Thursday, July 17, 2008

SHABERY CHEEK, KAMU TEWAS PADA ANWAR!

KEPUTUSAN "JURI" DEBAT: ANWAR - 32, SHABERY -27.
Itulah agaknya penghakiman peminat Menteri Penerangan Shabery Cheek mengenai debat beliau dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim Selasa lalu. Jelapang meniliti setiap 75 komen dalam blog Shabery sebentar tadi mengenai debat tersebut dan keputusannya ialah 32-27 menyebelahi Anwar dan ianya kemenangan tipis buat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.Komen-komen tersebut dibuat oleh peminat Shabery yang sering melawat blognya.

Berikut ialah antara komen-komen yang disiarkan dalam blog notashabery.
KOMEN MENYEBELAHI SHABERY
zukeri Says: July 16th, 2008 at 2:49 pm
(pembetulan)Penyokong Anuar akan mengatakan Anuar yang bagus, penyokong Shabery pula mengatakan yang Shabery yang bagus. Pada aku, kedua-dua belah pihak sama rata sahaja. Isu yang anuar keluarkan sudah basi, ke mana pun pembangkang pergi, itu yang dinyatakan. Shabery pula menyatakan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Penerangan secara akedemik,Anuar punya stail kampung. Tapi kalau debat ni didengar oleh masyarakat kampung, mereka akan memuji Anuar kerana orang kampung tak faham apa yang disampaikan oleh Shabery. Pendekatan Anuar lebih bijak dalam menarik perhatian orang kampung. Tapi kalau dirujuk kepada orang yang ada otak, mereka akan mengatakan tak ada apa dengan perkara yang diutarakan oleh Anuar. Biasa sahaja. Shabas Shabery, anda telah berjaya menunjukkan yang Anuar taklah sehebat mana.

carol chew Says: July 17th, 2008 at 8:03 pm
Dear Yb , well done, this I a kind of eloquent young UMNO leader we would realy like to see in m’sia . keep up the GOOD work!!!have a great day..Carol Chew

rokiah abd. kadir Says: July 18th, 2008 at 12:03 am
Syabas orang muda, setinggi-tinggi ucapan tahniah kpd YB Datuk kerana Berjaya menyakinkan kami semua ahli umno di seluruh Negara dlm debat tu, datuk memeng bijak menjawab, kami bangga mempunyai seorg menteri penerangang yg bijak berkata2, tahniah datuk jwpn yg diberi semuanya berisi, padat dan tepat. DSA pun bleh tahan juga, tetapi datuk kelihatan lebih menyerlah drpd dia, tenang serta bersemgat. Tahniah drpd Rokiah Abd Kadir, Umno Bahgn Pulai, Johor

KOMEN MENYEBELAHI ANWAR

rakyatMalaysia Says: July 16th, 2008 at 11:58 am
saberi, kau kalah teruk dalam debat! aku saksi.bila kau nak letak jawatan kau ??

Syuk Says: July 16th, 2008 at 8:44 pm
Terus Terang saya katakan anda telah tertewas sebenarnya. anda mengunakan serangaan peribadi bukannya fakta2 yg jelas. anda terlalu banyak mengulang benda yg sama. setiap keterangan yg anda berikan dapat dipatahkan oleh Anwar dan anda tidak pula cuba mematah hujah Anwar, anda lebih bayak off topik. ini bukan perdebatan budak sekolah yg mane kita hanya petah bercakap tetapi fakta kosong.

Genius Malaya Says: July 17th, 2008 at 8:10 pm
Kalau hujah asik pusing-pusing benda yang sama, baik tak payah berdebat. Bila takde idea, pegi attack pulak peribadi lawan. Tak gentleman la macam tu sebab topik bukan pasal sejarah politik DSAI or Dato’ Shabery. Bagi contoh asik2 Venezuela ngan Iran pasal harga minyak rendah tapi inflasi tinggi. Takde pulak cerita dua-dua negara tu lawan Amerika, sebab tu kena sekatan macam-macam, tu la pasal inflasi tinggi. Awat tak cerita Brunei ke, yang dekat-dekat dengan Malaysia? Dah tu lagi tanya antara 20 pengeluar minyak dunia Malaysia nombor berapa. Tak kira la Malaysia masuk senarai ke tak, janji kita net exporter, jadi ada untung. Kalau masuk senarai tapi net importer macam US tu baru la kira takde untung banyak. Hampeh punya hujah.
ghapla jingga Says: July 17th, 2008 at 10:13 pm
mak aii…..banyaknya pengampu… ntah-ntah adik bradik sndiri bagi komeng…. any where tahniah latok telah menunjukkan siapa sebernarnya latok, biasala kalu ada kat atas dah jadi pak mantri yg salah boleh jadi betul, bukak smua pkong org lain, bagi malu org lain, mmg dasar segelintir pmimpin mcm tu,bikin malu melayu…..sedih tngok pmimpin mcm latok dan dsai….dua2 melayu….apa nak jadi mlayu, mmg dah turun tmurun PHD… bangsa lain tngok snyum kambin je…. TOLONGLAH SEMUA PMIMPIN MELAYU, JGN HILANGKAN ME TINGGAL LAYU…..AKU TAK SOKONG DUA2…..

No comments: