Tuesday, March 12, 2013

RAMALAN AHMAD MASLAN: BN MENANG 160 KERUSI PARLIMEN

Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

Itulah nada optimis Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Intipati kenyataan Ahmad Maslan:

"Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi PKR dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP."


"Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga."

"Suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.


"Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan."

"Negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang."


"Sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU13 kali ini, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan."

"Masyarakat Cina amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik. Masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik."
http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-sasar-menang-160-kerusi-parlimen-1.138993

No comments: