Showing posts with label bushro mat johar. Show all posts
Showing posts with label bushro mat johar. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

BUSHRO: PEMIMPIN UMNO SELANGOR BERNAFSU BESAR & NAJIB JANGAN RETORIK

Nampaknya polemik berikutan teguran Presiden Umno kepada Umno Selangor masih belum reda dan akan berterusan.

Bekas Ketua Bahagian Subang dan Adun Paya Jaras Muhammad Bushro Mat Johar pula turut menyertai debat mengenai Umno Selangor.

Pandangan Bushro:

1. Praktis TABURAN DUIT YANG BERLEBIHAN menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

2. Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

3. Mereka berebut nak duit dan BERNAFSU BESAR dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat.

4. Teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

5. Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

6. Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana,” 

7. Parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

8. Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

9. Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan,”



Sebelum ini, berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar Umno Selangor dibubar dan kenyataan beliau bahawa Umno mempunyai imej parti rasuah, Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar menempelak Dr Mahathir dengan membuat satu kenyataan yang menarik perhatian penganalisa politik.

Kata Noh: "“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?

Apakah Noh panik dengan kenyataan keras Tun Dr Mahathir? Apakah Noh takut hilang jawatan Ketua Perhubungan Umno Selangor atau Noh sayangkan jawatan tersebut?

Atau apakah Noh MENERIMA ARAHAN DARI ORANG ATASAN untuk menyangkal Dr Mahathir?

Kenyataan penuh Noh Omar: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sejak-bila-orang-cop-umno-parti-rasuah-noh-omar-soal-dr-mahathir