Showing posts with label umno selangor. Show all posts
Showing posts with label umno selangor. Show all posts

Tuesday, April 3, 2018

NAJIB PERLU TIRU AZMIN MATIKAN ISU



DARI Perlis hingga ke Johor video di atas menular.

Kita pun terpegun dengan penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengenai dakwaan Umno Selangor berkaitan isu tanah di Ijok.

Agaknya selepas video ini menular, Umno Selangor terdiam seribu bahasa, dan agaknya, itulah sebabnya isu ini SENGAJA "dikafankan" oleh Umno Selangor.

Biasalah dengan pemimpin-pemimpin Umno Selangor. Serang, kemudian lari masuk gua, sama macam peminat Liverpool tempoh hari apabila di belasah Manchester United.

Alangkah baiknya jika pucuk pimpinan Umno menteladani cara Azmin berhadapan dengan isu.

Banyak isu yang belum dijawab oleh Najib Razak. Isu 1MDB, isu SRC International, isu derma RM2.6 bilion. PRU dah dekat, isu masih belum dijawab.

Elok sehari dua ini, Najib buat CARTA macam Azmin dan berdiri di hadapan Ahli-Ahli Parlimen terangkan macam Azmin apa yang sebenarnya belaku dalam 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion.

Nak buat carta tak susah. Boleh pakai carta yang Peguam Negara Apandi Ali pernah tunjukkan dulu.

Bukan apa, kita risau jumlah kerusi BN berkurangan dari semasa PRU13. 

Kesemua isu dalam PRU 14 ini berkaitan dengan Najib. Maka cara Azmin lah yang terbaik untuk mematikan semua isu-isu ini.

Di bawah adalah carta yang digunakan oleh Apandi dulu.






Saturday, August 26, 2017

KHIR TOYO: PEMIMPIN UMNO HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN

Image result for khir toyo+najib

Bekas Menteri Besar Selangor memberi GAMBARAN amat tepat mengenai perwatakan pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini.

"HIDUP KEPURA-PURAAN dan TAKUT BUAT PENILAIAN SEBENAR"

Tahniah kepada Khir Toyo. Itulah realitinya watak-watak di dalam Umno bermula dari presidennya, Najib Razak, ahli-ahli kabinet beliau dan Ketua-Ketua Bahagian.

Pedih TEGURAN Khir Toyo, tetapi itulah KENYATAAN nya.

Berikut tulisan Khir Toyo di Facebook beliau pada 14 Ogos 2017 yang lalu.

Jalan Mudah Ialah Memijak Mereka Yang Diam

Barisan Nasional Selangor masih tidak tahu mengapa mereka kalah teruk dalam pilihan raya 2013.
Mereka beranggapan kekalahan BN Selangor pada 2008 kerana saya. Mereka lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor.
Saya dibicara dan dipenjarakan.
Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk.
BN rampas Perak dan Kedah, namun nyaris kalah di Terengganu. BN Terengganu tinggal majoriti 2 kerusi.
Masalah dalam BN dan UMNO ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat.
Mereka bersorak menang besar di Sungai Besar. Sebelum PRK semua diminta bersatu dan membantu parti. Selepas menang, jasa dan sumbangan milik orang tertentu sahaja..
PRK Sungai Besar, Undi yang diterima calon Barisan Nasional, YB Budiman Mohd Zohdin hanyalah 16,800 undi berbanding undi yang diterima oleh Allahyarham Noriah Kasnon sebanyak 18,695 undi. Bayangkan undi merosot hampir 2000.
Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah, Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?

Wednesday, November 12, 2014

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD: BERI PELUANG ORANG LAIN JADI PEMIMPIN, KALAU GAGAL MEMIMPIN

KUALA LUMPUR - Beri peluang kepada orang lain memimpin jika seseorang pemimpin itu gagal menguruskan sesuatu hal, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Beliau berkata, jika sesuatu perkara gagal dijayakan dengan sempurna, seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan menyerahkan tugasnya kepada orang lain yang difikirkan layak.
   
"Saya percaya bila kita dah lama dan kita tak berjaya, bagilah kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti sebab nak bagi tempat kepada orang lain.
   
"Kalau tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah kepada orang lain dan kita sokong orang lain.
   
"Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, hari ini.
   
Dr Mahathir mengulas mengenai kritikan beliau sebelum ini mengenai kepimpinan Umno Selangor yang perlu berundur.
   
Menurut beliau Umno Selangor perlu menerima hakikat mereka perlu berundur selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/politik/tun-m-beri-orang-lain-peluang-jika-gagal-1.332480

Saturday, November 8, 2014

BUSHRO: PEMIMPIN UMNO SELANGOR BERNAFSU BESAR & NAJIB JANGAN RETORIK

Nampaknya polemik berikutan teguran Presiden Umno kepada Umno Selangor masih belum reda dan akan berterusan.

Bekas Ketua Bahagian Subang dan Adun Paya Jaras Muhammad Bushro Mat Johar pula turut menyertai debat mengenai Umno Selangor.

Pandangan Bushro:

1. Praktis TABURAN DUIT YANG BERLEBIHAN menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

2. Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

3. Mereka berebut nak duit dan BERNAFSU BESAR dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat.

4. Teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

5. Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

6. Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana,” 

7. Parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

8. Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

9. Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan,”



Sebelum ini, berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar Umno Selangor dibubar dan kenyataan beliau bahawa Umno mempunyai imej parti rasuah, Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar menempelak Dr Mahathir dengan membuat satu kenyataan yang menarik perhatian penganalisa politik.

Kata Noh: "“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?

Apakah Noh panik dengan kenyataan keras Tun Dr Mahathir? Apakah Noh takut hilang jawatan Ketua Perhubungan Umno Selangor atau Noh sayangkan jawatan tersebut?

Atau apakah Noh MENERIMA ARAHAN DARI ORANG ATASAN untuk menyangkal Dr Mahathir?

Kenyataan penuh Noh Omar: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sejak-bila-orang-cop-umno-parti-rasuah-noh-omar-soal-dr-mahathir

Wednesday, November 5, 2014

DR MAHATHIR: BUBAR UMNO SELANGOR, PEMIMPIN SEKARANG PERLU BERUNDUR

UMNO SELANGOR PERLU BERUBAH

1. Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur.
2. Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru. Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.
3. Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor.
4. Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran UMNO termasuk dan Bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat UMNO untuk agenda peribadi mereka.
5. Yang kedua ialah tumpuan kepada Gen-Y. Pada PRU 14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi.
6. Gen-Y tidak berminat dengan UMNO. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat. Bagi ramai dari mereka penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka tidak ada.
7. Jika disebut akan jasa parti UMNO kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi Kerajaan akan membuat perkara yang sama.
8. Pandangan cetek ini disebabkan mereka tidak membuat bandingan antara Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dengan Kerajaan-Kerajaan negara-negara lain. Jika bandingan dibuat oleh mereka, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia.
9. UMNO Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai UMNO dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang UMNO. Untuk ini kepimpinan UMNO harus tahu sejarah UMNO dengan mendalam. Pemimpin yang mampu menjelas kedudukan orang Melayu dahulu dan sekarang tidak ramai. Mereka juga perlu diberi kursus.
10. Ketiga, kikis imej UMNO sebagai parti rasuah. Cara hidup pemimpin UMNO perlu lebih sederhana. Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli UMNO. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung.
11. Sesungguhnya banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO Selangor. Tetapi jika yang tiga ini dibuat sokongan rakyat akan lebih kuat.

Sunday, November 2, 2014

UMNO SELANGOR LEMBAB?

Semalam, Presiden Umno Najib Razak merasmikan Konvensyen Umno Selangor di PWTC.

Kenyataan yang dibuat oleh Najib cukup keras sehingga orang di luar Selangor pun terasa bahangnya.

Apa kata Najib:

1. "Saya MALU, LETIH, PERIK dan SERIK dengan kemelut politik Umno Selangor sebelum ini dan berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama. Minta maaf saya terpaksa bercakap dalam nada sedemikian tetapi saya perlu berterus terang." (Klik link SINI)

2. "Kita (Umno Selangor) masih LEMBAB lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih LEMBAB lagi. Kenapa tak tambah pengundi... tambah ahli Umno?

3.  "Kalau TAK MENGUBAH STRATEGI, halatuju, pendekatan dan mindset, apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza?"

4. "Apakah kita memerlukan pemikiran yang luarbiasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran yang luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?"

5. "Kita perlu tunjuk kepada rakyat negeri Selangor bahawa kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur kepada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat."
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6561940305600204763#editor/target=post;postID=5600129347489601664

Siapa yang dikatakan Najib LEMBAB? Siapa yang mempunyai MINDSET LAMA? Siapa yang TIDAK BERFIKIR DI LUAR KOTAK? 

Bagi Jelapang, Najib tujukan kepada Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Selangor.

Najib tujukan kepada Timbalan Ketua Perhubungan Shukor Idrus, Setiausaha Perhubungan Johan Abdul Aziz, Ketua Penerangan Amiruddin Setro dan kesemua AJK perhubungan termasuk Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri.

Tetapi, sebahagian besar daripada kritikan ini ditujukan kepada Noh kerana beliau adalah kepala kepada gerabak Umno Selangor.

Tetapi apa kata Noh selepas dikritik Najib?

Kata Noh:

1. "Ini satu CABARAN kepada saya dan saya boleh rasa apa yang dirasai presiden kita yang amat kecewa dengan prestasi kita (Umno) di Selangor."

2. "Sebab itu kita, maksudnya bukan saya seorang tetapi kesemua anggota parti, perlu memikul amanat ini agar kejayaan parti dapat kita kecapi pada PRU akan datang."
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=1081260

Itulah orang politik, selepas dilabel sebagai LEMBAB, mereka masih bersemangat dan menganggap kritikan tersebut sebagai SATU CABARAN.

Bagi Jelapang, adalah lebih baik sekiranya Noh memberitahu Najib: "Marilah kita berikan peluang kepada ORANG MUDA yang MEMPUNYAI LATARBELAKANG AKADEMIK YANG BAIK untuk memimpin Umno Selangor."

Tetapi tidak. Selepas 1 tahun, 3 bulan, 5 hari (460 hari) menerajui Umno Selangor dan dilabelkan lembab dan mempunyai mindset lama, Noh masih sayangkan jawatan Ketua Perhubungan Umno Selangor.

Untuk pengetahuan Noh, di akar umbi, ramai sudah membuat spekulasi bahawa Najib akan membuat perubahan pada awal 2015 termasuk melantik orang baru untuk menerajui Selangor.

Sementara itu, semalam juga blogger Putra Merdeka menyiarkan artikel bagi menggambarkan keadaan sebenar SEMANGAT JUANG Umno Selangor. Lihat gambar bawah dan artikel Putra Merdeka.

 

UMNO Selangor terbukti sudah bangkit..! 

Najib tak habis habis kena tipu dengan kepimpinan UMNO Selangor..! Sejak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dari 20 akhirnya cuma tinggal 12 kerusi didalam PRU13 yang lalu.

Selepas itu kita semua masih ingat bagaimana Najib 'terpesona dan dipesona' hingga turun di beberapa PDM semasa malam akhir PRK Kajang ..! 

Hakikatnya Najib terus kena 'main' dengan UMNO Selangor..!

Masa Najib buka majlis memang ramai...melimpah ruah..! bila sepupu tutup...!

Lu FIkir La Sendiri!!!