Saturday, July 5, 2008

SKETSA PARLIMEN 7 (JULAI 2/08): ALKISAH GUAN ENG, KHALIFAH UMAR & PARTI BURUK SIKU

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN




"Projek PORR dan monorel merupakan hadiah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2006 iaitu hadiah kepada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya hadiah diberikan dan kemudian diambil balik saya hendak cadangkan nama Barisan Nasional - BN ditukarkan kepada ‘BS’ iaitu Parti Buruk Siku.” – Lim Guan Eng (Bagan).

Saya ingin meminta bahawa YAB Perdana Menteri bolehlah mengajar saya, bolehlah nasihat kepada saya. Ajar dan nasihat kepada saya tentang urus tadbir daripada khalifah Islam teragung iaitu Umar Abdul Aziz. Ajarlah kepada saya. Di sini saya juga hendak lihat macam mana pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh beliau ke atas rakyat negerinya sendiri memenuhi ajaran Umar Abdul Aziz.” – Lim Guan Eng (Bagan).

Saya tidak dapat maklumat sehingga sekarang dan saya harap YAB Perdana Menteri boleh menyatakan kepada 1.5 juta rakyat Pulau Pinang, apakah projek tambahan yang diberikan kepada Pulau Pinang berikutan tambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion kepada RM230 bilion ini? Apakah yang telah dicantas dan dipotong daripada rakyat Pulau Pinang?” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Sekiranya beliau tidak boleh menyebutkannya, saya harap beliau mesti ingat janji yang beliau telah berikan kepada saya sebanyak dua kali dan juga janji daripada Menteri Kewangan II kepada saya sebanyak lima, enam kali bahawa semua projek yang telah diputuskan sebelum ini akan diteruskan kerana ia berkepentingan rakyat.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya ingin memberitahu YAB Perdana Menteri, sekiranya beliau tidak mahu menarik balik keputusan yang tidak adil kepada rakyat Pulau Pinang beliau tidak akan dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang tentang apa yang dilakukan.” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Kalau boleh harap YAB Perdana boleh ke negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang mengapa beliau berbuat demikian. Beliau mahukan Pulau Pinang gagal, tetapi kami akan hampakan kamu. Yang Amat Berhormat mungkin mahukan Pulau Mutiara, tidak berjaya, tetapi kami akan pastikan ia terus berkilau dan ceria lagi.” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Di sini saya ingin sekali lagi, kalau boleh tarik balik keputusan yang tidak adil. Kalau enggan, baliklah ke Pulau Pinang untuk jelaskan mengapa hadiah yang dia umumkan pada tahun 2006 ditarik balik, kalau beliau seorang pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat.” – Lim Guan Eng (Bagan)

Karpal Singh vs Ibrahim Ali

Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Dia cakap duduk. Katak, katak.
Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Dalam parti DAP pun ada katak!
Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Katak duduk.
Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Eh barua, barua!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Mas, cukup.

“…rakyat Malaysia ingin tahu berapa juta ringgit dibayar kepada bekas hakim-hakim yang saya hormat seperti Tun Salleh Abbas, kita punya Lord President dan hakim-hakim yang lain. Rakyat mahu tahu berapa juta ringgit dibayar?” – John Fernandez (Seremban)

Saya diberitahu RM1.5 juta kepada Tun Salleh Abbas dan lain-lain
lagi mungkin RM1 juta. Duit daripada mana duit rakyat kah? Saya tidak reda kalau duit rakyat sebab duit rakyat itu duit cukai saya dan saya tahu mereka-mereka ini dipecat melalui tribunal.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas)


http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-02072008.pdf

No comments: