Tuesday, July 1, 2008

OH ANWAR!


“… Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.”
Ini kata-kata Khairy Jamaluddin Ahad lalu ketika mengulas tuduhan penasihat PKR tersebut bahawa nyawanya terancam.
(http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive)

Bagi Jelapang inilah masanya untuk mengenali Anwar secara dekat sebagai ahli politik. Ramai berpendapat dalam isu liwat ini, Anwar bijak memesongkan (divert) isu sebenar iaitu dari isu liwat kepada isu nyawanya terancam dan konspirasi politik.

Jelapang mempunyai kesimpulan tersendiri mengenai perkara ini tetapi biarlah pembaca sendiri membuat penganalisaan, penilaian dan kesimpulan mengenai ketokohan Anwar. Untuk itu, saya siarkan petikan kenyataan Anwar selepas beliau dituduh pembantu khasnya meliwat beliau untuk penganalisaan dan renungan bersama.

JUN 29: AWAL PAGI (kenyataan akhbar dikeluarkan selepas tengah malam apabila tersebar berita pembantu khas Anwar mendakwa beliau diliwat oleh penasihat PKR tersebut)

* "Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata."
* "Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan."
* "Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99."
* "Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya."
* "Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat."
http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/628/1/

JUN 29: DARI KEDUTAAN TURKI (terjemahan)

*"Saya mengeluarkan kenyataan ini dari dalam Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.
Saya dibawa ke kedutaan pagi ini demi keselamatan saya yang dalam bahaya."
* "Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu saya dalam keadaan sukar ini dan berterima kasih kepada Duta Turki kerana membenarkan saya mendapat perlindungan di kedutaan ini."
* "Sejak pilihanraya 8 Mac lalu, beberapa sumber yang boleh dipercayai di dalam kerajaan dan tentera telah menasihati saya bahawa ada agen-agen mewakili kepimpinan Barisan Nasional berkomplot untuk mengancam saya, keluarga dan penyokong saya."
* Saya diberitahu jangan memandang remeh percubaan membunuh saya yang bertujuan mematahkan kesungguhan rakyat membawa reformasi di Malaysia."
* "Saya ingin menyatakan bahawa saya selamat dan terus komited memperjuangkan Malaysia yang bebas dan adil."
http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/630/1/

JUN 30: KENYATAAN SELEPAS MENINGGALKAN KEDUTAAN TURKI (terjemahan)
* "Saya seharusnya mengumumkan keputusan saya untuk bertanding di satu pilihanraya kecil. Nampaknya, saya tidak dapat berbuat demikian sekarang. Ianya terpaksa ditanggungkan sementara waktu.”
* "Saya sebenarnya bercadang mengumumkan kemasukan empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini tetapi pengumuman ini terpaksa ditangguhkan. Itulah sebabnya mereka mengadakan cerita ini.”
http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197,23950273-2703,00.html
P/S: Jelapang akan cuba mendapatkan petikan-petikan kenyataan Anwar pada tahun 1997/8 bila beliau dituduh melakukan liwat sebagai satu perbandingan.

No comments: