skip to main |
skip to sidebar

BERKALI-kali kita menyelak Utusan Malaysia hari ini, tak pula terjumpa muka AzwanBro, MAT BOND UMNO.
Semalam Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairul Azwan Harun jadi Mat Bond Umno, mendedahkan Pesuruhjaya Sprm Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan bekas Peguam Negara Gani Patail cuba MENGULINGKAN bos Mat Bond, Najib Razak, serta menyerahkan dokumen dan rahsia kerajaan kepada FBI.
Bukan apa, cuma nak tengok berapa mukasurat Mat Bond AzwanBro dapat liputan di suratkhabar Umno.
Setakat ini, Utusan Malaysia di kampung di Utara Semenanjung, sepatah haram pun tak ada cerita Mat Bond ini.
Kesian juga kepada Mat Bond AzwanBro. Tak dapat publisiti.
Mat Bond kena ingat, akhbar Umno ini keluar berita ikut arahan. Kalau tak ada berita semalam, arahan juga agaknya. Itu kata sesetengah Ketua Bahagian pada kita.
Pagi tadi dapat satu mesej dari kawan-kawan di Kuala Lumpur.
Kata mereka Mat Bond "berak batu" sebab bos besar "hot" dengan Mat Bond sebab buat laporan polis itu.
Kita di kampung mana lah tahu bos marah ke tidak. Orang KL lagi tahu. Kita orang kampung hanya tahu cerita BR1M dan penyanyi seksi Selena Gomez. Cerita Selena Gomez ini pun kita dengar dari orang Pas. Depa minat betul dengan Selena Gomez katanya sampai google tengok gambar seksi Selena Gomez. Tapi itu memang kerja orang Pas terutama Pemuda Pas. Kalau KimK datang Malaysia, lagi sibuk lah orang Pas google tengok bentuk badan KimK.
Cerita orang curi duit 1MDB, puak-puak Pas tak minat sebab tak SEKSI, tak nampak payudara dan bentuk badan.
Katanya juga, Mat Bond dah macam mabuk laut. Kejap kata orang PM suruh buat laporan polis, kejap kata ada orang kuat Umno suruh buat hendak jatuhkan PM.
Nasihat saya kepada Mat Bond, kalau nak jadi Mat Bond, jadi Mat Bond yang berani. Dalam filem, Mat Bond adalah hero paling berani di Malaya.
Mat Bond boleh terjun dari kapalterbang pakai payung kaki saja.
AzwanBro alang-alang hendak jadi Mat Bond, biar berani terjun macam Mat Bond dalam filem.
Jangan separuh jalan, nak salahkan orang itu, salahkan orang ini.
Nota tambahan: Laporan polis sudah pun dibuat. Agak-agak bila penguling Najib bergelar Tan Sri ini akan ditangkap dan dipakaikan baju Oren dan diusung ke mahkamah? Kesalahan mereka serius.
Seperti dakwa Mat Bond, Tan Sri-Tan Sri ini menyerahkan dokumen rahsia kepada FBI, agen Yahudi. Eloklah Tan Sri-Tan Sri dilayan seperti mana Siddiq Ghouse dahulu atau pesalah-pesalah lain.
Kepada yang tidak mengenali Siddiq Ghouse, Jelapang cerita sedikit sejarah beliau di bawah ini kepada mereka yang lupa sejarah.
Siddiq bin Mohamad Ghouse merupakan Setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad selama tujuh tahun .Siddiq dilantik sebagai Setiausaha politik ketika Dr Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada 1974.1974-1975 adalah tahun-tahun kebangkitan semula komunis buat kali kedua .
Siddiq Ghouse ditahan pada 13 Julai 1981 , tiga hari sebelum Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia (16 Julai 1981) berikutan perletakan jawatan Hussein Onn.
Agen perisik KGB
Beliau didakwa menjadi agen perisik KGB dari Kesatuan Soviet di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie.
Pada 13.7.1981, Kerajaan Malaysia telah mengusir keluar serta-merta tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpurkerana kesalahan pengintipan. Perisik KGB yang diusir ialah G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan Rusia; Encik V.P.Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline.
Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam sidang media memaklumkan bahawa polis merampas alat-alat yang dibekalkan oleh agen-agen KGB kepada Siddiq Ghouse. Sejak beberapa bulan Siddiq dan tiga orang agen bertemu tetapi tidak ada yang maklumat yang bocor.
Pada 30 Julai 1981, Dr Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA.
TIADA seorang pun di dalam kepimpinan Umno BERANI bertindak membuat laporan polis TANPA kebenaran pemimpinnya ataupun orang sekelilingnya.
Hari ini Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz, bekas Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed.
Kita boleh mengandaikan Khairul mendapat ARAHAN untuk membuat laporan ini, dan kita boleh membuat spekulasi siapa yang mengarahkannya. Adakah Malaysia Officer 1?
Tetapi ada juga mempersoalkan tindakan ini - samada ada udang di sebalik batu. Biasalah di dalam Umno, kadang-kadang ada laporan polis dibuat untuk membantu dan ada dibuat untuk MENYUSAHKAN orang tertentu serta membuat orang yang dirundung malang menjadi bertambah parah.
Dakwaan Khairul:
"SAYA, KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO KP761019-06-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO ONN, PWTC, KL, MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT:
1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS KETUA PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SERI ZETI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GHANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)
ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SRI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH, MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI, ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA.
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT
PERKARA YANG DILAPORKAN DI SINI, BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.
Kita ucapan terima kasih kepada Saudara Azwan bro.
1) Jelas kini Zeti, Abu Kassim dan Gani dianggap musuh oleh Najib Razak selain Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan rakan-rakan beliau yang lain termasuk Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan ramai lagi.
2) Jelas bahawa saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat hasil siasatan FBI bukan agenda YAHUDI, kerana maklumat yang diperolehi adalah dari Peguam Negara, Bank Negara dan SPRM.
3) Bahawa fakta yang diberikan kepada FBI TIDAK direka dan tidak dipalsukan. Jika benar palsu dan direka sudah lama Najib dan kerajaan Malaysia bertindak balas terhadap Amerika Syarikat.
Untuk makluman, sehingga hari ini, Menteri Luar Negeri Anifah Aman BELUM memanggil Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk MEMBANTAH tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan menyatakan bahawa segala tuduhan termasuk terhadap anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib menggunakan wang 1MDB untuk BERJUDI adalah palsu.
Bagi kita, laporan polis ini sekadar untuk mendapat ruang di stesen TV dan akhbar pro-Umno.
Dan kepada saudara Azwan, tahniah. Hari ini dapatlah sedikit publisiti.
Cuma tadi Jelapang ada terdengar khabar angin bahawa Zeti, Gani dan Abu Kassim mungkin TAMPIL menjawab tuduhan ini.
DIPERSILAKAN TAN SRI-TAN SRI. Lagi pun Tan Sri kini musuh Najib Razak.
27 MEI 2016: Menteri di Jabatan Perdana Menteri ABDUL WAHID OMAR mengumumkan penamatan karier beliau sebagai Menteri berkuatkuasa 4 Jun 2016. (pautan di sini)
22 JUN 2016: Ketua Persuruhjaya SPRM ABU KASSIM MOHAMED mengumumkan persaraan sebagai orang NO 1 SPRM. (pautan di sini)
27 JUN 2016: Menteri Kewangan II HUSNI HANADZLAH meletakkan jawatan sebagai Menteri. (pautan di sini)
27 JUN 2016: NOH OMAR serta beberapa orang lagi dilantik mengganggotai Kabinet Najib Razak. (pautan di sini)
HUSNI, Wahid dan Abu Kassim adalah tiga personaliti yang memegang tiga jawatan penting dengan penuh INTEGRITI.
Mereka tidak pernah bercakap politik, tidak pernah membuang masa sia-sia berpolitik.
Mereka pemimpin yang berintegriti tinggi dan hari ini dengan RELA HATI, melepaskan jawatan tertinggi mereka.
NOH OMAR
Antara yang dilantik menjadi Menteri termasuklah Noh Omar yang diselubungi pelbagai isu semasa menjadi Timbalan Menteri dan Menteri.
Tanyalah Ketua-Ketua Bahagian di Selangor akan isu beras. Bagaimana pembahagian kuota beras ST15 di Selangor. Berapa mereka dapat 3 bulan pertama dan berapa mereka dapat selepas 3 bulan.
Bermacam gelaran ada pada Noh. Noh udang dan sebagainya dan Noh pernah membuat kenyataan menimbulkan kemarahan pengundi Cina.
Kini perlantikan Noh menjadi bahan cacian di kalangan Ketua-Ketua Bahagian di Selangor.
Kalau dulu ada sekerat dua Ketua Bahagian tidak berapa suka dengan Najib, kini sudah berpuluh mengherdik Najib dengan perlantikan Noh.
Bagi ketua-ketua bahagian di Selangor, Noh PANDAI memukat ikan untuk diri sendiri.
Kemenangan di Sungai Besar merupakan telaga untuk beliau memukat untuk kembali bergelar Menteri.
WAHID OMAR
Kembali kepada hal Wahid. Dulu kita ingat Wahid akan menyumbangkan tenaga beliau kepada rakyat untuk satu penggal Parlimen.
Sebaliknya setakat 3 tahun sahaja. Padahal tempoh Senator beliau boleh dilanjutkan selama 3 tahun lagi.
Wahid memegang jawatan cukup penting di dalam kerajaan. Beliau adalah perancang ekonomi negara, pemikir ekonomi negara. Wahid tidak pernah mengeluarkan kenyataan politik. Seorang yang bijak, berkelayakan tinggi dan dikenali di bahagian korporat sebagai perancang bisnes yang cemerlang.
Tidak dapat dibayangkan seorang pemimpin Melayu yang bijak pun tidak sanggup bersama Najib di dalam Kabinet beliau.
Nampak gayanya, Wahid lebih sanggup menjadi drebar teksi Uber dari bergelar Menteri.
HUSNI HANADZLAH
Kita tahu cerita Husni. Berapa kali setahun kita dengar Husni membuat kenyataan politik? Hampir tiada.
Apa yang kita ingat JASA Abdul Rahman Dahlan di Kementerian Perumahan?
Yang kita ingat ialah kenyataan politik murahan beliau.
Husni lain caranya. Kita tahu apa yang menyebabkan Husni membuat keputusan meninggalkan jawatan Menteri dan selang 20 minit selepas pengumuman Najib, Husni melepaskan semua jawatan di dalam Umno kecuali sebagai Ahli Parlimen Tambun. Tak perlu surat perletakan jawatan. Husni letak jawatan hanya melalui PESANAN RINGKAS SMS. Itupun melalui seorang pegawai beliau.
Orang Tambun lebih maklum akan hal ini.
Ketiadaan Husni di dalam politik adalah HADIAH ISTIMEWA Najib kepada Zambry Kadir.
Tanyalah orang Tambun. Siapa yang paling gembira Husni bukan lagi seorang Menteri?
Ini bukan rahsia. Dengan ketiadaan Husni maka selamatlah Zambry. Selama ini, Husni mahukan salah seorang wakil rakyat beliau menggantikan Zambry sebagai Menteri Besar.
Zambry kenalah ingat akan jasa Najib kepada beliau kali ini. Lupa-lupakanlah Muhyiddin Yassin, wahai Zambry.
LIFELINE UNTUK TUN DR MAHATHIR
Keluarnya Wahid Omar, Husni Hanadzlah dan Abu Kassim seolah-olah memberi satu "lifeline" (nafas baru) kepada Tun Mahathir. Pemimpin yang berintegriti meninggal pentadbiran dan yang bermasalah di bawa masuk.
Ia kelihatan seolah-olah mereka bertiga "MAHU" bersama Dr Mahathir dan enggan bersubahat dengan pentadbiran yang ada.
Yang tinggal di dalam pentadbiran sekarang ialah mereka yang pandai berpolitik, bercakap politik dan kerja entah ke mana.
Dr Mahathir kini boleh merasa lega kerana sudah ada ahli baru di dalam pakatan beliau - Wahid Omar, Husni dan Abu Kassim.
Seperkara lagi, Jelapang kasihan melihat nasib Annuar Musa. Kalau ikut hiraki dalam parti, Annuar lebih tinggi pangkatnya dari Noh Omar atau Ismail Sabri.
Annuar adalah Ketua Penerangan Umno.
Jika tidak berpangkat Menteri, bagaimana Annuar boleh efektif sebagai Ketua Penerangan. Hendak menjemput orang menghadiri majlis penerangan pun susah.
Isyallah jika ada satu lagi rombakan tiga empat bulan lagi, mohon Najib pertimbangkan Annuar Musa.
NOTA: Tahukah anda Miti ada DUA Menteri dan DUA Timbalan Menteri? Tahukah anda Nogeh anak Gumbek adalah salah seorang Timbalan Menteri?