Saturday, July 12, 2008

SNIPPET: SAMY VELLU DITERTAWAKAN?

DON’T OVERSTAY YOUR WELCOME: Itulah perpatah Inggeris yang bermaksud seseorang ahli politik harus memahami bila masanya untuk beredar meninggalkan gelanggang politiknya. Malangnya, jelas sekali Samy Vellu tidak memahami perpatah Inggeris ini.

Gambar di atas disiarkan oleh akhbar New Straits Times semalam yang menunjukkan Samy Vellu ditertawakan oleh ahli parti nya sendiri yang bertindak meninggalkan majlis selepas menjamu selera tanpa menunggu presiden parti mereka berucap.

Samy Vellu yang berang dengan tindakan mereka bertindak mengarahkan pegawal menutup pintu keluar agar ahli-ahli MIC tidak dapat meninggalkan majlis beliau.

Begitulah nasib presiden MIC yang enggan memahami perumpamaan “Don’t overstay your welcome”.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2291865/Article/index_html

KINI DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah, kini bergelar Datuk Seri setelah dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas semalam.

No comments: