Wednesday, November 12, 2014

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD: BERI PELUANG ORANG LAIN JADI PEMIMPIN, KALAU GAGAL MEMIMPIN

KUALA LUMPUR - Beri peluang kepada orang lain memimpin jika seseorang pemimpin itu gagal menguruskan sesuatu hal, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Beliau berkata, jika sesuatu perkara gagal dijayakan dengan sempurna, seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan menyerahkan tugasnya kepada orang lain yang difikirkan layak.
   
"Saya percaya bila kita dah lama dan kita tak berjaya, bagilah kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti sebab nak bagi tempat kepada orang lain.
   
"Kalau tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah kepada orang lain dan kita sokong orang lain.
   
"Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, hari ini.
   
Dr Mahathir mengulas mengenai kritikan beliau sebelum ini mengenai kepimpinan Umno Selangor yang perlu berundur.
   
Menurut beliau Umno Selangor perlu menerima hakikat mereka perlu berundur selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/politik/tun-m-beri-orang-lain-peluang-jika-gagal-1.332480

5 comments:

Anonymous said...

Tun kenen kat pm najib ke? Kalau macam tu ds najib kena letak jawatan lah.
Harap pm umum letak jawatan masa perhimpunan.
Mat maslan akan terpa kat najib, sebut.. Kenapa.. Kenapa.

Najib jawab... Dah tak larat dah. Depa duk kutuk bini i. Kutuk i tak pa.. Bini i... Bini i.

I selalu kena marah dgn bini i...

Anonymous said...

Kau nie buat lawak pulak...sapa x sayang bini hoiiiiiii

Unknown said...

Nasihat ini seharusnya dituruti oleh pihak-pihak lain termasuk dalam perkhidmatan kerajaan. Berilah peluang kepada orang lain untuk memimpin jika kita merasakan pimpinan kita tidak dapat membawa kejayaan. The main thing is you yourself knows when to stop or retire...... Please.....

Anonymous said...

Najib mmg kena letak jawatan.
Sbb dia PM paling blurr dan lembik
Disangka Pak Lah, rupanya Najib lg teruk. Habis ISA dan Ordinan Darurat dihapuskan, Akta Hasutan pula Lepas tu membiarkan pelbagai penghinaan pd Agama dan Bangsa.

Ekonomi semakin suram, GST dan subsidi petrol.. entah apa yg Najib blur nk buat.. yg terus untung ialah Cina pendatang.. makin. SRJKC di belai2 wpun Cina menolak BN!

Bodoh dan terus lemah>> berjangkit pd UMNO.. Selangor dn negeri2 lain.. puncanya.. Najib laki Rosmah

Anonymous said...

Dia dulu pun sampai nangis nak letak jawatan... Pe hal bee end?