebut siapa nak jadi PM.

Nak pilih LOGO Pakatan Harapan pun, bergaduh bagai nak rak dan sampai hari ini, logo pun tak nampak.

Wan Azizah duk sibuk nak bagi laki jadi PM. Dalam PKR ada parti dalam parti.

DAP sibuk tuduh Umno rasuah, pemimpinnya sendiri Lim Guan Eng terlibat dalam rasuah.

Rasuah adalah rasuah. Tak payahlah Kit Siang dan Guan Eng nak nafi kononnya disabotaj oleh Umno atau guna alasan rasuah yang dibuat oleh Guan Eng lebih kecil dari apa yang dilakukan Najib.

Rasuah tetap rasuah. Guan Eng biawak hidup DAP.

Rakyat hendak tahu, bagaimana Perdana Menteri dipilih jika pakatan pembangkang menang dalam PRU nanti.

Kalau BN, mudah. Kita sudah tahu. Menang BN, Umno jadi PM. Pembangkang? Apakah akan ada majlis presiden untuk memilih Perdana Menteri?

Rakyat mahu tahu, apa proses untuk memilih Ketua Polis Negara dan Peguam Negara jika pembangkang memerintah?

Sebaliknya, Wan Azizah dan kuncu-kuncunya bergaduh siapa jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan siapa jadi Presiden. Apa nasib laki dia nanti?

Seorang rakan memberi anologi berikut. Katanya:

Kita hendak balik beraya di kampung dan selama ini kita menaiki bas yang dipandu oleh Ahmad. 

Tiba-tiba si Omar cakap jangan balik dengan Ahmad. Dia tu cuai. Bawa bas sambil baca mesej hand fon. Nanti accident.

Bila kita tanya Omar, kalau macam tu hang sajalah yang pandu.

Jawab si Omar. Maaf lah. Aku tak ada lesen dan tak pernah bawa bas.

Begitulah juga dengan perangai pembangkang, sama macam perangai Omar.

Apa jadipun kata rakan saya ini: "Aku tetap akan undi Umno dan BN. Tak kiralah rasuah macam mana pun Najib dan Rosmah."

Pembangkang mengkritik orang tanpa henti-henti. Sama macam si Omar. Apa pun tak ada. Cakap kosong. Nak harapkan mereka tadbir negara? Kalau isu logo pun sampai sekarang tak boleh selesai, nak selesaikan masalah negara?

Seperti peribahasa orang putih: "Better the devil you know than the devil you don't". Atau pun dalam bahasa Melayu, lebih baik kita percaya penyamun yang kita kenal dari pembangkang haprak yang hanya tahu mengkritik dan berebut jawatan sesama sendiri (tafsiran sendiri).

Sebab itulah Najib tak peduli pun apa orang kata. Nak cuti, cuti. Nak sewa 41 bilik, sewa 41 bilik.

Sebabnya dia tahu dia akan menang besar PRU nanti kerana pembangkang hari demi hari semakin bodoh.

Hanya Hadi Awang dan Pas yang cerdik. Awal-awal dah tahu pembangkang tak akan menang.

Oleh itu kutiplah apa yang boleh. 

Bagi saya, BN dan UMNO akan terus "BERAYA" dan pembangkang akan terus "BERPUASA" buat selama-lamanya.





Thursday, June 22, 2017

JHO LOW BANYAK DUIT, DUDUKLAH TERPERAP DALAM KAPAL LAYAR TU

TIBA-tiba selepas sahur tadi, teringat pula kepada JHO LOW.

Siang, malam, makan, minum, tidur dalam kapal layar. Kapal layar pula sedang diburu Amerika Syarikat.

Nak keluar dari kapal, takut kena tangkap. Nak belayar luar dari perairan China pun takut kena tangkap dan dihantar ke Amerika.

Jika saya Jho Low, saya akan kenang balik kehidupan indah sebelum ini - saat-saat yang cukup indah.

BerMESRA dengan Paris Hilton!
Image result for jho low paris hilton

BerMADU KASIH dengan Miranda Kerr

Image result for miranda kerr jho low

Berselisih bahu dengan Alicia Keys
Low is now in the limelight for different reasons - at the center of a probe into an alleged money-laundering scandal involving Goldman Sachs and the prime minister of Malaysia. Pictured with Alicia Keys in 2014

DiDENDANGkan lagu "Happy Birthday" oleh penyanyi terkenal Britney Spears.

Britney Spears sang the Happy Birthday for Jho Low's 30th bash of the century....

http://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-splurged-millions-birthday-party-las-vegas

Ini semua bahana DOJ, Amerika Syarikat. Nikmat dah tinggal kenangan. Kalau kita halusi saman sivil DOJ itu,  bukan NAMA Jho Low saja yang tertera. 

Banyak nama dalam saman itu. Yang Jelapang ingat nama ANAK TIRI Najib Razak, Riza Aziz pun ada. Riza merupakan anak kandung Rosmah Mansor.

Satu lagi nama, ialah isteri MO1. Sayangnya kita tak dapat ketahui siapa isteri MO1 ini sebab DOJ macam malu-malu nak letak nama betul.

Berbalik kepada Jho Low, rasa kasihan pun ada.

Riza Aziz, dan kawan-kawan seangkatan dengan beliau, kehidupan mereka seperti biasa - HIDUP BEBAS.

Kalau berasa nak bercuti di London, pergi London. Hujung tahun nak raikan tahun baru di Dubai, Australia, New York, bisa saja - naik private jet sampai lah.

Sekali sekala kalau Jho Low nak jumpa Riza, boleh lah, itu pun kalau ada lawatan rasmi negara ke China.

Arab yang turut sama kebas duit itu pun BEBAS juga. JUSTO, pun sekarang berehat di Switzerland, kena jel pun sekejap saja.

Miranda Kerr pun dah kahwin dengan orang lain. 

Tapi Jho Low duk terperap dalam kapal layar di perairan China. Entah lalu makan, entah tidak.

Lagi pun dah lama sangat tak nampak muka Jho Low. Dulu gemuk, katanya sekarang ini kurus kering. Kesianlah bila kita fikirkan nasib Jho Low ini.

Kalau kita kena kurung dalam kapal layar macam itu, pendek umur rasanya.

Tapi tak mengapa. Mr Jho banyak duit. Selagi tak selesai isu 1MDB dan DOJ ini, Mr Jho duduk lah dalam kapal layar mewah tu.



Sunday, July 31, 2016

ANAK ROSMAH, RIZA, LARI BALIK MALAYSIA

WAH, sudah ada satu OPERASI Khas untuk bawa balik anak tiri Najib Razak, Riza Aziz ke Malaysia?

Guna paspot DIPLOMATIK? 

Sekarang anak Rosmah Mansor dalam perjalanan pulang ke Malaysia? Di tahan ketika menaiki pesawat British Airways?

Image result for riza+aziz+party+jho low

WOW. Itu yang ditulis oleh blogger Zaharin Yasin, ahli Umno Bandar Tun Razak.

Kalau ikut cerita Bang Zaharin, Riza kini dalam perjalanan dan mungkin esok pagi sampai KLIA.

Flight dari London tidak banyak, kita boleh agak bila ketibaannya.

Seperti kebiasaan, elok ramai-ramai menyambut ketibaan Riza. Sama seperti mana kita lakukan kepada juara badminton negara Lee Chong Wei, juara Squash Nicol David dan juara motosikal Khairul Idham Pawi. Riza pun juara juga di casino di Vegas, Amerika Syarikat.

Mungkin Presiden Pas Hadi Awang teringin untuk menyertai sambutan beramai-ramai ini.

 

Minat juga Zaharin kepada filem Inggeris seperti The Fugitive.

Jika difikirkan balik, kenapa perlu dibuat operasi khas melibatkan pengeluaran paspot diplomatik untuk membawa pulang Riza?

Bukankah Najib sudah berkata bahawa tiada apa yang perlu diperbesarkan isu saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat itu.

Bukankah Najib sudah berkata bahawa ianya kes sivil BUKAN kes jenayah? Bukankah Najib kata tidak ada kesalahan? Bukahkah Najib sudah menyatakan anak tirinya perlu mempertahankan diri beliau dalam kes saman sivil ini?

Kenapa perlu Riza lari balik ke Malaysia menggunakan paspot diplomatik?.

Jika Najib gentleman dan berJIWA BESAR, eloklah dihantar balik ke Amerika Syarikat si Riza ini untuk mempertahankan diri beliau.

Dan kita yakin, Najib akan menghantar balik Riza ke Amerika Syarikat untuk melawan tuduhan jahat DOJ.

#RespectMyPM


Thursday, July 28, 2016

JAWABLAH KENAPA 1MDB PINDAH DUIT KEPADA JHO LOW & RIZA AZIZ DAN SEBAHAGIANNYA DIGUNAKAN UNTUK BERJUDI


PAGI ini, Jelapang terima satu mesej yang berbunyi: "Sebenarnya, duit yang hilang adalah "dicuri" daripada syarikat Abu Dhabi IPIC Aabar yg berurusan dengan 1MDB. Kalau kita bayar wang untuk beli kereta misalnya, apakah untuk wang yang digunakan oleh sipenjual kereta tadi, (contoh dia buat BERJUDI, bina kilang arak dan lain-lain)  masih tanggungjawab kita? Inilah ANC (kumpulan Anti-Najib) nak tipu rakyat dengan "money trail" konon! Itupun hanya tuduhan dan belum disiasat pun dan spin macam-macam".

yrsaypmnotansweringthequestion

PERTAMA, isu 1MDB bukan isu jual-beli kereta. 

Isu 1MDB isu Najib Razak, ahli keluarga dan kawan karib mengenai kehilangan duit 1MDB. Isu ini isu mudah. Lihat rajah bawah:



2009: Penasihat TIA - kawan Najib - Jho Low
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB - Najib Razak

Lihat kotak merah (ini yang masih belum diJAWAB oleh Najib mahupun Arul Kandasamy, CEO 1MDB).
1. 1MDB pindahkan wang ke akaun Good Star milik kawan Najib, Jho Low

2.  2012: Lebih RM4 bilion dimasukkan ke akaun Aabar dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dapati sejumlah US$238 juta di masukkan akaun Red Granite milik Riza Aziz, ANAK ROSMAH MANSOR dan ANAK TIRI NAJIB.


3. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mendakwa ANAK TIRI NAJIB memindahkan US$41 juta ke satu akaun untuk berJUDI.

4. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dapati JHO LOW, KAWAN NAJIB, pindahkan US$400 juta ke Amerika Syarikat.

Bro, ini bukan kes jual kereta.

Ini kes, transfer duit sesama sendiri dan sesama ahli keluarga. Jadi penasihat dan pengerusi, akhirnya wang masuk ke akaun sendiri. Sekali lagi ini bukan kes jual beli kereta.

Ini bukan FITNAH. Ini hasil siasatan FBI dan disiarkan melalui satu dokumen oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Jawablah isu yang dibangkitkan ini. Jangan hanya arah Arul Kanda jawab separuh jalan TANPA menyentuh duit ke Good Star dan Aabar.

Kalau hendak detail, boleh rujuk dokumen DOJ ini: http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf

Jelapang petik beberapa fakta penting dari laporan DOJ ini seperti berikut:




Kita sabar menanti penjelasan Najib dan ahli keluarga beliau.

Sementara itu, kita ingatkan balik kata-kata Ambrin Buang.




Tuesday, July 26, 2016

GANI, ZETI, ABU KASSIM BAKAL TAMPIL JAWAB TUDUHAN GULING NAJIB?

Image result for azwan+pemuda+laporan polis

TIADA seorang pun di dalam kepimpinan Umno BERANI bertindak membuat laporan polis TANPA kebenaran pemimpinnya ataupun orang sekelilingnya.

Hari ini Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz, bekas Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed.

Kita boleh mengandaikan Khairul mendapat ARAHAN untuk membuat laporan ini, dan kita boleh membuat spekulasi siapa yang mengarahkannya. Adakah Malaysia Officer 1? 

Tetapi ada juga mempersoalkan tindakan ini - samada ada udang di sebalik batu. Biasalah di dalam Umno, kadang-kadang ada laporan polis dibuat untuk membantu dan ada dibuat untuk MENYUSAHKAN orang tertentu serta membuat orang yang dirundung malang menjadi bertambah parah.

Dakwaan Khairul: 


"SAYA, KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO KP761019-06-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO ONN, PWTC, KL, MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT:

1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS KETUA PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SERI ZETI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GHANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)

ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SRI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH, MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI, ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA.
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT
PERKARA YANG DILAPORKAN DI SINI, BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.


Kita ucapan terima kasih kepada Saudara Azwan bro.

1) Jelas kini Zeti, Abu Kassim dan Gani dianggap musuh oleh Najib Razak selain Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan rakan-rakan beliau yang lain termasuk Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan ramai lagi.

2) Jelas bahawa saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat hasil siasatan FBI bukan agenda YAHUDI, kerana maklumat yang diperolehi adalah dari Peguam Negara, Bank Negara dan SPRM.

3) Bahawa fakta yang diberikan kepada FBI TIDAK direka dan tidak dipalsukan. Jika benar palsu dan direka sudah lama Najib dan kerajaan Malaysia bertindak balas terhadap Amerika Syarikat. 

Untuk makluman, sehingga hari ini, Menteri Luar Negeri Anifah Aman BELUM memanggil Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk MEMBANTAH tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan menyatakan bahawa segala tuduhan termasuk terhadap anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib menggunakan wang 1MDB untuk BERJUDI adalah palsu.

Bagi kita, laporan polis ini sekadar untuk mendapat ruang di stesen TV dan akhbar pro-Umno.

Dan kepada saudara Azwan, tahniah. Hari ini dapatlah sedikit publisiti.

Cuma tadi Jelapang ada terdengar khabar angin bahawa Zeti, Gani dan Abu Kassim mungkin TAMPIL menjawab tuduhan ini.

DIPERSILAKAN TAN SRI-TAN SRI. Lagi pun Tan Sri kini musuh Najib Razak.



Sunday, July 24, 2016

ARUL KANDA: CUKUP-CUKUP LAH MENIPU RAKYAT. KEPADA PEMIMPIN, INGATLAH ALLAH SWT



KINI kita tahu, 1MDB ditubuhkan untuk menyamun duit rakyat.

Ini bukan saya kata. Ini kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 40 peratus dari perolehan penjualan bond dimasukkan ke akaun Aabar BVI dan disalurkan kepada anak Rosmah dan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz.

CEO 1MDB Arul Kanda hendak tipu siapa?

Percayalah. Sehari dua ini, Arul akan buat drama Tamil dan bohong keling BAHAWA TIADA DUIT HILANG.

Arul jangan ingat semua Melayu tonton drama Tamil.

1MDB beli tanah murah, jual mahal.

Bisnes apa 1MDB buat yang bawa untung? Beli IPP harga mahal. Dapat tanah murah, jual mahal. Berniaga di Mongolia, berniaga minyak, mana untungnya?

Tak payah lah Arul hendak terus menipu rakyat. Sudah-sudahlah. 

Jadilah CEO yang bertanggungjawab dan HORMAT rakyat.

Walaupun sudah didedah segala kemungkaran, amat menyedihkan kerajaan, Perdana Menteri dan Arul Kanda masih ada hati mahu menipu rakyat.

Apa salahnya, Arul bercakap benar. Kenapa duit dimasukkan ke Good Star, milik Jho Low?

Kenapa wang 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Petrosaudi tetapi dimasukkan ke akaun Aabar BVI dan dimasukkan ke akaun Riza dan Riza sanggup mengatakan ianya wang hadiah, senada dengan bapa tiri beliau. Benarlah peribahasa Melayu - bapa borek, anak rintik.

Hentilah segala penipuan ini.

Hari ini adalah masa untuk bercakap benar, bukan terus menipu rakyat.

Amat memalukan melihat sesetengah pemimpin Melayu sudah tidak takut kepada Tuhan, pergunakan agama.

Lihatlah gambar.

Lihatlah muka Peguam Negara Apandi Ali.

Mulut cakap lain, carta di tangan tunjuk lain dan beliau adalah Melayu  beragama Islam.

Ingatlah pada Tuhan, ingatlah hari pembalasan.

Nasihat ini juga untuk Arul Kanda.

Saturday, July 23, 2016

AMERIKA DAKWA ANAK TIRI NAJIB & SEKUTU GUNA DUIT 1MDB UNTUK MAIN JUDI DI AMERIKA

Image result for venetian casino+vegas

Artikel berikut disiarkan oleh Malaysiakini dan Malaysian Review

DOJ: BINTANG "WOLF OF WALL STREET" BERJUDI DENGAN ANAK TIRI NAJIB.

Jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas untuk berjudi dengan beberapa individu, termasuk anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz, dan pelakon utama filem Hollywood ‘The Wolf Of Wall Street’, kata Jabatan Kehakiman (DOJ)

Dalam saman guaman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB, jabatan itu menyenaraikan wang AS$1.15 juta daripada AS$ 41 juta yang didakwa dipesongkan oleh Riza untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk dirinya , Low, dan sekutu mereka Eric Tan Kim Loong.

“Pada atau kira-kira 15 Julai 2012, Low mengeluarkan jumlah tunai AS$ 1,150,090 di Kasino Venetian.

“Beberapa individu berjudi bersama Low pada ketika itu, dengan menggunakan akaunnya. Mereka termasuk Aziz; pegasas Red Granite, Christopher ‘Joey’ McFarland; seorang pelakon utama filem ‘The Wolf of Wall Street’ (Pelakon Hollywood 1); dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB,” kata DOJ.

Walaupun tidak menamakan “Pelakon Hollywood 1”, dokumen itu bagaimanapun berkata individu berkenaan memenangi anugerah Golden Globe pada tahun 2014 untuk peranannya dalam ‘Wolf Wall Street’.


Ini jelas merujuk kepada bintang Hollywood, Leonardo di Caprio, yang memenangi kategori Pelakon Terbaik – Muzik atau Komedy semasa Golden Globe 2014.

Pencalonan Golden Globe lain untuk ‘Wolf of Wall Street’ adalah untuk kategori Filem Terbaik- Muzik atau Komedi, yang ia tidak menang. –Malaysiakini


Thursday, July 21, 2016

DOA NAJIB SUPAYA DIBERI PERTUNJUK OLEH ALLAH SWT AKHIRNYA TERMAKBUL?



Ramadhan adalah kesempatan keemasan untuk memperbanyak doa dan mengetuk pintu langit, karena ia saat yang mustajab dikabulkannya doa.

Dan kita tidak akan lupa akan DOA Najib Razak di bulan Ramadhan yang lalu (lihat video atas).

Kata Najib: "DOA SAYA, KALAU SAYA BETUL, TUNJUKKANLAH".

Setiap hari sepanjang Ramadhan kita mengAMINkan doa Najib ini. 1Malaysia mengAMINkan doa ini.

Kita berdoa kepada Allah SWT supaya dimakbulkan doa ini. 

Mustajab doa Najib. Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil untuk merampas harta-harta yang dimiliki anak tiri Najib, Riza Aziz, serta rakan karib beliau Jho Low.

Setiap umat Nabi Muhammad SAW menanti-nanti akan tibanya Ramadhan untuk berdoa dan doa mereka sentiasa dimakbulkan Allah SWT.

Dan kita diingatkan bahawa Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Tidak kira siapa kita, baik petani mahupun Perdana Menteri, tidak yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT.

Semuga Allah SWT makbulkan doa Najib bin Abdul Razak.

Kepada yang ingin tahu secara komprehensif mengenai cara anak tiri Najib dan kuncu-kuncu beliau mengunakan duit 1MDB termasuk di kasino judi di Amerika Syarikat seperti di dakwa oleh FBI, boleh ke website berikut : 


Berikut ucapan Najib pada 5 Julai 2015 sebagai imbasan semula.



** Kita juga berDOA supaya tidak ada Menteri meletakkan jawatan sehari dua ini kerana pendedahan FBI ini. Maklum sajalah, ramai juga Menteri-Menteri yang sudah tua usianya dan mungkin merasakan diri mereka dipenuhi dosa dan mahu bertaubat sebelum terlambat dan mahu berundur untuk menyucikan diri dari segala dosa semasa di dalam Kabinet Najib ini.