Tuesday, May 31, 2016

SIRI 2 FITNAH/TUDUHAN MAHATHIR & JAWAPAN TEAM NAJIB



TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SILAP. Bukan semua Melayu mudah lupa.

Sebelum terlupa, Jelapang ingin ingatkan Najib Razak bahawa sudah lama Perdana Menteri tidak membuat majlis bertemu rakan Facebook dan Twitter. Ramai rakan-rakan ingin bertemu Perdana Menteri. Lagipun pengunjung ke Facebook beliau lebih ramai berbanding pada 2011. Rasanya Najib sudah lupa majlis sepenting ini. Harap-harap tidak lama lagi, majlis minum petang Perdana Menteri bersama rakan FB dan Twitter dihidupkan semula tahun ini.

Hari ini kita sambung cerita. Cerita fitnah/tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib. 

Kita hidupkan semula peristiwa lepas ini kerana ini semua akan hidup semula di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kita yakin cerita lama ini akan tersebar semula.

Kita berharap di PRK inilah Najib akan memberi pencerahan kepada tuduhan-tuduhan Dr Mahathir ini yang selama ini jawapannya kurang menyakinkan dari Team Najib.

Berikut 3 lagi fitnah/tuduhan Dr Mahathir (seperti terkandung di dalam blog chedet).

Image result for gani patail+sosma

4. TUDUHAN DR MAHATHIR: Wujud keraguan dalam kes bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sama ada prosedur ini telah diikuti. Apabila beliau dibersarakan, Perdana Menteri menyatakan bahawa ini adalah atas sebab-sebab kesihatan. Gani sendiri menafikan ini walaupun beliau mengalami kegagalan buah pinggang. Seseorang yang menghidapi kegagalan buah pinggang boleh berfungsi untuk tempoh masa yang agak panjang. Ia bukan satu sebab untuk bersara awal. Dan sekarang ini Gani dilapor akan memulakan kerjaya sebagai seorang peguam. Jelas sekali dia berkeupayaan untuk bekerja.

JAWAPAN Team Najib: Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai, 2015 atas sebab-sebab kesihatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri memberitahu Parlimen "Kita mahukan seorang Peguam Negara yang sihat ketika menjalankan tugas."

PERSEPSI MASYARAKAT: Gani dipecat BUKANNYA ditamatkan perkhidmatan. Memang benar Gani terpaksa menjalani dialisis tetapi tidak lah sampai tidak mampu menjalankan tugas-tugas Peguam Negara. Itu persepsi masyarakat. Lagipun amat sukar untuk rakyat mempercayai penjelasan Team Najib. Tambah-tambah lagi 4 bulan selepas dipecat, Gani hadir ke satu majlis forum mengenai SOSMA dan mengumumkan “SAYA SIHAT, seperti yang awak lihat ketika ini. Saya memang ada menjalani rawatan dialisis sebanyak dua kali seminggu, semasa masih berkhidmat dahulu pun saya sudah menjalani rawatan berkenaan."

Untuk makluman team Najib Gani nampak cukup sihat sekarang ini., macam orang tak pernah sakit. Malahan, ternampak Gani berjalan-jalan di Melaka baru-baru ini. Masyarakat berpandangan Gani dipecat kerana tidak membantu menyelamatkan Najib dari siasatan yang dilakukan oleh Badan Khas yang ditubuhkan dan diketuai oleh Gani ke atas Najib.

Image result for muhyiddin+dipecat

5. TUDUHAN TUN DR MAHATHIR: Timbalan Presiden tidak dibenar membuka mesyuarat sayap-sayap UMNO seperti yang sudah jadi tradisi parti. Timbalan Presiden juga dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Demikian juga Shafie Apdal, Naib Presiden juga tidak dibenar bercakap setelah dipecat dari jawatan menteri. Inikah sikap Gentleman yang berjiwa besar. Ia lebih mirip sikap boss yang mengikat tangan musuh supaya ia boleh dibelasah tanpa dibalas. Dahulu mencabar Presiden adalah perkara biasa dan pencabar bebas bercakap dimana sahaja. Tetapi sekarang tidak.


Jawapan Team Najib: Langkah mengugurkan Tan Sri muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang amat sukar. Keputusan tersebut dibuat demi kepentingan negara sekali gus mengambil kira pertimbangan politik semasa kini. Satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan jitu mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran. Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara seperti dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

PERSEPSI MASYARAKAT: Bagi rakyat, Muhyiddin dipecat kerana bercakap benar dan Najib melakukan kesalahan. Itu saja. Jika apa yang dikatakan oleh Muhyiddin dan Shafie adalah rekaan, Najib tidak perlu risau akan kehadiran mereka berdua di dalam Kabinet. Rakyat melihat Najib sedang bawa Malaysia ke belakang. Lebih menarik ada yang menyamakan Malaysia dengan Korea Utara. Rakyat bersimpati kepada Muhyiddin dan Shafie. Dan rakyat tetap berpegang bahawa Muhyiddin dan Shafie dianiayai oleh Najib dan yang melakukan kesalahan ialah Najib.


Image result for najib+obama+golf
6. TUDUHAN DR MAHATHIR: Orang ramai masih tidak percaya RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datangnya daripada seorang penderma Timur Tengah. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak meraih dana sebanyak itu sewaktu bertanding dalam pilihan raya presiden. Siapa dalam dunia ini akan derma AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia? Obama pun tak dapat jumlah begini untuk bertanding presiden. Belanja perkahwinan anak perempuan Najib baru-baru ini pastinya mencecah jutaan ringgit dan melampaui kemewahan sultan dan raja negara ini serta gaji Najib sebanyak RM20,000 sebulan. Jelas sekali, PM dan isteri mempunyai wang lebih daripada gaji dan elaun yang dibayar kepada PM.

Jawapan Team Najib: Najib tidak pernah mengambil wang dari 1MDB untuk tujuan peribadi.


PERSEPSI MASYARAKAT: Sehingga hari ini Najib masih belum menyaman akhbar Amerika, Wall Street Journal. Akibatnya, rakyat lebih mempercayai apa yang disiarkan oleh WSJ dari penjelasan yang dibuat oleh Team Najib termasuk 1MDB. Apa yang rakyat percaya? Rakyat percaya laporan berikut.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Najib membelanjakan sehingga AS$15 juta (RM58.1 juta) untuk percutian dan barang-barang mewah di kedai-kedai di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di tempat lain, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap rekod perbankan peribadi beliau.

Wang yang dibelanjakan untuk percutian dan membeli-belah itu dikeluarkan daripada akaun bank peribadi di bawah nama Najib, yang para penyiasat percaya, menerima deposit beratus-ratus juta dolar sejak 2009 - kebanyakan wang itu datangnya dari 1MDB. .

Wall Street Journal mendakwa Najib membelanjakan AS$130,625 (RM506,238 ringgit) di Chanel di Honolulu dua hari sebelum perlawanan golf Malam Krismas dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 2014.

Urus niaga di kedai Chanel dibayar dengan kad Visa di bawah nama Najib, menurut dokumen-dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya, urus niaga itu tidak diluluskan dan Najib, yang ada di kedai berkenaan, terpaksa menelefon banknya untuk meluluskan pembayaran itu, kata individu yang tahu tentang membeli-belah itu , lapor Wall Street Journal.

Menurut artikel itu, wang berkenaan adalah daripada SRC International, bekas unit 1MDB, yang dipengerusikan Najib.

Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan AS$9 juta (RM34.8 juta) ke akaun itu menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu diperoleh sehari selepas Krismas. "

Selain daripada itu, lapor Wall Street Journal, dokumen menunjukkan bahawa peruncit pakaian mewah Malaysia, Jakel Trading Berhad, menerima lebih AS$14 juta (RM54.2 juta) dari Najib antara 2011 dan 2014. Dokumen juga menunjukkan pembelian AS$56,000 (RM216,834) di kedai kereta mewah di Kuala Lumpur pada 28 Jun, 2011.

Team Najib kena ingat, semua ini masih segar di ingatan rakyat serta bahawa pada ketika Najib bermain golf bersama Obama di Honolulu, rakyat menderita akibat bah besar di tanahair.

Rakyat juga tidak lupa akan peristiwa Najib sanggup menaiki pesawat komersial dan meninggalkan pesawat peribadi kerajaan untuk kegunaan Rosmah semasa di Amerika Syarikat.

Rakyat masih ingat peristiwa tersebut.


BERSAMBUNG

No comments: