Showing posts with label pemilihan umno. Show all posts
Showing posts with label pemilihan umno. Show all posts

Monday, June 18, 2018

PEMILIHAN UMNO: GENG I LOVE PM (NAJIB)

Image result for tengku razaleigh khairy jamaluddin
Image result for zahid i love pm

KHAIRY Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Zahid Hamidi. Salah seorang daripada mereka adalah bakal Presiden baru Umno menjelang 30 Jun ini.

Sekarang ahli-ahli Umno kena buat keputusan, siapa mereka mahu sebagai pemimpin mereka.

Tengku Razaleigh, yang sudah berusia 81 tahun dan dilihat sebagai sebahagian dari sistem fuedal, ATAU geng-geng "I love PM" yang menyokong kuat Najib iaitu KJ dan Zahid.

Jadi pilihlah. Pilih yang banyak kudis atau hendak pilih yang kurang kudis. Hendak pilih yang ada sejarah gengster atau tidak ada sejarah gengster. Pilihlah sesuka hati tuan-tuan dan puan-puan.



Kalau ikut hati, kesemua Majlis Tertinggi di bawah Najib tak layak memimpin parti yang mereka khianati.

Ketika Najib berbohong dan menipu bangsa dan negara, mereka-mereka inilah yang bersekongkol melindungi Najib. Lebih teruk lagi mereka turut sama menikmati hasil mahsul dari penipuan Najib.

Kini mereka menonjolkan diri sebagai mahu menyelamatkan Umno.

1. Tengku Razaleigh Hamzah: Ketika veteran-veteran Umno berjuang untuk menyelamatkan negara dari kerakusan Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor serta anak tiri Najib, Riza Aziz, dan partner-in-crime atau rakan jenayah mereka, Jho Low, Ku Li membisu. Tak ada sepatah pun keluar dari Ku Li menegur Najib bagi menyelamatkan negara.

Beliau hanya melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat oleh Najib kerana menegur beliau. 

Akhir-akhir ini, apabila melihat peluang untuk mendapat gelaran "Presiden Umno", Ku Li mula bercakap dan meraih publisiti. 

Beliau menyelar Zahid kerana "merangkak"mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad - maka dapatlah publisiti. Itulah cara Ku Li berpolitik. 

Bagi kita Ku Li hanya sekadar boleh menyerikan pertandingan. Berkurun lamanya, tiada usaha Ku Li untuk mendekati ahli-ahli Umno. Agak berapa orang Ketua Bahagian yang beliau kenali sekarang ini. 

Kawan-kawan yang beliau kenal, kebanyakan di luar Umno. Bagaimanapun, tiada banyak kudis di badan beliau. Jika ada pun hanyalah parut-parut lama.


2. Ahmad Zahid Hamidi: Tidak ada kualiti kepimpinan tetapi pandai berpolitik. Visi tiada. Idea tidak ada. Sekadar jadi Pak turut Najib dan mendapat hasil dari sokongan ini apabila diletakkan di Kementerian Lubuk Emas - KDN. 

Dengar khabarnya, banyak benda berlaku semasa menerajui KDN dan dengar khabarnya sedang disiasat segala perlakuannya oleh SPRM di bawah kerajaan Pakatan.

Tetapi satu sejarah lama yang tidak akan dapat dipadamkan oleh Zahid Hamidi - PARUT DI TEMPURUNG KEPALA AMIR BAZLI.

Baca di link ini: http://anti-zahid.blogspot.com/2009/03/pendedahan-jenayah-ahmad-zahid-hamidi.html



Image result for amir bazli nurul hidayah

Zahid mendapat faedah dari pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Zahid turut mempertahankan kerakusan Najib. Zahid adalah antara geng "I love PM (Najib)."

Apakah ahli Umno akan memilih Zahid yang pernah didakwa mencederakan anak muda yang pernah dicintai oleh anak beliau dan sedang disiasat oleh kerajaan Pakatan?

Tepuk dada, tanya selera.

3. Khairy Jamaluddin: Pernah meletakkan jawatan kerana isu 1MDB tetapi hanya meletakkan jawatan dalam senyap-senyap. Apabila dipujuk, Khairy pun turut sertai band Ï Love PM."

Apabila Mukhriz Mahathir membangkitkan mengenai perletakan jawatan beliau, budak-budak Khairy mengherdik kononnya Mukhriz berbohong. Apabila orang tertentu berjumpa beliau, Khairy menunjukkan surat perletakan jawatan tersebut.

Tak ubah macam Tengku Razaleigh. Belakang tabir, bantai Najib, di khalayak ramai membisu. 

Pernahkah KJ menegur Najib sepertimana yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Shafie?

Hanya selepas Umno kalah dan hanyut, barulah KJ bersuara. Barulah KJ hendak jadi juara. Barulah KJ rasa dirinya paling sesuai menjadi Presiden Umno.

Image result for zahid ku li kj

Tuan-tuan pilihlah mereka-mereka ini sebagai Presiden Umno. Walaupun diri mereka penuh kudis, mungkin ini sajalah pemimpin yang ada di dalam Umno.

Jika Jelapang diberi peluang memilih, Jelapang akan pilih antara Ku Li dan KJ. 

Jika diberi pilihan lain, Jelapang akan pastikanTIADA siapa yang pernah menjadi Menteri Kebinet Najib sebelum PRU14 dan ahli MKT sekarang dipilih menganggotai Majlis Kerja Tertinggi Umno yang baru.










Saturday, June 27, 2015

BERKUBURNYA HASRAT MUHYIDDIN BERGELAR PM


Nampaknya tidak kesampaian HASRAT Muhyiddin Yassin menaiki TAKHTA sebagai Perdana Menteri. 

Keputusan MKT untuk menangguhkan pemilihan jawatan parti tahun hadapan ke 2018 telah MEMATIKAN peluang Muhyiddin menyandang jawatan tertinggi di dalam negara.

Pada USIA 71 tahun pada 2018 nanti Muhyiddin akan dilihat tidak lagi relevan kepada generasi pengundi pada masa itu kerana rata-rata pengundi adalah dari kalangan anak-anak muda.

Malang buat Muhyiddin, beliau akan diingati sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang paling LEMAH di dalam arena politik negara.

Muhyiddin semasa perhimpunan agung yang lalu menyarankan agar pemilihan 2016 tidak ditangguhkan.

Tetapi saranan beliau tidak diendahkan oleh pemimpin Umno bahagian dan kekecewaan menyelubungi Muhyiddin. 

Itulah budaya Umno. Pemimpin yang lemah akan ditinggalkan keseorangan. Ketika Najib Razak menghadapi krisis kepimpinan dan ketika rakyat menanti HARAPAN baru negara, Muhyiddin mengecewakan mereka.

Sudah lama Jelapang membuat kesimpulan. Muhyiddin TIADA penyokong. 

Malah di negeri kelahiran beliau sendiri, beliau sukar mendapat sokongan. Shahrir Samad tidak bersama beliau. Azalina Othman Said secara terang-terangan menyatakan beliau tidak bersama Muhyiddin.  

Hari ini berakhirlah harapan penyokong Muhyiddin untuk melihat idola mereka dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 

Itulah takdir politik. 

Keputusan MKT malam ini juga merupakan BERITA Malang buat Umno.

Ini bermakna calon-calon PRU-14 majoritinya adalah muka lama.

Jika tidak, ketua bahagian, timbalannya. Jika bukan Timbalan, Naib akan menjadi calon.

Itulah resam Umno. Jawatan mengatasi kepentingan parti. 


Wednesday, June 24, 2015

PAKATAN KETUA BAHAGIAN: TANGGUH PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN UNTUK KEKAL JAWATAN




SEMASA perhimpunan agung yang lepas, Muhyiddin Yassin menyarankan supaya PEMILIHAN Umno tahun depan TIDAK DITANGGUHKAN.

Apakah saranan Muhyiddin diterima?

Belum lagi masuk 2016, sudah terdengar satu PAKATAN di kalangan Ketua-Ketua Bahagian.

Katanya sudah hampir 170 Ketua Bahagian sudah BERPAKAT untuk MEMASTIKAN pemilihan tahun hadapan DITANGGUHKAN selama 18 bulan kononnya demi mengekalkan PERPADUAN di dalam parti untuk menghadapi PRU-14.

Maksudnya, jika Najib Razak mengikut cakap ketua bahagian ini, maka calon-calon PRU 14 nanti akan terdiri dari MUKA-MUKA yang sama yang tak jemu-jemu kita lihat hari ini.

Itulah mudahnya dalam Umno untuk kekal lama memegang jawatan.

Hanya dengan perkataan "PERPADUAN" dapatlah seseorang menjadi Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan tinggi mengikut SELERA masing-masing.

Kasihan Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri. Tak adalah peluang mereka memegang jawatan lebih tinggi atau bertanding di dalam PRU-14 nanti.

Ketua-ketua bahagian pun tidak perlu pandangan mereka samada hendak diadakan pemilihan atau ditangguhkan.

Itulah nasib Ketua-Ketua Pemuda. Tunggulah umpama buah yang tak luruh.

Friday, October 18, 2013

HISHAM KALAH? MUKHRIZ MENANG?

Jam 9 pagi esok, bermulalah proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan AJK bahagian di 191 bahagian Umno di seluruh negara kecuali Sarawak.

Esok, 146,500 perwakilan akan mengundi untuk memilih 3 Naib Presiden dari 6 calon dan 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi dari 64 calon.

Penglibatan perwakilan yang ramai ini adalah hasil dari pindaan kepada Perlembagaan Umno yang dibuat pada Oktober 2009 bagi memperluaskan dan memindahkan kuasa memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi ke peringkat Bahagian serta menghapuskan kuota untuk bertanding.

Esok juga kita akan mengetahui samada gandingan Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal kekal sebagai Naib Presiden atau muka baru akan mengambil alih.

Kempen sedang sengit di akar umbi terutamanya dari kem Hishammuddin. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga ramai meramalkan beliau akan tewas kali ini.

Siapa menang, ganjarannya besar. Pemenang adalah bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya ditakdirkan sesuatu berlaku kepada orang No 1 dan No 2 negara yang sudah agak berusia. Tambahan pula ada disebut orang, Muhyiddin akan mengundur diri sebelum 2017.

NAIB PRESIDEN

Sebenarnya, tidak banyak pilihan untuk Jawatan Naib Presiden.

Ramai meramalkan Zahid dan Shafie akan menang mudah dan tempat ketiga menjadi rebutan antara Hishammuddin, Mukhriz Mahathir, Ali Rustam dan Isa Samad. 

Perwakilan Umno perlu membuat pertimbangan demi masa depan parti. Ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih nanti adalah jentera PRU-14 pada 2018 nanti.

Apakah pemimpin yang kalah semasa PRU-13 seperti Mohd Ali Rustam, Saifuddin Abdullah dan Puad Zakarshi mahu dipilih oleh perwakilan?

Kalau kawasan Parlimen sendiri pun ketiga-tiga ini tidak boleh jaga, adakah perwakilan mahu memberi kepercayaan kepada mereka untuk memimpin parti?

Tetapi Umno memang parti yang pelik.

Najib Razak layak memimpin Umno kerana beliau menang besar di Parlimen Pekan semasa PRU-13 yang lalu. Malahan beliau mendapat majoriti yang TERTINGGI iaitu 35,613 undi.

Muhyiddin Yassin boleh lah kita terima sebagai Timbalan Presiden walaupun setakat meraih undi majoriti 13,432 undi.

Tetapi calon popular Naib Presiden, Zahid, hanya mendapat 2,108 undi majoriti di Parlimen beliau, Bagan Datok.


RAMALAN

1. Zahid: Menang mudah. Naib Presiden No 1. Katanya Zahid akan mendapat sokongan dari 174 bahagian.

2. Shafie Apdal: Menang mudah. 157 undi.

3. Hishammuddin: Ramai meramalkan Hishammuddin akan kalah. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga dilabelkan "Mat Lembik" di bahagian-bahagian. Jelapang meramalkan Hishammuddin akan MENANG dengan hanya menduduki tempat ketiga dengan undi yang terendah dalam sejarah politik Hishammuddin. Tidak mungkin Najib Razak akan membiarkan sepupunya terkapai-kapai kelemasan. Sudah pasti pada ketika ini Najib sudah mengeluarkan ARAHAN kepada Ketua-Ketua Bahagian agar menyelamatkan sepupunya. 

4. Mukhriz Mahathir: Ramai yang tidak kena mengena dengan Umno amat mengharap dan yakin Mukhriz akan menang. Mengikut firasat Jelapang, Mukhriz akan kalah teruk. Jangan terkejut sekiranya kedudukan Mukhriz di bawah Isa Samad dan Ali Rustam. Kem Najib tidak mahu Mukhriz menang kerana kemenangan Mukhriz akan mengubah lanskap politik Umno dan akan memendekkan "NYAWA" Najib sebagai PM. Ketua-ketua bahagian di Kedah ada di antaranya tidak boleh langsung mendengar nama Tun Mahathir.

Mungkin ramai tidak mempercayainya, tetapi rasanya lebih ramai pemimpin Umno di Kedah tidak meminati Dr Mahathir dari Umno di negeri-negeri lain. Pemimpin Umno Kedah berpendapat Mukhriz menjadi Menteri Besar bukan kerana ketokohannya tetapi lebih kepada "paksaan" yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap Najib.

Jelapang menjangkakan Mukhriz akan hanya mendapat sokongan dari 8 undi dari 15 bahagian di Kedah.

5. Ali Rustam: Kalah teruk semasa PRU-13 (kalah dengan majoriti 5,447 undi). Ini faktor penting yang akan menentukan keputusan terhadap Ali Rustam. Bagaimanapun, sekiranya Ali menang, ini adalah disebabkan perwakilan mengenang budi beliau kerana menganugerahkan mereka gelaran Dato dan keprihatinan beliau kepada kebajikan mereka dan sering ke kenduri kahwin anak-anak mereka.

6. Isa Samad: Isa seharusnya sedar bahawa karier politik seseorang perlu ada noktahnya. Kita tidak akan menang kesemuanya dan hilang kesemuanya. Apa pun Isa adalah seorang ahli politik kental. Pernah digantung oleh Umno, pernah jadi Menteri Besar, pernah jadi Menteri dan pernah menjadi Adun. Walaupun melalui pelbagai rintangan, beliau kini masih bergelar Ahli Parlimen dan menerajui salah satu agensi terbesar Kerajaan, Felda. Apapun, tiada tempat Naib Presiden untuk Isa.

AHLI MAJLIS TERTINGGI   

Hanya satu harapan Jelapang yang malangnya tidak akan kesampaian. Bagi Jelapang, Ahli Majlis Tertinggi Umno perlu lah dianggotai oleh pemimpin terbaik Umno dan mendapat sokongan tinggi rakyat. Pemimpin perlu lah bersih atau dilihat bersih.

Malangnya, itu bukan aspirasi Umno.

Di bawah Jelapang senaraikan KELAB PEMIMPIN 10,000 Umno. 

Mereka-mereka ini telah menang dengan besarnya di dalam PRU-13 di mana majoriti yang diperolehi melebihi 10,000 undi. 21 pemimpin ini adalah dari kumpulan 120 pemimpin Umno yang bertanding semasa PRU-13 di mana hanya 88 dari mereka saja yang menang. Malangnya ada di antara mereka yang mampu membawa perubahan kepada Umno dan negara mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

KELAB 10,000 UMNO

1. NAJIB RAZAK (Pekan) 35,613 Undi - Presiden Umno
2. AZALINA OTHMAN SAID (Penggerang) 26,992 - Bertanding MKT 
3. SHAFIE APDAL (Semporna) 20,905 - bertanding Naib Presiden
4. KHAIRY JAMALUDDIN (Rembau) 18,357 - Ketua Pemuda Umno
5. HALIMAH SADIQUE (Tenggara) 17,196 - bertanding MKT.
6. ABDUL LATIF AHMAD (Mersing) 15,747 - bertanding MKT.
7. ABU BAKAR MOHAMAD DIAH (Tangga Batu) 15,633 tidak bertanding
8. JAMALUDDIN JARJIS (Rompin) 15,114 - bertanding MKT
9. GHAFUR SALLEH (Kalabakan) 14,221 - tidak bertanding
10.  AHMAD MASLAN (Pontian) 13,727 - Ketua Penerangan
11. NASRUN MANSUR (Silam) 13,387 - tidak bertanding
12. MUHYIDDIN YASSIN (Pagoh) 12,842 - Timbalan Presiden Umno
13. AHMAD SHABERY CHIK (Kemaman) 12,306 - bertanding MKT
14. NAWAWI AHMAD (Langkawi) 11,861 - tidak bertanding
15. AHMAD HAMZAH (Jasin) 11,763 - tidak bertanding
16. NORAINI AHMAD (Parit Sulong) 11,753 - Exco Wanita Umno
17. SHAZIMAN ABU MANSOR (Tampin) 11,162 - tidak bertanding
18. HISHAMMUDDIN HUSSEIN (Sembrong) 10,631 - bertanding Naib Presiden
19. ROSNAH SHIRLIN (Papar) 10,535 - Exco Wanita Umno
20. JOHARI BAHAROM (Kubang Pasu) 10,444 - tidak bertanding
21. SHAHRIR SAMAD (Johor Baru) 10,134 - tidak bertanding.

Sunday, September 29, 2013

10 PERTANDINGAN MENARIK DALAM PEMILIHAN UMNO KALI INI




1.  SHAHRIZAT TERKEJUT?

Exco Wanita Umno Malaysia Maznah Mazlan mengejutkan Shahrizat Jalil apabila bertanding untuk jawatan Ketua Wanita Umno di saat-saat terakhir hari penamaan calon. (Maznah dan Shahrizat kini berusia 60).

2. AKHIRNYA DI CABAR!

Shahrir Samad, bekas Menteri, dicabar untuk jawatan Ketua Bahagian Johor Baru oleh dua Ketua Cawangan setelah memegang jawatan tersebut selama 31 tahun. Shahrir kini berusia 64 tahun. 

3. SIX MILLION DOLLAR MAN KENA LAWAN?

Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pasir Salak, yang mendapat gelaran Six Million Dollar Man pada pemilihan Umno 1995, akan dicabar oleh Timbalan Ketua Bahagian Zainol Fadzi Paharuddin dan bekas Ketua Cawangan Kampung Teluk Namat Idris. Tajuddin berusia 65 tahun.
                                                       

4. LAWAN TOWKAY?

Ketua Umno Bera yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri, dicabar oleh bekas Setiausaha Politik beliau sendiri Azizan Che Omar. 

                                                             

5. KAKAK ADIK BEREBUT KETUA BAHAGIAN!

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Azizah Mohd Dun, 52,  dan adik beliau Saridah bertanding menentang Pemangku Ketua Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih untuk jawatan Ketua Bahagian.

                                                                          
 6. PARTI SUAMI-ISTERI DAN ADIK!

Shahidan Kassim akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Arau. Tak cukup setakat ketua, adik Shahidan, Ismail, kini Adun dan bekas Ahli Parlimen Arau akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian sementara Shahidan, Shamsiah Md Yassin merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian dan menentang Ketua Wanita sekarang, Mastika Junaidah Hussin.

                                                               

7. MENTERI BESAR BERISIKO TINGGI?

Azlan Man adalah muka baru dalam arena politik Umno. Malangnya bintangnya masih belum bersinar walaupun hampir 5 bulan menjadi Menteri Besar Perlis. Lebih malang buat Azlan, beliau tidak diberi satu laluan mudah sebagai penghormatan kepada beliau sebagai MB. Laluan Azlan untuk menjadi Ketua Bahagian Kangar penuh onak dan duri. Beliau akan dicabar oleh orang kuat Shahidan Hashim Suboh (Timbalan Ketua Bahagian Kangar) dan Ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.

                                                     

8. RAHIM THAMBY CHIK AKAN MENCIPTA SEJARAH?

Tiada yang mustahil di dunia ini. Mayat boleh berjalan di atas muka bumi ini dan ikan kering boleh hidup semula dalam politik. Ini yang akan berlaku dalam pertandingan untuk Ketua Bahagian Masjid Tanah. Turut serta bertanding ialaj Setiausaha Kerja Umno Rauf Yusoh dan Adun Kuala Linggi Ismail Othman. Marilah kita sama-sama mengharapkan kejayaan menyebelahi Rahim kerana kita mahu sejarah baru tercipta.
Rahim kini berusia 63 dan pernah terlibat dengan dakwaan gangguan seksual.

                                                  

9. MENTERI BESAR KEBAL DAN TEBAL MUKA?

Siapalah Rais Zainuddin untuk mencabar Mohamad Hasan sebagai Ketua Bahagian Rembau. Yang pasti Mohamad Hasan akan menang mudah. Kalau kes pemindahan wang haram sebanyak RM10 juta pun beliau dapat melepaskan diri, apalah setakat jawatan Ketua Bahagian. Dengar khabarnya minggu lepas isu duit RM10 juta bebangkit lagi di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen katanya ingin tau dari mana datangnya duit tersebut dan dari akaun mana ianya dikeluarkan. 

                                               

10. TENGKU RAZALEIGH DICABAR!

Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah dicabar selapas 46 tahun. Pencabarnya ialah Ketua Pemuda Gua Musang Razlan Baharuddin. Amat menarik jika Razlan menang kerana selama 46 tahun Umno Gua Musang bergantung semata-mata di atas kekayaan Tengku Razaleigh. Bila Razlan mengambil alih, kemana agaknya Pejabat Umno Gua Musang akan berpindah.


Saturday, September 21, 2013

SENARAI CALON PEMILIHAN UMNO PUSAT

Senarai calon jawatan utama UMNO pusat


Berikut adalah senarai calon yang akan merebut jawatan-jawatan utama UMNO pusat pada pemilihan bulan depan:

PRESIDEN:
1. Datuk Seri Mohd Najib Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
6. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaakub
2. Datuk Azizah Mohd. Dun
3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Penyandang
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman

NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd. Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130921/po_90/Senarai-calon-jawatan-utama-UMNO-pusat#ixzz2fVfmfkR6
© Utusan Melayu (M) Bhd