DALAM Umno susah nak dapat yang ikhlas. Kawan pun boleh jadi LAWAN. Itulah yang terjadi kepada Bung Mokhtar Radin yang semalam diHINA dan diperlekehkan oleh rakan sendiri dari Sabah - Abdul Rahman Dahlan. Rahman Dahlan mempertikai keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melantik Bung untuk mengetuai Pilihanraya Negeri Sabah dan melabelkan tindakan tersebut sebagai "BUNUH DIRI". Kita tak tahu sebenarnya apa tujuan Rahman Dahlan. Tetapi nampak seolah-olah mahu membunuh karekter BUNG dan juga ZAHID. Kalau Rahman Dahlan mengatakan Bung ada masalah kredibiiti kerana perbicaraan mahkamah, kes Zahid lagi teruk. Jadi siapa yang Rahman Dahlan tembak ni? Sudah pasti kita nampak dia tembak Bung dan Zahid. Kalau nak kata Bung tak ada kredibiliti, hampir kesemua yang dibawah naungan Najib Razak ada masalah kredibiliti Rahman Dahlan. Bacalah kenyataan beramaran dalam kes Guan Eng yang sedang viral sekarang ini. Nama Rahman Dahlan pun ada dengan jumlah wangnya sekali. Sekarang kita nak lihat apa tindakan Zahid selepas diperlekehkan oleh Rahman Dahlan.
DUA perkara akan berlaku sekiranya Najib Razak ditegur oleh pemimpin sendiri. Samada ....
1. DiSINGKIRkan dari Umno dan diPECAT dari jawatan sepertimana yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir. 2. DiCERCA sepertimana yang dilakukan terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim. Itulah cara pentadbiran hari ini. Pernahkah pucuk pimpinan hari ini mengaku kesilapan sendiri? Sehingga hari ini, tidak sekali pun mengaku akan kesilapan. Menuduh orang lain sudah menjadi perkara biasa. NAFI, hampir setiap hari nafi itu dan ini. Ini semua akan diHISAB semasa PRU 14 bulan hadapan.
RUPA-rupanya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno Sabah ada PERASAAN. Sabtu lepas, Jelapang diajak oleh seorang pemimpin Umno Sabah dan kawan-kawan Umno dari Sabah minum-minum. Kata mereka Najib Razak dan Umno "Malaya" dah "CROSS THE LINE" (melampau) dalam kes Shafie Apdal. Kita ingat orang Umno Sabah tak kisah Shafie masuk lokap. Rupa-rupanya mereka ada nilai dan harga HARGA DIRI yang tinggi. Rupa-rupanya ahli-ahli dan pemimpin Umno terasa hati dengan Najib apabila melihat Shafie Apdal dilayan sedemikian rupa - direman dan tidur dalam jel SPRM. Pada mereka Shafie tidak ada masalah dengan orang Sabah. Shafie banyak jasa pada orang Sabah. Kata mereka, tanya orang Sabah, ceruk kampung mana Shafie tak masuk selama 6 tahun 3 bulan 19 hari Shafie menjadi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Rakyat mana di Sabah yang tidak ditolong Shafie. Ketua Bahagian dan pemimpin Umno mana yang tidak pernah dibantu Shafie. Orang miskin mana yang tak dibantu oleh Shafie. Bidayuh? Kadazan?, kata mereka. Apabila dilayan sedemikian rupa, kata mereka, "kami amat marah, sedih dan pilu Shafie diperlakukan sedemikian." "Kami tak ada masalah dengan Shafie. Yang ada masalah dengan Shafie ialah Najib dan Umno Malaya," kata mereka. "Kami, walaupun, dalam Umno, kalau boleh nak PRU dibuat esok. Senang kami buat keputusan. Kami kasihan tengok Shafie" Dulu ada kes jumpa jokong emas, duit cash bertan-tan, tak ada pula apa-apa tindakan. Shafie, kata mereka, yang banyak tolong kami, begini dibuatnya. Jelapang hanya mampu mendengar rintihan (kemarahan) mereka. Tetapi Jelapang dapat agak apa yang dimaksudkan dengan "kalau boleh nak PRU dibuat esok." Ada juga lah dengar-dengar ramalan kononnya 14 kerusi Parlimen Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang kerana SIMPATI Shafie ditahan SPRM. Itu ramalan, tak semestinya betul. Lagipun menang kalah mana-mana kerusi dalam PRU nanti adalah tanggungjawab Najib. Dia ketua - commander-in-chief, kenalah bertanggungjawab, macam commander fleet kapal perang US. Bila kapal perang US John S.McCain berlanggar dengan kapal minyak di Selat Melaka, Fleet Commander untuk Pasifik yang berpengkalan di Jepun diPECAT. Itu baru kapal berlanggar BUKAN kerana KALAH PERANG. https://www.defensenews.com/naval/2017/08/23/7th-fleet-commander-sacked-days-after-second-deadly-collision/
WASHINGTON – The head of U.S. Navy forces in the Pacific fired the three-star commander of the Japan-based 7th Fleet Wednesday, two days after the second deadly collision between a U.S. destroyer and a commercial tanker in as many months.
Adm. Scott Swift relieved Vice Adm. Joseph Aucoin after a rash of accidents have raised fundamental questions about the ships in 7th Fleet, including whether they are able to safely execute even the most basic functions expected of naval warships based in one of the most congested and volatile regions on earth.
“Adm. Scott Swift, commander of U.S. Pacific Fleet, today relieved the commander of Seventh Fleet, Vice Adm. Joseph Aucoin, due to a loss of confidence in his ability to command,” a release posted on PACFLT‘s website said.
The Navy’s top officer said safety must be the priority of the incoming commander, in a statement to Defense News.
“I support Adm. Swift‘s decision to bring in new leadership to 7th Fleet,” said Adm. John Richardson, chief of naval operations. ”The new Seventh Fleet commander must help move his team forward, focusing on safe and effective operations.”
Aucoin was slated to turn over 7th Fleet in September with Rear Adm. Philip Sawyer, a career submariner who will now take charge of a fleet under intense scrutiny from the highest levels in the Navy.
SEHARI dua ini GHAIRAH SPRM membuat tangkapan berkaitan kes dana pembangunan luar bandar RM1.5 bilion di Sabah yang datangnya dari Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah semasa Shafie Apdal menjadi Menterinya. Adik Shafie, Hamid, ditangkap malam tadi. Pegawai Khas Salleh Said Keruak turut ditangkap serta beberapa orang lagi. Umum berpendapat siasatan ini menjurus kepada Shafie Apdal. Ada juga yang syak bahawa peningkatan populariti Shafie menerusi parti WARISAN beliau mengugat Umno dan justeru Shafie perlu diSEKAT. Agak ganjil juga, kes ini disiasat pada 2017, 2 tahun selepas Shafie dilucutkan jawatan Menteri. Tetapi tiada yang pelik di zaman Najib Razak ini. Kes 30 tahun pun boleh dibuka semula kecuali kes 1MDB dan duit derma RM2.6 bilion yang diterima beliau. Apabila Shafie Apdal ditanya mengenai tangkapan-tangkapan ini, beliau menjawab: "tahap prestasi saya semasa menjadi menteri Persekutuan adalah CEMERLANG malah mendapat PUJIAN dari Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013." Terfikir juga kita adakah munasabah seorang bekas Menteri yang berPRESTASI CEMERLANG disyak melakukan rasuah.
(Gambar:Najib dan Idris Jala sedang membincangkan prestasi Hishammuddin Hussien semasa sesi "report card" jemaah Menteri) Kata Shafie, Najib memberi pujian kepada beliau pada 2009, 2012 dan 2013 kerana prestasi cemerlang. Cemerlang bermaksud Najib memberi gred A atau A+ atau A1 kepada Shafie. Kalau Menteri bertaraf A1 seperti Shafie pun rasuah, kita boleh bayangkan Menteri-Menteri hari ini yang dapat gred B dan C dari Najib. Di samping itu, selain siasat perlakuan rasuah melibatkan Shafie, elok juga kalau SPRM boleh siasat siapa Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli-Ahli Parlimen yang turut "senang" semasa Shafie menerajui KKLW. Sekadar ingin tahu. RUJUKAN PANAS… Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kenapa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat dakwaan seleweng dana untuk projek luar bandar di Sabah sekarang.
Sebaliknya bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 itu mempertikaikan kenapa siasatan suruhajaya tersebut tidak pula dilakukan ketika beliau masih berkhidmat sebagai anggota Kabinet dahulu. “Jangan cakap semua syarikat ini milik saya… come on lah,” kata Shafie yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah selepas ‘keluar’ daripada UMNO tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna mendakwa bahawa konon tahap prestasinya semasa menjadi menteri Persekutuan adalah cemerlang malah mendapat pujian dari Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013.
Ditemui wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Jumaat, Shafie berkata setakat ini pihak SPRM belum lagi menghubunginya namun beliau sedia membantu siasatan kes korupsi itu jika dipanggil. Shafie juga menafikan ada kaitan dengan syarikat-syarikat yang kini sedang disiasat SPRM dalam kes itu yang menyaksikan penyelewengan peruntukan dana RM180 juta berkaitan projek prasarana luar bandar di Sabah.
Setakat ini SPRM telah tahan reman tiga orang termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dan ahli perniagaan Yu Sin Kong di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki hari ini mengesahkan, RM1.5 bilion daripada RM7.5 bilion dana yang disalurkan ke Sabah melalui sebuah kementerian diselewengkan dari 2009 hingga 2015. Ini mencetuskan spekulasi ‘cakap politik kedai kopi’ kononnya kes tersebut bakal melibatkan Shafie sendiri yang kebetulan merupakan menteri bertanggungjawab pada ketika tempoh itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Hamid Apdal, yang tampil ke pejabat SRPM pada pagi hari ini untuk membantu siasatan ditangkap pada 9.30 malam tadi.
KOTA KINABALU: Adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal, Hamid Apdal, ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan ke atas kes dana pembangunan luar bandar RM1.5 bilion di Sabah yang disyaki digelapkan.
Sumber memberitahu Hamid ditangkap di pejabat SPRM pada 9.30 malam tadi selepas seharian disiasat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut.
FMt sebelum ini melaporkan rumah Hamid di Taman Bersatu, Putatan digeledah penguatkuasa SPRM sehingga 6.00 petang tadi, menurut sumber yang tahu mengenai siasatan itu.
Hamid, 52, tampil ke pejabat SPRM pagi tadi selepas dipanggil untuk dirakamkan keterangan. Beliau dijangka dibawa ke mahkamah esok untuk pendengaran permohonan tahanan reman.
Perkembangan terbaharu ini menjadi 7 orang ditangkap setakat ini. Minggu lepas, SPRM berkata mereka mahu bercakap dengan 32 orang dalam siasatan itu.
Enam orang kini ditahan reman untuk membantu siasatan.
Mereka ialah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim, seorang ahli perniagaan dan seorang bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.
Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan dakwaan siasatan itu tindakan politik terhadap Warisan.
Sebahagian besar pelajar universiti telah diberi penerangan mengenai TN50. Terdengar sungutan pelajar kononnya sesi-sesi penerangan tersebut diATUR dan berSKRIP. Soalan-soalan telah diRANCANG dan pelajar-pelajar TIDAK diBENARkan bertanyakan soalan secara SPONTAN. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar ini sudah memahami apa itu TN50. Sekarang tiba masanya pelajar-pelajar ini, kebanyakan berusia antara 20-24 tahun bertanya kepada diri mereka, apa masa depan mereka di bawah TN50 ini. Jangan fikirkan apa akan berlaku 33 tahun dari sekarang (tahun 2050), kerana pada ketika itu usia mereka adalah antara 53 dan 57 tahun. TANYA apa keadaan mereka di bawah TN50 ini apabila mereka menjadi graduan 4 tahun dari sekarang. 1. Tanya diri anda, kalau dulu mak bapa aku gaji permulaan mereka RM800 sebulan 30 tahun yang lalu, berapa kah gaji permulaan mereka 4 tahun dari sekarang? RM2,400 (3 kali ganda)? RM3,200 (4 kali ganda)? Atau masih dibayar antara RM1,400-RM1,800 seperti sekarang ini? 2. Tanya diri anda, apabila anda berkerja sendiri, mampu kah anda tinggal bersendirian tanpa bergantung kepada ibubapa anda? Mampu bayar sewa rumah dan perbelanjaan sendiri tanpa bantuan ibubapa anda? 3. Tanya diri anda, apabila tiba masanya anda berumahtangga, mampu kah anda menanggung perbelanjaan perkahwinan sendiri tanpa bergantung kepada ibubapa anda? 4. Tanya diri anda, selepas berumahtangga, mampu kah anda membeli rumah tanpa bantuan kewangan ibubapa? Kalau dahulu harga rumah teres 2 tingkat dijual pada harga RM150,000, SEKARANG mencecah antara RM500,000-RM600,000. Mampukah anda membelinya tanpa bantuan ibubapa? 5. Tanya diri anda, mampukah anda memberi pendidikan kepada anak-anak anda tanpa bantuan ibubapa? JIKA kamu tidak tahu jawapannya, tanyalah mak bapa anda soalan-soalan ini. Jika mereka tiada jawapannya, ajukan soalan-soalan ini kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Kita bukan dari keluarga yang istimewa seperti Khairy Jamaluddin, mungkin sebagai seorang yang mempunyai keistemewaan, beliau ada jawapannya. Jangan tanya diri anda apa akan berlaku pada 2050 apabila TN50 direalisasikan. TANYA DIRI ANDA, APA NASIB ANDA 4 TAHUN DARI SEKARANG.
MALAM tadi, seorang anak kepada Ketua Wanita Cawangan ajak minum, katanya hendak mencurah isi hati mengenai ibunya. Katanya, ada masanya ibunya keluar pagi, maghrib baru sampai rumah - berkerja untuk parti - Umno. Macam-macam kerja disuruh Umno untuk ibunya lakukan. Kena buat mesyuarat pengurusan cawangan, kena jaga 40 pengundi dalam kawasan untuk pastikan mereka mengundi Umno, kena pastikan gerak kerja Umno berjalan lancar. Macam-macamlah dilakukan oleh ibunya untuk pastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri dan Umno dan BN terus berkuasa. Risau si anak melihat ibunya. Tak pernah ibunya berduit, katanya. Sampaikan duit bulanan yang anak berikan pada ibunya pun dibelanjakan oleh si ibu untuk parti menerusi program Jalinan Rakyat. Kalau belanja duit parti, katanya, tak kisahlah. Ini duit yang dia berikan anak-anak pun digunakan untuk Umno. Bila ditanya, kata ibunya, parti dah tak ada duit. Program Membara Umno yang selama ini bagi sedikit sebanyak peruntukan kepada Ketua Wanita, Pemuda, Puteri untuk program parti, duit pun dah tak nampak. Ibunya ada juga sedikit kecil hati, kata si anak, bila dilihat Ketua Wanita Bahagian, Exco Wanita kehidupan mereka berbeza - hidup selesa. Ibunya ada dengar khabar angin, kononnya, Ketua-Ketua Wanita Negeri, Exco Wanita selalu dipanggil oleh Ketua Wanita Shahrizat Jalil bertemu di Janda Baik. Ibunya ada juga mendengar setiap kali bertemu dengan Kak Jat di Janda Baik, mereka ini balik tersenyum lebar - ada masa dapat RM5,000 seorang, ada masa dapat rantai seutas. Ada yang terpilih untuk menyertai rombongan Umrah ke Mekah. Entahlah, katanya, betul atau tidak. Tapi Ketua Wanita Bahagian tidak pula bercerita ada menerima wang dari Shahrizat untuk cawangan. Yang dibawah ini, termasuk ibunya, disuruh ke hulu ke hilir kempen untuk pastikan Umno terus berkuasa. Bukan senang hendak berkempen sekarang ini, kata si anak. Macam-macam orang tanya. Siapa curi duit Felda? Siapa curi duit Mara? Betul ke Zizie Izzette, bini Bung Mokhtar Radin, dapat banyak komisen hasil Felcra beli saham amanah? Annuar Musa pakai Porsche ke? Betul ke bini baru Nazri Aziz tinggal di luar negara? Betul ke Najib ada RM2.6 bilion? Betul ke Ketua Bahagian itu ada jet peribadi? Berapa banyak beg Birkin Rosmah Mansor ada? Letih ibunya hendak menjawab. Susah-susah, ibunya kata, semua ini kita salahkan DAP saja. Kita cakap duit Felda hilang dicuri DAP. Duit Mara lesap disapu DAP. Cerita komisen itu tak betul, DAP yang dapat komisen. Orang DAP pun pakai Porsche juga macam Annuar Musa, Ketua Penerangan kita. Habis cerita. Itulah nasib ibunya, kata si anak. Maklumlah ibu saya jawatan ciput, Ketua cawangan saja, manalah nak jemput ke Janda Baik atau dibawa ke Mekah. Tetapi kalau duit bulanan yang dia beri pada ibunya dibelanjakan untuk parti, ini dah melampau, katanya. Tapi bila ditegur ibunya, ibunya menjadi sedih. Kata si ibu, inilah parti keramat. Kita tak mahu Melayu mengemis di tanah sendiri. Kita tak mahu DAP jadi Pengerusi Mara. Kita takut tanah kita dikuasai bangsa lain. Kata si ibu, inilah pergorbanannya pada parti keramat ini. Kata si anak, saya pula yang menangis. Menangis mengenangkan duit yang saya berikan itu lesap begitu saja. Saya dah berkali berpesan pada ibu saja. Kalau parti pun tak peduli, peruntukan pun sudah tidak ada, baik ibu duduk rumah. Ibu bukan kaya. Tak ada RM2.6 bilion. Tak dapat komisen Felcra. Tak ada Porsche seperti Annuar Musa. Suatu hari nanti, saya akan buat keputusan - Sudah-sudahlah Ibu. Jelapang terpegun.
PERNAHKAH Hadi Awang meminta ampun kerana kafirkan ahli Umno? Pernahkah Hadi memohon maaf kepada ahli Umno kerana menganggap sembahyang yang diimamkan oleh ahli Umno tak perlu diikuti? Pernahkah Hadi memohon maaf kepada ahli Umno sehinggakan anak ahli Umno menganggap bapanya kafir kerana Amanat Hadi? Pernahkah Hadi memohon maaf kepada Umno sehinggakan ahli Pas menganggap daging korban Umno tidak boleh dimakan? Pernahkah? Jika tidak! Mengapa pemimpin kita terhegeh-hegeh hendak bekerjasama dengan Hadi? Desperate sangat ke? Tenat sangat ke Umno? Cukup jelek kita melihat pemimpin kita memegang tangan Hadi yang cukup kotor itu. Memualkan. Selagi Hadi tidak memohon maaf, sejarah Pas jelas kita ini Kafir. Lupakah kita Hadi memaki hamun kita siang malam sebelum ini?
Lupakah kita kepada kata-kata ini?
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalahsyahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Siapa yang tutur ayat penghinaan ini? Bukan Hadi? Inilah Umno pimpinan Najib Razak. Sanggup membiarkan Umno sehina ini, bersalaman dengan orang yang mengkafirkan kita. P/S: Sudah sampai masanya Umno desak Hadi minta AMPUN pada kesemua jutaan ahli Umno secara live di TV dan muka hadapan akhbar kerana mengKAFIRkan kita.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SILAP. Bukan semua Melayu mudah lupa. Sebelum terlupa, Jelapang ingin ingatkan Najib Razak bahawa sudah lama Perdana Menteri tidak membuat majlis bertemu rakan Facebook dan Twitter. Ramai rakan-rakan ingin bertemu Perdana Menteri. Lagipun pengunjung ke Facebook beliau lebih ramai berbanding pada 2011. Rasanya Najib sudah lupa majlis sepenting ini. Harap-harap tidak lama lagi, majlis minum petang Perdana Menteri bersama rakan FB dan Twitter dihidupkan semula tahun ini. Hari ini kita sambung cerita. Cerita fitnah/tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib. Kita hidupkan semula peristiwa lepas ini kerana ini semua akan hidup semula di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kita yakin cerita lama ini akan tersebar semula. Kita berharap di PRK inilah Najib akan memberi pencerahan kepada tuduhan-tuduhan Dr Mahathir ini yang selama ini jawapannya kurang menyakinkan dari Team Najib. Berikut 3 lagi fitnah/tuduhan Dr Mahathir (seperti terkandung di dalam blog chedet). 4. TUDUHAN DR MAHATHIR: Wujud keraguan dalam kes bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sama ada prosedur ini telah diikuti. Apabila beliau dibersarakan, Perdana Menteri menyatakan bahawa ini adalah atas sebab-sebab kesihatan. Gani sendiri menafikan ini walaupun beliau mengalami kegagalan buah pinggang. Seseorang yang menghidapi kegagalan buah pinggang boleh berfungsi untuk tempoh masa yang agak panjang. Ia bukan satu sebab untuk bersara awal. Dan sekarang ini Gani dilapor akan memulakan kerjaya sebagai seorang peguam. Jelas sekali dia berkeupayaan untuk bekerja.
JAWAPAN Team Najib: Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai, 2015 atas sebab-sebab kesihatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri memberitahu Parlimen "Kita mahukan seorang Peguam Negara yang sihat ketika menjalankan tugas."
PERSEPSI MASYARAKAT: Gani dipecat BUKANNYA ditamatkan perkhidmatan. Memang benar Gani terpaksa menjalani dialisis tetapi tidak lah sampai tidak mampu menjalankan tugas-tugas Peguam Negara. Itu persepsi masyarakat. Lagipun amat sukar untuk rakyat mempercayai penjelasan Team Najib. Tambah-tambah lagi 4 bulan selepas dipecat, Gani hadir ke satu majlis forum mengenai SOSMA dan mengumumkan “SAYA SIHAT, seperti yang awak lihat ketika ini. Saya memang ada menjalani rawatan dialisis sebanyak dua kali seminggu, semasa masih berkhidmat dahulu pun saya sudah menjalani rawatan berkenaan."
Untuk makluman team Najib Gani nampak cukup sihat sekarang ini., macam orang tak pernah sakit. Malahan, ternampak Gani berjalan-jalan di Melaka baru-baru ini. Masyarakat berpandangan Gani dipecat kerana tidak membantu menyelamatkan Najib dari siasatan yang dilakukan oleh Badan Khas yang ditubuhkan dan diketuai oleh Gani ke atas Najib.
5. TUDUHAN TUN DR MAHATHIR: Timbalan Presiden tidak dibenar membuka mesyuarat sayap-sayap UMNO seperti yang sudah jadi tradisi parti. Timbalan Presiden juga dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Demikian juga Shafie Apdal, Naib Presiden juga tidak dibenar bercakap setelah dipecat dari jawatan menteri. Inikah sikap Gentleman yang berjiwa besar. Ia lebih mirip sikap boss yang mengikat tangan musuh supaya ia boleh dibelasah tanpa dibalas. Dahulu mencabar Presiden adalah perkara biasa dan pencabar bebas bercakap dimana sahaja. Tetapi sekarang tidak.
Jawapan Team Najib: Langkah mengugurkan Tan Sri muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang amat sukar. Keputusan tersebut dibuat demi kepentingan negara sekali gus mengambil kira pertimbangan politik semasa kini. Satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan jitu mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran. Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara seperti dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
PERSEPSI MASYARAKAT: Bagi rakyat, Muhyiddin dipecat kerana bercakap benar dan Najib melakukan kesalahan. Itu saja. Jika apa yang dikatakan oleh Muhyiddin dan Shafie adalah rekaan, Najib tidak perlu risau akan kehadiran mereka berdua di dalam Kabinet. Rakyat melihat Najib sedang bawa Malaysia ke belakang. Lebih menarik ada yang menyamakan Malaysia dengan Korea Utara. Rakyat bersimpati kepada Muhyiddin dan Shafie. Dan rakyat tetap berpegang bahawa Muhyiddin dan Shafie dianiayai oleh Najib dan yang melakukan kesalahan ialah Najib.
6. TUDUHAN DR MAHATHIR: Orang ramai masih tidak percaya RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datangnya daripada seorang penderma Timur Tengah. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak meraih dana sebanyak itu sewaktu bertanding dalam pilihan raya presiden. Siapa dalam dunia ini akan derma AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia? Obama pun tak dapat jumlah begini untuk bertanding presiden. Belanja perkahwinan anak perempuan Najib baru-baru ini pastinya mencecah jutaan ringgit dan melampaui kemewahan sultan dan raja negara ini serta gaji Najib sebanyak RM20,000 sebulan. Jelas sekali, PM dan isteri mempunyai wang lebih daripada gaji dan elaun yang dibayar kepada PM.
Jawapan Team Najib: Najib tidak pernah mengambil wang dari 1MDB untuk tujuan peribadi.
PERSEPSI MASYARAKAT: Sehingga hari ini Najib masih belum menyaman akhbar Amerika, Wall Street Journal. Akibatnya, rakyat lebih mempercayai apa yang disiarkan oleh WSJ dari penjelasan yang dibuat oleh Team Najib termasuk 1MDB. Apa yang rakyat percaya? Rakyat percaya laporan berikut.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Najib membelanjakan sehingga AS$15 juta (RM58.1 juta) untuk percutian dan barang-barang mewah di kedai-kedai di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di tempat lain, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap rekod perbankan peribadi beliau.
Wang yang dibelanjakan untuk percutian dan membeli-belah itu dikeluarkan daripada akaun bank peribadi di bawah nama Najib, yang para penyiasat percaya, menerima deposit beratus-ratus juta dolar sejak 2009 - kebanyakan wang itu datangnya dari 1MDB. .
Wall Street Journal mendakwa Najib membelanjakan AS$130,625 (RM506,238 ringgit) di Chanel di Honolulu dua hari sebelum perlawanan golf Malam Krismas dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 2014.
Urus niaga di kedai Chanel dibayar dengan kad Visa di bawah nama Najib, menurut dokumen-dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya, urus niaga itu tidak diluluskan dan Najib, yang ada di kedai berkenaan, terpaksa menelefon banknya untuk meluluskan pembayaran itu, kata individu yang tahu tentang membeli-belah itu , lapor Wall Street Journal.
Menurut artikel itu, wang berkenaan adalah daripada SRC International, bekas unit 1MDB, yang dipengerusikan Najib.
Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan AS$9 juta (RM34.8 juta) ke akaun itu menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu diperoleh sehari selepas Krismas. "
Selain daripada itu, lapor Wall Street Journal, dokumen menunjukkan bahawa peruncit pakaian mewah Malaysia, Jakel Trading Berhad, menerima lebih AS$14 juta (RM54.2 juta) dari Najib antara 2011 dan 2014. Dokumen juga menunjukkan pembelian AS$56,000 (RM216,834) di kedai kereta mewah di Kuala Lumpur pada 28 Jun, 2011.
Team Najib kena ingat, semua ini masih segar di ingatan rakyat serta bahawa pada ketika Najib bermain golf bersama Obama di Honolulu, rakyat menderita akibat bah besar di tanahair.
Rakyat juga tidak lupa akan peristiwa Najib sanggup menaiki pesawat komersial dan meninggalkan pesawat peribadi kerajaan untuk kegunaan Rosmah semasa di Amerika Syarikat.