Tuesday, April 14, 2015

PROTES: SELOKA KWSP

Image result for kwsp

Sebagai tanda protes kepada cadangan KWSP/EPF untuk melanjutkan tempoh umur pengeluaran dari 55 kepada 60 tahun, Jelapang siarkan Seloka ini yang dipetik dari sebuah blog.

K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja

Karya - Anonymous.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/04/seloka-kwsp_14.html#e3wEwucbghmXKYC6.99


2 comments:

Anonymous said...



nampak sangat kerajaan sengkek nak bangkrap. sampaikan duit kwsp rakyat pun nak simpan

Anonymous said...

Kerajaan tolong jgn susah kan rakyat yg nak langsaikan hutang