Tuesday, March 5, 2019

TUN BERLEMBUT, PEMIMPIN UMNO PIJAK KEPALA



UMNO menang di Semenyih, sekali lagi dengan bantuan Pas, tanpa perlu bantuan MCA dan MIC.

Biarlah Najib Razak dituduh pencuri, biarlah pencuri dikatakan tak takut pada kerajaan, pengundi Melayu termasuk ahli Pas tetap mengundi parti yang ditunjang oleh Najib.

Macam-macam dituntut oleh Umno dan Najib, kenapa tol Plus tak di"percuma"kan walaupun semua tahu bahawa Najib lah yang memanjangkan tempoh konsesi kutipan tol untuk Lebuhraya Plus sehingga 2038.

Kalau ikut jadual, sudah tidak ada tol di lebuhraya Plus, tetapi Najib panjangkan tempoh kutipan tol.

Kenapa Najib dan Umno berani bangun menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang?

Kerana mereka tahu Tun Mahathir hati lembut.

Najib dan Rosmah patut dipakaikan baju oren, tak tergamak Tun hendak arahkan SPRM untuk melakukannya.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid disiasat SPRM, sehingga sekarang belum didakwa.

Macam-macam isu semasa Ismail Sabri menjadi Menteri sehinggakan KSU Kementerian beliau dipenjarakan, siasatan tidak dilakukan.

Macam-macam kes Mara timbul, Annuar Musa masih gah dengan gayanya.

Macam-macam cerita mengenai anak Rosmah Mansor, Riza Aziz, sehingga kini entah apa jadi dengan kes beliau.

Bung Mokhtar ada kes Felcra di mana isteri beliau turut disiasat, senyap sunyi kes mereka.

Kes Tajuddin Rahman Pasir Salak di Felcra, diam begitu saja.

Shahrizat Jalil rasanya berdiam diri dengan harapan Tun Mahathir lupa padanya.

Tak mungkin Tun lupa kes Mohamed Hassan hantar wang melalui "money changer" ke London?

Pas pun banyak duit sekarang. Nak bayar cash RM1.4 juta pada Claire Sarawak Report.

Pemimpin Pas pun kaya raya. Ada Ahli Parlimennya beli kereta Audi mewah untuk bini muda. Mana datang duitnya.

Itulah akibatnya bila Tun Mahathir terlalu berlembut.

Dan banyak lagi kalau mahu disenaraikan.

Bila Tun berlembut orang pijak kepala.

Itulah yang terjadi di Semenyih. Tiap-tiap hari kepala Tun dipijak.

Cukup-cukuplah Tun berlembut. Yang salah, tetap salah. Perbetulkan negara dan yang menyamun suatu ketika dulu perlu dihukum.

Maka hukumlah mereka tanpa belas kasihan.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau tak panjangkan konsensi tol..rasanya brp kadar tol sekarang ye? Kalau berlembut hati krnapa pabggil org itu pencuri dan mcm mcm lagi?

Anonymous said...

Berlembut kepala hotak hang! Memali tu ape citer? Ops Lalang tu ape citer? Madey takut UMNO dan PAS sokong ANWAR bila berlaku undi tidak percaya. Madey percaya pada DAP ke? Org Melayu lagi berlembut kalau nak compare yang lain

Anonymous said...

Bukan Tun M berlembut...
Sebabnya ialah semua tuduhan tu palsu...sbb tu tak boleh buat apa.

Unknown said...

Bila orang2 melayu berlembut..puak DAP pijaK kepala melayu mcm mana pulak...

Esa Adam said...

Hukum Atok dulu. Dialah Kepala Penyamun.

Anonymous said...

WOOII BODOH SEGERAKAN KES 1MDB
FITNAH JIJIK KO KATA LEMBUT ATI
LEMBUT ATI PADA GAY LISBO LGBT
KESATUAN UMAH MAMAK NAK KASI MATI


KALAU KAU TAK PAHAM FAKTA JANGAN PUTAR BELIT PULAK...


INI BARUA KEPALA PEROMPAK FITNAH JIJIK... SEGERAKAN KRS 1 MDB... MALAH NAJIB ARAH PEMBANTU PERIBADI LAPUR POLIS SEGERAKAN KES BUNUH ALTANTUNYA KEVIN MORRIS PENGURUS BANK ... KENPA MAMAK FITNAH JIJIK DIAM BANGANG BISU.. SEGERAKAN BODOHHH..!!