Sunday, July 20, 2008

CAWANGAN GUA MUSANG CALON KU LI JADI PRESIDEN

TERKINI: Menurut SMS dari Agendadaily sebentar tadi 32 cawangan Umno di bahagian Gua Musang semalam mencalonkan Ketua Bahagian mereka Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding menentang Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan Umno Disember nanti.

Keputusan ini tidak memeranjatkan kerana dalam pemilihan yang lepas kesemua cawangan-cawangan dan Bahagian Gua Musang juga mencalonkan Tengku Razaleigh.

Malangnya, itulah pencalonan sulung diterima Ketua Bahagian tersebut. Ketika itu beliau melahirkan rasa tidak puashati kerana Ketua-ketua bahagian yang berjanji akan mencalonkannya tidak menunaikan janji mereka kerana Tengku Razaleigh mendakwa "ketua-ketua bahagian ini telah diugut supaya tidak mencalonkan saya".

No comments: